CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MasakLemaK

Terlalu beriman kepada hadith

[Copy link]
Post time 8-5-2012 12:39 PM | Show all posts
hihihi... aku menaik dlm keretapi la. goyang sana goyang sini. Tapi nak buat macaman masa tu ide ...
wan72 Post at 8-5-2012 10:53

Masih menaik dlm keretapi kot.... gurau jer !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2012 06:52 PM | Show all posts
1) salam mnm77. Alangkah baik sekiranya kita sama-sama share ilmu(tuntutan agama). Tidak mengepos semula pos pihak lain dlm masa yg sama hanya mengepos hadis yang lebih baik dari yang dipos pihak lain untuk elakkan fitnah. Alhamdullillah sama-sama kita perbaiki. 2) Dalam menuntut ilmu Al-Quran dan hadis yang disabdakan baginda junjungan kita Muhammad S.A.W selalu berlaku permasaalahan sesama umat yang mana perlu didahulukan adakah perlu lebihkan amalan yang ada dalam hadis? Jawapan : Ya. Sebab kita umat Muhammad. Tapi kalau tak mampu cukup sekadar yang mampu. 3) tentang surah Iqra' Allah menerangkan jelas dalam kehidupan seharian kita sentiasa berinteraksi. Allah menuntut kita membaca dan setiap pandangan/perbincangan perlulah ada tolak ansur (maksudnya jika apa yang anda kata tu benar macam mana? Dan kalau yang mengatakan hal sebaliknya pun benar bagaimana pula?)  Setiap umat Muhammad mahukah pahala tapi tidak terlepas dari melakukan dosa. Matlamat Allah menghantar manusia ke muka bumi adalah untuk menjadi khalifah (berbaik sangka) dalam erti kata sebenarnya. 3) Tentang mantan hadis boleh discuss lain kali ditopik lain. Satu soalan saya nak tanya anda semua termasuk diri saya adakah kita sudah bertakwa sepertimana yang Allah perintahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 07:11 PM | Show all posts
Sebelum terlupa ilmu adalah salah satu cabang mewujudkan nafsu. Bersangka baik dengan nafsu dalam apa jua perkara kerana Allah (bersandarkan pada ayat ini kami dengar kami taat) akan melahirkan insan yang disayangi Allah. Allah berhak untuk menyesatkan sesiapa yang ingkar perintahNya yang disampaikan oleh Rasullullah S.A.W. Agama itu nasihat - bukan saya kata tapi Nabi Muhammad kata. Berbantah-bantah dalam urusan agama perlukan Nur supaya kita tidak disesatkan. Sesungguhnya yang baik dan buruk itu datang dari Allah adalah untuk kebaikkan kita selaku hambaNya yang lalai. Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 07:32 PM | Show all posts
cube tnya kat ustad azhar idrus ..mungkin UAI boleh bg pjelasan hukum hakam akidah nie....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 07:50 PM | Show all posts
Buat apa tanya ustaz azhar idrus. Dia yang drag anda masuk syurga atau diri sendiri yang nak syurga? Satu soalan nak tanya zaman Rasullullah ada perkataan ustaz atau lebih dikenali sebagai guru? Islam adalah kehidupan individu terhadap segala-galanya yang ada sekitar. Bagi satu ayat Ustaz boleh bawa anda kesyurga kalau takat mendengar tapi tak melaksanakan apalah gunanya ilmu yang bernafsu syaitan. Kalau sikit2 ustaz, layak ker jadi Umat Muhammad sedangkan tak amalkan apa yang disampaikan. Saya tgk ayat, saya dah kenal anda ketegori pak turut tapi tak pernah nak amal. Susah ker nak buang ego NAK JADI HERO. Sebab kawan2 saya macam tu ler, jahil tapi nak gunakan ilmu orang lain semata-mata kehendak nafsu mau ada nama HEBAT AKU HENTAM DIA. Sanggup mengaku Islam yang amal tak buat yang ma'aruf buat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 08:00 PM | Show all posts
Berlebih dalam beramal hadis yang disampaikan baginda Rasullullah boleh membawa kita kesyurga. Tapi mampu ke anda lakukan? Pada pandangan saya tiada orang uang mampu ikut hadis. Dunia sekarang ni dunia kebendaan dan kita berada dalam keadaan Islam daururat kerana semua sistem berdasarkan taghut. Tambah rakyat sekarang bijik guna hukum akal berbanding hukum Allah. Telah banyak bangsa yang Allah hapuskan kerana tidak mentauhidkan Allah dan tidak memelihara Islam dalam erti kata sebenar. Wake up semua. Kamu semua rasa kamu duduk dekat Malaysia selamat ker kalau Allah murka tak ikut apa yang dia perintah (dalam erti kata sebenar). Malaysia pun dah rasa gegar gemPa agak2 apa sbabnya? Sbb kita pandai berkata2 tapi jahil beramal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2012 08:16 PM | Show all posts
Saya tak gunakan hadis sahih untuk elak fitnah terhadap perawi hadis. Saya hanya gunakan hukum akal supaya saya boleh lihat anda semua ni bijak atau baru nak cari ilmu untuk kuatkan hujah. Nampaknya anda belum sampai standard sanggup mati mempertahankan agama (seperti mana baginda sabdakan tentang umat akhir zaman - jihad untuk diri sendiri) sedangkan bukan berjihad tetapi mempertahankan diri sendiri (sebab pedih hati,panas hati,rasa nsk jadi hebat, rasa sombong ilmu boleh ditekan dihujung jari) sedangkan semua tu hanyalah untuk kepuasan nafsu sendiri untuk diri sendiri bukan kerana Allah kerana nak bagitau Saya Hebat (senang berlakon). Sesungguh alam yang Allah cipta ini kpd manusia sekadar senda gurau semata-mata aje. So ada yang rasa nak komen silakan. Saya boleh bagi surah complete dengan hadis untuk penjelasan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 09:22 PM | Show all posts
Hadis (berkenaan perbuatan baginda rasullullah) harus dihightlight keseluruhan yang melibatkan ibadat mahupun ibadah. Umat yang berjaya adalah umat yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman. Menghampiri ulama yg bersanad memerlukan kita meletakkan diri kita sentiasa mentauhidkan Allah (istiqomah) pada setiap perbuatan, kata2 dan juga niat. Kalau anda semua sangka post saya sebagai nasihat (selagi tak bertentangan dengan Islam) sila ler gunakan. Kalau anda semua rasa ada method lain yang lebih baik dari saya pun silakan. Islam bukan satu paksaan tetapi satu kerelaan. Rela kerana agama akan melahirkan Ikhlas. Kalau tak rela dipanggil paksaan. Anda semua berada dlm ketegori mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2012 11:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by Emzeq at 8-5-2012 23:52
Islam adalah kehidupan individu terhadap segala-galanya yang ada sekitar.
Abangcute Post at 8-5-2012 19:50

