Kadangkala pedih kini mencabarku
Melupakan semua
Tapi perasaan kasih padamu
Melebihi diriku
Tapi engkau bagaikan
Tidak mengerti
Halangan cinta hanya kita berdua
Terpaksa aku pergi mencari
Kesilapan sebenarnya
Zul memandikan Anjelina Joling sebersih-bersihnya hingga wangi dan berkilau-kilau kulit kuning susunya disinari mentari pagi. Entah kenapa hati Zul dipagut pilu mencengkam sukma. Sambil mencurahkan air mandian ke tubuh Anjelina Joling tadi, dia mengalunkan lagu ‘Korban Cinta’ nyanyian Aris Ariwatan feat Joey (BPR). Mendayu-dayu Zul melagukan dan merupakan juara bertahan Karaoke Pujaan Sirap peringkat kampung-kampung dan namanya sering dijulang secara berombak (sokongan ombak bila musim bola sepak tu) dan dilaung-laungkan gah mengalahkan konsert AF.
Bukan populariti yang dicari Zul. Tetapi hadiah-hadiah yang disertakan pengajur cukup membuatkan Zul membuang rasa malu dan segan silunya untuk menyertai pertandingan Karaoke Pujaan Sirap Serata Kampung. Anda, Juara Kampung Yang Kami Cari. Entah apa yang dicari pun tak taulah. Sampai sekarang dia menetap di kampung tanam sayur.
Juara tersebut mendapat hadiah berupa beras sekampit Cap Basmathi, siapa tak nak. Kemudian disusuli hamper setinggi kereta kancil dan sijil penyertaan. Huhu…lumayan jugaklah tu. Buat stok makan hampir dua hingga tiga bulan lebih jugaklah. Dah dia dan Nek Teh buat makan mereka dua beranak aje. Tak luak mana pun.
Selesai memandikan Anjelina Joling, Zul mengelap-lap tubuh Anjelina Joling hingga kering. Puas sudah dia melihat penampilan berseri-seri Anjelina Joling hari ini.
“Abang, dah buat Solat Istikharah. Jawapannya…hmmmm…abang ikut saja plan asal kita tu.”
Mooo…
“Tapi Anje…” Berjeda seketika.
“Abang risau kalau apa-apa yang jadi nanti.”
Moooo….mooo…
Anjelina Joling seakan memujuk cuba meyakinkan Zul yang dari semalam tak habis-habis risaunya itu.
“Anje sure takkan apa-apa?”
Mooo….
“Baiklah. Sebelum tu, kita bincang plan seterusnya. Apa perlu buat bagi menjayakan plan kita ni.”
Anjelina Joling sedang beristirehat bawah kolong sambil melelapkan mata. Sekejap-sekejap, ia melibas-libas ekor di serata tubuh dan punggungnya. Anjelina Joling menggerak-gerakkan kepak telinganya, saat kedengaran bunyi-bunyian seakan mengenalpasti antara bunyi unggas atau benda-benda lain.
Tiba-tiba, ada kedutan kecil didahi Anjelina Joling. Terdengar sesuatu yang pelik dan pergerakkan pelik itu seperti kejap-kejap berhenti, kemudian…bergerak semula. Walaupun perlahan dan cukup berhati-hati, lebar telinga Anjelina Joling begitu nyata dan jelas pendengarannya. Bagaikan anggota yang cukup peka selain penglihatan yang jelas di sebelah malam dan siang.
Klingg…klingg…klingg…
Hampir melompat Zul dari atas katil mendengar bunyi tin kosong di sebelahnya. Tertoleh Zul kiri dan kanan tak tentu hala. Seolah-olah Anjelina Joling ada di sebelah. Zul terpisat-pisat dan menenyeh-nenyeh matanya yang pedih akibat kantuk tak hilang dari menguasainya.
“Anjelina Joling.”
Zul bergegas bangun dan melangkah panjang menuju pintu. Namun, apakan daya bila daya gravity melanda Zul. Kaki kirinya tersepak kaki katil lalu tersembab atas tikar menyembah bumi. Melolong Zul dikegelapan malam bagai laungan serigala jadian.
Ikatan yang menjadi penambat Anjelina Joling dibuka rakus. Anjelina Joling meronta sayu dan ia dalam kegelapan tanpa cahaya melalui pandangan. Apa tidaknya, kepalanya diserkup drastik dengan guni beras.
