|
Author |
Post time 24-12-2015 12:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 4 : Perempuan
Malam tu kereta aku meluncur laju di atas jalan raya. Aku perhati kan suami aku. Elok je tidurnya. Sebenarnya aku malas nak bawa kereta. Tapi memandangkan suami aku tak tahu jalan kat Negeri Sembilan aku gagahkan diri untuk bawa.
Memasuki jalan itu aku tengok jam dah tunjuk 1.30 pagi. Mata dah mula mengantuk. Aku mula terfikir nak stop dulu kat rumah nenek di Simpang Pertang. Tapi memandangkan emergency punya kes aku kena juga sampai ke rumah moyang secepat mungkin.
Bosan. Aku on kan lagu kat telefon aku. Lagu 2ne1 huhuhuhu. Tengah syok nyanyi aku perasan ada perempuan di tepi jalan. Elok je dia berjalan malam-malam seorang diri. Terbit rasa simpati dekat diri aku. Perbagai spekulasi datang ke otak aku tapi satu je yang tak masuk "hantu apa?".
Bengap. Bodoh. Dan takdir. Aku rasa itu saja perkataan yang sesuai apabila aku berhentikan kereta di tepi jalan. Memang dah takdir nak kena apa boleh buat.......
Zira: Kak nak pergi mana ni kak? jalan kaki bahaya seorang diri kak.
Perempuan: Akak nak pergi rumah akak depan tu.
Zira: saya tumpangkan akak yeah.
Perempuan: Mengangguk.
Aku lihat wajah Perempuan tu. Muka nya putih. Tapi pucat macam mayat. Tapi
ketika itu otak aku tak fikir apa-apa lagi.
Aku terus memandu. Kira-kira 10 minit kemudian aku nampak di sebelah kiri aku ada kubur. Serentak itu Perempuan tu suruh aku berhenti.
Zira: Kat sini ke kak?
Perempuan: Haah kat sini.
Perempuan itu turun tanpa mengucapkan terima kasih. Hati aku mula berdegup kencang. Kubur ke rumahnya?
Serentak itu kereta aku berbau busuk dam terdengar bunyi puntianak mengilai-ngilai. Sambil bertakbir "Allahuakbar" aku terus tekan minyak. Tangan aku mengeletar memegang stereng.
Mujur sepanjang malam itu tiada lagi gangguan lain. Namun yang membuatkan hati aku membengkak apabila suami aku langsung tak terjaga. Mulut aku pula sudah terkunci rapat. Hilang upaya aku nak bercakap.
Kira-kira 1 jam kemudian aku sampai ke rumah moyang. Aneh moyang masih lagi belum tidur. Aku bersalaman dengan moyang.
Moyang: Adik ni minum air ni pucat muka kamu ni...
Sebenarnya aku rasa moyang dapat mengagak apa yang dah terjadi pada aku sebelum ni. Aku minum fuh baru rasa okay sedikit.
Malam tu aku tidur dengan lena. Suami aku pun sama. Esoknya aku demam.
Apa yang pasti perempuan tu mungkin akan terus menunggu di situ.....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 12:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mai-shi replied at 24-12-2015 12:38 AM
sambung2
cerita 4 xde?
Lepas kau cakap baru aku perasan no 4 takde huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 01:09 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 8 : Amir
Aku ada seorang sepupu yang pondan. Dia ni sebaya aku. Malah dia sendiri mengaku kat aku dia suka lelaki. Amir ni siap cakap lagi nak tackle abang aku. So aku pun cakaplah jangan harap. (apakah?)
Masa form 4, Amir ni daftar Persatuan Penari Ulek Mayang. What The Heck sungguh. Perlu ke dia join tarian2 ni ? Masa ayah dia tahu (Pak Su) punyalah mengamuk sakan. Yelah Amir ni lelaki anak sulung lagi dan Pak Su ni pencen Askar. Mestilah dia nak anak nya jadi macam dia. Jantan,Berani and bla bla bla.
Tak lama lepas tu Amir makin jarang stay kat rumah. Dah mula pandai stay kat rumah kawan2 dia (spesis dia juga). Sampailah satu malam.......
Ayah dan along pergi ke pekan sebab moyang p minta belikan 3 ekor ayam nak buat rendang maman. Time tu lah Amir kantoi dengan ayah aku. Dari jauh ayah nampak lah sekumpulan nyah ni. Ayah macam kenal salah seorang dari mereka. Walaupun pakai makeup tebal2 tapi still ada muka jantan.
Lepas ayah bulatkan mata dia ayah nampak....
Amirah (Amir senanya)
Mana tak nya Amir pakai baju perempuan. Siap makeup dengan rambut palsu lagi. Ayah tak tunggu lama di tumbuk nya muka Amir. Lepas tu ayah paksa Amir balik rumah. Keluar suara jantan Amir minta ayah tak bagitau dekat pak su. Tapi ayah buat muka sardin.
Balik rumah Pak Su tak tunggu lama. Di ikat nya Amir dekat pokok. Seksaan yang lain-lain tak sanggup aku nak ceritakan dekat sini. Bergegar kampung tu dengan suara jantan Amir.
