CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: taikpekatt

hostel aku yg menyeramkan

[Copy link]
 Author| Post time 14-6-2013 09:14 AM | Show all posts
sismawar posted on 13-6-2013 09:19 PM
dari cerita seram dah jadi cite klakar la pulak..kelakar sbb komen para forumer.. pasal nama  ...

tergamak kau mempermainkan nama aku. glup glup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2013 09:14 AM | Show all posts
aerolz posted on 13-6-2013 10:28 PM
sengal korang mengata nama dia hahahaaa..

aku pun terkujat jugak nengok nama dia begitu rupaa.. { ...

kan. haha. nanti aku sambung. lepas berak ! haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 09:15 AM | Show all posts
Najib08 posted on 13-6-2013 10:37 PM
Tengok nama ni terus rasa nak terberak

tergamak kau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 09:22 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 14-6-2013 09:05 AM
Mula-mula aku ingatkan lelaki..yelah selalunya bangsa adam jer yang so daring skit nak guna nama pel ...

haha. jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna aku wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:27 AM | Show all posts
taikpekatt posted on 14-6-2013 01:22 AM
haha. jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna aku wanita.

Sebab pandang dua mata la tu pasai terus nampak nama ni. Kalau sebelah, kompem nan hado nya..

Takpela dik..dah regist, teruskan jela. Bertabahlah saja telinga kamu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 09:29 AM | Show all posts
ok skrg aku continue story psal uni aku.

BLOCK A.

block ni mmg femes ames la di kalangan lecture n student2 senior yg tau psl keseraman tmpt ni. lepas pukul 7, jgn la kau berani gatal2 nk pegi toilet sesorg. even pkul 1pm pun ade. lecture pun kdg2 tkut nk pg toilet sesorg. kang terserempak lak dgn cik pon kt dlm tu. toilet yg paling seram is toilet tgkt 2 utk pompuan. pehhh. klau kau berani masa kau cangkung tu, kau pandang atas. nanti ade bende main sorok2 dgn kau. haha. bende tu skodeng then bila kau pandang nnti die menyorok. haha. advance x ?! pernah skali lecture aku terserempak dgn ''beliau'' . x silap aku 2 hari kot dia mc demam. haha;

guard pernah nmpk benda kecik guling2 turun tangga masa magrib. tp bialah guard kan da biasa so dia buat bodoh je.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2013 09:36 AM | Show all posts
taikpekatt posted on 14-6-2013 01:29 AM
ok skrg aku continue story psal uni aku.

BLOCK A.

Tapak tu kot yang 'bertuah'.

Eh haku pun ada story pasal hostel, zaman muda belia dulu lah. Lani dah tak berapa nak berhostel mana. Berhotel ada la..kaakakaka..

Bule ku share di sini, dik?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:39 AM | Show all posts
taikpekatt posted on 14-6-2013 09:11 AM
aah noksss. pijak tilam pstu rse mcm baring sbelah aku. biadap sungguh !

patut le room mate ko tak tido situ
mungkin dia dh penah kena sebelum ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2013 09:40 AM | Show all posts
alah area situ...uniten,kalo x uniten,kalo x UPM, KLIUC...
blakang upm tu.jln belakang mmg menyeramkan...dah tu dkt kelapa sawit,kebun2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:46 AM | Show all posts
sue_0684 posted on 13-6-2013 09:02 PM
kolej aku dok dulu tu..biasa ler..kolej serumpun..
mcm2 ada...

kawan aku duk situ dulu - katanya kubur cina tu sikit pun tak seram
sebab banyak budak2 merendek situ - sampai mr vampire semua takut
hehe - entah ye tidak
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:48 AM | Show all posts
encikWawad posted on 14-6-2013 09:46 AM
kawan aku duk situ dulu - katanya kubur cina tu sikit pun tak seram
sebab banyak budak2 merendek  ...

hehe..mmg btol pon..kat situ hantu org pon ada..hantu setan pon ada..
kubur tu x der lah seram sngt,btol blakang kolej pehtu belah sana tepi jln..
kat fakulti bahasa,komm tu ada cik ponti..ko jgn main2 situ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:49 AM | Show all posts
Eh aku story je la eh, dik? Sementara tengah free ni.

