CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
 Author| Post time 6-12-2013 11:17 AM | Show all posts
Antara jalan yang ditutup untuk semua lalu lintas....Area Temerloh...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 11:17 AM | Show all posts
Bandar Cukai,Kemaman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:19 AM | Show all posts
kalau x pegang tampok pemerintahan pun .. xreti2 nak tunjuk muka..

...

ciss.. ngan aku2 sekali terlibat benda ni.. jom fokus bg bantuan ok..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:20 AM | Show all posts
sbb tu ade fungsi askar, bomba, atm,, polis, sukerelawan.. sme tu dtg nk membantu.. masing2 ade tanggungjawab sndrk.. kite pn jgn la asik nk salahkan org je skrg ni.. nk persoalan mcm2... kkdg kite takde kat tmpt org tu dan kite xtau pn..
pelik dlm keadaan mcm ni pn.. masih lg nk salah2kan antara satu sama lain.. musibah dh trun pn.. masih tak nmpk2 lagi.. jgn ingt tmpt kite tak kena banjir.. kite dh terselamat..
cubit paha kiri, paha kanan pun rasa sakit..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 11:20 AM | Show all posts
Tan Sri Muhyiddin Yassin (TPM) & Dato Seri Haji Ahmad Said, MB turun meredah banjir melawat mangsa di setiap pusat perpindahan.. anda jom sekali turun hulurkan bantuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:21 AM | Show all posts
makcik kampong yang bijak.
sediakan payong sebelom hujan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2013 11:21 AM | Show all posts
Salam. ada cadangan nk kumpulkn baju2 yg x dipakai lg (baju dewasa atau kanak2) & dihntr ke pusat pemindahan banjir especially ke kmmn... cadangan nyer nk kumpul kt WDI pg ni then dihntr terus ke bilik gerakan daerah untuk diagihkan...sesiapa yg berminat boleh join..masa akan diconfirmkn semula..semoga sumbangan ini dpt meringankn beban mereka..boleh start hntr brg dr kul 9.30-11pg diperkarangan dewan besar (tempat mkn2 sebelah dwn besar)..kalau boleh asing terus baju lelaki/wanita/kanak2... "Bantuan walaupun sedikit insyallah Pahalanya berlipat kali ganda" tq.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:23 AM | Show all posts
Terkini : Polis sedang mengawal lalulintas di persimpangan trafik light Sg. Isap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2013 11:24 AM | Show all posts
Kepada kawan2 yag terputus hubungan dgn family, nak tanya status banjir or perlukan bantuan(mangsa banjir)boleh hubungi no ini..TQ..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:24 AM | Show all posts
terima kasih juga kepada miss_kikilala...
banyak juga tepek info2 terikini beserta foto...
good work dik
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kota bharu da 2 hari cuaca agak cerah..ade nampak matahari..semalam langsung xujan...harini pon cuaca agak cerah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 11:27 AM | Show all posts
Banjir di pantai timur bertambah buruk



UALA LUMPUR - Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.

Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.

Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.   

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km62 Jalan Kuantan-Rompin.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera, daerah terbaharu memindahkan mangsa banjir, mempunyai 61 orang di pusat pemindahan pagi ini.

Di KELANTAN, menurut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jumlah penduduk Kelantan yang dipindahkan di enam jajahan di negeri itu bertambah pagi ini dengan keseluruhannya sebanyak 2,339 orang.

Banjir itu turut merebak ke Tumpat yang merupakan jajahan keenam menerima musibah itu berikutan limpahan air Sungai Golok.  

Pasir Mas di Rantau Panjang menyaksikan jumlah terbanyak mangsa dipindahkan iaitu 1,345 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan, dan diikuti jajahan Kuala Krai sebanyak 506 orang.   

Di Tanah Merah, sebanyak 222 orang masih berada di 10 pusat pemindahan, Pasir Puteh (219) dan Tumpat hanya lapan orang.

Keadaan cuaca yang baik sejak semalam menyebabkan keadaan paras air sungai surut namun di Sungai Golok, Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 10.34 meter (bahaya 9 meter).      