Akhirnya Tok Imam mula masuk campur. Mana tak nya Pak Su nak potong Amir punya Annnnnnnnnnnu sampai habis. Jadi adik beradik ayah aku pun mula cuba nak menenangkan Pak Su. Moyang suami isteri pula tak nak masuk campur. Aku pula dah bosan dengar Amir memekik lebih baik aku makan ayam maman huhuhuhu
Esok tengah hari barulah Pak Su lepaskan Amir. Dan malam tu Amir lari dari rumah.....
Mak Su pengsan bila tahu Amir lari. Semua orang cari Amir tapi tak jumpa. Menurut cerita Pak Mat (pak cik cendol stesen bas) Amir ada makan kat gerai dia malam tu dan dia ada bagitau Pak Mat yang dia nak pergi Terengganu.
Kesimpulannya Amir lari dari rumah 10 tahun tak balik sampailah .....
==== Part 2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhh best!!
Alfatihah utk ash,semoga Allah merahmatinya.
Waiting sambungan utk Amir.
Yg bestnya kisah zira ni sebab banyak pengajaran dari story2 ko, tenkiu utk perkongsian. Nanti free sambung ya |
|
|
|
|
|
|
|
Ok tak sabar tunggu part 2 amir fonen ...
Terbaik tt dalam masa berapa jam boleh share banyak cerite
|
|
|
|
|
|
|
|
zira_blackjack replied at 23-12-2015 09:52 PM
Baiklah aku bagitahu terus terang. Aku seorang penulis bebas. Sebelum ni aku ada berkerja di sebuah ...
Pasti bukan penggali kubur ke? Dia bz kena menggali tu. Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Check in... Simpati dgn nasib ash. Syg sungguh bila cara itu yg dia pilih..
Menunggu sambungan dr tt utk kisah seterusnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 06:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Malam nanti baru post lagi |
|
|
|
|
|
|
|
malam ni jgn lupa update pasal amir... best2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung lagi tt..part 2 amir |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 08:37 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 8 : Amir /2
10 tahun pun berlalu.....
Di suatu pagi. Masa ni tangan aku tengah pantas menaip sambil mata aku keras pandang komputer. Ketua dah lalu lalang depan meja aku. Takut aku jahanamkan keyboard pejabat.
Can't nobody hold us down~~~~ (Fon berbunyi hehehe saper tahu lagu ni Kita geng)
Aku menjawab telefon tersebut.
Mama: Zira balik kampung harini boleh?
Me: Hah balik kampung ada emergency ke ma?
Mama: Haah Amir dah balik. Kalau kamu tak larat memandu balik sekali dengan achik yeah.
Me: Okay2 ma.
WTF Amir dah balik @.@........
Selepas 10 tahun akhirnya budak Amir ni balik juga. Dah lah SPM pun aku tak tahu dia ambik ke tak. Di sebabkan keterujaan yang melampau nak jumpa Amir. Aku decide nak balik lepas habis kerja.....
7 jam kemudian....
Aku sampai ke rumah Moyang. Aku salam semua orang. Tak buang masa aku Tanya mama mana Amir?. "Tengah makan Kat dapur".
Aku pun pergi ke dapur dengan Achik. Slow je kami jalan. Hinggalah nampak kelibat Si Amir. Mata kami bertentang dan.....
Muka Amir dah lain. Dengan jelas boleh nampak hidung dia mancung Gila (nampak sangat buat PS). Lepastu kening dia bercukur. Dan dada dia macam bengkak.
Lepas Amir tengok je aku. Terus dia berlari naik ke atas. Cehhh malu lah Tu. Dah lah Tu pinggan tak basuh. Aku lah yang jadi kuli kena basuh....
So Dari sini aku tak nampak pun apa yang seramnya, emergencynya. So aku mula cam bengang apa yang hal nya. Ni ke emergency nya tengok Amir dah ada dada membusut ?
Esok malam.
Aku sanggup tunggu sehari lagi sebab nak tengok apa yang misteri jadi Kat Amir. Tapi haram takde apa pun. So aku pun macam give up nak lah balik KL. Lagipun deadline dah nak dekat. Tapi niat aku batal kerana....
Jam dah tunjuk 10 malam. SI Amir masih tak keluar Dari bilik. Memerap je dia dalam bilik. Makan pun mak dia yang hantar. Puas kami pujuk dia keluar dengan panggilan manja tapi haram.....
Sebab tak sampai hati tengok mak dia (Mak Su) asyik ulang naik atas. Akhirnya aku pun menawar kan diri pergi panggil dia.
"Tok3 Amir keluarlah tak kan mak kau je asyik kena hantar makan Kat kau keluar lah Amir". Tolenransi.
Senyap.....
"Amir keluarlah Sian lah Kat mak kau jangan lah memerap je duduk dalam bilik Amirrrrr". Cuba lagi bertolenransi
Senyap.....
"Lahabau kau Amir keluarlah mangkuk". Aku dah tak boleh bertolenransi lagiiiii.
