CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 15-6-2013 10:35 AM | Show all posts
wow citer nih.....well TT, you got me on Ducati Monster...




kat dubai & qatar murah je motor ni.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2013 05:26 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 15-6-2013 10:35 AM
wow citer nih.....well TT, you got me on Ducati Monster...

Yupp true...but bwk balik sini with tax n bla..bla..bla.. ermm agak costing skit..but tak rugi ...harley  pun bak balik sini still ok the price compare beli dkt sini.. meraung poket..hikkhikkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 05:29 PM | Show all posts
mrsT posted on 15-6-2013 12:26 PM
Yupp true...but bwk balik sini with tax n bla..bla..bla.. ermm agak costing skit..but tak rugi ... ...

ohh...dah balik mesia for good yeaa? tak beli ducati coz jurang harga kat sini & malaysia tak besar sangat....tapi kalau harley..cukup besar jurangnya.. investment.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 05:35 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 15-6-2013 05:29 PM
ohh...dah balik mesia for good yeaa? tak beli ducati coz jurang harga kat sini & malaysia tak besa ...

Yupp..ducati different price x byk harley memang berbaloi2..msia jarang nak dpt murah..i love the color red..berani..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 06:03 PM | Show all posts
Nanti saya sambung yer.. tgk cari info about beberapa perkara...tq sebab sudi membace
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 07:37 PM | Show all posts
mrsT posted on 15-6-2013 12:35 PM
Yupp..ducati different price x byk harley memang berbaloi2..msia jarang nak dpt murah..i love the  ...

btw, okay dah bawak balik Ducati..bukan ramai orang kat mesia mampu pakai...abes2 cbr600 R1 bagai. kat sini ramai yg dah mula angaukan panigale
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-6-2013 04:09 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 15-6-2013 07:37 PM
btw, okay dah bawak balik Ducati..bukan ramai orang kat mesia mampu pakai...abes2 cbr600 R1 bagai. ...

Hikkhikk..berangan dulu..lepas tu tangkap 1

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 09:45 AM | Show all posts
Pagi Selasa. Auna Aulia menunggang dengan tenang Harley-Davidson Iron 883 buah hati pengarang jantung dan limpa dan sewaktu dengannya kepunyaan abahnya. Rock lah abah walaupun dah warga emas minat lagi motor macam ni. Motor ni baru tak baruabah beli second hand Uncle Abit yang punya tapi Uncle Abit jarang pakai so dia let go. Abah beli tapi dia yang pakai. Sesekali. Kata anak abahkan. Banyak sebenarnya harta abah yang orang lain tak boleh usik dia boleh usik.  

Petang ni dia ada mesyuarat dengan PKNS di Shah Alam, senangsikit bawak motor tak payah serabut kepala dengan kesesakkan jalanraya. Lagipundia dah janji nak jumpa abang-abangnya di kedai Harley Davison di PetalingJaya. Saja, mana tahu tergerak nak sedekah duit kat sana.

Harley-Davidson Iron 883 datang dengan tempat duduk solo. Sebenarnya boleh jerk nak pasang tempat duduk lagi satu tapi apa barangkan tak rock lah. Warna hitam as usual hitamkan menawan. 13 spoke and alimium wheeles dan lain-lain lagiperghhh. Meleleh air liur. Sekali tengok rider perempuan. Mesti orang jelousekan..kan..kan. Dia tersenyum lagi. Sebenarnya dia jugak yang bertanggungjawab meracun pemikiran abah supaya beli motor ni. Bukan apa Uncle Abit baru pakai lebih kurang 2 tahun tapi motor ni selalunya tersimpan buat pameran je. Itu yang digoda abahnya. Hakikat sebenarnya dia yang mengidam nak motor ni. Mama dah tak boleh cakap apa. Sebab 4 lawan satu ma.. mana boleh mama menang lagipun kite kene pandai main politik jugak..sesekali tunjuklah sifat perempuan tu. Ajak mama pergi shopping, teman mama jalan-jalan, rajin turun dapur, berperwatankan lembut jangan nak menjantankan diri saja. Lepas tu bodek sikit kiri dan kanan mama confirm mama akan cair macam coklat. Hikkhikk…

Sampai pejabat. Tepat 8.30 pagi kelihatan segerombolanmanusia sedang sedang membuat sesi ayaman beramai-ramai. Dia hanyamenggelengkan kepala. Biasalah ketuanya Sharifah  Badariah budak id. Maklum sangat denganperangai minah kopaci tu.
“Alaa.. Auna tu nak perhatian jerk yang lebih itu yang bawakmotor besar lah, kononnya nak menarik perhatian budak-budak kat site.” Kedengaransuara Badariah a.k.a Sherry.