Sebab thread ni pasal hostel, so aku kira relevan lah nak cerita kat sini. Nak bukak thread baru semata nak cakap bende yang barang seketul dua saja, tak berbaloi plak aku rasa. So kita menempel jerlaa mana yang ada. Bule ye adik TT?

Even benda ni dah lama berlalu, tapi tetap membugar di ingatan. Yelah, sendiri rasa sendiri mau ingatlah kan.

Orang kata, hantu hanya suka usik orang-orang yang berani saja sebab dia nak test sejauh mana beraninya orang tu. Tapi aku rasa kata-kata ni tak handret persennya betul. Sebabnya, yang bangsa penakut macam aku pun turut jadik sasaran.


Aku dulu zaman sekolah masa mula-mula masuk sekolah mak aku dah letakkan syarat, mesti duduk asrama. Sekolah tu pun atas pilihan aku sendiri. Aku nak masuk sekolah tu bukan sebab kecemerlangan akademiknya, tapi sebab aku suka kaler kain dia. Sekolah lain kain kaler biru muda. Sekolah tu kain dia kaler pepel. Aku suka pepel, so tu pasai aku merenyam nak masuk situ..hahhah..

Malah aku tak penah tahu pun sekolah aku tu antara sekolah terbilang kat mesia nih. Ingat lagi tahun bila ntah yang budak miskin tapi cemerlang SPM masuk paper pastu dia ditawarkan nak sambung degree kat negara barat ke tak. Kan ada isu jugak sebab berebut orang nak taja dia. At last dia pi sambung ngaji kat jordan. Abeh cerita. Budak tu kira junior aku lah sebab aku dulu sekolah situlah.

Lagi satu, sekolah aku ni betul-betul tengah bandar Kota Bharu tu. Belakang pasaraya Pantai Timur. Bunyi macam besh saja sekolah tengah bandar, dekat pulak dengan shopping mall. Best lah sangat. Ingat kedai membeli-belah belakang sekolah maka kau sebebasnya boleh keluar masuk situ? Jangan mimpilah.

Asrama dia zaman aku ada 3 blok. Blok A, B dan C. Aku ditempatkan di Blok A, hujung jalan Merbau, dekat dengan Jalan Sri Cemerlang (yang aku gigih explain nama jalan ni dah kenapa..macamlah orang tahu sangat mana-mana..haha..gasak.) Blok A tingkat 4 (3 tingkat asrama, tingkat paling atas tempat sidai kain), Blok B asrama kayu so setingkat saja. Blok C dua tingkat.

Bila dok asrama ni, selalu sangat kita ni dimomokkan dengan cerita-cerita tak best kan. Hantu jepun berbaris tengah malam lah..hantu cik pont terbang mengilai depan pintu asrama lah..macam-macam lah. Tapi semua tu seingat aku bukan pemangkin aku tak nak duduk asrama. Aku penakut, itu aku tak nafi. Tapi yang buat aku amat tak nak duduk asrama adalah..sebab bila senja saja aku rasa nak lompat keluar asrama. Nak balik rumah. Aku rindu mama aku!

Soal hantu, aku tak heran pun. Sikit pun tak. Bukan koya berani, tapi aku rasa dia duduk alam lain, aku duduk alam lain so kau lain, aku lain. Yang mendominan perasaan aku kala tu adalah, aku nak balik rumah aku nak balik rumah!

Sungguh tak sedap rasa tiap kali aku rindukan mama aku. Rasa gelodak macam mana ntah.

So bila kita tak dipengaruhi rasa takut akan hantu, makanya fikiran kita mestilah tidak terlalu fokus kepada perkara itu. Tak betul?

Memang aku tak fikir pun pasal hantu. Tapi dalam pada tak fikir tu, aku kena juga. Dia nak berkenalan barangkali. Yelah, bukan yang berani saja yang dia nak kenal, yang penakut ya rabbi pun dia nak kenal jugak. Fair and square gitu.

