|
Institusi Pengajian Tinggi / Kemahiran & Teknikal di Malaysia (IPTA/IPTS)
[Copy link]
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 08:55 AM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.
Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.
Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyumbang kepada perkembangan yang berteraskan sains dan teknologi dan bertindak sebagai nadi penggerak dalam membantu merealisasikan peranan negara serta kepercayaan oleh kerajaan, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju menaiktaraf ITTHO kepada sebuah Universiti di bawah Akta 30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO). Pengumuman bersejarah ini telah dibuat oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia pada 30 September 2000.
Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.
Pautan:
http://www.uthm.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 08:56 AM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) / UNIVERSITY OF TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
The establishment history of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia / UTHM started off on September 16, 1993. The university was formerly known as Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). The core business of PLSP then was to train and produce polytechnics academic staff to become knowledgeable and skilful in various engineering fields. The training institute was jointly administered by Universiti Teknologi Malaysia and the Ministry of Education Malaysia.
Three years later, PLSP was upgraded to Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak who was then the Minister of Education made the official announcement of the new status on April 12, 1996. This promotion is an acknowledgment to the institution that has excelled in producing human resources for technical education.
On September 27, 2000, the institute achieved another milestone when the Malaysian government agreed to award a university-college status to the institute. This was to recognise its contributions in science and technology-based development as well as in helping the nation to achieve its aspiration. With the new status, the institution was known as Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) and the official announcement was made by Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamed, the then Minister of Education.
KUiTTHO continued to grow and progress, producing graduates who were skilful, knowledgeable and competitive. Consequently, the Malaysian government, on September 20, 2006, agreed to award the university-college a full university status and changed its name to Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. On February 1, 2007, Datuk Mustapha Mohamed, the Minister of Higher Education officially announced the change of status. Subsequently, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn then made the official declaration of the change of name on March 2, 2007.
Link:
http://www.uthm.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 08:57 AM
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan pada 1 Disember 2000 sebagai IPTA Teknikal pertama di Malaysia.
KAMPUS
Terletak di negeri Melaka yang diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO di dalam kawasan seluas 766 ekar yang lengkap dengan semua kemudahan dan dikelilingi kehijauan alam sekitar.
AKADEMIK
Sebagai sebuah Universiti Berfokus, UTeM memfokuskan kepada bidang kejuruteraan, ICT dan pengurusan teknologi. UTeM sentiasa mengekalkan reputasinya sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keperluan sektor industri berteknologi tinggi. Bidang penyelidikan di UTeM juga memberi penekanan kepada bidang yang dikenalpasti mampu meningkatkan kredibiliti unik UTeM dan mampu meningkatkan reputasi UTeM sebagai sebuah universiti teknikal seperti teknologi hijau, kejuruteraan sistem, interaksi manusia-teknologi, dan dan teknologi termaju.
UTeM menerima kemasukan pelajar bukan sahaja dari dalam Negara malah pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar antarabangsa di UTeM termasuklah dari Indonesia, Saudi Arabia, Chad, Syria, Pakistan, Cameroon, Bangladesh, Tanzania, India, Somalia, Singapura, Qatar, Palestine, Libya, Iraq, Iran, Ghana, France, Yemen, Nigeria dan Jordan.
USAHA KOLABORASI UNIVERSITI-INDUSTRI
UTeM sentiasa berusaha mempergiatkan usaha berkolaborasi dan berkerjasama dengan industri. Untuk menjadi sebuah institusi tersohor bagi bidang teknikal yang menghasilkan ahli professional yang menepati kehendak pasaran juga setanding dengan keperluan teknologi masa depan.
- Pusat Pembuatan Termaju:
Ditubuhkan bagi meningkatkan teknologi tinggi dan kemudahan teknologi pembuatan berketepatan tinggi dengan tujuan untuk kerjasama dalam R&D, kerjasama dalam pembuatan dan latihan memasuki alam pekerjaan.
- Mesyuarat Meja Bulat CEO:
Perhimpunan tahunan CEO dan pakar industri dari dalam dan luar negara yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan maklumbalas, penilaian program akademik, infrastruktur dan kebolehpasaran graduan serta membantu dalam usaha melahirkan pemimpin berciri keusahawanan.