“Biarlah, Sherry dia mampu. Kau tengok lah family dia macammana, yang kau sakit hati kenapa. Kalau kau nak kau beli satu, habis cerita”satu suara cuba membela Auna Aulia, dia tahu siapa pasti kak Syafiqahpembantunya.

“Kak, saya ni bukan cemberu, tak kuasa saya nak naik motorbersar macam tu. Hilang ladies saya nanti. Auna tu boleh lah.  Dia terlebih homon lelaki sikit. Lagipun kaklelaki tak suka perempuan kasar-kasar, lelaki nak perempuan yang manja-manja”

“Yerlah tu.. setahu akak lah kan Sherry, lelaki sukaperempuan yang macam Auna, apa orang kata lagi mahal harganya dari terbukaksana terbukak sini terdedah sana terdedah sini”

“Akak mengata saya yaa..” marah Badariah.

“Akak bukan mengata kau.. tapi ya lah kan.. kau pun belajarlagi tinggi dari akak so pandai-pandai lah aku fikir. Dah lah akak nak buatkerja.” Syafikah terus berlalu. Dia bukan tak kasihankan pada Badariah yangsering meminta perhatian kadangkala dia rasakan Badariah terlalu murah lahpulak.

Sharifah Badariah menghentakkan kakinya bengang dengan ayatterakhir Syafikah. Taka pa mereka belum kenal siapa Sharifah Badariah okey. Berlaludengan panas hati.

Auna Aulia tersenyum mendengar perbualan mereka. Tak pasal-pasaldia dapat pahala percuma pagi ni. Dia pun sebenarnya kasihan jugak denganSharifah Badariah a.k.a. Sherry tu. Pakaian macam tak cukup kain pun ada jugak.Berbanding dengan dia Alhamdulillah nampaknya Allah masih sayangkan dia. Kalau takteruk jugak nanti kene jadi kayu api. Serentak Auna Aulia menggelengkan kepala.

Kalau lah si Sherry ni tengok motor apa yang dia bawak harini sure punya akan terjojol mata minah ni dan akan pastinya suara yang nyaringitu kedengaran bercerita kalah bertih jagung.


*****************************************

hope berpuas hati erkk.. sorry kalau ader tersalah silap terkurang ker..



Last edited by mrsT on 17-6-2013 09:53 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2013 10:48 AM | Show all posts
Auna Aulia berlalu ke biliknya. Dia menyapa beberapa staff di pejabat. Kita jangan sombong, ALLAH tak suka pesan Tok Pa. Rindu dengan tok pa dan tok ma.

Setelah meletakkan beg sandang belakang dan mengeluarkan apa yang patut. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar dan kedengaran suara yang dia tak mahu dengar pagi-pagi hari rosak mood.

“You pergi ke meeting petang  dekat PKNS?” tanya suara itu.

Auna Aulia melepas keluhan dibibir munggilnya. Tak payah pakai lipstick merah menyala memang dah confirm merah letak lipsgloss pun okey. “pergi” jawabnya sepatah.

“kita pergi sekali.”

“Kalau tak nak”

“Jangan degil boleh?”

“hish..paksa-paksa. Tak nak lah.”

“Aper pasal”

Hishh.. “Nak pergi naik motor lepas tu ada hal lain.”

“Hal apa?”

“Sibuk kenapa?”

“Nak tahu tak boleh?”

“Tak payah ambik tahu”

“Kene ambik tahu?”

Aikk.. Auna Aulia pelik. “Kenapa?”

“Sebab awak PMS selalu..” terus Khaleel Zachry berlalu.

Arrgghhhh.. tak suka dia..tak suka dia. Apa pasal lah nak naik kan darah aku pagi-pagi tak sarapan apa sampai nak minum darah aku ni. Stress tau.. stress.


