CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chuckos

Rasa jauh je nak sampai... adakah ia hampir dgn kita? - Pict uploaded

[Copy link]
Post time 27-6-2013 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
chuckos posted on 26-6-2013 10:09 AM
betul la tuu..

kt ukm sndri ..mcm2 story .. lagi2 yg duk fakulti undang2 dan ftsm

Aku dari 2006 smpai skrg ari2 gi ftsm cam tak penah jmpe pape pun.. aku pun nk tgk gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2013 12:11 PM | Show all posts
opeth posted on 27-6-2013 04:09 AM
Aku dari 2006 smpai skrg ari2 gi ftsm cam tak penah jmpe pape pun.. aku pun nk tgk gak..

Acu cuba try gi law fac. usha2 kat situ plak..mana tau hajat anda dipenuhi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape ade kat law sane. Ada cafe? Bleh ajak beruk2 bukit atas turun kena secawan dua..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 12:16 PM | Show all posts
opeth posted on 27-6-2013 04:13 AM
Ape ade kat law sane. Ada cafe? Bleh ajak beruk2 bukit atas turun kena secawan dua..

Setakat cafe, mana-mana pun ada.

Ajak beruk?pandainya u berkomunikasi dengan dorang ye..?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 12:29 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 27-6-2013 12:02 PM
Tuan TT, bule ai share my story in here..?
TQ

sharing is caring..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 12:45 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 27-6-2013 04:29 AM
sharing is caring..

Ok jap..tengah karang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2013 01:08 PM | Show all posts
Takpela kot, TT lambat nau nak respond.
Bz keje kot..
Bule la ye TT ai share kat sini without permission..ngegegege
***********************************************************

Haa ni bekas budak law UKM nak bercerita.
Bukan hearsay dari mana-mana sumber.
Tapi tapak tangan, mata, kaki, telinga dan semua anggota badan ku ini yang rasa.
Sendiri tengok, sendiri alami.
Seram tak seram sangat kot.
Tapi lebih kepada misteriiiiiiiiiii.

Ok ceritanya berlaku tahun 2004.
Time tu aku tengah buat master in law. On the same time, buat part-time jadik RA kat one of my beloved lecturer..Dr. A.
Dia ajar evidence law time aku degree.
Sebab dah biasa dengan dia since degree, aku setuju nak jadi 'PA' dia doing her research masa aku buat master.
Sambil tambah ilmu, sambil top up duit poket.
Mau idup kan, haruslah pandai. Eheks.

Pada siapa yang penah jejak kaki ke law faculty, bule tahu suasana dia macam mana.
Dengan kedudukannya yang seketul-ketul nun jauh di atas bukit, kurang dari kesibukan dan hiruk pikuk aktiviti manusia, membuatkan ia lebih ‘eksklusif’ dan ‘tersendiri’ gitu.
Dan kerana ketersendiriannya itulah aku rasa makanya macam-macam cerita juga yang tenggelam timbul tentang ia.
Ditambah dengan ruangan yang terhad, tersepit di celahan bukit membuatkan ia lebih ‘menyendiri’. Memang bekas tempat aku menimba ilmu suatu masa dulu ni tak sebesar dan se-gah fakulti-fakulti lain pun.
Tapi kecil-kecil dia, cili padi, katanya orang tua..

So what happened?

Suatu masa, aku seperti biasalah akan ke bilik pensyarah ku itu seawal jam 8 pagi.
Kelas banyak belah malam. So siangnya banyak waktu senggang dan lapang.

Bila my lecturer sampai opis, makanya bermulalah kerja dan tugasanku.
Being a RA, of koslah port folionya haruslah berkisarkan hal-hal penyelidikan dan sebagainya.
Dan memandangkan kami ni bidangnya undang-undang, tidak dapat lari wajib bergelumang dengan kes-kes dan akta-aktanya.

Dan salah satu tugasanku adalah kena summarize cases yang relevant dengan topic research dia.
Baca-baca, digest, then tulis. I mean, taip (tak koser acik nak nulis tangan lagi deee)
Selesai taip, print it out dan tunjuk kat lecturer ku.

Cuma petang tu waktu dah lewat, dalam pukul 6.30 petang gitu so dia tak sempat nak review summary aku.
So dia kata takpelah, kita letak kat atas meja ni dulu. Esok awal-awal pagi kita tengok balik.
Aku seperti biasa, hanya menurut perintah.
Kebetulan pula hari tu aku takde kuliah. Tu yang boleh drag sampai ke petang.
Kalau tak, selalunya pukul 4 aku dah kemas-kemas barang. Nak standby untuk kuliah malamnya pula.

Masa lecturer aku letak summary case aku tu, aku Nampak kat mana.
Betul-betul atas meja dia, dan ditindan pula dengan buku.
Bila aku Tanya “Puan, ada angin ke kat bilik ni?” Dia hanya jawab.. “Takde..tapi takut ia beralih..”

Aku naik pelik. Bilik terkatup rapat, tingkap memang tak buka sebab aircond tapi kene tindan sebab takut beralih???
Apa yang alih? Kenapa nak beralih?
Tapi malas nak layan sangat mainan emosi, terus kami sama-sama keluar.