Betullah dia nak kenal. Sebab malam pertama lagi aku dah diraggingnya.

Dari jam 9 sampai jam 12 malam, mata aku tak jugak lelap-lelap. Dari bising-bising suasana, sampailah sesunyi-sunyi rasa bila semua orang dah tido, aku tetaaaappp jugak macam tu. Pandang kiri, pandang kanan, pandang syiling, pandang bawah. Katil aku double decker, dan akulah tu yang malang kena duduk katil atas. Awak junior, baru masuk lak tuh, kenalah redho.

Pukul 1, maintain gelisah. Dalam pada resah, meleleh jua barang setitik dua airmata. Aku nak baliiikkkk..aku rindu mama akuuuuu...!!Jerit aku. Tapi sekadar dalam hati sajaa. Gila kau nak jerit tengah-tengah pagi buta. Histeria ke hapa.

Dalam pada aku dok melayan perasaan resah rindu dendam tuh, tiba-tiba telinga aku tertangkap bunyi sesuatu.Dari dorm sebelah. Bunyi kunci-kunci locker disentuh orang, dari hujung sana ke hujung sini. Kliiing...klinggggg....klingggggggg...Abeh hujung sana, dia ulang ke hujung sini. Berterusan beberapa minit.

Aku naik pelik. Sapa pulak dok main kunci malam-malam buta nih. Makin lama bukan main slow, tapi makin kuat. Kliiinggggg...klinggggg...klinggggggggggg..Pelik tapi layan jugak. Hiburan di kala sepi. Heh.

Dalam hati aku happy gak sebab pada andaian aku masih ada insan-insan sepi yang tak ketiduran. So bila ada yang tak tido, makanya aku ada teman. Sekali ingat, punyalah positif aku time ni (walhal bebal). Aku dok tunggu jelah bunyi tu berkling kling klinggg sampai dia terhenti sendiri. Asyik pulak dok melayan bunyi-bunyian, tanpa ada sedikit pun rasa takut or cuak.

Tapi keasyikan ku tak lama.

Bila bunyi tu dah stop, aku pun kata "owhh..diam dah dia..ngantuk dowh bokali.." Aku pun tariklah selimut. Tiba-tiba rasa sejuk pulak kaki nih. Tadi kemain panas membahang. Asrama batu lah katakan. Kipas pulak seketul jerk kat tengah-tengah lorong antara katil aku dengan katil jiran sebelah. Time kipas tu pusing arah kita, rasalah angin. Time dia pusing arah sana, berpanaslah kita.

Masa aku tarik selimut tu, tiba-tiba bunyi tu ada balik. Klinggggg...klinggg...klinggggggggggg...
Eh tapi kali ni bunyi tu macam dekaatt jerk dengan katil aku. Klingg....klinggggg...klinggggggg...

Hujung katil aku ni ada locker-locker kayu. Sume milik senior. Yang mana setiap locker ada kunci-kunci. Aku pun tak faham kenapalah si senior-senior ni tak cabut kunci-kunci locker depa tuh lepas dah lock locker. Baik tak payah kunci terus dah kunci pun kau dok bersidai kat situ.

Sebab aku rasa bunyi tu dekat jerk dengan katil aku, aku pun bingkaslah bangun. Nak tengoklah jugak betul ke kunci tu yang berbunyi. Dengan mata yang masih segar bugar meskipun jam dah nak masuk pukul 2 pagi, aku tertancap tengok dengan jelas, semua kunci-kunci yang ada di loker tu bergerak-gerak dengan sendirinya. Sambil gerak sambil berbunyi...klinnggg...klinngg..klingggggggg....

Sesaat jugak kot aku blur kat situ. Pandang tak berkelip kunci-kunci tuh. Macam terpukau pun ye. Keras kaku. Bila mataku terkelip saja..haaa baru terbeliak bijik mata. Baru rasa otak aku bergerak dan mengarahkan "heh..tidolaaaaaa pompuan woih..kau nak tunggu apa lagi..tak nampak lagi bende tu bergerak sendiri..????"

Terus aku tarik selimut, bungkus lengkap muka. Bantal pun aku peluk kemas-kemas. Menggigil satu badan.