Maknanya Islam adalah secara peribadi?, kenapa dianjurkan sembahyang berjemaah, Puasa serentak, ada musim haji, ada zakat yang mengarahkan kepada kehidupan masyarakat ?

Bagi satu ayat Ustaz boleh bawa anda kesyurga kalau takat mendengar tapi tak melaksanakan apalah gunanya ilmu yang bernafsu syaitan. Kalau sikit2 ustaz, layak ker jadi Umat Muhammad sedangkan tak amalkan apa yang disampaikan.

Salah ker bertanya pada ustaz?, mungkin pada anda itu perkara sikit/kecil.  Rasul sendiri tak dapat bawa sesiapa kesyurga, inikan pulak ustaz yang cuma memberi panduan apa yg diketahuinya. Amalan sebesar gunung juga tidak menjamin syurga!

Saya tgk ayat, saya dah kenal anda ketegori pak turut tapi tak pernah nak amal. Susah ker nak buang ego NAK JADI HERO. Sebab kawan2 saya macam tu ler, jahil tapi nak gunakan ilmu orang lain semata-mata kehendak nafsu mau ada nama HEBAT AKU HENTAM DIA. Sanggup mengaku Islam yang amal tak buat yang ma'aruf buat.


Perghhhh--- Dengan tengok ayat
cube tnya kat ustad azhar idrus ..mungkin UAI boleh bg pjelasan hukum hakam akidah nie...

anda dah HEBAT HENTAM forumer lain dengan kategori "pak turut tapi tak pernah beramal"--- nafsu ego NAK JADI HERO ke ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 01:41 AM | Show all posts
Adakah itu yang anda sangka? Cuba buka hadis dengan siapa yang perlu kita berguru? Bukan ke ulama? Ada masaalah dengan kenyataan saya ke? Kiranya zaman kita ni hadis Rasullullah tak boleh guna? Awak ni umaf Nabi mana? Siapa kata nabi Muhammad tak boleh bawa umatnya ke syurga? Kan Nabi nabi simpam syafaat untuk umatnya di hari penentuan kelak. Nak saya kata bodoh pun boleh ni. Sebab tu saya kata kamu seperti yang saya kata. Sombong, ilmu tak cukup nak berhujah. Kalau rasa sakit hati pi balik muhasabah diri. Aku ni tak reti kitab, tak reti hadis. Dah tu bodoh sebab nak hujah bab agama. Lebih baik aku itu saranan Rasullullah tuntut umatnya menuntut ilmu. Kurang2 nanti boleh juga Rasullullah pandang aku. Tarik tangan aku masuk syurga. Ini tak pertikai tanpa ilmu. Orang bodoh lagi jahil aje yang kuar kenyataan tu. Pi post dekat UAI. Tgk siapa yang jadi bodoh lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 01:51 AM | Show all posts
Saudara hebat sebab berani kuar kenyataan bertentangan dengan hadis. So kalau kamu terima kenyataan saya yang kamu tu bodoh dan perlu belajar lebih baik dari dicop murtad. Membuat kenyataan yang tak wujud tapi sebenarnya wujud kira macam mana? Dah ler pi balik ngaji. Jgn dok sesat orang lain kata nabi Muhammad tak boleh bagi syafaat. Ampunkan says ya Allah kerana terpaksa sebut BODOH dekat hambamu yang cuba menyesatkan umat Muhammad. Semoga Allah tunjukkan kamu jalan yang benar. Wallah hualam. (kalau kamu mengaku jahil kan senang. Sebaik2 umat Muhammad mengaku kesalahan sebab tak berilmu. Semoga Allah ampunkan kamu supaya tak disesat- baca Al-Quran kalau nak tahu sebab apa Allah sesatkan manusia)
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:01 AM | Show all posts
