CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

Tahniah Nora J! (isteri kepada Johan Nawawi)

[Copy link]
Post time 18-11-2012 05:05 PM | Show all posts
nora mastercef
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2012 05:09 PM | Show all posts
Nora Danish,
Nora Elena,
The Secret Life of Nora,
Nora J,
Norah Jones,
Nora Ariffin,
apa lagi Nora yang nak kelirukan aku ni...

Nora the explorer,
Noraemon,
Nora datang lagi....
Last edited by perang_saudara on 18-11-2012 05:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 05:37 PM | Show all posts
haaaa... baru betul tajuk thread....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 05:37 PM | Show all posts
Sedihnya ramai tatau Nora pregnant wlpn baru je announced kt AIM mlm semalam..







Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 05:39 PM | Show all posts
haaa... kan dah keluar gambar tu..... senang cerita.... Tahniah Nora.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 05:42 PM | Show all posts
Bertambah sedih lagi...

Kontroversi Nora J

MENGGUNAKAN huruf J sebagai singkatan kepada Johan untuk digabungkan dengan nama Nora, tidak pernah dilihat akan mengundang satu pandangan yang negatif.

Sebaliknya, gabungan nama penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema hanya sekadar nama alternatif untuk mengelakkan kekeliruan apabila melakukan pencarian data maklumat di Internet.

Sayangnya hasrat Nora untuk tampil dengan nama pentas sebagai Nora J dikaitkan dengan pandangan yang cukup negatif.

Ada yang berpendapat, Nora J membawa maksud Nora Janda!

Pedih dengan kaitan istilah janda pada namanya sedangkan maksud huruf J yang sebenar ialah Johan Nawawi (nama suami Nora), Nora tenang dalam memberikan jawapan terhadap soalan-soalan bacul sesetengah pihak.

?Mengapa begitu cetek pandangan orang yang mengaitkan huruf J itu dengan istilah janda pada nama saya?

?Apakah saya tidak boleh mengkomersialkan nama saya sendiri tanpa ada niat untuk mengenepikan nama bapa saya?



?Sebagai anak seni, tidak salah jika saya komersialkan nama saya termasuk mahu dikenali sebagai Nora J iaitu Nora Johan dan bukannya Nora Janda.

?Saya berasa pelik kerana hasrat saya itu turut dikaitkan dengan hukum hakam agama.

?Apakah sebelum ini, tidak pernah ada artis tanah air yang menggunakan nama suaminya di akhir namanya?? soal Nora dalam nada tenang walaupun terpalit rasa kesal kerana dipandang serong oleh mereka yang mudah melabelkan orang lain tanpa menggunakan landasan fikiran yang lebih rasional.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 35, berkata, mengapa seniwati Datin Rosnani atau Mak Nani, menggunakan nama pentas yang digabung dengan nama suaminya, Jamil, tidak pernah dipersoalkan?

Begitu juga dengan Norlia Ramli (kini dikenali sebagai Norlia Ghani) dan Aida Khalida yang suatu ketika dahulu, muncul dengan menggunakan nama Aida Rahim, diubah kepada Aida Radzwil tidak pula dipandang serong?

?Kalau berdosa dan hukumnya haram kerana saya menggunakan nama suami sebagai alternatif untuk nama pentas saya, maka artis-artis lain yang sebelum ini melakukan perkara yang sama, pun berdosa dan haramlah hukumnya.

?Bukan saya mahu mengelak daripada memberi jawapan mengapa saya tidak menggunakan nama bapa saya, Ariffin , bukan nama suami dan dikenali sebagai Nora Ariffin.

?Untuk pengetahuan, saya pernah terfikir mahu menggunakan nama Nora Ariffin tetapi apabila disemak dalam Internet, sudah ada yang menggunakan nama itu.

?Apa yang saya cuba lakukan hanyalah untuk memudahkan peminat mencari data mengenai diri saya dalam Internet, bukannya mahu mencetuskan isu.

?Lagipun, Nora J bukannya didaftar atas kad pengenalan atau sijil kelahiran. Ia sekadar nama komersial,? tegas Nora.

Kata isteri kepada komposer Johan Nawawi ini lagi, dia tidak pernah mahu mengundang kontroversi sepanjang 17 tahun bergelar penyanyi.

Tetapi apabila ada pihak yang sengaja mahu mencetuskan isu kontroversi, dia sama sekali tidak senang dengan keadaan itu.

?Saya bukan artis yang mencari publisiti murahan.

?Pengalaman banyak mengajar saya erti kehidupan sebagai anak seni dan saya juga berharap, mereka yang lama berada dalam bidang yang berkaitan dengan hiburan agar membuka minda seluas-luasnya.

