CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 16698|Reply: 58

[Tempatan] Kubur dalam taman yang pertama di Malaysia

 Close [Copy link]
Post time 15-10-2012 05:12 PM | Show all posts |Read mode




SEJAK tiga bulan lalu, Ahmad Fathiri Ahmad Fadzlah, 34, tidak pernah putus menziarahi pusara arwah ayahnya, Allahyarham Ahmad Fadzlah Mohd. Salleh. Setiap hari, pada pukul 8 pagi, ahli perniagaan itu meluangkan masa memandu ke Tanah Perkuburan Islam KL-Karak yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Taman Melewar, Gombak.
Kekerapan kunjungan Ahmad Fathiri ke tanah perkuburan yang digelar Raudhatul Sakinah berkonsepkan kubur dalam taman itu membuatkannya cukup mahir selok-belok kawasan berkeluasan 32.75 hektar tersebut. Mujur pusara ayahnya ditempatkan di dalam zon baharu yang dipisahkan mengikut jantina.
Tanah perkuburan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Julai lalu. Kedatangan Ahmad Fathiri ke tanah perkuburan itu disambut audio alunan ayat-ayat al-Quran yang berkumandang ke setiap pelosok kawasan pusara.
"Pelandskapan cemerlang di sini langsung tidak mencerminkan ia sebagai sebuah tanah perkuburan. Suasananya juga tenang dan indah sekali gus menghilangkan rasa takut yang dirasai kebanyakan orang yang menziarahi tanah perkuburan.
"Menerusi papan tanda bergrid, waris dapat mengenal pasti lokasi tepat pusara yang ingin diziarahi. Kemudahan siar kaki yang memisahkan setiap zon pula memberikan keselesaan kepada orang ramai.
"Infrastruktur lain seperti surau, tandas dan pejabat pengurusan turut diletakkan di dalam kawasan tanah perkuburan," kongsi Ahmad Fathiri yang ditemani anak lelakinya pada hari tersebut.
Tambahnya, pengindahan dan penyelenggaraan perkuburan Islam sebegitu wajar dilaksanakan di semua tempat. Bagi Ahmad Fathiri, tempat persemadian jenazah perlu dihormati dan diurus dengan sempurna.

PAPAN tanda bergrid memudahkan lokasi pusara dikesan dengan mudah.


Tanah perkuburan yang terbiar seringkali mengundang kedatangan haiwan liar seperti anjing dan binatang berbisa seperti ular. Justeru, ia mengancam keselamatan waris yang datang menziarah.
Konsep kubur
Melewati setiap zon di Raudhatul Sakinah, cukup menyejukkan pandangan mata. Lambaian pohon-pohon bersaiz sederhana seperti cempaka hutan, kurma, kemboja dan banyak lagi menciptakan ambien nyaman yang tidak pernah dirasai tatkala mengunjungi kawasan perkuburan lain.
Memandangkan tanah perkuburan tersebut dibuka sejak tahun 1987 dan menerima jenazah pertama pada tahun 1992, konsep perkuburan dalam taman hanya dilaksanakan di kawasan-kawasan baharu. Ia meliputi Fasa 7C dan sebahagian Fasa 7A. Fasa-fasa lain pula akan dijalankan secara berperingkat mengikut keperluan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, menceritakan keistimewaan konsep kubur dalam taman yang pertama di Malaysia itu.
Ulasnya: "Fasa baharu perkuburan KL-Karak dilengkapi batu tanda pusara yang disusun secara seragam. Kepungan kuburan juga perlu mematuhi spesifikasi yang kami tetapkan dan menepati hukum syarak.
"Sehubungan itu, waris yang ingin menempah kepungan sendiri disarankan melihat contoh sedia ada atau boleh membuat tempahan menerusi pejabat pengurusan kami di situ.

LAMAN web e-Pusara menyediakan rangkaian maklumat berkenaan nama si mati, nombor kubur dan lain-lain informasi yang ingin diketahui waris atau orang awam.


"Begitu juga dengan pokok atau bunga yang ingin ditanam waris di pusara ahli keluarga mereka. Tiada halangan untuk berbuat demikian namun, ketinggian pokok tidak boleh melebihi batu nisan. Disebabkan itu kami menanam pokok yang sama di atas setiap pusara bagi membentuk keseragaman."
Selain itu, penyediaan lampu-lampu di sepanjang jalan utama, membantu menerangi kawasan perkuburan bermula pada pukul 7 malam sehingga 12 malam. Ia beroperasi secara automatik setiap hari.
Skrin yang diletakkan di bawah pondok berhampiran pejabat pengurusan pula bertujuan memberi maklumat kepada waris dan orang ramai tentang keterangan upacara pengebumian yang berlaku pada hari tersebut.
Tambah Che Mat, konsep Raudhatul Sakinah bakal diterapkan di kawasan-kawasan perkuburan baharu di bawah penyelenggaraan Jawi yang akan dibangunkan kelak.
Sistem e-Pusara
Ia juga bakal merangkumi kemudahan sistem e-Pusara yang telah dikuatkuasakan di tanah perkuburan Islam KL-Karak dan Bukit Kiara.

AHMAD FATHIRI antara waris yang hampir setiap hari menziarahi pusara ayahnya di tanah perkuburan ini.


