|
[Dunia]
V11 MH370 : Hisham - Cannot confirm "no hijacking,"
[Copy link]
|
|
dugongCute posted on 13-3-2014 08:41 PM
aku terlepas menyebok pasal ni..
aah ada tak diberitahu sapa ek??
yang standby sapa??
takde cakap pun ... takde detail pe pun
cakap waiting list je 4 org tu boarding
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga-moga MH370 dijumpai segera .... |
|
|
|
|
|
|
|
Harapan kita semua agar diberi petunjuk untuk
menjejaki MH370..moga dipermudahkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jumpa di Selatan Spratly kan ? Act of terrorism .. :Q |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss posted on 13-3-2014 08:42 PM
apa cite cinapek yang terlepas kat india tu? masih kat india ke dah bawak ke sini?
~tak larat na ...
MAS menafikan ... berita tak benar lagi
takde pun katanya tersasar ke India
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiap2 malam iols buat solat hajat.. tiap2 waktu kalau berkesempatan. Harap orang dalam thread ni pun sama.. doakan saudara seislam kita dimana jasad,roh mereka berada agar dijumpai oleh orang yang mencari. sesungguhnya aku sendiri xmampu berfikir kesedihan yang mereka alami. minta dijauhkan dari aku dan keluarga aku musibah seperti ini. |
|
|
|
|
|
|
|
ladyxez posted on 13-3-2014 08:45 PM
MAS menafikan ... berita tak benar lagi
takde pun katanya tersasar ke India
abeh yang sampai wartawan taiwan meroyan sama tu? lagipun diorang ni asek laporan tak benar jek dari hari pertama... hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
carold posted on 13-3-2014 08:32 PM
Semua usaha dan ikhtiar telah digunakan
Harapan terakhir...tunggu hujan turun., seperti kata seorg ...
Tadi i balik kerja hujan lebat area my house
|
|
|
|
|
|
|
|
dugongCute posted on 13-3-2014 08:41 PM
aku terlepas menyebok pasal ni..
aah ada tak diberitahu sapa ek??
yang standby sapa??
tulah,xde lak ckp,diam cmtuje,ai nk tau gak kot2 ada kaitan ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Pc tergempar Pc Tergembar ?? Takde ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
stania83 posted on 13-3-2014 08:32 PM
siapa takde keje jom kita tour Nanming pakai google earth. Kat Nanming ade airport nama Guiyang Long ...
Imej dkt google earth bukan latest imej.. Diupdate beberapa bulan sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
dah rmh baru?aduii yg ke 10 pun aku belum habis rempit..ni nak start merempit lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss posted on 13-3-2014 08:42 PM
apa cite cinapek yang terlepas kat india tu? masih kat india ke dah bawak ke sini?
~tak larat na ...
ada ckp berita tu palsu, MAS xada flight terus hong kong ke india
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa oi, klu esok x jmpa jugak ko msuk porum pantau tred x? |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 13-3-2014 08:45 PM
Dah jumpa di Selatan Spratly kan ? Act of terrorism .. :Q
Spratly tu kt mn? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada insan tidak berhati perut
BAGI sebahagian besar ahli keluarga, kering sudah si air mata. Namun dalam seribu keharuan dan kepiluan, masih ada satu harapan: bahawa akan terjadi keajaiban. Dan doa dipanjatkan dari detik ke detik, semoga MH370 ditemukan.
Tidak hanya keluarga dan sanak-saudara terdekat, seluruh rakyat Malaysia sebenarnya berkongsi kesedihan. Sejak pesawat dengan 227 penumpang dan 12 kru itu hilang dari radar awal pagi Sabtu lalu, seluruh negara berasa hiba dan penuh simpati.
Bukan di tempat kita sahaja, seluruh dunia kini memberi tumpuan, berdebar setiap masa, sambil mengulangi pertanyaan serupa: di manakah pesawat Mas dalam penerbangan dari KL ke Beijing itu? Sampai hari ini soalan itu belum berjawab.
Tentu sekali misteri ini mencengkam perasaan. Betapa sebuah pesawat Boeing 777-200ER – dengan enjin Rolls-Royce Trent 800 – yang dianggap sebagai paling selamat, boleh lenyap begitu sahaja. Tiada tanda-tanda ia terhempas, tiada serpihan pesawat ditemui, tiada signal kecemasan, dan tiada tanda kegagalan teknikal di udara.