*********************************

nanti sambung lagi..


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 11:43 AM | Show all posts
dalam jiwa khaleel ada taman tuh...heheheh benci2 jadi sayang tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 01:33 PM | Show all posts
Perjalanan kerja pagi membawa ketengahari berjalan dengan tenang dan aman. Macam ni kan bagus baru idea datang macam air terjun ni asyik kene redah jerk mahu lama-lama sakit jantung.

Selepas solat fardhu zohor dia berkemas untuk ke PKNS Shah Alam. Meeting jam tiga petang. Jadi dia ada masa lebih kurang sejam untuk sampai kesana. Dia tidak mahu tiba ditempat mesyarat ini akan menggambarkan betapa tidak displinnya dia.  Ketetapan masa amatlah penting bagi Auna Aulia. Di pakir tempat Auna Aulia meletakkan motor pagi kelihatan sebuah lagi motor keluaran Harley Davidson jenis Night Rod Special warna hitam. Pagi tak ada. Memang menarik dan tertarik. Auna Aulia menelek motor tersebut. Siapa punya itu yang menjadi tanda tanya. Harganya ermm.. boleh beli sebijik rumah kos rendah.  Tapi dia tahu penunggang itu mahukan kepuasan.

Tanpa berlengah lagi dia terus menghidupkan enjin motor dan berlalu ke Shah Alam. Terasa letih sikit hari ni. Berbanding dengan hari biasa. Hatinya macam tak sedap. Tapi dia tak tahu kenapa. Keluarganya insyaALLAH baik-baik sahaja. Mungkin poketnya akan sakit petang karang kot.

Tiba di tol batu tiga Shah Alam tiba-tiba satu motor wana hitam memotongnya laju. Berdesup pergi. Sampai di tempat mesyuarat kelihatan Khaleel Zachry telah terpacak disitu. Cepat betul mamat ni sampai.  Bela hantu raya apa. Bedesup perginya rasanya masih dipejabat. Bila masa pulak terpacul dekat sini. Laju dan pantas.

Auna Aulia mengetuk pensil dipipinya yang tulus dan mulus itu. Mesyuarat maksudnya berbincang, berbincang maksudnya argue sana sikit argue sini sikit  lepas tu makan dan minum itu yang pasti nak sejukkan hati yang panas. Hhahahahaaa.. setelah hamper pukul enam akhirnya. The End.. hahahaa mesyuarat dah habis boleh balik but maner nak redah solat asar ni.
Setelah selesai solat di pejabat PKNS telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama My Mama. Auna Aulia pelik kenapa mama call time macam ni. Bukankah mama dah tahu hari ni dia nak dating dengan abang-abangnya.

“Assalamualaikum mama..”

“walaikumsalam.. Yaya dekat mama?” Tanya Puan Mardiah

“Shah Alam. Tapi nak gerak dah pergi jumpa abang dekat PJ kenapa?” Auna Aulia bertambah pelik bukankah mamanya dah tahu aturcara dia hari ni. Mamakan setiausaha Auna Aulia. Hihhikkkhikk kalau mama tahu mesti kene luku.

“Balik sekarang jugak. Mama dah call abang Aakif dengan Abang Aamir balik. Yaya balik sekarang okey.”

“Mama ni kenapa? Semua okey kan?” tanya Auna Aulia cuak. Dia pelik.

“Semua orang okey jerk.. Yaya balik rumah sekarang okey.”

“Okeylah lagi sejam Yaya sampai.”

Auna Aulia termenung. Dia cuak  sebenarnya. Apa yang dah jadi ni yang pasti dia harus segera tiba di rumah. Tak sabar nak tahu berita apa. Hatinya berdebar-debar. Mudah-mudahan Allah melindungi seluruh ahli keluarganya. Amin..


*************************************

nanti sambung okey...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 02:14 PM | Show all posts
Sampai dirumah Auna Aulia terus naik keatas untuk solat magrib dan mandi. Selepas isyak Puan Mardiah memanggil semua orang turun untuk makan malam. Suasana sepi macam kene langgar garuda pulak rasanya. Tapi Auna Aulia tidak berani membuka mulut. Tunggu dan lihat sahaja. Selepas makan malam abah suruh semua orang ke ruang tamu. Meja makan bibik yang kemas selalunya Auna Aulia rajin jugak tolong. Mesti ada perkara yang penting abah nak cakap.