- Kampus Berkonsepkan Industri:
Pembangunan UTeM masa kini menekankan penubuhan pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang sama dengan industri masa kini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar.
KECEMERLANGAN DALAM PENYELIDIKAN DAN INOVASI
UTeM telah mengenalpasti Bidang Tujah kritikal yang paling penting untuk memacu kecemerlangan universiti. UTeM telah memilih Teknologi Pembuatan Termaju sebagai bidang tujah yang memerlukan komitmen padu daripada semua fakulti mengikut bidang-bidang tertentu iaitu:-
- Teknologi Hijau
- Kejuruteraan Sistem
- Interaksi Manusia-Teknologi
- Teknologi Termaju
Bidang-bidang tujah ini mempunyai pelbagai variasi yang merangkumi kekuatan fakulti sedia ada, pusat penyelidikan, institut dan makmal di dalam universiti.
Pautan:
http://www.utem.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 08:58 AM
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) / TECHNICAL UNIVERSITY OF MALAYSIA, MALACCA
Established on 1st December 2000 as the 1st Technical Public University in Malaysia.
THE CAMPUS
Located in the UNESCO world heritage city of Malacca, Set within 766 acres of lush verdant landscape boasting state-of-the art facilities in all its seven faculties.
ACADEMICS
As a Focus University, UTeM boasts strengths in technical fields – namely Engineering, IT, and Management Technology. UTeM has cemented a reputation of being a source of high-quality engineering graduates with the capability of meeting the requirements of high-tech industries. UTeM also has research competencies in areas that it has identified as being key to enhancing the University’s unique proposition and also contributes to the nation such as Green Technology, Systems Engineering, Human-Technology Interaction, and Emerging Technology.
UTeM admits not only local but also international students and this includes students from Indonesia, Saudi Arabia, Chad, Syria, Pakistan, Cameroon, Bangladesh, Tanzania, India, Somalia, Singapore, Qatar, Palestine, Libya, Iraq, Iran, Ghana, France, Yemen, Nigeria and Jordan.
UNIVERSITY-INDUSTRY COLLABORATIVE EFFORTS
Specifically assigned by the government to collaborate and work closely with the industrial sector. To be one of the worlds’s leading innovative technical schools, producing graduates that meet the current demands of the industry and able to handle the future needs as well. In order to ensure that UTeM is able to produce engineers and technologists who are technically-competent, UTeM has invested in the following:
- Advanced Manufacturing Centre (AMC):
Set up to promote high technology and precision manufacturing facilities for the purpose of Contract R&D, Contract Manufacturing and in-house industrial on-the-job training.
- CEO Roundtable:
Gathering captains of industry both locally and regionally to provide advice to UTeM including sharing of experiences and providing feedbacks to improve UTeM’s academic programmes, infrastructure and graduate employability as well as creating entrepreneurial leaders.
- Industrial Environment Campus:
Current developments in UTeM are focused on the establishment of training centers that will cater to the needs of the industry as well as providing industrial environment and exposure to the students.
EXCELLENCE IN FOCUSED RESEARCH AND INNOVATION
UTeM has identified critical FOCUSED areas that are the most important for the university’s unique strengths. UTeM has chosen Advanced Manufacturing Technology (AMT) as its niche area, which requires synergistic commitment of all faculties in UTeM and underpinned by four Thrust Areas as follows:
- Green Technology
- Systems Engineering
- Human - Technology Interaction
- Emerging Technology
- UTeM’s thrust areas are multidisciplinary in nature, which includes and draws on the strengths of existing faculties, research centres, institute and laboratories within the university.
Link:
http://www.utem.edu.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 08:59 AM
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan.
Kampus UMP di Pekan
Kampus tetap UMP kini telah mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan pada 27 Julai 2009. Pada masa ini, ia menempatkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kampus seluas 642 ekar ini boleh menampung sehingga 10,000 orang pelajar dan 2,000 orang staf.
Kampus UMP di Gambang
UMP beroperasi di kampus yang terletak di Gambang, Kuantan. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 126 ekar persegi yang boleh menempatkan 5,000 orang pelajar. Kampus UMP terletak di lokasi strategik berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Negeri Pahang Darul Makmur.
