CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33893|Reply: 16

[Jenayah] Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis

[Copy link]
Post time 5-2-2026 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Skyline_84 at 5-2-2026 01:20 AM
Suspek kes bunuh ibu hutang dengan 'ah long', dibebani sewa motosikal RM700 sebulan untuk p-hailing


Suspek kes bunuh ibu hutang dengan 'ah long', dibebani sewa motosikal RM700 sebulan untuk p-hailing
ALOR SETAR: Siasatan awal polis mendapatii suspek lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri mempunyai hutang pinjaman 'ah long' yang dibuatnya di Pulau Pinang.




Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata suspek juga dibebani masalah hutang bagi melunaskan sewa motosikal RM700 sebulan untuk p-hailing dan membayar sewa biliknya.

Beliau berkata, bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain masalah hutang berkenaan.

Selain itu, katanya, polis juga masih meneruskan usaha mengesan barang kes.

"Dalam pada itu, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kesan luka tikaman di bahagian dada (stab wound to the chest).

"Luka tikaman pada paru-paru kiri dan jantung yang menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk sehingga boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh masa yang singkat.

"Doktor turut mengesahkan kecederaan luka tikam dan luka hiris pada badan si mati adalah disebabkan oleh objek keras dan tajam seperti pisau dapur, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Zahrullail Basir, 52, yang juga eksekutif operasi sebuah bank ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman di badan yang dipercayai dibunuh anaknya, Isnin lalu.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga anak sulung si mati pada jam 8.34 malam kelmarin dalam sebuah bas persiaran yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke Selangor.

Suspek berusia 29 tahun itu direman tujuh hari bermula semalam hingga 9 Februari ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber:buletintv3.My

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ibu mati dlm keadaan mcm tu, suspek ni msti dh 'study' dulu sblum tikam. Klau org x tau msti main tikam je. Pndpat iols la
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:19 AM | Show all posts
kenapa bunuh?

sbb maknya tak tolong byrkan hutang ke?



sian kt adik2
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:05 AM | Show all posts
sanggup dia tikam mak sendiri??
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:53 AM | Show all posts
kesian mak
membesarkan pembunuh sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu ahlong nak buat apa? Harap tak ganggu sibling yg lain.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2026 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai dik, muda2 dah jauh2 hijrah sampai penang tu, pi la kerja kilang dik. Busuk2 gaji 3k sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Miskinnya tak mampu beli motor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 5-2-2026 11:19 PM
VitchyPinkVitch replied at 5-2-2026 10:56 PM
Alahai dik, muda2 dah jauh2 hijrah sampai penang tu, pi la kerja kilang dik. Busuk2 gaji 3k sebulan. ...


Katanya Mak dia asal dari Bagan Datoh, Perak.

Mungkin suami orang Kedah.

Sepatutnya boleh ja balik ke Bagan Datoh jumpa Atok

Kalau dah ingat (hep!)
Pesanan atuk (Atuk)
Pulanglah lekas
ke Bagan Datuk (Bagan Datuk)
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 01:34 AM | Show all posts
kesian nyaa.. tp kan meols spekuan yg anaknya mcm marah ibunya nak kawen (in a way takleh jd banker dia lg)..

mungkin before this pernah dibantu, but this time around mak heols bertegas sikit plus nak kawen kn (mungkin bakal ayahnya strict juga).. so heols berakal pendek..

sia sia dik masuk penjara kang.. pastu rasa bersalah seumur hidup.. hilang mak, hilang keluarga.. haihh.. jgn lah jadi taik dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 07:59 AM | Show all posts
patut nya dia pi bunuh along tu.
sejenis pentingkan diri sendiri. tk fikir langsung sapa nak jaga adik2 tu. dengan yg OKU
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PinkyPie at 6-2-2026 08:47 AM

Hutang along tu sape nak settle?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 10:49 AM | Show all posts
Edited by afie_m at 6-2-2026 10:51 AM

dik, kecian adik2 ko hilang  tempat bergantung..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diliwat setiap hari di penjara
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-2-2026 11:12 PM
Miskinnya tak mampu beli motor.

"Malaydesh semua hutang"-Indon 'cakap'
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 11:05 AM | Show all posts
murahnya nyawa mak yg lahirkan and besarkan ko kat dunia anak uiii

yihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 11:06 AM | Show all posts
murahnya nyawa orang miskin

setara harga motor ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:16 PM GMT+8 , Processed in 1.437241 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list