“Kenapa Abah?” tanya Aazad Aakif

“Macam ni tadi petang Maklang datang kerumah..” Encik Aizar terhenti disitu. Dia cuba mencari ayat yang sesuai untuk disampaikan kepada anak-anaknya terutama Auna Aulia.

Encik Aizar memandang setiap seorang anaknya. Puan Mardiah hanya mendiamkan diri. Biarlah suaminya seorang yang bercakap.

“Kenapa abah maklang datang. Ada apa-apa yang patut kiter orang tahu ke?” tanya Aazad Aamir.

Encik Aizar melepaskan keluhan. Dia masih mencari ayat yang sesuai untuk menyampaikan khabar ini. “Macam ni tadi Maklang datang untuk merisik?”

“Merisik? Untuk siapa?” belum apa-apa lagi Aazad Aamir menyampuk.

“Aamir..” panggil Puan Mardiah.

“opss… sorry mama..” pinta Aazad Aamir sedar akan kesilapannya menyampuk.

“Mirisik dan terus meminang Yaya bagi pihak Adam Bakri. Ni cincinnya ” terang Encik Aizar sekali nafas dan menunjukkan dua bentuk cincin.

“What?” Auna Aulia menjerit. Cincin itu pun tak sudi dia mengambilnya.

“Yaya, kami tak kisah sama ada Yaya nak terima atau menolak terpulang. Mereka hanya menyampaikan hajat.” Terang Puan Mardiah.

“No way mama. Mati hidup balik Yaya tak akan terima manusia bernama Adam Bakri. Tidak sama sekali”

Abangnya berdua hanya mendiamkan diri. lebih baik Auna Aulia yang member penjelasan. Buat masa ini mereka tidak mahu masuk campur.

“Yaya tak nak fikir dahulu ke sebelum menolak?” Encik Aizar bertanya inginkan kepastian.

“Yaya cakap Yaya tak nak.. Yaya tak nak. Pulangkan cincin semula. Yaya tak nak.” Putus Auna Aulia berlalu naik ke atas.

Auna Aulia menghempaskan pintu bilik. Telefon bimbitnya di ambil nombor Adam Bakri dan dia terus membuat panggilan.

“Jumpa aku dekat Hard Rock Café lagi setengah jam dari sekarang” tanpa menanti jawapan Auna Aulia terus meletakkan telefon dia tahu Adam Bakri ada di sana. Dia harus membuat perhitungan. Adam Bakri terlalu melampau. Selapas menukar pakaian. Auna Aulia terus mencapai kunci motor Ducati kesayangannya.

Di ruang tamu. Semua orang terkejut melihat Auna Aulia dan telah bertukar pakaian. Di tangan ada helmet menandakan dia manu keluar. Tanpa menghiraukan panggilan semua orang dia terus memecut motornya. Aazad Aamir dan Aazad Aakif cepat menyambar wallet dan helmet. Mereka cuba untuk mengejar Auna Aulia. Risau jelas terpancar di wajah mereka. Auna Aulia kalau dah naik angin sorang pun tak berani nak dekat.

Tak sampai setengah jam, Auna Aulia sampai di Hard Rock Café. Kelihatan Adam Bakri sudah menunggu  di sisi keretanya. Auna Aulia panas. Ringan langkahnya menuju kearah Adam Bakri yang tersenyum.

Sebelum apa-apa. Berdebuk. Satu tumbukkan hinggap cantik dimuka Adam Bakri sebelum sempat dia bersedia.

“Gila ke Yaya?” jerkah Adam Bakri. Tiba-tiba Auna Aulia menghadiahkan sebijik penumbuk dimukanya.

“Hei.. kau dengar sini baik-baik okey. Kau jangan sesekali lagi berani hantar mak lang untuk meminang aku okey. Aku tak hadap nak jadi bini kau. Apa yang kau dah buat pada aku bertahun dulu aku masih tak lupa. Jadi kau ingat itu!” suara Auna Aulia terketar-ketar menahan marah menahan sabar. Baginya tindakan Adam Bakri hanya membuatkan luka lama berdarah kembali.

