CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainiz81

Misteri doa haikal dan surah-surah lain, betulkah amalan si penuntut ilmu hitam?

[Copy link]
Post time 29-6-2012 10:41 PM | Show all posts
Bila ko sebut doa nubuwah ni... teringat aku pada arwah guru aku(salah sorang guru tarikat dan guru  ...
hantukiller Post at 29-6-2012 17:44


Raja jin ada 4...yang mana satu...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2012 11:48 PM | Show all posts
Reply 41# rdzaccess

Yang ni pun nama raja-raja


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2012 03:39 AM | Show all posts
Itu panglima lah dei...
wa khadomah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2012 09:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariapersanta at 30-6-2012 09:21

Reply 42# te_peng


   yang ni petikan dari kitab mana syeh te-peng?ana tak tau baca arabia la... yang dah translate ada tak?
Bahasa sinetron ke...
barulah gue bisa ngerti dong
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2012 02:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by te_peng at 30-6-2012 15:03
yang ni petikan dari kitab mana te-peng?


Dari kitab Manba' Usul Hikmah oleh Al-Buni, pengarang yang sama kitab Syamsul Ma'arif yang fatwa setengah ulama sebagai kitab Sihir. Ini kerana dalam kitab tersebut adanya cara panggil jin dan ulama berfatwa tidak boleh manusia meminta tolong pada jin. Dan disebut oleh setengah kitab sejarah pada menyatakan Al-Buni ini ialah seorang wali Allah, beliau tinggal di Damsyiq. Syeikh Zaruq (seorang syeikh tarikat) kata, "Kitab ini hanyalah untuk Al-Buni sahaja bukan boleh dibaca oleh orang awam".

Ngak jadi masalah kok kalau sampaian ngak fasih ama itu bahasa areb, yang penting ayo! maju pantang mundur Atas barokah tiap diri masing2.


Itu panglima lah dei...wa khadomah....



Saya cuba terjemah, "Huruf yang pertama ialah huruf alif dan khadimuhu (penjaga huruf Alif ini) ialah Big Boss, ketua malaikat huruf yang bernama Hatmahtolqiya'il dan pembantunya Hadhayunin, Syalhamidin, Tomkhalalasyin dan Bukhlailakhin. Sekadar tambah-tambah je tuan. Kalau salah terjemah/takwil silalah tegur tuan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2012 04:46 PM | Show all posts
Reply 45# te_peng


   berlaku khilaf juga , tetapi tertib amalan kami ada fatihah yang dihadiahkan untuk syeikh ini. mungkin ada sanad ilmunya dipakai oleh guru2 kami pada suatu masa dahulu...wallahu alam.


Hajat nak mendalami bahasa Arab...supaya orang ngak boleh ngapusin gue ... tapi masa nya ngak ada ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2012 10:45 PM | Show all posts
doa haikal ni dulu zaman aku belajo selalu baca. setiap hari sekurang2nya sekali. mak aku cakap untuk pendinding diri. maklum la duduk tempat orang. kekeke...  tapi aku takde tuntut apa2 ilmu pun. belajo silat pun tak khatam... kerna ku hanya perempuan melayu terakhir
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:05 AM | Show all posts
Reply  hantukiller

oohh.. banyak la kegunaannya doa nurun nubuwwah tu... saya yang saya pernah j ...
darlingangel Post at 29-6-2012 18:04
Setiap amalan bergantung pada niatnya, kalau tujuan atau niatnya untuk kepentingan diri terutama melibatkan atau ada kaitan dengan manusia @ makhluk yg lain, rata rata akan dihadiri jin jin tanpa diduga atau tanpa dipanggil. Pastikan niat beramal hanya ikhlas kerana Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 10:12 AM | Show all posts
Raja jin ada 4...yang mana satu...?
rdzaccess Post at 29-6-2012 22:41
manalah aku tau raja jin mana yg tok guru tu jumpa... lupa nak tanya

Tapi setiap golongan jin punya raja dan raja raja, setiap negara jin juga punya raja dan raja raja, malah setiap negeri negeri jin juga punya raja.... macam johor dan selangor la, ada raja... banyak la raja raja jin ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:16 AM | Show all posts
Reply 38# te_peng

adi pada pandangan saya, doa haikal baik doa nubuwwah adalah hasil susunan ulama yang lebih alim dari kita ialah susunan mencakupi kehendak2 adab dalam berdoa.



bro te_peng, maap nk bertanya...boleh x bagi doa nurun nubuwwah yg sebenarnya, sbb saya tanye pakcik gugel...banyak sgt versinye. ade yg kate doa ni penganut syiah yg amalkan, sbb ade versi yg kebanyakan ayatnye memuji Saidina Ali instead of our Rasulullah SAW.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:29 AM | Show all posts
Reply 50# edoraixora


   sama la kita harap2 te_peng dapat elaborate
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 11:14 AM | Show all posts
doa haikal ni dulu zaman aku belajo selalu baca. setiap hari sekurang2nya sekali. mak aku cakap untu ...
car_hong Post at 30-6-2012 22:45
Pendinding kan, kira dapat la penjaga atau pak@mak guard
perempuan melayu terakhir tu, jangan!!!! kang anak anak ko dah bukan melayu lagi bangsanya....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 12:11 PM | Show all posts
Reply 50# edoraixora

