CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 8-11-2012 11:21 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 8-11-2012 11:13 AM
cinta bersegi segi kot

tunggu dulu hero br dtg
nnt leh jadi pelbagi segi dan bentuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2012 11:22 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 8-11-2012 11:11 AM
semalam tak free... hari ni free sikit
esok lusa tak free ( kasi tahu awal awal so dat tak ada yg ...

esok lusa x free kiranya tulat iaitu Ahad akan free ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 11:23 AM | Show all posts
Nurul melangkah keluar. Beberapa orang kawan Tok Nah sudah datang bertandang. Zahid yang baru bangun sedang berbual dengan Mike tentang jenis kayu dan ukiran bumbung rumah pusaka mereka. Nurul mengutip cawan dan bekas makanan untuk di basuh. Mike terus membantunya. Ringan tulang baba ni.

“ Nurul,  you kerja di mana?”

“ Malaysia Airlines”

“ Oh, you are a flight attendant? Dah lama kerja? “

“ Tujuh tahun. What about you? Dah lama in the advertising line?“

“ Dah dekat sepuluh tahun. I mula dari bawah sebagai copywriter. Tiga tahun dulu kawan baik I ajak join Trapezium. Syukur lah, company kita makin berjaya.” Mereka berbalas senyuman. Mike tak nafikan dia tertarik dengan gadis di depannya. Wajah melayu asli yang lembut memang taste dia. Macam Fauziah Latif, penyanyi yang menjadi idolanya dulu.

“ Berapa lama shoot ni? Iklan ni mesti pasal anak yang merantau pulang ke kampung, kan?” Biasalah iklan Raya yang klise.

“ Lebih kurang lah. Tapi ada twist sikit. Kalau I cerita , janji you jangan bocor rahsia tau“

Apalah pakcik ni. Setakat iklan saja. Macam lah rahsia kerajaan nak buat bom nuklear....

“ Okay. Ceritalah.  I rasa I tak sempat tengok kat TV pun. Musim Hari Raya I selalu kena fly.”

“ Kesian... tak sedih ke ? “

“ I dah biasa. No big deal. I kena bagi peluang pada crew yang dah berkeluarga.”

Yes... she is single, detik hati Mike. “ Cerita  dia pasal perempuan ni yang kerja di bandar dan jarang balik kampung. Mak dengan bapa dia selalu telefon dan tulis surat tapi dia tak balas. Selepas beberapa tahun dia terbuka hati untuk balik beraya di kampung. Dia sampai di rumah dan ada sepasang suami isteri sedang duduk di beranda. Mereka bersalaman dan berpelukan. Mesti penonton ingat itu parents dia  tapi bukan. Last scene , suami isteri itu bawa dia ke kubur parents dia yang baru meninggal dalam kemalangan beberapa hari sebelum itu.  Sedih tak?”

Nurul pura pura mengelap air mata sambil tersedu“ Uhuk... uhukkk...Sedih.... sedih... macam cerita Bollywood” Kemudian dia ketawa.

“ Nakal lah awak ni! “

“ Taklah , I main main saja. Seriously, its good.  Mesti menang banyak award nanti. Excuse me Mike, I nak tolong nenek I kat dapur. You pergilah duduk di depan”

Nurul sedar kawan kawan Tok Nah sedang memerhati mereka. Makcik makcik ni bukan boleh percaya. Dia tak nak jadi topik Propaganza edisi Kampung Sg Besar.

Lebih sejam kemudian barulah pelakon siap di mekap. Semua sedia untuk pengambaran. Jiran jiran makin ramai berlegar di luar. Bukan selalu ada penggambaran di Kampung Sg Besar.

“ I tak selesa kalau ramai orang tengok. Macam jakun lah orang kampung ni”  desis Kiki

“ Relax lah. Mereka bukan kacau pun. I dah beritahu yang mereka boleh tengok tapi tak boleh bising” jelas Mike.

“ Kenapa Ray tak datang lagi? I want him here”

“ Doktor suruh dia rehat. Let’s get to work. Jangan buang masa.” Kiki menjuihkan bibir. Mike beralih kepada Tina dan Ramli. Mereka di beritahu peranan masing masing. Watak mereka tidak perlu bertutur dalam scene ini. Burn dan Shark mencari angle kamera terbaik sementara Zuhri menjaga pencahayaan. Segala tugas di lakukan dengan sangat teliti dan professional. Hampir dua jam baru siap, untuk adegan yang tak sampai seminit di kaca TV.