Mengapa UMP jadi pilihan?
-IPT berstatus MSC.
-Pemegang status sebagai universiti digital pertama di Pantai Timur.
-5 bintang bagi penarafan data MyMohes Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
-Kemudahan Internet Wifi dan Sistem e-Community di dalam kampus.
-Pengguna bandwidth dan TM Hotzone terbesar di Pantai Timur.
-Pusat Kecemerlangan Inisiatif Kampus Akademik yang pertama di Malaysia hasil kerjasama HeiTech Padu Berhad dan IBM Malaysia.
-Peneraju Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) hasil kerjasama dengan Miyazu Sdn. Bhd. bagi bidang acuan tekap (die and mold), Sapura Industrial Berhad bagi pembangunan Sistem Suspensi, IBM dan Hei-Tech Padu Berhad untuk Pusat Kecemerlangan IBM, Kampus Akademik yang pertama di Malaysia serta Agilent Technologies bagi pemindahan serta perkongsian teknologi untuk mewujudkan program sarjana secara kerja kursus.
-Program apprentis dengan Malaysian Automotive Institute (MAI) dalam pembangunan modal insan pelajar.
-Perintis pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills).
-IPTA pertama terima Persijilan OHSAS 18001:1999.
-Program Dwi Ijazah iaitu hasil kerjasama dengan universiti di Jerman, Hochscule Karlsruhe Und Wirtschaft (HsKA).
-Menubuhkan Makmal Pusat yang pertama di Pantai Timur.
-Makmal tercanggih dan terbaik di Pantai Timur.
-Kompleks Sukan bertaraf dunia.
-Pusat sukan tumpuan bola keranjang di Malaysia.
-Universiti terawal menubuhkan Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan (MLCC).
-Mempunyai Pusat Kerjaya & Akademik Jerman (GACC).
-Lokasi strategik UMP di Zon Perindustrian.
-Kolaborasi dan jalinan kerjasama erat dengan industri, syarikat korporat dan universiti ternama dalam dan luar negara.
-Penawaran pelbagai program pengajian kejuruteraan dan teknikal yang berkualiti dan diiktiraf.
-Prasarana yang lengkap, selesa dan sejahtera.
-Kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi.
-Pemangkin Program Dwi Ijazah dalam Kejuruteraan Perniagaan iaitu kerjasama dengan Reutlingen University (RU), Jerman bagi mengembangkan kejuruteraan Perniagaan di Malaysia
-Mobiliti pelajar menjelajah ke 37 buah negara di dunia.
-Menawarkan program Teknologi Kejuruteraan dalam bidang Elektrik, Tenaga dan Persekitaran hasil kerjasama dengan Northern Illinois University (NIU) Amerika Syarikat.
-Program Teknologi Kejuruteraan Farmaseutikal dengan Institute of Technology Tallaght, Ireland.
-Program kerjsama dengan University of South Queensland Australia Teknologi bagi Kejuruteraan Pengurusan Infrastruktur.
Pautan:
http://www.ump.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:00 AM
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) / UNIVERSITY OF MALAYSIA, PAHANG
UMP was established by the Government of Malaysia on February 16, 2002. UMP was set up as a competency based technical university which specialises in the fields of engineering and technology.
UMP is located on the east coast state of Pahang, the biggest state in Peninsular Malaysia with vast areas of rainforest endowed with a wide range of biodiversities and natural resources.
The campus is also strategically located in the East Coast Industrial Belt of Peninsular Malaysia which hosts a large number of multinational corporations (MNCS) in the chemical, petrochemical, manufacturing, automotive and biotechnology industries.
UMP offers a wide range of skills-based tertiary education programmes and practical-based tertiary education in engineering and technology to produce competent engineers. Its application oriented curriculum integrates theory and practise in the concept of a teaching factory, emphasizing experiental and action learning, task oriented and problem solving.
As for research, UMP focuses on applied research and industrial projects to enrich the teaching and learning processes as well as to promote the commercialization of research products, thus exposing students to the latest research and development activities in the industries.