Pencuri lembu sejagat menarik-narik erat tali di leher Anjelina Joling. Anjelina Joling berkeras tidak mahu mengikut. Puas dipaksa dan digeletek perutnya. Langsung tak terkesan. Tak berganjak langsung dari tempat beradunya.
“Kalau tak mau ikut. Aku bakar rumah tuan kau ni. Biar rentung. Nak tak? Hehehe…hahahah…”. (Ketawa jahat ala lanun tak dapat hasil tapi, berhasil secara paksaan mendapatkan harta).
Anjelina Joling bagaikan mengerti ugutan keji si penyamun. Ia akhirnya melangkah perlahan meninggalkan rumah.
Mooo….
Bagai mengucapkan ‘Selamat Tinggal’ buat Zul dan Nek Teh. Disisipkan doa dalam hati Anjelina Joling agar Zul dan Nek Teh selamat dan sejahtera sentiasa. Bagi dirinya, berserah sahaja nasibnya kepada Allah.
Anjelina Joling pun makhluk Allah jua. Lagi-lagi cerdik seperti yang didakwa Zul. Huwaaa…
Menggagau Zul mencari-cari jejak Anjelina Joling. Disuluh-suluh arah laluan tapak kaki Anjelina Joling sambil memanggil sayup kesayangannya yang semakin menghilang jejaknya. Apabila laluan dipenuhi rumput dan semak samun, semakin sukar Zul mengekori jejak yang ditinggalkan Anjelina Joling.
Gruuungg…..gruuunnggg….
Zul mendongak ke langit pekat tanpa sebutir bintang pun menandakan hujan akan turun. Zul menyuluh hujung laluan pencarian kemudian menyuluh kemuka sendiri. Serba salah.
Besok siang sajalah Zul. Kalau kau demam kena hujan lagi susah. Getus hati perih Zul membuat keputusan sesukar ini.
Zul berpatah balik ke rumah. Kali ini, dia memikirkan cara lain untuk mendapatkan semula Anjelina Joling.
Usai Tahajud, Zul menadah tangan menitipkan doa untuk dirinya, Nek Teh dan tak ketinggalan keselamatan Anjelina Joling supaya mereka diketemukan semula. Zul meraup wajah dan bermenung sebentar.
Dia bersila dan cuba memikirkan jalan mendapatkan semula jejak Anjelina Joling. Sebelum kejadian penculikan Anjelina Joling, dia membuat persiapan dengan memintal tali tangsi ditebuk pada tin-tin kosong. Kemudian, dipasang sekeliling pada tiang bawah kolong tempat beradu Anjelina Joling.
Apabila Anjelina Joling melangkah keluar dari tempat beradunya, sah ia sedang dibawa pergi. Terdapat satu lagi usaha antaranya dengan Anjelina Joling. Meninggalkan jejak tapak kaki pada tanah dengan menguis-nguisnya. Akan tetapi, jejak itu menghilang apabila melalui jalan ke belukar.
Zul tersenyum sinis. Terdetik sesuatu di benaknya. Itulah tempat yang pernah Abang Abu gembar-gemburkan. Tempat di mana Abu melihat kelibat bermata putih. Itu mungkin tempat persembunyian pencuri itu. Dan mungkin juga, tempat disembunyikan lembu-lembu yang hilang termasuk, Anjelina Joling.
Zul menyiasat sendirian. Dia tidak mahu melibatkan orang lain sebelum mengesahkan apa yang dia fikir sejak malam tadi. Seawal usai Subuh, Zul bergerak pantas ke tempat jejak Anjelina Joling yang hilang.
Zul melibas-libas parang menebas semak-samun lalang yang agak menebal. Terkial-kial juga Zul melangkah meredah semak.
Snf, snf…Zul terbau sesuatu…snf, snf….sesuatu yang cukup familiar. Snfff….…dalam-dalam Zul menghidu nikmat. Huh…
“Najis Anjelina Joling. Oh yeah….Anjelina Jolinggg….you are the genius cow lady in the world.”
Makin menusuk bauan yang membawa rezeki buat Zul. Baja asli Anjelina Joling dihidu-hidu rakus dan membawa Zul ke suatu tempat agak asing. Jarang-jarang dilalui orang kampong.