Memang Doa Nubuwwah banyak versi atas masing2 belajar. Kalau edoraixora tengok buku versi Majmu' Syarif ditulis "wa Mustajabul Quranul Karim". Tapi yang saya belajar di Malaysia nih semuanya menggunakan "wa Mustajabul Luqmanul Hakim". Yang mula2 dengan "Za" bukan "Zi jadi Allahumma zas sultonil azim wal mannil qadim wa zal wajhil karim .... seterusnya. Atau edoraixora kirim bentuk tulisan doa tersebut dan saya akan tandakan dengan apa yang saya tahu. Tapi dalam hal ilmu2 sebegini pentingnya berguru kerana dengan berguru adanya nur ijazah tali menali dengan yang punya asal ilmu. Dengan tali itulah, walau kita panggil raja jin sekalipun nescaya yang datang tetap yang asli kerana adanya tali menali tadi. Tapi kalau belajar melalui buku, amal2 buat benda seperti panggil raja jin tadi memang konpem jin lain datang. Dan kalau belajar melalui buku saja tiadalah salah beramal doa ini tetapi sebagai doa sahaja bukan dengan amalan khusus seperti wirid doa ini dengan bilangan tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 12:39 PM | Show all posts
Reply 53# te_peng

ramai yang tak faham sanad ni bagi mereka kalau ada akd tu alamatnya ada turunkan jin la tu, boleh detailkan sikit tak pasal sanad ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 03:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by te_peng at 2-7-2012 16:05

Reply 54# ariapersanta


Mudahnya..sanad, contoh, "Fulan ambik dari guru fulan A dari guru fulan B dari syeikh fulan dari imam pengarang hizib asal. Itu sanad bersambung/sanad muttasil. Atau contoh, "Fulan ambik dari guru fulan A dari guru fulan B sahaja ... 2 orang lagi tak tercatit atau lupa nama maka sanad putus. Juga ada a'la sanad iaitu sanad tertinggi sebagai contoh yang seperti diatas (1) fulan terus melangkau 2 orang kepada syeikh fulan dari imam pengarang hizib asal. Orang lain biasanya selepas dia ada 3 orang sebelum sampai kepada imam pengarang hizib asal. Tapi hal sanad tertinggi kena tengok dari jurang mati/hidup waktu/zaman agar 'siku' kalau tak dipanggil sanad tipu.

Akad tu masa kita bersalam atau menyentuh tongkat guru atau memegang ujung serban atau guru menyetuh kepala atau seumpama dengannya, dengan lafaz contoh,"Aku ijazahkan sekian ilmu kepada engkau". Maka menjawab akan si murid, "Aku terima". Itu intipati dia dan ada orang menyebut Syahadah dulu, Fatihah dan sebagainya. Maka disinilah kalau guru asal ada khadam, maka bila akad transfer sekalilah khadam2... terima jadi walaupun kita dah ulang kali minta lindung Allah dengan bacaan Ayat Kursi kerana dalam akad sebut aku terima dan meredhai ilmu guruku. Jadi redha.. sekali redha masuk khadam. Dan menyebut setengah orang, ia umpama nikah batin jua kerana ada ijab dan kabul.

Kerana itu setengah orang contoh belajar fiqh, dia keluar hukum pelik dari orang lain. Orang akan selidikinya gurunya, dan gurunya ambik dari sape. Kalu gurunya Ayah Pin maka senang xperlu bahas lagi sah-sah "iktazalta minna" terkeluar dari jamaah kita. Atau gurunya Ben Baz maka orang akan tahu patut metode dia lain kerana dia dari Hanbali. Bila dah tahu senang muzakarah. Begitu jugalah ilmu sebegini, dari mana? Dari Gayong Makrifat, dari Budi Suci, dari pondok, dari Darusyifa maka mudah muzakarah. Tapi dari mana? jawab dari Ayah Pin, payah nak muzakarah kerana Ayah Pin sudah masuk R&R, yang kita nak masih bersama dalam highway.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 04:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by edoraixora at 2-7-2012 16:53

Reply 53# te_peng



Maksudnya:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu  Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”


Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11553.0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 06:19 PM | Show all posts
Reply 55# te_peng

ya jawapan yang cantekk dan terbaek
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 08:24 PM | Show all posts
owh....mmg tak tercapai akalku dgn doa2 ni...tak pandai nak amalkan ape2 doa...selain doa yg jujur dan ikhlas dari hati aku sebagai hamba yg lemah...dan bermohon hanya kepada Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2012 09:19 PM | Show all posts
erkkk..... ye ke mcm tu kak ainiz? doa haikal ni ramai yg amalkan. betul2 le dorg jadi kebal? try ta ...
misslivina Post at 25-6-2012 17:14



mak T tu mmg mcm seorang yg misterius sket..kitorang adik beradik tak berani nak bertegur sapa ngn dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2012 09:20 PM | Show all posts
Reply  ainiz81


   senang betul Allah nk bagi pahala..dengan baca doa ni sahajekan???..tk yah b ...
pakwetizzaqyah Post at 25-6-2012 17:41


ramai yg amal doa ni utk tujuan songsang sbnarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076894 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list