The university’s campuses are fully equipped with the latest information and communication technology (ICT) systems, including wireless broadband internet connections to facilitate the university’s electronic based e-Learning and e-Management activities.
UMP is committed to the development of human capital and technology to fulfill the needs of industries as well as to contribute to the country’s overall development.
Pekan Campus
Pekan Campus, 50km away from Gambang Campus, is set to be the main campus of UMP after its full completion in 2015 tentatively. Upon its completion, the permanent campus will be able to accommodate a total number of 10,000 students and 2,000 staff. The location is in the vicinity of ever growing industrial zone especially automotive industry which
acts as a catalyst for research collaboration and academic proliferation. Currently, three (3) faculties, namely Faculty of Mechanical Engineering, Faculty of Manufacturing Engineering and Faculty of Electrical & Electronics Engineering have made their way to the campus which is surrounded by sea breeze of the South China Sea.
Gambang Campus
The campus is currently operating in an industrial estate about 30km from the city of Kuantan and it is a 2 and a half hours’ drive from Kuala Lumpur, via the East Coast Expressway. Strategically located in the East Coast Industrial Belt of Peninsular Malaysia which hosts a number of multinational corporations (MNCs) in the chemical, petro-chemical, manufacturing, automotive and biotechnology industries, UMP students have been exposed extensively to the latest development in the fields of engineering and technology.
Link:
http://www.ump.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:01 AM
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustian Negara.
Aktiviti pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor pada 16 Februari 2002. UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis pada 2 Mei 2011. Manakala pengambilan pelajar pertama seramai 116 orang bagi sesi akademik 2002/2003 dibuat pada 20 Jun 2002.
UniMAP melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan akreditasi EAC-BEM untuk menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20% praktikal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar dan masih di peringkat pembangunan. Namun terdapat beberapa Jabatan dan Pusat Pengajian yang terlah beroperasi penuh di Kampus Pauh Putra antaranya adalah Jabatan Perpustakaan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan.
Pautan:
http://www.unimap.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:02 AM
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) / UNIVERSITY OF MALAYSIA, PERLIS
UniMAP is Malaysia's 17th public institution of higher learning. It was approved by the Malaysian Cabinet on May 2001. Originally known as Kolej Universiti Kejuruteraa Utara Malaysia (KUKUM), or Northern Malaysia University College of Engineering, it was renamed as Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) in February 2007. The first intake consisted of 116 engineering students who started classes on June 2002. Currently, UniMAP has approximately 13,488 students and a workforce of more than 2,193 academic and non-academic staff members. It offers 25 undergraduate programmes that lead to Bachelor in Engineering, 13 undergraduate programmes that leads to an Engineering Technology degree and two undergraduate programmes that lead to a Bachelor in Business. We also offers six Diploma in Engineering programmes and 39 postgraduate programmes that lead to Masters and PhD degrees.
UniMAP graduates are nurtured to become competent practitioners in their area of specialization and to have the confidence to explore entrepreneurial possibilities upon graduation. They are expected to not only exhibit excellence in the knowledge and skills that are directly related to their specialized fields of study, but also to demonstrate outstanding proficiency in both communication and ICT skills, as well as possess unsurpassed traits of professionalism and patriotism.
Most of the engineering programmes at UniMAP have an electronic-based focus. However, both basic and applied studies on other fields of engineering and technology that support the advancement of engineering are also actively pursued here. In addition, International Business, Engineering Entrepreneurship and an MBA in Engineering Management are also on offer. The International Business programme is designed to produce global-business leaders who could function and compete effectively in the globalized market place. The Engineering Entrepreneursip programme aims to equip today's generation of 'technopreneurs' with an excellent entrepreneurial knowledge on managing industrial and technology-based businesses, whilst the MBA in Engineering Management is designed to produce competent managers for the engineering and technology sectors.
Link:
http://www.unimap.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:03 AM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
Negeri Terengganu telah lama dikenali kerana tradisi keilmuannya. Sultan Zainal Abidin III, yang memerintah dari tahun 1881 hingga 1918, menjadikan Istana Terengganu sebagai pusat keilmuan Islam dan dianggap oleh orang ramai merupakan pemerintah negeri yang paling alim. Kini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meneruskan warisan baginda. Bermula sebagai kolej pengajian agama pada 1980, UniSZA telah berkembang pesat sehinggalah diisytiharkan sebagai universiti awam pada tahun 2006.