Adam bakri terkedu sebenarnya. Dia tidak menjangka Auna Aulia mampu bertindak sebegini. Dia sangka Auna Aulia ingin berjumpa dengannya adalah untuk berbincang mengenai peminangan dari keluarganya.

“Yaya, please bagi abang peluang, betulkan segala kesilapan yang abang dah buat.” Dia cuba meraih tangan Auna Aulia.

“hei.. apa pegang-pegang ni. Kau sapa nak pegang-pegang aku ni. Heii kau dengar sini baik-baik dan aku harap ini yang kali terakhir. Antara kau dan aku dan tamat dan habis okey. Macam mana kau buang aku dan tak perlukan aku.. macam tu lah jugak aku tak perlukan kau sekarang. Untuk kau ruang dalam hati aku dah lama mati. Kau tahu tak mati” jerkah Auna Aulia lagi darahnya mendidih.

“Yaya, please bagi abang satu kali lagi peluang.”

“Kau dengar sini baik-baik Adam Bakri. Antara kau dan aku dah tamat. Family aku akan pulangkan semula cincin kau tu. Faham..” jerit Auna Aulia.

Auna Aulia ada beberapa pasang mata memerhatikan pertelingkahannya. Dia peduli apa. Dia bukan Auna Aulia yang dulu yang hanya menangis dan menangis dan hanya menerima tanpa membela diri sendiri. Pengalaman terlalu banyak mengajarnya untuk lebih berani.

Setelah puas melepaskan apa yang patut diluahkan dia berlalu ke tempat dia meletakkan motornya. Kelihatan motor  abangnya Aazad Aamir dan Aazat Aakif masuk dan parking sebelah motornya dan Aazad Aamir terus menuju kearah Adam Bakri sedang memandang kearah mereka.

Sekali lagi sebiji penumbuk hinggap kemuka. Sure esok dia kene ambik mc.

“kau dengar sini Adam. Jangan sesekali kau ganggu adik aku lagi. Kalau aku tahu nahas kau. kau tak layak untuk dia. Kau ingat tu” Aazad Amir memberi amaran kepada Adam Bakri.

Auna Aulia tercengang melihat tindakkan abangnya tapi dalam hati Auna Aulia mengatakan padan muka. Adam Bakri dipandangnya benci.


*******************************************

tq sudi membaca..


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 02:53 PM | Show all posts
aduhhhh...2 tumbukan dalam satu malam...amatlah menyakitkan...tapi hati yaya yg sakit bertahun lepas x mampu diubati....amek kow...adam...ada hati lagi yeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 03:05 PM | Show all posts
suria74 posted on 17-6-2013 02:53 PM
aduhhhh...2 tumbukan dalam satu malam...amatlah menyakitkan...tapi hati yaya yg sakit bertahun lepas ...

yup betul tu.. 2 tumbukkan takkan sama dengan hati yang luka bertahun dear.. cuma tumbukkan perempuan xkan sama dengan tumbukkan lelaki. tq dear sebab sudi bace penulisan T..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 04:02 PM | Show all posts
aper pendapat u all tentang cerita nie buat masa nie.. erkk.. ok ker.. ko ker.. suam-suam kuku ker..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 04:14 PM | Show all posts
mrsT posted on 17-6-2013 03:05 PM
yup betul tu.. 2 tumbukkan takkan sama dengan hati yang luka bertahun dear.. cuma tumbukkan peremp ...

takpe...nanti suruh aulia g kelas silat.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 08:14 AM | Show all posts
Sambung ler lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2013 08:24 AM | Show all posts
wipers81 posted on 17-6-2013 04:14 PM
takpe...nanti suruh aulia g kelas silat.....

hikkhikk bagi pelangkong teruskan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2013 08:24 AM | Show all posts
cegitu posted on 18-6-2013 08:14 AM
Sambung ler lagi....