Ada yang menghantar nota terakhir kepada ayah tersayang menerusi sms, sebelum berlepas dari KLIA malam itu: “Doakan saya selamat...”
Bayangkan perasaan si ayah setiap kali melihat sms tersebut dalam telefon bimbit.
Ada ibu yang terkedu dan tersedu apabila diberitahu anak kesayangannya adalah di antara penumpang dalam pesawat malang itu.
Ada anak yang luluh perasaan sebaik mengetahui ayah dan ibunya juga dalam penerbangan tersebut. Ada jiwa yang kosong kepiluan mengenang nasib kekasihnya. Betapa halnya dua bayi yang juga tersenarai sebagai penumpang.
Pendek kata setiap anggota keluarga terdekat – ayah, ibu, mertua, menantu, opah, anak, suami, isteri dan orang-orang tersayang – semua berduka nestapa atas kehilangan orang-orang tercinta.
Bayangkan apa perasaan kita sekiranya salah seorang penumpang tersebut adalah anggota keluarga kita. Pasti sedih sesedih-sedihnya.
Tetapi, sesetengah kita memang tidak tahu erti sedih. Sebab mereka tiada perasaan, tidak peka. Sebab mereka tidak pandai. Menerusi media sosial mereka meluahkan kata-kata yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia normal. Memang mereka spesies tidak normal.
Ketika orang lain berduka, mereka bergembira melalui ‘posting’ yang entah apa-apa. Mereka mempersendakan misteri MH370, membuat andaian-andaian yang melucukan.
Mereka menggunakan media sosial untuk bersuka, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan keluarga terdekat mangsa. Kata-kata di media sosial menggores perasaan orang yang dalam duka nestapa. Sampainya hati!
Pemilik media sosial juga menghentam semahu-mahunya pihak berkuasa yang mengendalikan isu malang ini.
Baik pengurusan MAS, Malaysia Airport Berhad, Jabatan Penerbangan Awam, PDRM, Imigresen dan beberapa lagi agensi, semua digambarkan sebagai tidak cekap, korup, lembap dan lain-lain istilah negatif. Macamlah mereka yang menulis di media sosial itu pandai sangat menguruskan krisis seperti ini.
Mudah sahaja sesetengah pemilik media sosial – agaknya mereka buta! – menuduh kita tidak berbuat apa-apa. Pada hal pihak berkuasa telah berhempas pulas – sepanjang 24 jam, keletihan dan tidak cukup tidur – untuk mengendalikan masalah. Semua tahu usaha-usaha mencari dan menyelamat digerakkan tanpa henti sejak hari pertama, dengan aset sumbangan tujuh negara terdiri daripada 35 pesawat dan 47 kapal.
Malah, sesetengah media sosial mengeluarkan pelbagai teori, andaian, petua dan lain-lain kenyataan, seolah-olah merekalah paling bijak menangani masalah ini. Macamlah mereka lebih hebat dan serba tahu daripada juruterbang.
Macamlah mereka tahu sangat mengenai kejuruteraan udara. Pada hal orang biasa pun dapat menilai apa yang mereka teorikan itu semuanya auta. Bercakap menerusi perasaan, bukan fikiran.
Malang sekali dalam era ICT yang serba canggih ini, kita mempunyai sekian banyak pengendali laman sosial yang berlagak sebagai pakar, pada hal mereka kosong. Orang-orang inilah yang selalu muncul semasa krisis dan mengeluarkan pandangan secara hentam kromo untuk syok sendiri, tanpa sedikit pun belas dan peka terhadap perasaan orang lain.
Usah hiraukan mereka yang syok sendiri. Sebagai insan waras, marilah kita semua berdoa semoga MH370 berserta semua kru dan penumpang segera ditemui. |
|
|
|
|
|
|
|
Thread starter update lah senarai negara2 terlibat dan berapa aset yang mereka hantar di page 1...sejarah tercipta hari in apabila begitu banyak negara yang hulurkan bantuan secara sukarela....akak tgk pc tadi....akak hishamuddin sampai tersebak seketika...akak pun jadi terharu rasanya... |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 13-3-2014 08:50 PM
ada ckp berita tu palsu, MAS xada flight terus hong kong ke india
Bukan takde flight terus.. Takde transit
semua mas flight ke china & india are direct flight. Takde transit kat mana2
|
|
|
|
|
|
|
|
AGENT CSI ANDEN...report duty boss?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|