Esok pagi, seperti biasa tugasan bermula selepas jam 8 pagi.
Sebab dah janji nak review case summary aku tu pagi tersebut, makanya kami pun mencarilah kertas tersebut atas meja, tempat yang sama ia diletakkan sebelumnya.
TAK ADA!
Aiks..mana pulak ia pergi?
Kalau beralih, sapa pulak yang alihkan?

Aku ni mati-mati cakap kat lecturer aku memang situlah tempatnya kertas itu diletakkan.
Dan dia pun ya ya mengiakan yang kat meja tu lah dia letakkan kertas tu.
Kot aku yang letak, maybe jugaklah kata aku tersilap letak ke apa and then aku lupa.
Ni kami dua orang sama-sama konpidem memang benda tu kat situ dan ia takkan beralih sekalipun angin yang tiup sebab dah tindan dengan buku(mana celahnya angin nak masuk kalau bilik tertutup macam tu..???)

Puaslah kami ni terbongkok-bongkok cari bawah meja kot-kot betul kertas tu teralih. Bukan sekitar meja, malah atas almari, dalam laci abeh sume tempat kami geledah..pun sampai ke sudah batang hidung kertas tu pun tak Nampak. Bayang pun takde.

Aku dah susah hati dah.
Susah hati bukan sebab apa..
Nak re-type bermakna nak kene re-read.
Nak re-read, kes bukan sehelai dua. Berbelas-belas helai dowh! Bukan aku hapal pun apa yang aku dah taip malam tadi. Owhhhhh letih haku camni.

Puan aku cakap, takpe..kita biar je. Kita tengok sejauh mana ia nak ghaib.
Uiks..aku dah mula cuak semacam. Lain macam pulak bunyi tune dan nada puan aku nih.
Tapi aku biasalah, bukan jenis bangsa ringan mulut nak bertanya sangat.
Lagi-lagi kalau part-part yang tak berapa nak logik ni.
Kang buatnya dia ikut aku balik Taman Tenaga karang..haru.
Dahla awak pun merempit naik kapcai jah. (owhh sekali terkenang betapa beraninya aku kala itu naik motor sorang-sorang balik kuliah malam-malam..!)

Esok siang, seperti rutinnya, pukul 8 pagi kami dah sama-sama masuk bilik opis puan aku.
Mata aku terus pandang atas meja, tempat yang sama kertas yang missing in action tu.
Mana la tahu magik berlaku, tiba-tiba saja benda yang hilang tut up tup kembali menjelma!
And guess what, seperti yang aku tak duga, kertas tu memang ada! Elok terletak pulak kat situ, sama keadaannya masa ia diletakkan!

Menjerit aku kat puan aku..”Puan..tengok tu..kertas tu..kertas tuuuuuu!Adaaaa kat situu…!Ya Allah..hai..”
Puan aku senyum jer. Terus dia menyambung..”Biasala tu..’dia’ nak main-main dengan kita..”
Aku like..huiks..’dia’? Siapakah dia..? Anak rusa nani kah si dia itu..?

Sebelum ni pun sorang lecturer ni datang mengadu kat puan aku ni juga.
Aku pun ada time tu. Masa tu depa nak pi lunch kat luar.

“Kak A..(besala..sama-sama depa mesti bahasa ‘akak’ ja meskipun orang tu dah ada doctorate bagai..) purse pink saya ilang laa kak. Ilang kat bilik Kak N. Walhal elok ja saya pegang. Puas mencari tak jumpa-jumpa. Kotla saya ni nyanyuk sampai lupa purse sendiri kot.Ni tak..kak N pun Nampak masa saya pegang purse tu..tapi dia hilang bule masa saya nak keluar dari bilik Kak N..”

Aku sekadar menjadi pendengar setia. Paling hazab, aku sengeh sendiri saja.
Sapalah kita time tu nak menyampuk kan..?

At last jumpa jugak purse pink puan tu..T
Tu pun lepas dorang balik dari lunch. Ada elok jerk kat tepi pintu bilik lecturer N tu.
Walhal masa dorang mencari tu bagai nak jatuh bijik mata juga la menggagau mencari.
Sikit punya pandai laaa ‘dia’ main hide and seek.

Langsung puan aku pun buka cerita.
Memang bilik-bilik pensyarah ni dah terbiasa adegan sorok menyorok ni.
Sementelah pulak lokasi yang tersorok, sedikit atas bukit dan tepi lereng bukit memang port sesuailah kan untuk bende-alah yang lain.
Menurut kata puan aku, bilik pensyarah situ ada orang bunian menginap sama.
Pernah juga lecturer yang stayback balik lambat terserempak lelaki tua keluar dari bilik hujung yang kosong sebab tuannya bercuti belajar.
Kira ‘dorang’ tu tak kacau orang sangatlah.
Sekadar nak usik-usik manja tu adalaa.
Antaranya,main hide and seek tu lah.
Kira dorang nak manja-manja dengan penghuni alam nyata la kot..haha.
Tak koser haku!