Untuk pengetahuan saudara. Satiap umat Islam yang beriman dan bertakwa Allah bagi syafaat minimum 70 orang. Untuk akhir zaman (zaman kita ni kena tunggu Al-Mahdi) sebab dibawah tangannya insya'allah dari 70 ribu yang boleh masuk syurga darab lagi 70 ribu. Sebab apa? Gi la cari ilmu dulu tentang hal ni. Orang yang memandang kehebatan ilmu tidak sama dengan orang yang memahami ilmu. Bila ilmu kurang jadilah kita umat Islam hanya pada nama (pak turut). Kamu rasa saya hebat? Tak pun sebab ilmu Allah maha luas dari saya ni. Sekurang-kurangnya menasihati orang yang bodoh dan jahil tentang agama adalah dituntut dalam Islam. Agama itu nasihat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:03 AM | Show all posts
Ada lagi yang jahil agama rasa hebat tentang agama. Silakan. Saya tak pandai tentang ilmu tapi saya tak jahil tentang ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:39 AM | Show all posts
Akan keluar soalan, apa hadis yang boleh support kata-kata saya. Saya guna hukum akal. Baca dan faham untuk diri sendiri. Share setakat mana saya faham. Yang saya faham satu aje, umat Islam berpecah kerana ilmu. Kerana anggap hebat ilmu tapi sebenarnya habuk pun tak pernah ikut. Tengok sekeliling guna mata hati. Ada ke kehidupan kita dari sebesar2 perkara sampai sekecil2 perkara ikut Al-Quran dan Sunnah? Contoh : wang kertas. Islam hanya pada nama aje bab ni. Kita semua umat Islam dalam keadaan daururat kerana menerima bulat2 sistem dajjal. So sembanglah kemaih mana ilmu agama pun kita tak upaya tanpa petunjuk Allah (Nur). kiranya ustaz pun boleh masuk syurga? Pi tanya Ustaz Azhar Idrus ustaz bagi ceramah ni comfirm ke masuk syurga? Tengok jawapan apa dia nak bagi. Dia akan kata "sabda Rasullullah", dalam AlQuran. So kalau jawapan lain dari tu Wallah Hualam (sendiri fikir). Ceramah UAI Penting ker atau Allah tu penting. Nak cari ilmu ke nak buat ilmu? Nak jadi pengikut Nabi Muhammad ke nak jadi Nabi? Atau nak guna hukum dalam AlQuran dan Hadis ke atau berhukum sendiri? Salah ke kata kamu bodoh tapi realiti memang bodoh? Tengok ayat pun jelas tunjuk pandai tapi sebenarnys bodoh. Susah ke nak ngaku Saya bodoh bang. Buka surah Al-Munafiqun tentang orang bodoh. Bukan saya kata Allah kata. Saya berani tanggung ayat bodoh kerana nak suruh kamu belajar bukan kerana saya tapi kerana Allah. Saya taip ni pun sebab terpanggil nak tgk berapa ramai orang bodoh dok dalam internet. Kamu ingat saya pandai? Saya pun tak pandai tapi saya tak jahil. Sesungguhnya jahil agama=munafik=kafir=murtad ler apa lagik. Jahil agama akan boleh menyebabkan amalan tertolak melainkan dengan IzinNya. Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:57 AM | Show all posts
Hadis 9 Imam nawawi. Bunyi gini (ni ayat yg ingat atas kepala) Apa yang aku larang jgn lakukan dan apa yang aku suruh lakukan, lakukan sekadar mampu. Sudah banyak umat sebelum ini yang dibinasakan kerana selalu bertanya dan berbalah. Nak complete cari kat internet dan berguru. Maaf sebab malas surfing. Nak ayat betul gi cari sendiri lah yerk. Saya tak pandai tapi tak jahil.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 09:19 AM | Show all posts
Salam Abangcute,