Zul perlahankan langkah. Dia menunduk dibalik rimbunan semak lalang setinggi 3 kaki. Zul menyelak sedikit rimbunan lalang melihat-lihat keadaan di sana. Kelihatan dua ekor lembu seakan-akan Jibon milik Abang Dollah dan Mak Jenab. Namun, mana perginya Anjelina Joling? Zul terhendap-hendap mencari kelibat Anjelina Joling. Dia, sedikit panik.
Seorang lelaki keluar dari khemah tak jauh dari tempat dua ekor lembu itu ditambat. Membulat mata Zul melihat gerangan lelaki tersebut. Dan belum sempat rasa agak terkejutnya hilang, keluar pula seorang lelaki dari belakang khemah dengan termengah-mengah dan larian pun tak tentu arah.
“Lombo betino tu dah laghi kek hutan nu….”
“Macam mana kau jaga lembu sekor pun boleh lepas hah?!”
“Lombo cilako tu…io…io tondang anu….”
Terkepit-kepit lelaki itu dicelahan kelangkangnya. Mandullah aku karang ni. Lelaki itu seakan ketua mendengus keras.
Zul yang sempat mendengar butir perbualan mereka menarik nafas lega. Zul tersenyum kemenangan.
Bagus Anjelina Joling. Bijak sekali. Yess…
Dalam pada itu, dia merasakan agak bahaya bertindak sendirian. Dia perlu berpatah balik mohon bantuan. Dan belum sempat dia memusingkan badan….
Zul merasakan pangkal lehernya terasa ngilu dan bulu roma meremang melihatkan sesuatu yang berkilau dari arah tepi. Zul angkat tangan dan berdiri perlahan-lahan.
“Jalan.”
Zul melangkah mengikut arahan. Dua lelaki tadi mula mengalihkan perhatian kepada Zul serta…
“Hey Kobeng. Mana sarapan?”
“Ado ni Tok…dan…budak ni aku nampak terngondap-ngodap dari tadi. Nasib aku pollow budak ni dari belakang tadi sonyap-sonyap.”
“Bagus kerja kau.”
Komeng menolak Zul ke arah ketua yang digelar Tok aka perokok daun tika melepak digerai seminggu yang lalu semasa kecoh Abu menceritakan lembaga mata putih kelihatan.
Huh, Tok…ketua dalang rupanya. Puii…
“Dah, tak payah nak buek muko meluek ekau tu. Aku pun lagi meluek ekau ongan lombo betino ekau. Tak habih-habih kojar kitorang.”
“Dah korang mengacau. Memang patut pun kena… Adei.”
Komeng mengikat kedua tangan Zul ke belakang agak ketat sambil ditekan bahu Zul oleh Tok Ketua mereka. Zul tak mampu berbuat apa-apa memandangkan mereka bersenjata parang dan parang dia pula dirampas dari hulu yang melilit pinggangnya.
Zul didudukkan dan bersandar di sebatang pokok rambutan. Tok, Komeng dan Kobeng duduk bersila atas surat khabar lama yang di bentang. Dengan susah payah Kobeng duduk secara normal…
“Aduh, aduh, duh, duh….” Kobeng terbaring mengiring menahan kesakitan. Terpaku, tak jadi Komeng menyuap mee goring dalam mulut.
“Kenapo ekau Kobeng? Ekau sunat sekali lagi ko?”
“Sunat kopalo hangguk kau. Aku kono high kick dek lombo betino kejadah tulah. Adoii…aii…”
“Hihihi….” Zul terkekeh kecil.
Semua mata menala tajam ke arah Zul yang sedang terikat.
“Ekau tak pueh hidup ko?”
“Tak ada lah. Selama ni aku selalu ingatkan Anjelina Joling aku tu bagi high kick kat telur lembu jantan bila kena kacau. Tapi alih-alih….wahahahah….”
“Uhuhu…ekau nengok mangkok hayun tu. Golakkan aku kaw-kaw. Tak tau ko aku bakal mandul…wuuu…”
“Mano adolah samdol. Ekau poie urut eloklah tu.”
“Boto ko Komeng?”
“Bilo kito dah kayo…kito poie Golok. Mengurut…nak?”
