|
Edisi nice collar bones u have: Mana menghilang Yasin Brothers? pg 7
[Copy link]
|
|
me tgk yasin ni tak penah plk post pic dia sefamily dgn wife dia..
tp dia rajin letak pic anak pompuan dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
shanew3stga1z replied at 30-10-2015 10:40 PM
bipolar ni mcm mana ek ?
Silalah gugel uols..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-10-2015 10:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
shanew3stga1z replied at 30-10-2015 02:40 PM
bipolar ni mcm mana ek ?
bipolar mcm krisis identity gak..rasanya azma aizal tu pun ada sakit bipolar dulu2 di samping mengambil brg jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Perubahan mood secara ekstrem. Sekejap marah kemudian sedih, gembira... Pastuh tetiba anxiety etc.
|
|
|
|
|
|
|
|
macam sesuatu sangat..
diakah puncanya konflik antara syazwan dan perempuan ni..? |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh bipolar? Dulu2 kan penah org kata Yassin ni gile isim.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nah lah artikel. tahun 2009
MELANGKAH masuk ke rumah penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Mimpi Laila dan Salsabila, Yassin Sulaiman, 34, yang ditemani isteri dan anak, ramah menyambut.
Dia yang kelihatan sedikit kurus kemudian rancak bercerita tentang pengalaman selama dua minggu hidup dalam keadaan tertekan hingga terpaksa dimasukkan ke wad psikiatri di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Menurut laporan sebelum ini, ramai peminat dan teman-teman Yassin hairan kerana dia yang baru muncul dengan album Arus Qudus, sering menulis perkara pelik dalam laman Facebook miliknya.
Penyanyi yang pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu Syukur 21, No Problem dan Mendam Berahi ini pernah mengaku mengalami kekeliruan identiti ketika mula-mula bergerak sebagai penyanyi solo iaitu dari tahun 2001 hingga 2005.
Mengingati semula peristiwa terbaru ini, Yassin berkata dia didatangi 'cahaya' pada satu malam semasa Maghrib. Katanya, ketika itu dia duduk di meja menghadap komputer dan melayari laman sosial Facebook.
"Tiba-tiba saya didatangi satu cahaya yang terang. Lembik lutut dan sendi saya, lantas saya terus terbaring menghadap kiblat dan menangis sepuasnya.
"Saya tidak tahu adakah ini petunjuk daripada Allah atau godaan syaitan," ujarnya yang kemudian teringat bait sajak yang dibacakan oleh Dian Sastro yang berbunyi "Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri".
Bait itu terkandung dalam lagu Alhamdulillah nyanyian Yassin, Ahli Fiqir dan Too Phat.
Bilakah titik mula anda mengalami tekanan mental?
Ia bermula dengan laman sosial Facebook. Saya terlalu taksub dengan masalah dunia dan kawan-kawan. Waktu itu saya terfikirkan masa depan anak-anak saya. Apa bakal terjadi kalau dunia terus begini dengan pelbagai masalah?
Saya obses mahu menyelesaikan masalah dan berdiskusi mengenainya. Peperangan dalam jiwa saya berlaku dan rasa mahu menjadi penyelesai semua masalah. Tapi tekanan ini berlaku perlahan-lahan, bukan secara drastik. Cuma pada hari ketiga, saya semakin tertekan dan berlanjutan selama dua minggu.
Anda ketagih Facebook?
Saya ketagih mahu membuat pengakuan. Ia menjadikan saya hiper. Antara masalah yang saya lihat di dunia sekarang ialah masalah budaya. Saya kemudian bimbangkan masalah ekonomi yang dikuasai riba, jurang kemiskinan kita serta politik Malaysia dan dunia.
Saya juga kerap mengikuti berita di kaca televisyen dan semuanya saya lemparkan ke dalam Facebook. Segalanya saya tulis di ruangan 'What on your mind' kerana itu yang ada dalam minda saya.
Siapa yang mula-mula perasan perubahan anda?
Isteri saya. Dia lihat ada yang tidak kena dengan saya. Kemudian keluarga saya cadangkan saya berjumpa doktor. Mulanya saya enggan kerana ego yang besar. Tapi akhirnya saya pergi berjumpa doktor di HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) yang merasakan saya berdepan dengan gangguan bipolar. Selepas itu, saya bertemu dengan doktor di Hospital Pantai dan mendapatkan kaunseling daripada seorang doktor yang sudah lama saya kenal.