“ Nurul, I hope to see you again. I call you nanti, ya.” ucap Mike. Dia orang terakhir meninggalkan rumah Tok Nah. Krew pengambaran dan pelakun sudah bertolak. Rumah dan laman sudah kembali bersih seperti asal. Mana tak nya, kecut perut masing masing tengok Tok Nah cekak pinggang sambil pegang senduk.

“ Er.. tengoklah. I banyak penerbangan lepas cuti ini. Schedule I padat. Kalau ada break sehari dua pun, I  kena ganti tidur.” Nurul akui, dia selesa dengan Mike walaupun baru kenal. Tapi ...er... too many complications.

“ Okay, I faham. I will call you. Mana tahu nasib I baik.” Mike mengenyit mata.

“ Makcik , terimakasih banyak banyak. Maaf sebab bayaran baki sebanyak RM500 itu partner saya Ray yang pegang. Petang nanti dia datang bayar makcik. “ Mike bersalaman dengan Tok Nah sebelum meninggalkan rumah mereka.







Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 11:23 AM | Show all posts
suka cara Nurul smash si kiki

“ Oooo.... nyah ke? Saya ingat dia PMS tadi”  Selamba Nurul bagi sedas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 12:17 PM | Show all posts
macam dah dapat agak je cerita nye..

Mesti Redza dan Ray tu org yang sama..

Then konfliknya bila Nurul @ Yuyu @ Aishah syok kat Redza @ Ray and dia pon syok kat nurul. tp tak nak kecewakan ayah dia, terpaksa terima Elly. tapi at last, nanti Elly tu berkorban dengan undur diri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 01:04 PM | Show all posts
menarik cerita smiley kali ni he he he he
teruskan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2012 01:28 PM | Show all posts


wah...menarik...

ray tu ke yg panggil nurul mlm kelmarin tu?

tp tau la plak dia nak panggil nurul tu ecah yek?

apa pun sila sambung....


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 01:29 PM | Show all posts
CikTigger posted on 8-11-2012 12:17 PM
macam dah dapat agak je cerita nye..

Mesti Redza dan Ray tu org yang sama..



atau mike suka nurul tp bg jalan kat ray?

sb share partner..terhutang budi...? errr...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2012 01:58 PM | Show all posts
lagi suka mike & yuyu.. baru thrill....yuyu & redza x best.. dah biasa.....org kaya org miskin
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 09:17 AM | Show all posts
Adakah RAY akan terpikat dengan NURUL...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 01:34 PM | Show all posts
bestnya ada cerita baru dari smiley
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 04:36 PM | Show all posts
nak lg...heee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 09:15 AM | Show all posts
CikTigger posted on 8-11-2012 12:17 PM
macam dah dapat agak je cerita nye..

Mesti Redza dan Ray tu org yang sama..

kita tunggu... tgk siapa undur diri
akak pun tak pasti lagi
kalau  kahwin dua pun ok gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 09:16 AM | Show all posts
qimi08 posted on 8-11-2012 01:04 PM
menarik cerita smiley kali ni he he he he
teruskan

tq qimi



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 09:23 AM | Show all posts
salam pagi Isnin...
____________________________________________________________
Bab 5

“ Aduuuuhhh...” Redza mengerang kesakitan bila Dr Ang memegang buku lalinya yang bengkak. Rasa berdenyut sampai ke sum sum tulang.

“ Macam mana Encik Redza boleh terseliuh? Bila ianya berlaku? Cuba cerita pada saya.” tanya Dr Ang sambil menulis nota di atas kad pesakit. Skema betul ayat doktor ini.

“ Saya tertendang sesuatu masa berjalan pulang dari masjid dua malam sudah. Sebab gelap jadi saya tak berapa nampak. Tiba tiba saya dah landing kat jalan. Saya rasa sakit tapi saya masih boleh berjalan dan memandu kereta. “ Malu lah kalau aku cerita yang aku jatuh longkang sebab kejar perempuan. Waktu dia sedang menyarung kasut di luar masjid, dia ternampak kelibat gadis yang di cari selama ini. Peluang untuk berjumpa Aishah tak boleh di lepaskan lalu di kejar si gadis. Nasib tak baik, malang tak berbau tapi aku yang berbau air longkang. Sungguh tak macho! Kalau Mike tahu, dah tentu aku jadi bahan tawa di ofis. Mereka tu semua tak akan lepaskan peluang untuk gelakkan boss.

“Bila sampai ke hotel ada seorang pakcik tu nampak saya jalan terhencot hencot jadi dia tolong urut kaki saya. Tapi jadi makin sakit pula.” Mukanya berkerut seribu. Peluh jantan pun dah mula merenik.