Tapi masing-masing kunci mulut saja. Nak heboh sangat pun buat apa.
Nama pun tempat atas bukit kan.
Macam-macam kemungkinan boleh berlaku..macam-macam bende boleh ada..
Tu yang aku sendiri alami lah.
Yang hearsay pun banyak juga. Antara ingat dan tak jerk.

Apa-apapun, banyak kenangan di situ..happy, sedih, hiba..sume-sumelah. Owhh rindu la pulak! 



Tu jela based on my own experience. Not so spooky though..


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 08:37 PM | Show all posts
Aku baca citer ni pn rasa seram...
Respect la cara chuckos bcerita...tak banyak guna short font & senang faham...lg 1 siap ada gambar skali...blh imajin situasinya mcmana...

patut forumer lain buat contoh bercerita mcm ni...Kalo blh tepek gambar suasana skali...
Last edited by walinongsari on 27-6-2013 08:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2013 10:07 PM | Show all posts
fuhhhhhhhh ketaq iols baca
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 08:30 AM | Show all posts
dekat ipgm kampus pendidikan islam ni kan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 10:05 AM | Show all posts
walinongsari posted on 27-6-2013 12:37 PM
Aku baca citer ni pn rasa seram...
Respect la cara chuckos bcerita...tak banyak guna short font & s ...

How i wish so..attached the story with the piccas..musti lagi feel.

But that was not the case. bende jadi 2004, lani dah 2013..untung TT sebab dia keje situ dan benda tu jadi time dia dok situ..

Eh mana tau TT mampu merajinkan diri amek pic kt law fac plak..started dr Kejut fac along the way nak sampai ke FUU tu..dapat plak scene waktu malam..perghhh..romantik gitu..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sufeenan posted on 28-6-2013 10:05 AM
How i wish so..attached the story with the piccas..musti lagi feel.

But that was not the case. ...

dear Sufeena.. sorry late response .. its ok.. boleh je share dlm ni... hehe..

btw.. me n a friend juga pernah alami satu perkara yg tak terjawab hingga kini .. di sekitar FUU ... nanti i post ... sbb now bz skit.. ade persidangan kena incharge .. hahaha..

tq for sharing ye.. FUU adalah salah satu fac. yg scary ..hahahaha ...

nnti i try to post some pict of FUU .. jeng3

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 12:57 PM | Show all posts
chuckos posted on 26-6-2013 08:43 AM
:lol

macam sekolah ke? sbb ni fakulti utk bakal2 cikgu.. sbb tu mcm sekolah kot..


kat neh ni ukm?atau kat kat sg merab tu apatah yg ade islam2 kat belakang tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 01:03 PM | Show all posts
chuckos posted on 28-6-2013 10:52 AM
dear Sufeena.. sorry late response .. its ok.. boleh je share dlm ni... hehe..

btw.. me n a fr ...

cepat TT tak sabar menanti..gulp!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 12:46 PM | Show all posts
berani jugak awak ni yekkkk.....buat keje sorang2 eh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam ..

seperti yg saya janjikan... baru ade kesempatan nak cerita pasal FUU ..

perkara ni dh lama berlaku.. pada satu petang .. lebih kurang jam 6 .. saya dgn sorang kawan.. saje round2 ukm.. saya pandu kete ..member tu duduk sebelah..  saje nak ke fuu sbb x pernah sampai sana..

laluan ke sana x jauh.. cuma kedudukannya di hujung jalan.. laluan konar2 dan melalui di bwh pohon2 rimbun .. di tepi hutan dlm ukm ni..

sebelum sampai ke fuu.. saya nampak seorang perempuan dan seorang kanak2 perempuan sedang berjogging.. perempuan tu pakai seluar trek ..t shirt .. dan skaf kepala.. dan kanak2 tu pakai seluar trek dan tshirt je.. kami mmg nampak mereka berjogging ke arah yg bertentangan dgn kami..  so kami terus je ke fuu.. sampai di sana kami pon u turn semula .. bila sampai di sekitar lokasi mereka berjogging td... hairan.. tak ade pon mereka .. terlalu hairan.. takkan la laju sgt diorang jogging.. ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 03:13 AM | Show all posts
wow, lawanya bangunan
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:03 PM | Show all posts
chuckos posted on 8-7-2013 12:17 AM
Salam ..

seperti yg saya janjikan... baru ade kesempatan nak cerita pasal FUU ..

Masa terserempak dengan mereka tu, TT kat mana?
Dah lepas ke hutan simpan tu?ke atas lagi dekat2 nak sampai fuu?
Kalau tengah-tengah tu tiba-tiba hilang, memang pelik la


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 07:32 AM | Show all posts
eh... gambar lokasi yg TT post tu mcm kat Pusat Bahasa & Linguistik UKM jew... sbb kat situ ada ramp OKU..
tp bile ditelek2 semula pic2 tu mcm ye..mcm tak.. sbb iols pernah kuliah kat situ tp cuma 1 sem je masa amik course elektif..


Last edited by RatuDunia94 on 16-7-2013 07:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 10:03 AM | Show all posts
bile bace cite kau, block a blcok b bagai aku igt college aku ! haha. Alhamdulillah bukan. haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.138479 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list