Tiada jalan utama yang ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir di Kelantan dan keadaan cuaca pada pagi ini cerah.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir masih kekal seperti malam tadi iaitu 6,052 orang daripada 1,559 keluarga.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) kawasan yang terjejas banjir di Terengganu ialah Kemaman, Dungun, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu.

Katanya sehingga pukul 8 pagi, jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).

Pusat pemindahan yang beroperasi masih kekal seperti malam tadi, kesemuanya 82 buah iaitu di Kemaman (31), Dungun (29), Hulu Terengganu (13), Marang dan Setiu, masing-masing (4).

Di MELAKA, air Sungai Kesang yang melimpah sehingga memaksa 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kini berada di bawah paras waspada.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Mejar Jafri Mohamed berkata, mereka masih belum dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga ditambah dengan keadaan cuaca mendung pagi ini.     

Air Sungai Kesang kini berada pada paras 3.04 meter, katanya ketika dihubungi di sini.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan menurun kepada 1,825 orang pagi ini berbanding 2,852 orang malam tadi.

Menurut portal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN), 472 mangsa banjir yang dipindahkan di Batu Pahat, Kluang (155), Kota Tinggi (218), Mersing (194); Pontian (353), Segamat (425) dan Ledang (lapan).

Menurutnya mangsa di Kluang yang terdiri daripada 38 keluarga dan ditempatkan di dua pusat pemindahan yang terputus hubungan dengan dunia luar, telah dihantar bantuan keperluan dan bekalan makanan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia di dalam laman webnya melaporkan tiada hujan turun di Johor sejak tengah malam tadi.

Bagaimanapun paras Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dan di Bukit Kepong, Muar masing-masing masih di tahap bahaya iaitu pada 9.49 meter dan 3.62 meter.

Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat serta Sungai Senggarang di Senggarang dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat masing-masing berada pada paras berjaga-jaga iaitu 19.86 meter, 3.11 meter dan 5.75 meter.- Bernama


sinar harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:28 AM | Show all posts
semalam aku bru je abes pack2 baju2 lame aku ngn laki aku nk kasi kt mangsa banjir,
maklumlah dlu saiz M skrg da saiz L,sat lg nk anta kt dataran,
dari duk letak kt umah tu baik lah kasi diorg..

klo berkesempatan nk beli jugak bekalan makanan tuk diorg,
bukan tak yakin nk kasi duit kt NGO2 tu,
tpi rsenye lebih baek trs kasi bekalan makanan instead of duit cash..

mari la same2 kite membantu mereka,.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 11:30 AM | Show all posts
Banjir2013 ‏

Tandas bergerak awam sudah sampai. Terima kasih kerajaan yg prihatin masalh rakyat #banjir pic.twitter.com/Boy1dFvMds


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:32 AM | Show all posts
miawpink posted on 6-12-2013 11:21 AM
Salam. ada cadangan nk kumpulkn baju2 yg x dipakai lg (baju dewasa atau kanak2) & dihntr ke pusat pe ...

ni kat mana?.. nak g sat g kat datarn.. katanya kul 12 dah ada org tunggu..kat tiang bendera tu..ni tgh book teksi.. hantu tul xdpt2 teksi nya pakai myteksi ni..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 11:32 AM | Show all posts
love this forum..latest update semua kat sini...thanks alot pada sapa2 yang update siap dgn pic2 sekali specially miawpink yang x henti2 cari info n a few forummers...salute uoallss
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:32 AM | Show all posts
miawpink posted on 6-12-2013 11:30 AM
Banjir2013 ‏

Alhamdulillah! Kesian dorg... mesti ada yg dh berhari2 tahan nk buang air besar!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 11:34 AM | Show all posts
cutieslilies posted on 6-12-2013 11:32 AM
ni kat mana?.. nak g sat g kat datarn.. katanya kul 12 dah ada org tunggu..kat tiang bendera tu..n ...

ni kat ganu rasa nya
byk  sy letak no tepon tuk kumpul bantuan..
lupa da kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:34 AM | Show all posts
caplimau posted on 6-12-2013 11:28 AM
semalam aku bru je abes pack2 baju2 lame aku ngn laki aku nk kasi kt mangsa banjir,
maklumlah dlu s ...

hang kat mana?.. aku tgh book teksi x dapat2.. nak naik tren alamat berterabur semua..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.216732 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list