CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {6} `Kami jumpa serpihan MH370' GeoResonance!

[Copy link]
Post time 29-4-2014 01:00 PM | Show all posts
harap ada berita yg sah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 01:03 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 29-4-2014 12:59 PM
Tp klu mck umrah tu kata nmpk kat Benggal Bay mmg temberanglah. Benggal Bay tu punyalah dalam. Mcm ...

Kuasa Allah kita mana tahu... Mgkn Allah bukak hijab dia utk tgk apa yg org lain x bole nampak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:04 PM | Show all posts
pinkypinkylady posted on 29-4-2014 01:03 PM
Kuasa Allah kita mana tahu... Mgkn Allah bukak hijab dia utk tgk apa yg org lain x bole nampak...
...

Yg pasti dia kata plane melalui Andaman Sea dan dia nmpk kapal kat situ. Bukan Benggal Bay.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:06 PM | Show all posts
moga dipertemukan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:07 PM | Show all posts
Siapa ada link kisah cerita makcik yg balik umrah tu ? Tq

Speku sikit kekeke - US dtg kasi "terima kasih" kerana tolong cover utk Boeing, kalau didedahkan agaknya mau Boeing tutup kilang, Airbus hidup.. US harap lama2 kasi "tenggelam terus" dlm laut supaya terus berkubur... agaknyer ... kekeke.. speku jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:08 PM | Show all posts
knapa x smbung kt tred yg versi 27 tu aje?? sendu dah ctu...

sat lg cni plak kuar mcm2 cite konspirasi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2014 01:12 PM | Show all posts
noor2 posted on 29-4-2014 01:00 PM
owh..ni ka area yang makcik tu bagitau dulu?

kena carik balik la story mak cik tu sbb cam dah ingat-ingat lupa.. kalau tak salah Mak cik tu nampak kat area laut andaman yg berhampiran ngan Teluk Bengal ni lah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:14 PM | Show all posts
crossfire posted on 29-4-2014 12:09 PM
ada sama tak dgn HARIMAU BENGAL..

sama tang belang jah.. part lain tak sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 03:16 PM | Show all posts
harimau76 posted on 29-4-2014 09:01 AM
Teluk Bengal ni bukan kah kawasan yg Mak Cik baru balik umrah tu nampak ker????

ni ha statement makcik balik umrah tu......


#MH370: WANITA PULANG DARI UMRAH DAKWA NAMPAK BANGKAI PESAWAT DI LAUT | Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.




“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga,” kata ibu kepada 10 orang anak ini.


Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.


“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya,” ujarnya lagi.


Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.
“Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah,” katanya lagi.


Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.


Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.


Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.


“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.


Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis,” katanya sambil menambah “anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan.”


Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

“Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air,” kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan.



Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 03:59 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 29-4-2014 09:32 AM
harapnya gitu la...

harap2 begitulah.
semoga penantian berakhir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 04:06 PM | Show all posts
mungkin betul kata makcik ni.
jom selidik la, tempat yg makcik ni kata
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 04:34 PM | Show all posts
kalau betul masih kat situ ke? atau dah jauh ke dasar huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 05:25 PM | Show all posts
nacein posted on 29-4-2014 03:16 PM
ni ha statement makcik balik umrah tu......

Kalau ada yg pandai matematik, boleh trace balik, berdasarkan route/arah, waktu dia nampak, kelajuan, boleh dikira semula & agak2 kat mana makcik tu nampak..

Soalan tentang makcik ni dulu di tanya oleh pemberita TV3 masa PC, Hishamudin mcm tak tahu, kemudian dia kata dia akan panggil ketua polis jawab esok, polis jawab "masih dalam siasatan" .. mcm tak payah jawab jer, tu pasal org panas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 07:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 07:32 PM | Show all posts
#tragediMH370
Malaysia sdg nilai kredibiliti maklumat dakwaan syarikat penerokaan maritim temui objek pesawat di Teluk Bengal: Hishammuddin
Retweeted by sheh
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 07:55 PM | Show all posts
makcik umrah claim nampak kat teluk andaman, bukan teluk benggal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 07:56 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 29-4-2014 07:32 PM
#tragediMH370
Malaysia sdg nilai kredibiliti maklumat dakwaan syarikat penerokaan maritim temui obj ...

Syarikat tu punya canggih.. teknologi utk detect nuclear warhead.. depa guna satelit ke apa ye? sebab boleh detect jenis aloy besi semua.. dalam laut pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 07:59 PM | Show all posts
olaklempit posted on 29-4-2014 07:55 PM
makcik umrah claim nampak kat teluk andaman, bukan teluk benggal.

kut dah kena tolak arus dasar laut..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 08:05 PM | Show all posts
kelas makcik..jarak 7 batu dr udara, dia boleh nmpak objek jelas di bumi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:00 PM | Show all posts


ni jalan udara yang biasa digunakan untuk penerbangan dari Jeddah ke KL. Melalui India, Bay of Benggal dan Laut Andaman.
IGREX tu position MH370 sebelum totally lost on the radar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047710 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list