UniSZA meneriskan warisan menyediakan kecemerlangan dalam pendidikan kepada semua. Berkembang maju dan dinamik, UniSZA menawarkan pelbagai program2 yang komprehensif termasuk bahasa, seni rekabentuk dan teknologi kejuruteraan, pengajian Islam, perundangan, hubungan antarabangsa dan perakaunan, perniagaan dan ekonomi, sumber-bio, teknologi makanan, teknologi malumat, sains sosial selain daripada perubatan dan sains kesihatan.
Universiti mengoperasikan empat kampus lengkap dengan pengkhususan masing2. Kampus Gong Badak di utara Kuala Terengganu adalah Kampus Utama UniSZA dengan populasi lebih dari 7,000 pelajar dan termasuk tujuh buah fakulti di kawasan berkeluasan 140 hektar. Kampus Perubatan pula terletak ditengah2 ibukota Kuala Terengganu, berhampiran Hospital Sultanah Nur Zahirah. Selain itu Kampus Tembila yang merupakan kampus terbaru UniSZA pula berkeluasan 385 hektar berdekatan pinggiran pantai beroperasi dengan dua fakultia iaitu Fakulti Sumber Bio dan Teknologi Makana serta Fakulti Informatik dan Pengkomputeran. UniSZA juga mempunya sebuah kampus di Kuala Lumpur iaitu Kampus Antarabangsa UniSZA yang menawarkan program eksekutif dan pengajian sarjana.
Ketika ini UniSZA memiliki 10 fakulti, menawarkan pengajian diploma hingga ijazah sarjana muda dan sarjana hinggalah kepada kedoktoran. UniSZA menawarkan 46 program pra-siswazah dan 25 program pasca ijazah dalam ratusan kursus pengkhususan. Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Bermula dengan pengumuman daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga perlantikan Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006, maka bermulalah proses operasi Universiti Sultan Zainal Abidin dengan motto "Ilmu Demi Faedah Insan".
Adalah diharapkan Universiti Sultan Zainal Abidin akan dapat melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang melalui merekayasa ilmu, menggalakkan keterbukaan, menanam sikap kebertanggungjawaban dan menghargai kepelbagaian demi manfaat manusiawi. Universiti Sultan Zainal Abidin juga berharap untuk melahir dan membentuk pemimpin yang bakat dan pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa.
Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Kronologi penubuhan UniSZA:
1980 - Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ditubuhkan dan beroperasi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu
1985 - Perletakan batu asas penubuhan KUSZA di Gong Badak oleh Dulu Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
2005 – Pengumuman penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005
2006 – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) mula beroperasi pada 1 Januari 2006
2010 – UDM ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada bulan 13 Mei 2010
Pautan:
https://www.unisza.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:04 AM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) / SULTAN ZAINAL ABIDIN UNIVERSITY
Terengganu, Malaysia has long been known for its scholarly tradition. Sultan Zainal Abidin III, who reigned from 1881 to 1918, made the Terengganu Palace a centre of Islamic knowledge and is considered by many to have been one of the state’s most pious rulers. Today, Sultan Zainal Abidin University (UniSZA) continues this tradition. First established as an Islamic college in 1980, UniSZA has expanded rapidly over the years, becoming a public university in 2006.
UniSZA takes great pride in continuing the legacy of providing excellence in education to all. Fast growing and dynamic, UniSZA offers a comprehensive array of programmes for study including language, design arts and engineering technology, Islamic studies, law, international relations and accounting, business and economics, bioresources, food technology, information technology, social sciences as well as medicine and health sciences.
