CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: putr@polo

[Dunia] Politik Thailand Bergolak Lagi-Syukur Malaysia Masih Aman

[Copy link]
Post time 26-11-2013 11:47 PM | Show all posts
nama arab dijadikan nama bila seseorang peluk islam adalah common la
tak payah la spin
nama kau pun nama arab, nama aku pun arab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2013 11:48 PM | Show all posts

apa lagi yg siam ni mahu sebenarnya
negeri aman makmur...PM cantek...LGBT diberi layanan istimewa
A Go Go boy/girl bersepah....kebebasan tiada batasan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 11:52 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 26-11-2013 11:28 PM
Haha ... Org muslim thai pun tak hadap nak pakai namo arob padang pasir tu mcm urang mulayu.

muslim thai pakai nama thai
tp muslim melayu selatan thai pakai nama arab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 10:41 PM | Show all posts
Tunjuk perasaan merebak ke seluruh Thailand

27 November 2013



Tunjuk perasaan merebak ke seluruh Thailand


BANGKOK - THAILAND. Lebih banyak kementerian di sini diserbu dalam tunjuk perasaan antikerajaan yang merebak ke seluruh Thailand.
   
Walaupun tunjuk perasaan diadakan secara aman, namun kehadiran beribu-ribu pesertanya menjadikan keadaan lalu lintas di Bangkok yang sentiasa sesak menjadi bertambah teruk.
   
Tiada keganasan dilaporkan setakat ini, tetapi para penunjuk perasaan yang meningkatkan tekanan agar Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan atau membubarkan parlimen, meminta penjawat awam pulang ke rumah.
   
Antara kementerian yang dikepung ialah Kementerian Kebudayaan, Kementerian Perdagangan, Kementerian Buruh, Kementerian Sains dan Kementerian Tenaga, manakala Kementerian Kewangan masih diduduki penunjuk perasaan.
   
Bantahan awam ini tercetus bulan lepas bagi membantah rang undang-undang yang bertujuan memberi pengampunan kepada perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra, abang kepada Yingluck.

Pemimpin tunjuk perasaan itu, Suthep Thuegsuban, yang mengetuai tindakan menduduki Kementerian Kewangan sejak Isnin, hari ini mengetuai perarakan ke Pusat Kompleks Kerajaan dengan menjadikan Jabatan Siasatan Khas (DSI) sebagai sasaran mereka.
   
Apabila tiba di DSI, mereka meniup wisel dan memekik perkataan "Hamba".
   
Memandangkan pusat kompleks kerajaan itu terletak di Chaeng Wattana, tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng, wujud kebimbangan para penunjuk perasaan akan cuba berarak ke lapangan terbang itu.
   
Di PATTANI, kira-kira 500 penentang Thaksin berkumpul di hadapan Medan Budaya sebelum bergerak ke Pejabat Gabenor Wilayah Pattani sambil membawa bunga, meniup wisel dan mengibar bendera Thailand.
   
Mereka cuba menyerahkan bunga kepada seorang pegawai kanan kerajaan, tetapi tidak berjaya kerana dihalang para pegawai keselamatan daripada memasuki pejabat berkenaan.

Untuk mengambil hati penunjuk perasaan, Timbalan Gabenor Pattani Narupol Leaktiee berjumpa dengan mereka.
   
Di YALA, kira-kira 200 penunjuk perasaan tidak dapat memasuki premis dewan wilayah itu kerana pintu pagarnya ditutup.
   
Di SONGKLA, Gabenor Songkla Kritsada Boonrach membenarkan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan memasuki premis pejabatnya bagi mereda ketegangan, tetapi mereka mengambil kesempatan menggunakan pembesar suara mendesak penjawat awam meletakkan jawatan dan menyertai bantahan itu.
   
Bagaimanapun, tiada kejadian buruk dilaporkan.
   
Di NARATHIWAT, kira-kira 20 penunjuk perasaan cuba menyerahkan bunga kepada gabenor wilayah itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 04:54 PM | Show all posts
so far okay je kat sini.  Cuma jalan jem giler-giler lah this few days kan... Dok umah dendiam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 09:25 AM | Show all posts
revolusi_30: Thailand mempunyai landskap politik yg menarik ... Walaupun berpuluh2 kali tukar parti pemerintah dan beberapa kali kudeta ... Ekonomi tetap stabil. T ...


how? sebab pelacurnya cantik2 kot.. n open lagi tu kot.. n ......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2013 10:37 AM | Show all posts
Penduduk Bangkok diarah tidak keluar rumah


BANGKOK 2 Nov. - Kerajaan Thailand semalam mengeluarkan perintah berkurung ke atas penduduk di sini, bermula dari pukul 10 malam sehingga 5 pagi.

