CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Orang Johor plak...siap sedia hadapi banjir.

[Copy link]
Post time 25-12-2014 08:31 PM | Show all posts
raxief posted on 25-12-2014 07:27 PM
ntah, aku pun xtau secara detail sgt area mane yg betul2 kena banjir ni

walaupun aku duk kota t ...

tperangkap ok lagi jgn kena banjir lagi sadis weh... kota tinggi kat town tu ke?? felda dlm2 tu sume naik air eh.. linggiu adela sume tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 08:47 PM | Show all posts
tomatome posted on 25-12-2014 08:31 PM
tperangkap ok lagi jgn kena banjir lagi sadis weh... kota tinggi kat town tu ke?? felda dlm2 tu su ...

kota tinggi yg banjir town dgn kg2 sekitar tu je. felda2 semua xde ape pun. sengih je budak2 felda.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:04 PM | Show all posts
Kalau la JB tu asyik tenggelam, harga hartanah bleh jatuh woo.. biar semua cina Singapore larikk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 03:55 PM | Show all posts
Johor mula dilanda banjir
26 Disember 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0


Majlis Keselamatan Negara
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Johor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua daerah di negeri berkenaan mula terjejas, manakala keadaan di Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak tidak banyak berubah, setakat tengah hari ini.

Di Johor, daerah Kluang dan Muar mula terjejas banjir dengan sebanyak 214 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan mulai hari ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata di Kluang, sejumlah 201 orang termasuk empat bayi daripada 46 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan  manakala 13 penduduk di Bukit Kepong, Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.

"Kesemua mangsa di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan  (SK) Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan," katanya.

Beliau berkata paras air di lokasi terjejas banjir semakin meningkat.

Di Kelantan, keadaan banjir yang semakin buruk menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang ke negeri itu bagi meninjau situasi semasa bencana tersebut.

Muhyiddin mengarahkan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang kini melebihi 32,000 orang.

Beliau turut mengarahkan agar bekalan barangan keperluan seperti makanan ditambah di semua pusat pemindahan sementara (PPS) daripada tiga hari kepada seminggu, antaranya bagi mengelak masalah kekurangan bekalan.

Di Terangganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 31,001 orang berbanding 30,147 pada sebelah pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di 98 pusat pemindahan banjir di  empat daerah.

Kebanyakan mangsa dari daerah Kemaman yang kini mencecah 21,381 orang, diikuti Dungun (7,979), Kuala Terengganu (1,369) dan Hulu Terengganu (272).

AKAN MENYUSUL.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:17 PM | Show all posts
fire_place posted on 25-12-2014 08:10 AM
Mak aku pun tgah bsiap sdia kat bilik gerakan banjir.
Masa banjir kat kota tinggi syarikat aku prak ...

kerajaan kata dh ckup semuanya, siap kata lagi terbaik dari amerikaaaa...





Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:22 PM | Show all posts
kesian.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2014 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyak. Mengkibol, Mardi?


Start dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 07:27 PM | Show all posts
Banjir bermula di Kluang, Muar dan Segamat
AZIZI MAJID DAN MOHAMAD FAIZAL HASHIM  |  26 Disember 2014 7:08 PM
  0  0 Google +0
JOHOR BAHRU 26 Dis. - Banjir mula melanda negeri ini dengan 480 orang daripada 115 keluarga di daerah Kluang, Muar dan Segamat dipindahkan ke lapan pusat pemindahan hari ini.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, sehingga pukul 4 petang, 442 orang termasuk 21 bayi daripada 105 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan di Kluang.
Daripada jumlah itu, 171 orang daripada 36 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kencana, Balai Raya Kampung Mengkibol (106 orang, 33 keluarga), Balai Raya Kampung Kolam Air (63 orang, 13 keluarga), Balai Raya Kampung Melayu Mardi (56 orang, 14 keluarga), Balai Raya Kampung Baru Paya Palembang (38 orang, enam keluarga) dan Balai Raya Kampung Bentong membabitkan lapan orang daripada tiga keluarga.
Menurut kenyataan itu, bagi daerah Muar, seramai 13 orang daripada empat keluarga dari Kampung Sawah Laku, Bukit Kepong dipindahkan ke Balai Raya Kampung Sawah Laku.

Advertisement
Sementara itu di Segamat, seramai 25 orang daripada enam keluarga dari Kampung Paya Lang ditempatkan di SK Batu Anam. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.5gSmqFfh.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Adehhhh aku dekat desaru la pulop.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 07:55 PM | Show all posts
mrseller posted on 26-12-2014 07:33 PM
Adehhhh aku dekat desaru la pulop.

desaru? hujan lebat ni beb. tp insyaAllah banjir tu payah nk berlaku sini..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 08:19 PM | Show all posts
kesian org2 tingal di tebing sungai, rumah tanah rendah, rumah < 1meter dari aras laut
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 08:36 PM | Show all posts
janganlah berulang lagi macam banjir hari tu walaupun potensi tu tetap ada
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 09:23 PM | Show all posts
Teringat banjr besar Johor beberapa tahun lepas masa zaman pak lah. Lalu highway plus kiri kanan tenggelam. Gerun sangat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40458 Replies : 396
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 22580 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 28691 Replies : 28
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 01:45 PM GMT+8 , Processed in 1.021356 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list