“Eh, nak..nak..nak.”
“Makan copek. Banyak urusan laie.”
Tok Ketua senyap menikmati sarapannya tanpa mencampuri hal mereka dua beradik. Dia lebih memikirkan, bagaimana hendak menguruskan Zul selepas ini.
Manakala Zul pula. Berusaha membuka ikatan tali dengan menggesel-gesel dibatang pokok rambutan tanpa disedari mereka bertiga.
Terpisat-pisat Zul membuka mata saat kakinya disepak-sepak. Dia tertidur sejenak selepas seharian dia berjaga malam tadi. Lengan Zul direntap kasar kiri dan kanan. Zul hampir-hampir melucutkan ikatan tali yang mulai sedikit terungkai. Zul buat helah meronta-ronta dan cepat-cepat memintal tali kepergelangan tangan. Tak nak disyaki.
Zul diheret beberapa meter jauh ke dalam hutan. Langkah Komeng dan Kobeng terhenti di cerunan. Zul sudah menganggak apa yang mereka ingin buat.
“Komeng, Kobeng. Jangan macam ni. Berdosa. Takkan korang nak bunuh aku dengan menolak aku dari cerun ni?”
“Kami tak ada niat. Cuma, terpaksa.”
Suara Tok Ketua menyatakan dari belakang mereka. Zul menoleh melihat Tok sedang menghisap rokok daunnya.
“Tok, ini nak membunuh namanya. Lepaskan saya. Saya cuma nak ambil balik Anjelina Joling saya je. Lepas ni, saya…diamkan diri. Mmm…”
“Tak, tak boleh Zul. Kau cerdik. Kau mesti buat helah dan biarkan kami tertangkap. Aku cukup kenal kau. Kau…suka menyibuk nak jadi hero.”
“Tok, kenapa boleh sampai jadi begini? Kami semua percayakan Tok. Tokkan pengusaha lembu berjaya sebelum ni?”
“Huh. Itu sebelum Zul. Lepas aku rugi disebabkan lembu-lembu aku banyak yang mati disebabkan penyakit kuku dan mulut. Perniagaan aku hancur. Aku sakit hati Zul, sakit hati sangat. Raya korban makin hampir tiba. Selama ni, bila tiba musim korban…lembu-lembu aku banyak yang laku..hahahahah….lumayan Zul, lumayan. Aku kaya…pakcik kayo…!”
“Kami pun kayoo…!” Serentak Komeng dan Kobeng turut bertempik gembira, suka-suka. Terjangkit kat Tok.
Zul menggeleng-geleng. Inilah jadinya bila harta melebihi segalanya.
“Sadapppp…!” (shut up)
Zul, Komeng dan Kobeng masing-masing terperanjat boboi mendengar teriakan gempita Tok.
“Jangan buang masa. Korang tolak Zul kat cerun. Lepas tu biarkan dia seketika kat situ. Lepas kita jadi kaya…baru kita panggil penduduk kampung katakan Zul jatuh kat cerun sebab cari lembu dia. Wahahahahah….!”
“Ai, ai Tok….”
“Not so fast.”
Belum sempat Komeng dan Kobeng hendak menolak tubuh Zul ke cerunan, pantas Zul mengilas kuat lengan Kobeng dan menendang padu perut Komeng hingga senak.
Keadaan jadi kelam-kabut. Tok pun tak tentu arah apa yang patut dibuat. Zul bukan calang-calang pemuda. Dia adalah anak murid cemerlang Tok Ayah dalam seni persilatan. Tenguk sahajalah. Senang-senang Zul mengilas tangan Kobeng dan tendangan yang dibuat ke atas Komeng. Tewas dalam sekelip mata.
Tok bagai hilang pedoman. Parang yang disisip dipinggang dicabut dari hulu dan cuba memarang Zul. Zul yang seakan tidak menyedari kemudian…
Tidak semena-mena melayang-layang tubuh Tok dan jatuh di tepi cerun. Zul pantas memalingkan badan.
“Anjelina Joling!”
“Anjelina Joling?” Serentak Komeng dan Kobeng yang saling berdakapan bersama linangan air mata kesakitan akibat dibelasah Zul turut melihat pilu ke arah Anjelina Joling sedang berdiri gah.
