Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareShare on emailMore Sharing Services
16,879
Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
KUALA LUMPUR, 9 OKTOBER 2012: Selain menafikan dirinya sebagai punca Alif Aziz dan Anne Ngasri berpisah, Siti Adira Suhaimi atau Adira turut menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa pelakon Sharifah Amani atau Amani adalah penyebab serta punca hubungan cinta di antara dia dengan AG Coco putus di tengah jalan.
"Saya masih lagi okay dengan AG. Namun, okay sebagai kawan saja. Saya tidak bercinta lagi dengan AG Coco. Saya tidak mahu masuk campur dalam hal siapakah wanita yang nak berkawan dengan AG. Namun, saya tahu dia ada berkawan dengan Amani.
"Sebagai kawan, saya hanya sokong dia dari belakang saja Tidak lebih dari itu," katanya kepada murai.com.my.
Pun begitu, Adira mengakui lelaki yang pernah dikaitkan bercinta dengannya itu seorang yang suka berkawan dengan sesiapa saja termasuklah sdengan heroin filem Gubra dan Sepet itu.
"Sepanjang saya mengenalinya, saya tahu dia seorang yang suka dan mesra berkawan, walau dengan sesiapa saja. Tapi, saya memang sudah tidak ada kena mengena dengan AG lagi.
"Cukuplah sekadar saya menyokong dia saja. Apa yang baik untuk dia, saya happy. Saya tidak akan pernah melarang untuk dia berkawan dengan sesiapa yang dia mahu.Terus-terang, saya tidak pun frust atau apa. Saya masih lagi kawannya," jelasnya.
Gossip : Hubungan AG Coco & Adira Tak Menjadi, Orang Ketiga Jadi Punca?IMungkin ada yang terlepas pandang, tapi baru-baru ini OHBULAN! telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari kawan. Katanya, penyanyi putih melepak dari sebuah rancangan realiti, Adira telah berpisah dengan gitaris Hujan, Ag Coco. Mei lalu, sebuah akhbar online tempatan pernah mengeluarkan artikel mengatakan Adira dan AG Coco sedang bercinta. Namun apabila dihubungi, kedua-duanya hanya memberikan jawapan yang ‘selamat’.
“Kami mula berkenalan sejak Mac lalu apabila dia bekerjasama dengan saya dalam sebuah projek terbitan Astro, Akustik Adira. Sejak itu, kami sangat rapat dan andaikata dia ditakdirkan menjadi jodoh, saya terima. Setakat ini saya selesa dengannya tetapi belum lagi sampi ke tahap bercinta.” – Adira, artikel penuh disini.
Berdasarkan dari apa yang kawan OHBULAN! katakan, boleh ditafsirkan bahawa hubungan Ag dan Adira tidak menjadi. Antara puncanya adalah disebabkan orang ketiga. Menurut sumber, baru-baru ini Ag telah dilihat pergi menonton wayang bersama seorang selebriti wanita yang mula dikenali menerusi lakonannya dalam filem arwah Yasmin Ahmad. Mereka berdua juga dilihat hadir bersama ke sebuah majlis gala tahun ke-12 sebuah syarikat produksi tempatan.
Kalau benarlah gosip ini, boleh tahan juga ya abang gitaris Hujan kita ni kan?