Pintu terbuka...
Wajah Amir muncul dia berdiri depan aku. Eksperasi wajahnya kosong.
"Hah bukak pun kau pintu Amir"
Tiba2 tangan aku mencekik leher aku. Badan Amir yang 2 kali ganda tinggi dari aku membuatkan aku tak boleh nak melawan dia. Semua yang di bawah terus naik ke atas dengar suara aku memekik.
Aku tak tahan aku tendang dia punya (Egg). Tapi macam tak berkesan. Bukan ke ayah aku ajar tu tempat kelemahan lelaki? Kenapa tak jadi pulaaaaaaaaaaa.
Kekuatan Amir memang sangat luar biasa. Sampai Along yang sama tinggi dengan dia pun tak boleh lawan. Ni kan pula orang lain. Akhirnya moyang datang. Di tangan moyang ada serban putih. Tak sempat moyang nak pukul dia dengan serban Amir terus melompat keluar dari tingkap.
(Okay bila fikir2 balik boleh ke manusia melompat keluar dari tingkat 2? Lainlah kalau cerita Spongebob......)
Amir terus lari keluar. Yang lelaki pakat2 kejar. Yang aku lemah sebab kena cekik. Terus sekampung keluar kejar Amir.
Malang. Amir terus berlari sampai jalan besar. Amir cuba nak seberang jalan nak masuk ke hutan yang ada kat seberang jalan. Tengah Amir berlari...
Tercampak badan Amir kena langgar dengan kereta Alpha. Dan yang membuatkan aku rasa nak memaki hamun apabila pemandu tu terus larikan diri. Bukannya nak pergi bawak si Amir tu.
Amir tercampak atas jalan raya. Diorang tak tunggu terus bawak Amir naik motor pergi hospital. Walaupun Along geli dengan Amir kerana Amir pernah cuba nak mengorat dia dulu. Tapi bila jadi macam ni Along tak kisah dah. Ayah aku bawa motor dan Along pegang Amir dari belakang.
Pak Su? Pengsan bila tengok anak nya kena langgar. Sampai hospital doktor sahkan Amir dah meninggal. Entah susah aku nak terangkan tapi dengan Pak Su sekali 'jalan'. Kena serangan jantung. Memang kami tak duga langsung.
Bila Mak Su dapat tahu yang Pak Su dengan Amir sekali 'jalan' terus Mak Su pengsan. Adik Amir pun meraung. Memang satu family tak sangka jadi begini.
Now Adik Amir dah kerja kat Perak. Mak Su pula stay dengan Moyang. Takpelah boleh tengok-tengokan Moyang. Tapi dalam hati aku tahu hati Mak Su. Siapa yang tak sedih. Ada juga wartawan dari Metro cuba nak interview Mak Su. So aku pun halang lah. Dah budak tu tuduh aku nak ambil story Mak Su aku. Bengong betul. Walhah tak niat pun aku nak buat
story pasal Mak Su aku sendiri.
Yang menjadi misteri bagaimana Amir boleh muncul kat rumah Moyang. Aneh. Bila di tanya selama ni pergi mana Amir cuma membatukan diri. Akhirnya jadi misteri je lah.
Al-Fatihah untuk Amir. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 08:43 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
doubleA replied at 24-12-2015 01:16 AM
Wahhhh best!!
Alfatihah utk ash,semoga Allah merahmatinya.
Amin thank you sebab doakan arwah Ash. Sebenarnya aku bukan pandai sangat mengarang. Kalau cerita hantu memang aku tak reti sangat. Maafkan teman yeahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 08:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
miz_butcher replied at 24-12-2015 01:20 AM
Ok tak sabar tunggu part 2 amir fonen ...
Terbaik tt dalam masa berapa jam boleh share banyak ce ...
Itu sebab aku taip awal2 huhuhuhuhuu terima kasih sebab sudi baca cerita aku ^_^ |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 08:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lolalala replied at 24-12-2015 01:25 AM
Pasti bukan penggali kubur ke? Dia bz kena menggali tu. Hihi
Entahlah aku pun konfius dengan perkara niiiiiiii =_= |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 08:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
kancilku_biru replied at 24-12-2015 01:51 AM
Check in... Simpati dgn nasib ash. Syg sungguh bila cara itu yg dia pilih..
Menunggu sambungan dr ...
Tahlah. Kalau lah aku sentiasa dengan arwah mungkinn aku boleh selamatkan dia. Tapi itulah namanya takdir. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 08:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah utk arwah amir dan paksu,semoga Allah merahmati dorang. Takda kawan2 amir ke ek? 10 tahun tu,lama.
Atau takda story ke dari mak zira masa awal2 camana amir balik? |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah..tragis sungguh kisah ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 10:46 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Okay masa Amir memunculkan diri mulut dia memang senyap. Yang dia tahu duduk dalam bilik. Kalau rajin pergi dapur habiskan beras. Kalau malas mak dia yang hanta nasi. Jadi memang sorang pun yang tak tahu apa yang jadi. Tahu2 balik dada membusut..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|