Terer macam tuannya juga. Huwaaaa…
Zul terus menerkam dan memeluk erat Anjelina Joling. Dia mengusap-usap sayang tubuh Anjelina Joling.
“Anje selamatkan abang sekali lagi. Thanks sayang…muahhh…”
“Uwekkkk…” Komeng dan Kobeng muntah hijau melihatkan aksi cium Zul didahi Anjelina Joling. Mereng ke apo…
Sementara itu…
“Tolongg…tolongg aku wey…! Aku tak mau mati lagi…aku taubat…tolonglah siapa-siapa kat atas tu…Wuuuuu…..”
“Eh Tok, hidup laie? Zul…tolong Zul. Tok kat topi conghun ni hah.”
“Hah? Okey, okey. Minta Tok hold on dulu.”
Zul menghilang bersama Anjelian Joling mencari ikhtiar pertolongan.
Tok memaut erat akar pokok yang terjulur keluar dari celahan tanah cerun.
Tidak lama kemudian Zul dan Anjelina Joling datang ke tempat kejadian. Zul melilit tali di badan Anjelina Joling. Dibantu oleh Komeng dan Kobeng menjatuhkan ikatan tali kepada Tok.
“Pegang kuat-kuat Tok. Saya tarik Tok kat atas!” Zul melaung memberi arahan.
“Satu, dua, tigaaa….!” Mereka bertiga sama-sama mengira dan Anjelina Joling berusaha bergerak ke depan sama-sama dibantu Zul menolak tubuh Anjelina Joling agar menaikkan Tok ke atas.
Setelah berusaha selama dua minit, Tok berjaya dinaikkan Anjelina Joling. Masing-masing terduduk melepaskan lelah dan Anjelina Joling ‘maintain steady’ langsung tiada menunjukkan penat.
Tok bangun dari terbaring tadi. Zul, Komeng dan Kobeng turut bangun serentak. Anjelina Joling sedikit berkerut. Ia mula mengais-ngais kakinya bersedia, jika berlaku lagi perkara onar yang bakal dilakukan Tok ke atas Zul sekali lagi….siap…kali ini biar terjun terus ke dalam cerun yang dalam itu.
Tok mendekati Zul dengan langkah terhuyung-hayang. Komeng dan Kobeng menahan Tok dari mendekati Zul. Mereka berdua sudah insaf dan tidak mahu lagi berkelahi dengan Zul yang sanggup membantu walaupun hampir diperlakukan kejam oleh mereka bertiga.
“Tepilah…” Tok menolak kedua-dua tubuh Komeng dan Kobeng.
Tok menghulurkan tangan kepada Zul. Zul kehairanan melihat huluran itu dan memandang wajah Tok yang kelihatan garis-garis tua dan lelah. Dalam keadaan serba-salah untuk Zul menyambut tangan itu.
Mooo…
Zul memaling ke sisi Anjelina Joling.
“Betul ke?”
Mooo..mooo…
Anjelina Joling mengesahkan keikhlasan Tok.
Zul melebarkan senyuman. Tangan Tok disambut mesra.
“Maafkan saya Tok…”
“Tak Zul, Tok yang patut minta maaf kat kau. Tok…sebenarnya suka kat kau. Tok…tak ada niat pun nak buat kau macam tu tadi. Tok tak tau…apa yang merasuk Tok tadi. Maafkan Tok sekali lagi Zul. Maafkan Tok…”
“Saya maafkan.”
Tok terus menarik Zul dalam dakapan. Komeng dan Kobeng mengesat air mata antara satu sama lain. Mereka berdua datang mendekati Zul dan Tok yang berdakapan.
“Zul, kami pon minto mahap jugak. Kami bukan tak suko ekau. Suko menyakat ekao yo. Kami sobonar ee…comboro kek kau disanjong-sanjong…disobut-sobut selalu. Lombo kau…Anjelina Joling pom jadi sobotan…maafkan kami Zul.”
“Aku maafkan.”
Mereka saling berdakapan dan kemudian, Anjelina Joling turut menerima pelukan bersepadu daripada 4 lelaki serentak.
“Err…Zul…”
Tok tiba-tiba memecah keheningan syahdu dan pilu antara mereka.
