|
Respon YAB MB Kelantan terhadap barisan kabinet baru Malaysia..
Kabinet 2013 :
Saya menyambut baik pembentukan Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Bagi saya ia hak Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai kabinet beliau sesuai dengan peruntukan Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam masa yang sama, saya menyambut baik kenyataan Perdana Menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai kabinet transformasi. Transformasi yang paling penting tentunya ialah transformasi sikap dan mentaliti dan bukan hanya transformasi wajah baru menggantikan wajah lama sahaja.
Dalam erti kata lain, saya mengharapkan agar Kabinet baharu ini dapat mewajahkan semula kerjasama di antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Dalam hal ini, saya menggesa agar Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga senarai iaitu senarai persekutuan, negeri dan senarai bersama terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan.
Selamat bertugas saya ucapkan kepada Kabinet baharu kerajaan Malaysia.
Salam hormat,
YAB USTAZ DATO AHMAD YAKOB,
Menteri Besar Kelantan.
|
|
|
|
|
|
|
|
<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/8t_jvamp9tU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
|
|
|
|
|
|
|
|
kecik82 posted on 16-5-2013 09:38 PM
Respon YAB MB Kelantan terhadap barisan kabinet baru Malaysia..
Kabinet 2013 :
kool .... ai like him already.... baguslaaa dia pon x buat peel macam nk memusuhi kerajaan pusat... rakyat yg diutamakan... kalo jenis x ske berbalah ni nescaya kerajaan Pusat pon akan sama2 membantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
in sya Allah semoga lebih baik dari Nik Aziz. semoga dpt melaksanakan tugas lebih amanah. |
|
|
|
|
|
|
|
semakin respect & suka dengan keperibadian MB Kelantan nih huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la wartawan saja wat tajuk gempak...hampeh betul...
Paparan tajuk muka hadapan Sinar Harian hari ini agak mengelirukan dari maksud asal kenyataan YAB Dato Ahmad Yakob senalam. Beliau atas kapasiti Menteri Besar hanya mengharapkan hubungan kerjasama terjalin atas semangatfederalisme demi kebaikan rakyat Kelantan berikutan pembentukan kabinet baharu. Ini termasuklah mengadakan pembangunan di Kelantan sebagaimana yang dinikmati oleh negeri-negeri lain serta mengembalikan hak-hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Kelantan. Tidak timbul isu 'PAS buka pintu' sebagaimana yang dilaporkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengah hari tadi YAB Menteri Besar telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Taman SBJ, Pasir Pekan...respect |
|
|
|
|
|
|
|
YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob menghadiri majlis kesyukuran Dun Tendong di Kg. Perakap, Tendong. Turut bersama-sama ialah YDP Pas Kawasan Pasir Mas, YB Tuan Haji Hanifa Ahmad dan ADUN Tendong YB Rozi Muhammad.
|
|
|
|
|
|
|
|
selera jer lihat YAB MB kelantan makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau dilihat mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza dengan TGNA. Mungkin bawah beliau , Kelantan mampu bekerjasama baik dengan kerajaan pusat untuk pembangunan fizikal dan sosial yang lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
alan43520 posted on 18-5-2013 07:44 PM
Beliau dilihat mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza dengan TGNA. Mungkin bawah beliau , Kelantan m ...
Insha Allah. beliau mampu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|