Kenapa teguran anda dah jadik macam kondem pulak? Sabaq... sabaq...

Boleh saya tegur anda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2012 09:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-5-2012 09:36
Ada lagi yang jahil agama rasa hebat tentang agama. Silakan. Saya tak pandai tentang ilmu tapi saya tak jahil tentang ilmu.
Abangcute Post at 9-5-2012 02:03

Bila ilmu kurang jadilah kita umat Islam hanya pada nama (pak turut).
Abangcute Post at 9-5-2012 02:01

   
Saya hanya gunakan hukum akal supaya saya boleh lihat anda semua ni bijak atau baru nak cari ilmu untuk kuatkan hujah.
Abangcute Post at 8-5-2012 20:16


Baiklah, jika anda tak jahil tentang ilmu, sila jelaskan Surah Iqra' tu surah yang mana?

Adakah ayat dari surah yang di bawah ni yang anda maksudkan surah Iqra'?:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
(Surah Al-'Alaq, 1)

Kalau bukan, tolong jelaskan.

Wallah Hualam
Abangcute Post at 8-5-2012 19:11


Ejaan di atas tu dah SALAH dari segi bahasa Arab. Ada TIGA KALIMAH:
Wa = Dan
Allah = Allah
A'lam = (Maha) Mengetahui

Sebutan "Hu" tu sepatutnya sambungan pada penghujung kalimah "Allah", bukannya imbuhan awal kepada "A'lam"
Kalimah "Wa" itu sebutannya boleh masuk kepada kalimah "Allah".

Boleh anda terima teguran saya ni?

WAllahu a'lam (Wa-Allahu A'lam)
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 09:44 AM | Show all posts
3) tentang surah Iqra' Allah menerangkan jelas dalam kehidupan seharian kita sentiasa berinteraksi.
Abangcute Post at 8-5-2012 18:52


Harap anda dapat jelaskan kandungan surah Iqra' tu.
   
3) Tentang mantan hadis boleh discuss lain kali ditopik lain


Mungkin anda maksudkan MATAN hadith? Saya tak tanya dari segi MATAN atau SANAD hadith, saya tanya apa yang anda faham dengan istilah "Hadith" atau "Hadis"?