Benarlah yang anda dimasukkan ke hospital?
Ya, benar. Saya masuk ke hospital (HUKM) selama dua minggu mulai pertengahan Mei hingga awal Jun. Mereka menjaga tidur saya agar cukup, diet saya dan diberikan ubat. Malah saya tidak dibenarkan menggunakan komputer atau telefon bimbit. Saya perlu membuatkan rutin hidup saya kembali normal.
Apa perubahan yang mahu anda buat selama dua minggu dalam tekanan?
Saya terpanggil untuk mengubah nasib masyarakat. Semangat itu terus datang tapi saya gagal kerana terlalu gopoh untuk bertindak. Saya juga mahu mengubah perangai orang yang buruk kepada baik. Dua minggu itu jiwa saya bagaikan berkonfrontasi. Ego saya sangat mewah dan besar. Hanya saya yang betul.
Apa komen anda bila dikhabarkan gila isim?
Oh, gila isim? Malah ada orang kata saya ketagih dadah. Bagi saya, ini tidak betul. Isim adalah terminologi orang lama yang tidak tahu akan hal saintifik. Ilmu sekarang sudah berada di hujung jari. Isim ini definisi lama. Saya cuma tertekan dan didiagnosis doktor sebagai gangguan bipolar.
Mulanya saya enggan menerima fakta ini tapi difikirkan, mungkin betul. Gangguan ini sama ada membuatkan orang menjadi sedih atau hiper.
Anda bagaimana sekarang?
Saya tidak pernah berasa sebaik sekarang. Mood saya stabil dan Alhamdulillah. Ada hikmah di sebalik semua kejadian. Saya juga sudah malas untuk menonton berita. Mahu rileks. Tapi saya tidak fobia kepada Facebook. Saya bersyukur kerana pernah angan-angan untuk mengalami perubahan pada usia 40. Tetapi Allah mempercepatkan proses itu dan saya didatangi segala hal pada usia 34 tahun.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz3q46g2rj7
Hakcipta terpelihara |
|
|
|
|
|
|
|
huish ... mntk dijauhkan lah ye .. tkot jgk pnykit cmni .. nmpk normal .. tapi ... |
|
|
|
|
|
|
|
izat123 replied at 30-10-2015 11:25 PM
Nah lah artikel. tahun 2009
MELANGKAH masuk ke rumah penyanyi dan komposer yang popular dengan la ...
Ohh macam tu kisahnya.. tapi knp sekarang tak nampak thiqah pun. Bukan ke dia warak. Tapi knp suka komen pics pompuan. Wife tak jeles ke. Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit pulak ke.team csi iols zaman yasin meroyan dulu semua dh kertu.kalau tidak smpai subuh duk kaji fb yasin merapu2 |
|
|
|
|
|
|
|
tt..iols ade job lain utk u...cube cek ade tak yassin komen kat ig retis lain cenggini..
ke menggila kat shenty sorang jah |
|
|
|
|
|
|
|
Dia baru je jadi penyanyi jemputan kat majlis pelancaran buku ex yb PKR yusmadi yusof baru ni..elok ja |
|
|
|
|
|
|
|
samax replied at 31-10-2015 12:13 AM
Dia baru je jadi penyanyi jemputan kat majlis pelancaran buku ex yb PKR yusmadi yusof baru ni..elok ...
Kalau ikut sejarah bipolar dia dulu2 dia ada timing dia.zaman dulu tu timing dia sekitar 3-4pg smpai subuh gitu dia akan meroyan2 ape pun x tau setiap masa kt fb..nak kene korek la benang tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yasin mimpi laila ke,dasat gak ek,sian. Kalau tak terkawal bole serius ala sakit mental kan. Tapi komen2 dia kt pompuan tu nampak biasa jah |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha dark vader pun bole.... Malu la tu shenty betolkan... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok ig heshe pun daah macam orang suwey jah. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik la TT. Rajin gali comment Yassin kat Shenty. Nah munge
Baru tahu Yassin penah ada bipolar disorder.
|
|
|
|
|
|
|
|
comel pulak komen yassin ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|