Doktor separuh umur itu menggeleng kepala. “ Kenapa  urut? Kalau tukang urut itu tak pandai, kecederaan kecil boleh jadi lagi teruk. Sekarang saya bagi suntikan penahan sakit. Lepas itu Encik Redza kena pergi X Ray. “ Dr Ang memanggil jururawat untuk menyediakan alat suntikan. Lengan Redza di tenyeh dengan kapas yang di celup cecair pembasmi kuman sebelum di cucuk. Redza mengetap bibir dan menutup mata sejenak.

“ Kejap lagi rasa sakit akan kurang.”

“ Saya kena admitted kah? What is the worse case scenario? Boleh tak saya pandu kereta  balik KL besok?” Soalnya bertalu talu. Shooting iklan Hari Raya masih ada dua scene lagi. Mike kena balik Melaka untuk perkahwinan adiknya. Masaalah besar kalau aku kena  tahan di wad. Kalau terlepas deadline, kemungkinan besar syarikat aku akan hilang klien terbesar. Disaster! Siapalah suruh aku jadi stalker malam itu? Bukan saja kaki aku terpeleot tapi aku telah mensia siakan peluang keemasan untuk berjumpa Aishah. Dari cerita Mike memang dia lah yang aku cari selama ini. Confirmed! Yang aku risau, Mike pun macam dah angau dek penangan Cik Ecah. Tak boleh jadi ni!

“Encik tak di benarkan memandu kereta dalam keadaan sekarang. Sama ada kena admitted atau tidak, bergantung pada  result X Ray. Sebenarnya hospital dah penuh sebab ada banyak accident hari ini dan kes keracunan makanan di sebuah sekolah. Kita tengok dulu sama ada kecederaan Encik Redza serius. Nurse Meena, tolong bawa Encik Redza jumpa Dr Dass.”

Redza rasa kekok bila duduk di kerusi roda dan di tolak Nurse Meena. Macam  Usop Wicha plak , cuma aku tak lenggok lenggokkan tangan. Nasib baik dia tidak payah menunggu lama di jabatan X Ray. Dalam masa 15 minit semuanya selesai.

“ Saya hantar Encik ke ofis Dr Ang” kata Nurse Meena

Dalam perjalanan ke pejabat Dr Ang, mereka melalui wad pesakit luar dan kecemasan (outpatient & emergency).Tiba tiba seorang atendan  berlari ke arah mereka dengan termengah mengah. Kerusi roda di perlukan untuk membawa seorang perempuan yang sarat mengandung dan mengalami pendarahan. Meena jeda seketika, serba salah untuk beri jawapan.

“ Ambil lah wheelchair ini. ”  ujar Redza sambil bangun dengan berhati hati.

“Encik Redza duduk di sini sebentar, ya. Saya settle emergency ini dulu”  Nurse Meena mengikut atendan tadi ke tempat parkir.

Redza melabuh duduk selang dua baris dari seorang gadis yang sedang tekun membaca novel. Matanya di pusatkan pada gadis yang memakai jeans dan blaus kuning cair. Ya Allah! Syukur pada mu! Sakit Redza terus hilang, sama ada penangan ubat penahan sakit atau sebab bidadari hatinya muncul di depan mata.

“ Aishah! “ Tiada reaksi. Dia tidak berkutik sedikit pun. Buku apa yang di baca sampai hanyut begitu? Atau aku silap orang?

“Ecah!”

Sudah dua kali orang memanggil aku Aishah?Adakah ia orang yang sama? Nurul mengerling dengan bucu mata.  Alamak!  Otak Nurul masuk gear 4..  Bertenang... Nurul Aishah... bertenang. Kalau situasi pendaratan kecemasan kapalterbang pun aku boleh tangani, apa hal aku nak gabra sekarang?

Nasib menyebelahinya bila seorang jururawat memanggilnya untuk ke bilik rawatan. Tanpa menoleh, dia bergegas masuk. Fuuhhh! Selamat!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 09:30 AM | Show all posts
Nurul mengambil tempat duduk di sebelah Tok Nah, berdepan dengan doktor. Alhamdulillah, keadaan Tok Nah tidak  serius. Dia semput kerana cuaca sejuk dan dia kepenatan.Setelah di beri nebuliser, pernafasannya kembali normal. Tapi alang alang dah berada di hospital, Tok Nah menjalani pemeriksaan kesihatan.

“ Assalamualaikum. Apa khabar Yuyu? Cuti kah? ” Dr Zaharah bukan orang asing. Ibu kepada Dr Zaharah dan Tok Nah sama sama mengajar di Sekolah Rendah Sultan Ismail dulu.  Doktor yang berusia lewat 30an itu sangat prihatin terhadap Tok Nah dan cucu cucunya walaupun mereka sudah besar panjang sekarang.