"Betul ke apa yang aku nampak..? Ke aku mengigau..??"

Dalam dok gigil-gigil tu, tiba-tiba bunyi plak benda jatuh kat beranda luar. Dupppppppp...macam bunyi orang terjun. Serentak itu jugak, bunyi yang kling kling tadi pun senyap.

Aku pun makinlah senyap. Duk tunggu dengar jugak kot-kot ada suara selingan pujaan sepuluh nescafe nak nyanyi apa-apa. Diam..dan terus diam. Lega..Hanya terasa dingin sejuk saja. Ntah angin apa aku pun tak pasti. Yang nyata, dalam pada duk pura-pura pejam aku terus terpejam lena sampai ke pagi.

Esok siang aku cerita kat sorang akak senior ni apa yang aku dengar dan alami malam tadi. Dia tak kata apa, ya tidak, tidak pun tidak. Senyum semata. Just dia remind kan aku.."malam-malam sebelum tidur, baca yaasin dengan surah al-jiin..insya'allah takde apa-apa gangguan. Biasalah dik..tapak asrama kita ni...." Ayat dia tergantung di situ. Maybe dia tak nak aku terus takut. Or sendiri mau fahamlah kan.

Itu kali pertama aku terkena. Ada lagi satu kali. Next story ai mory.


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:52 AM | Show all posts
sue_0684 posted on 14-6-2013 09:48 AM
hehe..mmg btol pon..kat situ hantu org pon ada..hantu setan pon ada..
kubur tu x der lah ser ...

kadang2 kat uni ni orang create cita hantu sebab nak wujudkan urban legend -
plus to get other ppl away so that dorang tk hilang "lubuk" mereka

huhu UPM kat tgh bandor pun ada momok gak ya - cik ponti ngajar camne nak bersyair kottt

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:52 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 14-6-2013 09:49 AM
Eh aku story je la eh, dik? Sementara tengah free ni.

Sebab thread ni pasal hostel, so aku kir ...

owh..skolah maahad muhammadi ppn...
aaikk....tngh2 bndr pon ada hantu.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:54 AM | Show all posts
sue_0684 posted on 14-6-2013 01:52 AM
owh..skolah maahad muhammadi ppn...
aaikk....tngh2 bndr pon ada hantu.....

Dia bukan kira tengah ke tepi..kat mana-mana pun buleeeee..ngege
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:55 AM | Show all posts
encikWawad posted on 14-6-2013 09:52 AM
kadang2 kat uni ni orang create cita hantu sebab nak wujudkan urban legend -
plus to get other pp ...

syair,teater,nyanyi..suma la kot..
aku bkn fac tu..tp kalo tnya senior2 mmg ada..tp area blakang fac tu..blakang tu hutan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2013 10:02 AM | Show all posts
untong laaa cikgu ponti - kelas malam saja - siang leh tido2 kat dorm haha

*sapa fail paper  - kena cekik la ngan cikgu ponti
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 10:20 AM | Show all posts
sori TT mencelah.. aku pon penah alami mende ni kt uma mmbr aku kt bangi... aku terjaga malam.. tibe2 rs ade something yg memijak tilam .. ms tu katil queen aku tido sorang... dier dr arah tingkap...smpai kt ak dier lalu kot sbb aku rs rambut dier lalu kt muke aku... dier ke arah pintu...pastu aku rs dr arah pintu lak.. dier lalu kt aku lagi sbb rs rambut lg.. pastu pijak tilam lagi ke arah tingkap.. haishh..

Allah je tau masa tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 11:24 AM | Show all posts
taikpekatt posted on 14-6-2013 09:14 AM
kan. haha. nanti aku sambung. lepas berak ! haha

Ko lagi sengal rupenya..

Cepat la berak tu.. berak batu ke ape.. hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 05:54 PM | Show all posts
taikpekatt posted on 14-6-2013 09:12 AM
ahahaha. tu masalah peribadi aku. haha. bncg psl hantu la. xmo la main taik2 ni.

taikmu taikku juaaa....sharing is caring....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.245993 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list