Contoh:
-Hadith Nabi
-Hadith Allah
-Hadith Lahwa
-Hadith Sahabat, athar sahabat
-Hadith Mauquf
-Hadith Marfu'

Saya tak tanya dari segi matan (teks/kandungan/isi) mana-mana hadith pun. Boleh anda jelaskan apa yang anda faham tentang istilah "Hadith" dan istilah-istilah di atas?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 09:53 AM | Show all posts
Kenapa nak pertikai Huruf/Ayat pada ayat Al-Quran? Hanya manusia bodoh aje gi huraikan soalan bonus tu. Al-Quran adalah mukjizat. Takkan ler nak hurai? Yang perlu adalah baca dan faham untuk diri sendiri.  Bila keluar ayat Al-Quran maka adalah hadisnya. Carilah orang yang arif bukan alim untuk belajar agama (yang ini cari sendiri). Carilah mujadid yang boleh bimbing ke arah mentauhidkan Allah dalam segala aspek yang kita buat.. Ada problem? Surah berkenaan Iqra' adalah Surah Al-'Alaq -> nampak jelas tak pernah baca Al-Quran ke? Ataupun masih day dreaming? Come on. Kamu orang Islam. Takkan bila kata surah Iqra' (tak faham maknanya? Iqra' = Baca ler). Surah mana yang mula dengan Iqra'? Hadis ada menerangkan tentang Iqra'. Are you with Nabi Muhammad about this matter? Kalau bersama-sama dengan nabi kena kenal Surah Al-'Alaq = lebih dikenal surah BACALAH!!! Atau IQRA'. Jelas anda sekarang ni dimana yak? Itu pun nak pertikai? Boleh saya kata bodoh untuk anda atau anda sendiri yang tentukan? Wallah Hualam. P/S : kalau rasa "aku ni jahil rupanya sebab bodoh tak ngaji sampai faham", serta-merta gi belajar. Jangan dok banyak bantah. Dalam Al-Quran dah terangkan orang yang banyak sangat bantah. Jangan tangguh-tangguh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 10:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-5-2012 10:17
Kenapa nak pertikai Huruf/Ayat pada ayat Al-Quran? Hanya manusia bodoh aje gi huraikan soalan bonus tu.
Abangcute Post at 9-5-2012 09:53


Saya TAK PERTIKAI Huruf/Ayat pada Al-Quran. Saya tanya anda untuk dapatkan penjelasan, tapi anda tak beri jawapan sebaliknya kata BODOH pula kalau nak jelaskan.

Nampaknya anda ni pandai membuat tuduhan terhadap orang lain, suruh orang lain cari ilmu, kata orang lain ikut nafsu, sedangkan KEJAHILAN yang anda pada diri anda tu anda tak nampak. Pandai cari salah orang! Kelemahan diri sendiri tak nampak, tak boleh ditegur!

Saya ingat anda ni memang betul nak ajak kepada Al-Quran dan Sunnah, tetapi bila ditegur TERUS MELENTING.

Ada problem? Surah berkenaan Iqra' adalah Surah Al-'Alaq -> nampak jelas tak pernah baca Al-Quran ke? Ataupun masih day dreaming? Come on. Kamu orang Islam. Takkan bila kata surah Iqra' (tak faham maknanya? Iqra' = Baca ler). Surah mana yang mula dengan Iqra'? Hadis ada menerangkan tentang Iqra'. Are you with Nabi Muhammad about this matter? Kalau bersama-sama dengan nabi kena kenal Surah Al-'Alaq = lebih dikenal surah BACALAH!!! Atau IQRA'. Jelas anda sekarang ni dimana yak? Itu pun nak pertikai? Boleh saya kata bodoh untuk anda atau anda sendiri yang tentukan? Wallah Hualam.


Tak jadi masalah kepada saya kalau nak kata saya ni bodoh. Surah Al-'Alaq tu BERMULA dengan KALIMAH Iqra. Jawapannya mudah, tak perlu nak kata siapa jahil atau bodoh pun.

Jawapan semudah tu pun tak boleh bagi? Pandai kata orang lain Jahil dan Bodoh! Macam ni cara kamu berdakwah?

Carilah orang yang arif bukan alim untuk belajar agama

Bila ada forumer suruh tanya ustaz tertentu, anda kondem pula. Siapa orang arif yang anda rujuk untuk belajar agama?

Anda ni anti Alim Ulama ka? Ada pulak istilah orang arif BUKAN Alim.

Apa makna Alim? Anda tahu tak? Jangan nanti sampai kejahilan anda terserlah pulak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050137 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list