“ Yuyu cuti lima hari. Kak Zaharah apa khabar? Anak anak sihat?”

“ Sihat. Dah besar dan makin nakal budak budak tu. Bila Yuyu nak datang rumah tengok dia orang? “
“ Insyaallah, tengok lah esok lusa.” Nurul sekadar berbasa basi. Anak  kembar Dr Zaharah baru berusia 7 tahun dan aku tak pandai layan budak budak. Kalau budak kecil dalam flight menangis tak berhenti, serius aku rasa macam nak tampar!

“ Yuyu ni bukannya reti nak ziarah kawan kawan dan saudara mara. Terbang jauh ke sana sini boleh pula. Nanti orang kata kamu tu sombong. ” adu Tok Nah. Nurul tersengih. Macam lah aku suka sangat terbang ke sana sini. Bukannya pergi bercuti tapi aku bertugas lah Tok oi.

“ Bukan sombong tapi malas jer.  Yuyu nak makan dan tidur saja bila bercuti ni.” Jawapannya yang telus membuat cubitan Tok Nah hinggap di lengan.

Dr Zaharah ketawa melihat kemesraan nenek dan cucu di depannya. Dia tahu pengorbanan Nurul bukannya sedikit. Dulu arwah bapa Nurul mencagarkan tanah pusaka tempat tinggal mereka pada bank untuk modal perniagaan. Nasib Encik Anuar kurang baik, bisnesnya lingkup. Lepas bapanya meninggal dunia, rumah mereka hampir di lelong. Nurul terpaksa bekerja untuk menjelaskan hutang bank. Kesian Nurul,  keputusan STPM nya baik tapi dia terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

“ Tok sakit apa sebenarnya? Atau dia pura pura sakit sebab malas nak masak untuk Yuyu? “  Nurul mengangkat kening pada Tok Nah yang menggeleng, pasrah dengan mulut nakal cucu sulungnya.

“  Jantung, tekanan darah, paras gula semuanya okay. Cuma dia letih. Bila penat, penyakit asmanya datang. Biasalah , bila dah tua kita semakin lemah. Tok Nah kena rehat, jangan kerja kuat sangat. Badan kita ni bukan mesin. Yuyu kena tengok tengokkan Tok. Make sure she doesn’t over exert herself” Saran Dr Zaharah

Nurul mengangguk. Dia rasa bersalah sebab suruh Tok masak wajik tadi.  “ Dua tiga hari ni Tok tak payah masak. Biar Yuyu dengan Yed  saja yang masak dan buat kerja rumah. “  Dalam kata lain, aku bagi perintah, Yed masak... he he!

“Bila Yed dah balik ke kampus dan Yuyu balik KL, kesian Tok Nah tinggal seorang. Kan senang kalau Yuyu kawin dan settle down. Boleh Tok Nah dan Yed tinggal sama.” Usul Dr Zaharah

Alahai ... ini yang aku malas nak dengar! Semua suruh aku kahwin, tapi tak cari calon untuk aku. Ingat senang ke aku nak cari suami. Siapa nak isteri yang pakai kebaya ketat kain terbelah, gaya hidup sosial, tak lekat di rumah? Sekarang semua lelaki baik  nak stok Ustazah Pilihan. Kalau playboy yang togak arak, kaki perempuan, kaki clubbing dan Datuk Datuk tua yang nak pasang cawangan kedua atau ketiga... memang senang lah nak dapat. Tapi tergamak ke aku main cekup saja? Aku pun nak lelaki soleh yang boleh membimbing aku.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2012 10:23 AM | Show all posts




mcm usop wilcha yer....

santai bahasa novel ni...




Ada lagi tak sambungan?



Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 10:41 AM | Show all posts
UsuFie posted on 12-11-2012 10:23 AM
mcm usop wilcha yer....

santai bahasa novel ni...

cuma usop wilcha kat sini encem dan kaya

sama gak cam usu, ada ke lg sambungannya smiley
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 12:05 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-11-2012 10:41 AM
cuma usop wilcha kat sini encem dan kaya

sama gak cam usu, ada ke lg sambungannya smiley  ...



ana...baru usu perasan signature ana tu...  






Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 12:14 PM | Show all posts
UsuFie posted on 12-11-2012 12:05 PM
ana...baru usu perasan signature ana tu...

dah dah xde apa usu, ana ok aje
dah masuk bulan ke 3 so ana dah ok sekrg
insyaAllah klu x banyak kijer ana akan berkuntum semula kat bod nie
dah terlepas citer lady hr tue
so sekrg nak sama2 memeriahkan bod nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.552499 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list