The University operates four campuses, each with its own area of specialisation. The Gong Badak Campus located just north of Kuala Terengganu is the main campus for the university, accommodating over 7,000 students and housing seven faculties on over 140 hectares of land. The Medical Campus, found in the centre of Kuala Terengganu, is where the Faculty of Medicine operates. It is located directly opposite Terengganu’s largest hospital, Hospital Sultanah Nur Zahirah. With a seaside location, Tembila Campus has over 385 hectares of land. It currently operates two faculties, the Faculty of Bioresources and Food Industry as well as the Faculty of Informatics and Computing. Tembila is UniSZA’s newest campus and is situated in the northern part of Terengganu. The university also has a campus in Kuala Lumpur, UniSZA International Campus, designed to cater for executive programmes and graduate studies.
At the moment UniSZA has 10 faculties, each offering various levels of study from diploma to degree, and master to doctorate. In addition there are sixCentres of Excellence focusing on research and graduate studies. These centres include The Research Institute for Islamic Products and Civilization (INSPIRE), the East Coast Environmental Research Institute (ESERI), AGROPOLIS UniSZA which focuses on agriculture and food innovation, the Institute for Community Development and Quality of Life (i-CODE), ASEAN and International Research Institute (IAIS) and Darul Iman Institute (IDAMAN) . UniSZA has 46 undergraduate programmes and 25 postgraduate degrees offering hundreds of areas of specialisation.
UniSZA has long striven to broaden its area of operation, constantly seeking to establish new and active relations with institutions throughout the world. In addition to having over 60 active Memorandum of Understanding with universities, private industry, and government agencies both local and abroad, the university actively encourages international students to join our academic programmes. This is in line with our vision, to be ‘A Globally Acclaimed Preferred University’.
The university has defined its mission to inspire refined individuals, proficient in management technology through academic excellence and community engagement. This is done by adhering to our nine core values; to be ethical and moral, competent and skilled, professional, collaborative, creative and innovative, customer focused, responsible, caring with a sense of belonging, as well as being reliable.
With the broad range of programmes offered by the faculties and research centres, UniSZA’s niche is ‘Human Civilisation and Management Technology’ with its motto: ‘Knowledge for the Benefit of Humanity’.
Link:
https://www.unisza.edu.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:05 AM
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
Menyahut seruan kerajaan menuju kearah Negara Berpendapatan Tinggi, UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh.
Universiti Malaysia Kelantan (singkatan: UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai lima buah fakulti dan dua pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini. Kampus Kota UMK terletak di Pengkalan Chepa, manakala kampus tetapnya terletak di Bachok dan Jeli.
Berpacukan konsep “Keusahawanan Teras Kami”, usaha menobatkan pendidikan keusahawanan tidak akan mantap tanpa tenaga kerja yang cekap dan berkesan. Bergerak di atas landasan kecemerlangan, universiti dipacu sepenuhnya oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mortaza Bin Mohamed, Naib Canselor dan disokong oleh pengurusan tinggi dan kanan serta tenaga akademik yang perkasa, kini UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran. Bermula dari empat program asal (Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan Sains Gunaan - Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK menawarkan 27 program terkini dan relevan yang ditawarkan di lima buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan semasa.
Persediaan kepada pembentukan sumber modal insan yang mantap, turut dibantu dengan sistem sokongan berkeupayaan untuk menampung kehendak pemegang taruh UMK. Staf sokongan yang bersedia sepanjang masa serta ekosistem yang efisyen membolehkan pelajar untuk mengikuti pengajian secara kondusif tanpa sebarang gangguan. Sesuai dengan perkembangan yang drastik, UMK kini bersedia untuk meneroka lebih jauh dimasa akan datang.
Pautan:
http://www.umk.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:06 AM
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) / UNIVERSITY OF MALAYSIA, KELANTAN
In line with the government’s vision to propel the country to become a high-income nation, UMK aspires to help perpetuating this noble intention by making headway in proliferating the human capital so as to spur on the country’s development. Since its inception in 2007, UMK has been steadily instrumental in championing entrepreneurship education in Malaysia in order to produce multitalented graduates.