sabo..sabo.. nanti kite sambung erkk.. idea kering lah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2013 08:32 AM | Show all posts
Auna Aulia hanya melihat kereta BMW Adam Bakri berlalu pergi. Hatinya benci. Sakit yang amat.  Aazad Aamir dan Aazad Aakif memeluk adik mereka. Mereka bertiga berpeluk dihadapan semua orang. Auna Aulia mengalir air mata. Terharu. Keluarga akan sentiasa berada dibelakangnya saat jatuh bangunnya seorang insan bernama Auna Aulia.
Banyak yang dia berlajar. Dia bersyukur dibesarkan dalam golongan insan yang mementing keluarga. Abah selalu berpesan walaupun siapa kita tidak aka nada maknanya jika kita membelakangkan keluarga. Keluarga adalah harta yang tidak ternilai. Seburuk dan sebusuk mana pun keluarga kita mereka tetap keluarga kita. Doa restu dari keluarga adalah yang terbaik. Janganlah dipersiakan.

“sakit?” tanya Aazat Aamir kepada Auna Aulia sambil melihat tangan adiknya. Ada kesan merah disitu dan sedikit luka.

“Sakit jugaklah, tapi tak sama dengan sakit kat hati ni” jawab Auna Aulia meunding kearah dadanya.

“Lain kali jangan nak pandai-pandai tumbuk anak orang. Kalau nak suruh aja kiter orang tolong tumbukkan” celah Aazat Aakif.

“Ada pulak macam tu. Tak apa Yaya boleh uruskan. Abang jangan risau.”

“Maun tak risau. Keluar rumah macam tu jerk. Lain kali jangan buat macam tu, kesian abah dengan mama.” Nasihat Aazat Aamir

“Sorry.” Pinta Auna Aulia. Dia tahu dia bersalah kerana buat semua orang risau.

“Eh, macam mana tahu Yaya ke sini?” tanya Auna Aulia hairan. Pelik.

“Kita orangkan abang. Tahu lah” jawab Aazat Aamir. Hakikatnya ada yang menyampaikan khabar. Biarlah buat sementara ini dirahsiakan.

“Jom minum, boringlah nangis-nangis ni” ajak Aazat Aakif.

“Siapa nak belanja ni?” tanya Aaza Aamir.

Aazad Aakif hanya tersenyum sambil menjongkit-jongkit kan kening dan mata menghala ke arah Auna Aulia.

“yer lahh.. yer lahh orang belanja..” jawap Auna Aulia. Faham sangat maksud jelingan abang – abangnya.

“yer lahh kita orang kan abang..” jawab Aazad Aakif.

“tahu Yaya ni kan adik”, jawab Auna Aulia tersenyum.

Tanpa Auna Aulia sedari ada mata yang memandang. Memerhati dari mula kehadirannya.  Segaris senyuman terukir.

“Karl, takkan kau nak pandang dari jauh je?” tanya tanya Jefry kepada sahabatnya.

“Biarlah. Belum masanya. Lagipun aku tahu Aakif dan Aamir jaga dia lebih dari diri mereka sendiri.” Jawab Karl dia yakin.

“Yer lah, itu aku tahu. Cuma, until when? Tadikan kau dah tengok macam mana mamat tu buat dekat dia,” tanya Jefry lagi.

“Tak apa. Aku tahu tahu dia mampu jaga diri dia sendiri. Buat masa ni biarlah aku tengok dari jauh. Selama ni pun dia kuat.” terang Karl itu lagi.

“Aku tak faham dengan kau ni, kau suka tapi kau tengok dari jauh. Dah berapa tahun kau tengok dia dalam diam dan berapa lama lagi kau nak tunggu?”

“Jeff, kau tahukan prinsip aku macam mana?”

“Suka hati kau lah. jangan kau gigit jari nanti padan muka kau. Kalau akulah tak tunggu lama dah aku terus suruh mummy aku pinang. Dahlah cantik giler lepas tu package lengkap. Orang bodoh jerk biarkan gold fish macam tu.” Jefry cuba membakar hati kawannya itu.

Karl hanya menjeling tak puas hati kepada Jefry serentak dengan itu matanya terarah ke satu meja dah kelihatan Auna Aulia sedang ketawa bersama abang-abangnya. Dia terpesona dengan raut wajah itu. Untuk memulakan langkah pertama dia tak tahu bagaimana dan bukan prinsipnya . Mungkin keluarganya boleh bantu. Nantilah akan dibincangkan kemudian.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.231055 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list