``Dari pukul 10 malam sehingga 5 pagi, jika tiada keperluan, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam rumah kerana bimbang mereka akan menjadi mangsa kepada penunjuk perasaan,’’ kata Timbalan Perdana Menteri, Pracha Promnok melalui satu siaran televisyen.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan kawasan yang tertakluk di bawah arahan tersebut. - REUTERS



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rumah#ixzz2mHUt6XOt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 10:37 AM | Show all posts
Pejabat PM Thailand diserbu





Sebahagian penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di luar Ibu Pejabat Polis Kebangsaan ketika polis antirusuhan berkawal di bahagian dalam kawasan bangunan tersebut di Bangkok, semalam. - AFP


BANGKOK 1 Dis. - Kira-kira 30,000 penunjuk perasaan antikerajaan, hari ini meningkatkan bantahan dengan menyerbu dan mengepung beberapa agensi kerajaan serta sebuah badan penyiaran, selain memaksa Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dibawa keluar dari kompleks polis di sini.

Yingluck yang melawat kompleks polis itu pagi ini terpaksa diiring keluar selepas kawasan itu diserbu penunjuk perasaan dan dibawa ke lokasi yang tidak dinyatakan.

Polis juga bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang melempar batu dan bom petrol ketika mereka cuba menyerbu sekatan jalan raya ke Bangunan Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, di sini.

Demonstrasi besar-besaran itu melumpuhkan sebahagian kota Bangkok, selepas pertempuran jalanan berlaku di ibu negara ini sejak malam tadi yang menyaksikan tiga orang maut dan sekurang-kurangnya 45 orang yang lain cedera.

Laman web akhbar The Nation memetik jurucakap polis, Jeneral Veerapong Chiewpreecha sebagai berkata, sebanyak lima orang terbunuh di dalam kampus Universiti Ramkhamhaeng dalam pertempuran yang berlarutan sejak malam tadi hingga awal pagi ini.

Seorang anggota kumpulan Baju Merah yang menyokong kerajaan, mati ditembak awal pagi ini, sehari selepas seorang pelajar berumur 21 tahun terbunuh akibat terkena tembakan ketika penunjuk perasaan antikerajaan meningkatkan demonstrasi mereka untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Yingluck.

Laman web akhbar Bangkok Post melaporkan, pelajar itu, Taweesak Phokaew, 21, terkena dua das tembakan malam tadi apabila anggota kumpulan Baju Merah dan penunjuk perasaan antikerajaan bertempur berdekatan stadium Rajamangala yang menjadi tempat kira-kira 70,000 anggota kumpulan Baju Merah berkumpul di sini.

Bangkok Post turut melaporkan seorang anggota kumpulan Baju Merah, Wissanu Phaophu, 26, turut terbunuh akibat terkena tembakan di dada.

Sementara itu, polis meminta bantuan tentera bagi melindungi bangunan-bangunan kerajaan selepas pertempuran berlaku.

Ketua penunjuk perasaan mahu mengepung 10 pejabat kerajaan, enam stesen televisyen, ibu pejabat polis dan Bangunan Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Ibu pejabat badan penyiaran Thai PBS di sini dikepung oleh beratus-ratus penunjuk perasaan, manakala sekurang-kurangnya 3,000 penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat polis di sini.

Seorang ketua kumpulan Baju Merah, Jatuporn Promphan pula berkata, empat anggotanya terbunuh, namun Reuters hanya mengesahkan seorang sahaja maut dikenali sebagai Viroj Kemnak, 42 tahun.

Jurucakap sebuah pusat kecemasan kerajaan, Erawan berkata, 45 orang cedera dalam pertempuran itu.

Beribu-ribu anggota kumpulan Baju Merah mula pulang menggunakan bas selepas perhimpunan mereka dibatalkan bagi mengurangkan ketegangan. - REUTERS/AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... serbu#ixzz2mHV6lZsd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.061275 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list