“Tok jangan risau. Saya rahsiakan semua yang berlaku ni. Asalkan Tok, Komeng dan Kobeng berjanji akan insaf dan bertaubat kepada Allah. Saya dan Anjelina Joling takkan berkata apa-apa lagi. Dan Allah juga…”
Sudah lima tahun kisah itu berlalu. Zul menatap album gambar lamanya bersama Anjelian Joling. Dia menutup album dan tersenyum sendiri mengenangkan kisah suka dan duka antaranya dengan Anjelina Joling. Kisahnya bersama Anjelina Joling banyak mengajarnya erti kehidupan sebenar. Dia memiliki Anjelina Joling seawal umur 17 tahun lagi.
Dia masih ingat kisah menyayat hati apabila dia lari jauh ke hutan gara-gara tidak tahan dirinya menjadi tohmahan didada-dada akhbar serta orang kampong mula memandangnya sinis dan hina.
Zul tertekan dan menghadapi kemurungan. Dia membawa diri jauh tanpa hala tuju ke dalam hutan. Lama-kelamaan dia tidak tentu arah mencari jalan keluar. Dia mula takut dan ngeri berada sendirian dalam hutan. Dalam pada dia hilang arah, kakinya tergelincir dan jatuh di tebing bukit.
Dia mula tersedar saat ada sesuatu yang sedang mengibas-ngibas kewajahnya. Zul terbangun dan cepat-cepat menghalang terjahan cahaya dari pandangan. Silau. Zul mengecilkan mata dan melihat…ekor? Ya, ekor yang seakan terjuntai dari atas tebing.
Zul bangun dengan kepayahan. Ekor itu makin galak bergoyang seolah-olah meminta Zul memautnya. Zul memegang erat ekor itu dan tubuhnya seakan ditarik ke atas. Zul terbaring sebentar dan perlahan-lahan membuka mata.
Zul membelek-belek tubuh anak lembu dengan teliti.
“Hahah…betina. Hmmm…apa aku nak bagi nama kat kau ni ya? Sebabkan kau bijak, lasak dan betina….aku bagi nama. Anjelina Joling. Okey tak?”
Mooo…mooo…
Anak lembu betina itu mengangguk bagaikan setuju.
“Yeahh..Anjelina Joling.”
Setelah beramah mesra, Zul dan Anjelina Joling mencari jalan keluar hutan. Siapa sangka mereka berjaya keluar dari hutan dengan selamat. Namun pelik. Zul cuba usaha mencari induk anak lembu ini serta mencari tuan punya lembu ini. Sehinggalah diwarta dalam akhbar, tetap tiada berita. Sah, lembu ini mungkin sesat dan induknya mungkin mati dibaham binatang buas atau tuan pada lembu ini tidak mahukannya lagi dibiarkan dalam hutan.
Takbir raya bergema sayup-sayup dari surau. Zul bangun dari katil dan bersiap hendak pergi ke surau berjemaah solat sunat hari raya Aidil Adha. Zul keluar dari bilik tidur dan menyarung sandal.
Zul menuruni tangga batu dan menjengah bawah kolong. Tersengih saat melihat di bawah kolong. Dia mendekati Anjelina Joling sedang menjilat-jilat dan menyusukan anaknya.
Zul mengusap Anjelina Joling, kemudian mengusap anak lembu yang baru seminggu dilahirkan. Suami Anjelina Joling tak jauh dari tempat beradu isteri dan anaknya sedang galak meragut rumput. Bret Pit, nama suami Anjelina Joling diberi. Manakala anaknya, diberi nama lain dari induk dan apaknya. Jaguh.
Zul semakin selesa dengan keluarga barunya ini. Kalau ada yang kata dia menternak lembu. Tidak akan dijual sama sekali. Biarlah mati secara semulajadi. Kenangannya bersama Anjelina Joling begitu berharga dan cukup sentimental.
Dia sudah tekad dan membulatkan azam. Biarlah kesayangan-kesayangannya ini menemaninya hingga akhir hayat.
“Zul, kamu dah siap ke?”
“Dah nek, ada aje kat bawah kolong ni hah.”
“Dah jom, kang lengah nak berjemaah nanti.”
“Baik nek.”
Zul sudah menapak meninggalkan mereka bertiga dan berlalu mendapatkan kapcainya.