Centralising on the concept, “Entrepreneurship is Our Thrust”, efforts in upholding entrepreneurship education would be unavailing without efficient and effective manpower. Advancing on the platform of excellence, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mortaza Bin Mohamed, the Vice Chancellor, at the head of the university together with staunch supports from the top management as well as the stalwarts of academicians, they have all prepared UMK to become a reputable institution of higher learning in offering programmes of high quality that meet market demand. Starting off with only four programmes (Creative Technology, Heritage, Entrepreneurship & Business and Applied Science – Agricultural Technology Entreprenuership), now UMK offers twenty-seven diversed programmes at five different faculties in conjunction with the current demand and development of the industry.
In preparation for a further solid development on the human capital, assistance is sought from a steadfast support system so as to meet the demand of the stakeholders. The indefatigable support staff and efficient ecosystem have contributed in providing a conducive and consilient learning environment for students. In tandem with modern advancement, UMK is now ready to explore all the possibilites.
Link:
http://www.umk.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Aslmkm. Bolehkah saya ingin bertanya disini mengenai pengajian di luar negara contohnya di indonesia? boleh tak berikan sedikit pandangan. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Terimakasih. Jika tuan/puan tidak keberatan saya ingin tahu mengenai university Airlangga di Surabaya yg ada menawarkan program pengajian vetrinary. Keluarga kami dalam proses untuk mempertimbangkan pilihan anak untuk meneruskan pengajian disana. Banyak yang saya sendiri ingin tahu. Pertama sekali, adakah 'ok' untuk belajar di Indonesia? |
|
|
|
|
|
|
|
Pertama sekali, adakah 'ok' untuk belajar di Indonesia? Sepatutnya tiada masalah. Namun begitu sila buat semakan dengan JPA terutama dari segi penarafan Universiti dan kursus pengajian yang ditawarkan di Indonesia berkenaan diiktiraf oleh JPA / Kerajaan Malaysia.
Sila buat semakan pengiktirafan di pautan:
https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php
Semoga dapat membantu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:08 AM
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.
UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.
Pautan:
http://www.upnm.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:09 AM
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) / NATIONAL DEFENCE UNIVERSITY OF MALAYSIA
UPNM was formerly known as Akedemi Tentera Malaysia (ATMA) or the Malaysian Armed Forces Academy which was established on June 1, 1995. The institution was also branded as the sole organization responsible in upgrading the knowledge and academic status of the armed forces by offering bachelor degree courses in fields of engineering, sciences and managements while not neglecting the basic requirements of military training.
The bachelor degree courses were accredited and awarded by University Teknologi Malaysia in the beginning. Lecturers – some from within the armed forces, some hired by the academy and the rest deputised by UTM where all were fully committed to changing the face of the Malaysian armed forces.
In November 10, 2006, ATMA’s responsibility was recognized and further given a boost when it was upgraded to university status creating the current UPNM. The establishment of the university was announced by our former Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi during the Budget 2007 reading at the Malaysian Parliament. The setting of the university cost was RM500 million and was fully borne by the Government of Malaysia.
The university’s first intake of students was for the 2007/2008 session which amid new changes having admission the first intake of civilian undergrads. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia prepares the Malaysian military and civilian leaders to better address national and international security challenges through multi-disciplinary educational programmes, research, professional exchanges and outreach.
Though the university was not too long ago established, it has already chalked up over 11 years of experience in education and training since 1995 with over 1000 graduates in the fields of engineering, computer science and management. These graduates have all been successfully inducted and now suit as full officers in the Malaysian Army, Royal Malaysian Navy, Royal Malaysian Air Force, also in other Government Sectors and Non Government Sectors.
Link:
http://www.upnm.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:11 AM
SISTEM PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PERKHIDMATAN AWAM E-SISRAF
Kelayakan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf adalah menjadi salah satu syarat utama untuk pelantikan dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dinyatakan dalam skim-skim perkhidmatan. Perkara 17 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 ada menyatakan:
Quote:
“Jika ada keraguan dalam mana-mana skim perkhidmatan atau iklan kekosongan tentang maksud kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan bidang yang dikehendaki dalam skim perkhidmatan, perkara itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk penentuan.” |
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2002 bertajuk "Senarai Kelayakan yang Diiktiraf oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam". Pekeliling berkenaan memaklumkan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) perlu menyemak status pengiktirafan kelayakan calon-calon dalam urusan pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam seperti yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan.