Mengupas sistem dokumentasi maklumat jenazah yang dikuburkan itu, Che Mat memberitahu, kedua-dua tanah perkuburan tersebut terletak di bawah fasa pertama.
Pembangunan e-Pusara fasa kedua akan diperluaskan ke enam buah tanah perkuburan Islam sekitar Kuala Lumpur. Kawasan yang terlibat adalah Segambut Dalam (Taman Sri Sinar), Taman Ibu Kota, Titiwangsa, Kg. Datuk Keramat, Kg. Midah Dalam dan Kg. Sungai Penchala.
"Secara keseluruhan, pembangunan sistem e-Pusara fasa pertama mengambil masa selama satu tahun. Bagaimanapun, ia bergantung kepada rekod manual maklumat pengebumian yang disimpan.
"Sejak ia dibangunkan pada tahun 2010, rekod penguburan dalam tempoh 10 tahun bagi KL-Karak dan 20 tahun untuk Bukit Kiara dapat dilaksanakan," ujar Che Mat ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya baru-baru ini.
Mengakui kemudahan sistem e-Pusara tersebut ialah seorang waris, Baili Ahjun, 64. Beliau mempunyai beberapa saudara-mara yang disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara.
Menurut Baili yang telah melibatkan diri dalam pengurusan jenazah selama 37 tahun, hanya dengan memasukkan nama si mati atau nombor lot kubur, pelawat laman web e-Pusara dapat mengesan lokasi pusara dengan pantas dan mudah.
"Prosedur pengurusan masih sama. Sebagai kariah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, jenazah yang bermastautin di dalam kawasan kami akan diuruskan pihak masjid sebelum dikebumikan di Bukit Kiara.
"Seperti biasa, wakil khairat kematian masjid akan memaklumkan kepada penggali kubur maklumat tentang si mati. Dahulu, ia direkodkan secara manual namun, kini segalanya boleh diakses menerusi sistem komputer," ujar Baili yang memberitahu dahulu pengebumian qariah sekitar Bangsar lazimnya disempurnakan di tanah perkuburan Islam Jalan Ang Seng, Brickfields Kuala Lumpur tetapi ia telah penuh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 05:15 PM | Show all posts
setahap lebih baik,

peningkatan yang amat ketara dalam sistem pengurusan
tanah perkuburan islam di malaysia

syabas!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:20 PM | Show all posts
boleh la lawan Nirvana pasni ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:22 PM | Show all posts
Management fee sapa tanggung? Tetiap bulan ada kutip fees ke dpd waris?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:23 PM | Show all posts
aku suka uruskan kubur
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:47 PM | Show all posts
nak kena susun dan simen kan bata pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2012 05:51 PM | Show all posts
sblah taman umah mak aku nih.. hari raya aidilfitri 2011 1st day kami beraya dkt seharian kat sini.. abg sedara meninggal dunia.  mmg pakej dia siap bagi pokok tu skali.. mmg cantik la diaorg buat - siap ada cam wakaf.. ye lah ada la tempat org nak berlindung kalau terlalu panas or hujan.  pintu pagar luar (main gate) dia mmg cantikk sungguh.. cam umah banglo nyer jer ehehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 10:45 PM | Show all posts
kalau ikut konsep Putrajaya, binaan kubur ni yg jenis mudah-alih. bukan sifat kekal mcm kat Bkt Kiara tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 10:51 PM | Show all posts

mudah mudahn konsep kubor dalam taman ini boleh membantu penghuninya diringankan seksa kubor....ameeen...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:03 PM | Show all posts
cantik....tp malam2 tetap nampak seram bagi yang fikir bukan2..patut fikir konsep kubur bukan tempat menakutkan..

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:21 PM | Show all posts
mudah-mudahan selepas ini tiada lagi kubur dipinggirkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 11:23 PM | Show all posts
pyropura posted on 15-10-2012 10:51 PM
mudah mudahn konsep kubor dalam taman ini boleh membantu penghuninya diringankan seksa kubor....am ...

atas tanah je ikut konsep taman. dlm tanah ikut amalan masing2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:57 PM | Show all posts
tak lama dah nak guna kubur nih....


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:01 AM | Show all posts
adnil posted on 15-10-2012 05:51 PM
sblah taman umah mak aku nih.. hari raya aidilfitri 2011 1st day kami beraya dkt seharian kat sini.. ...

u dok tmn koperasi polis fasa 2?

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:06 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 16-10-2012 12:01 AM
u dok tmn koperasi polis fasa 2?

mungkin juga dok kat taman selasih....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:09 AM | Show all posts
slippergombak posted on 16-10-2012 12:06 AM
mungkin juga dok kat taman selasih....

or tmn samudera?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 12:15 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 16-10-2012 12:09 AM
or tmn samudera?

kalu umah mak dia kata.. musti laa koperasi polis atau selasih lama tuh.. situ kan rumah stok2 pakcik makcik pencen....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:31 AM | Show all posts
aku perasan tanah perkuburuan area Kg Batu ke apa tepi jalan sentul nak ke Batu Caves agak cantik kelolaannya. Mau sahaja aku masuk melihat tapi rasa mcm tak sesuai pula tiada urusan pun di situ....

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:32 AM | Show all posts
pyropura posted on 15-10-2012 10:51 PM
mudah mudahn konsep kubor dalam taman ini boleh membantu penghuninya diringankan seksa kubor....am ...

kubor ummah kokesen cantik uols....

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:32 AM | Show all posts
cumilnye la pokok2 gtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.067471 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list