?Jangan berada di takuk lama kerana sebagai artis, saya juga perlukan sesuatu yang baru dan segar agar sesuai dengan imej saya hari ini,? ujar ibu kepada tiga orang anak ini bersungguh.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2012 05:44 PM | Show all posts
saya aman-aman adja konsepnya dengan Norlia Ghani ka Norlia Ramli ka, janji orang kenal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 05:45 PM | Show all posts
anyway mmg kesian sgt kt Nora ni..

mcm korg kata.. ramai benau nama Nora kt alam maya kan..

so mmg susah sgt nak dpt info psl Nora nan satu ni..

dulu aku penah sajes kak Nora tukar nama Nora Ariffin.. tp actually Nora Ariffin tu pun actually nama pelakon Indon.. pelakon seksi lak tu.. kesian kak Nora





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2012 06:07 PM | Show all posts
Tahniah Nora - Menang AIM 19, Dapat Baby Baru!



KL, 18 NOV 2012: Rasa Murai Batu belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah buat penyanyi senior, Nora di atas kemenangannya di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia 19 (AIM 19) menerusi kategori 2 kategori iaitu Rakaman Album Terbaik untuk album Doa dan Lagu Nasyid Terbaik (Doa).

Kemenangan Nora di dalam kategori ini sangat menarik bagi Murai Batu kerana ia membuktikan bahawa konsep muzik yang lebih Islamik, kerohanian serta ketuhanan pun boleh dibawakan oleh penyanyi yang pada asasnya datang daripada genre muzik yang sekular.

Malah, penghasilan album Doa juga bagi Murai Batu sangat menepati kehendak kebanyakan pendengar muzik yang lebih gemarkan lagu-lagu Islamik, kerohanian serta ketuhanan dalam bentuk yang lebih segar dan relevan dengan perkembangan muzik semasa dan bukannya konservatif sepertimana lagu-lagu nasyid yang tipikal.

Dalam waktu yang sama, ia turut membuktikan bahawa penyanyi senior seperti, selain Noraniza Idris dan Jamal Abdillah juga masih mampu memberikan kejutan di dalam industri muzik tempatan dengan karya-karya lagu yang bermutu atau corak nyanyian yang tiada taranya.

Dan siapa sangka, sehari sebelum AIM 19 berlangsung, Nora dan suaminya, komposer Johan Nawawi telah dikurniakan cahayamata keempat. Seorang puteri, cahayamata keempat mereka itu diberikan nama yang cukup indah iaitu Putri Nur Fatihah.

Kelahiran Putri Nir Fatihah juga turut melengkapkan bilangan zuriat Nora Dan Johan. Sebelum ini, mereka dikurniakan 3 cahamayata iaitu Syakir Iman (lelaki), Syakir Alif (lelaki) dan Putri Nur Dahlia (perempuan). Kini, lengkaplah cahayamata mereka dengan sepasang anak lelaki dan sepasang anak perempuan.

Tahniah sekali Nora. Murai Batu percaya, itulah rezeki anak, namanya..



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 06:13 PM | Show all posts
tahniah nora
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah nora
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 06:27 PM | Show all posts
freekey posted on 18-11-2012 05:45 PM
anyway mmg kesian sgt kt Nora ni..

mcm korg kata.. ramai benau nama Nora kt alam maya kan..

Rasanya xde problem pon kalo dia guna nama Nora saje sbb sejak dari dia muncul smpi skrg mana ada retis laen yg guna nama Nora seketul. Wlpn ko x letak Nora mana tadi kat tajuk, aku tetap tau sape. Nora J pon ok. Susah2, letak je nama Norafizah lagi laen .

btw Freekey, dah tiba masa anda menukar siggy2 anda kepada gamba2 Nora bertudung
Last edited by Body_language on 18-11-2012 06:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 06:32 PM | Show all posts
jikalau sebut nora j saya terbayang nora janda (nora darnish)
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 06:45 PM | Show all posts
tahniah nora..

kalau sebut nora J, aku terbayang norah jones. x tau nape..
tak de masalah pun kalau dia nak tukar nama pentas dia as Nora J.
bukannya tukar nama dalam IC.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 07:03 PM | Show all posts
tahniah
antara penyanyi wanita yang iols minat sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 07:30 PM | Show all posts
congrats
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2012 07:56 PM | Show all posts
comelnye...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 08:00 PM | Show all posts
Baby girl comeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 08:55 PM | Show all posts
baby dia mcm tgh tergelak... btw, nora ni brp umo? aku ingat dah tgh2 40s...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 08:56 PM | Show all posts
nora ni dah mid 40s kan?
btw, tahniah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.080591 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list