Pengiktirafan kelayakan dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara adalah melibatkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja.
PUBLIC SERVICE QUALIFICATION RECOGNITION SYSTEM
A recognized qualification or an equivalent qualification is to become one of the main conditions for appointment in the Malaysian Public Service as specified in the schemes of public service. Article 17 of the Regulations of the Public Officers (Appointment, Promotion and Termination of Service) Regulations 2012 states:
Quote:
" If there is any doubt in any scheme of service or advertising the vacancy on the purpose of the qualification recognized as equivalent to the scheme of service required, the matter shall be referred to the Director General for the Civil Service." |
Public Service Department (JPA) has issued Circular No. 8 of 2002, entitled "List of Qualifications Recognised by Government To Be Used In Appointment to the Public Service" . The circular inform the Appointing Authority (AA) should check the status of the recognition of the qualifications of candidates for appointment to positions in the Public Service as required in the schemes of service.
Recognition of qualifications from higher education institutions within and outside of Malaysia are only involved tertiary studies at Certificate, Diploma and First Degree levels.
Pautan Semakan E-SISRAF / Link to E-SISRAF : http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 09:12 AM
DAFTAR KELAYAKAN MALAYSIA - AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)
Pengenalan
Seksyen 81 Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) memperuntukkan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) mengadakan dan menyenggarakan satu daftar kebangsaan iaitu Daftar Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Register (MQR) yang mengandungi kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi dan diakredit di bawah Akta tersebut.
MQR merupakan sumber rujukan dan panduan berkaitan program pendidikan tinggi yang telah diakreditkan dan dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi samada dari dalam atau luar negara. Program atau kelayakan ini hendaklah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan termasuk semua peringkat iaitu sijil, diploma, diploma lanjutan dan ijazah atau yang setaraf dengannya.
Tujuan
MQR bertujuan untuk:
(i) menyediakan maklumat mengenai semua kelayakan berdasarkan program yang telah diakreditkan;
(ii) membolehkan semua pihak berkepentingan mengetahui, memahami serta membuat perbandingan mengenai ciri-ciri sesuatu kelayakan dan hubungkaitnya dengan kelayakan yang lain;
(iii) memudahkan proses pemindahan kredit.
Penerangan Ringkas : Akreditasi Sementara
Akreditasi Sementara merupakan satu fasa awal penilaian untuk menentukan kekuatan kurikulum dan kesediaan sistem sokongan penyampaian sebelum sesuatu program ditawarkan kepada umum.
Akreditasi Sementara diberikan ke atas sesuatu program dengan tempoh sah laku tertentu. Program tersebut perlu melalui proses penilaian Akreditasi Penuh sebelum tamat tempoh sah laku yang ditetapkan.
MALAYSIA QUALIFICATIONS REGISTER - MALAYSIA QUALIFICATION AGENCY (MQA)
Introduction
Section 81 of the Malaysian Qualifications Agency Act 2007 (Act 679) provides that the Agency shall establish and maintain a national register known as the Malaysian Qualifications Register (MQR), containing programmes, qualifications and higher education providers accredited under the Act.
The MQR is the reference point for accredited programmes awarded by higher education providers. These programmes or qualifications (i.e. certificate, diploma, advanced diploma, or degree) must conform to the Malaysian Qualifications Framework.
Objective
The objectives of the MQR are :
(i) to provide information on accredited programmes and qualifications;
(ii) to enable stakeholders to know, understand and make comparison on the features of a qualification and its relationship with other qualifications;
(iii) to facilitate the credit transfer process.
Introduction : Provisional Accreditation
Provisional Accreditation is a “candidacy assessment” to determine the strength of the curriculum to be offered and the readiness of its delivery support system before it is offered to the public.
Provisional Accreditation is granted with a validity period to a particular programme. The programme is required to undergo a Full Accreditation exercise prior to the expiry of the validity period.
Pautan Daftar Kelayakan Malaysia MQA / Link to Malaysia Qualifications Register MQA : http://www2.mqa.gov.my/MQR/
Pautan Daftar Akreditasi Provisional MQA / Link to Provisional Accreditation Register MQA : http://www2.mqa.gov.my/pasp/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|