|
Pertubuhan Dakwah Kebajikan Islam Malaysia (PEKIDA)
[Copy link]
|
|
ari nih kat sokabo metro criter pasal saya bukan gengster dari ayahnda awie...
mmm...aku sendiri pon tak tau nak komen ape...
[ Last edited by southern_wheel at 14-12-2008 11:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bukan gengster
KUALA LUMPUR: Di sebalik gemerlapan dunia hiburan, penyanyi dan pelakon, Awie, yang kini berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), terpalit dengan kontroversi apabila dicop kepala samseng ala kongsi gelap yang dinamakan Kumpulan Naga.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 40, dikatakan menuntut layanan istimewa ala kepala gengster, selain mengutip wang keahlian RM3,600 bagi setiap ahli baru.
Penyanyi rock yang mencapai kegemilangan bersama kumpulan Wings pada lewat 1980-an itu dikaitkan dengan kegiatan samseng, memakai baju lambang naga bersama ahli kumpulannya serta berlagak seperti ketua kongsi gelap apabila duduk di kerusi besar ketika bermesyuarat manakala ahli lain perlu berdiri.
Malah, kedudukan beliau sebagai Ayahanda dalam Pekida juga dipertikaikan oleh sesetengah pihak.
Bagi mendapatkan kepastian terhadap dakwaan itu, Metro Ahad menemui pelakon watak antagonis filem Antoo Fighter yang kini ditayangkan di pawagam, sekali gus buat pertama kalinya Awie mendedahkan pada umum mengenai pembabitannya dalam Pekida.
Ikuti penjelasan Awie kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN.
“JANGAN fitnah saya begini, saya bukan orang tepi jalan. Saya dah okey. Saya memilih menyertai Pekida untuk mengajar saya menjadi penyabar.
“Di bawah majlis saya, saya dilantik sebagai ayahanda pengerusi di Ukay Perdana.
“Apa yang kita lakukan, kita menjaga kebajikan jemaah, daripada segi silaturahim, ekonomi dan kebajikan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
“Orang kata saya samseng, saya tak akan cakap apa. Perbuatan lebih logik daripada bercakap. Orang boleh cakap apa saja.
“Saya akan buktikan dengan cara saya, bukan dengan cakap saja. Biar semua orang di bawah (ahli Pekida) dapat informasi sebenar.
“Saya terkejut dapat berita ini. Saya sudah tunjukkan dan buktikan saya tidak terbabit dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.
“Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul dakwaan saya ketua kumpulan Dragon (Naga),” katanya.
Awie turut mengandaikan namanya dikaitkan sebagai kepala Kumpulan Naga kerana dulu beliau pernah menyertai kelab motosikal, Dragon Malaya.
“Apabila terpaut dengan nama ini (Naga), saya ambil kesempatan pakai nama itu buat kumpulan bersama Man Kidal, Yan dan Jojet. Selepas itu keluar pula (album Wings) Naga Keramat.
“Apa salah orang nak pakai naga. Di merata tempat ni orang pakai lambang naga untuk pelbagai tujuan.
“Saya orang paling taat (Pekida). Saya ikut apa saja yang saya belajar. Saya tak pernah lari daripada kebenaran,” katanya..
Awie menjelaskan, dia menyertai Pekida di atas hasrat untuk bersatu padu dalam satu pertubuhan Melayu yang memperjuangkan hak dan kebajikan di atas nama Islam.
“Saya duduk dalam Pekida nak bersatu dengan orang Melayu, bukan nak menghancurkan.
“Macam mana dia (pihak berkenaan) boleh cakap saya duduk macam raja (duduk di kerusi khas dan orang lain perlu berdiri).
“Ini semua tidak betul. Tidak pernah saya buat macam tu. Gila ke?
“Apa yang dikatakan saya duduk di kerusi besar, kepala gengster? Saya pakai topeng pun orang kenal, itu Awielah. Gila saya nak buat!” katanya.
Menceritakan sejarah pembabitannya dengan Pekida, Awie berkata, dia mula menyertai Pekida pada 2001 dan bermula dari bawah hingga dilantik sebagai Abang Long dan Ayahanda.
“Saya dinaikkan oleh Majlis Tertinggi pada 2004 sebagai Ayahanda.
“Saya tolak pada mulanya, tapi kerana hormat pada Ayahanda Haji Malik Ranting dan Ayah Pa, saya terima.
“Saya ada watikah (pelantikan sebagai Ayahanda) dan saya boleh buktikan. Saya tak pernah minta dengan sesiapa,” katanya.
Awie berkata, sebagai artis, lingkungan kehidupannya adalah di kelab malam dan pentas, namun apabila menghadiri majlis tertentu anjuran Pekida, beliau amat berdisiplin.
“Saya boleh buktikan dengan gambar, aktiviti yang pernah saya lakukan. Saya terbabit dengan aktiviti kebajikan anak yatim, membantu sekolah agama di Johor.
“Adakah pihak berkenaan (yang menuduh) ambil peduli atau membantu semua ini?
“(Dakwaan) itu memfitnah dan menganiaya saya. Bagaimana orang boleh berkata mengenai saya, sedangkan saya tak pernah jumpa mereka seumur hidup.
“Mereka tak tahu apa gerakan dan aktiviti yang saya lakukan selama bersama Pekida,” katanya.
Menurut Awie, beliau teraniaya dengan pelbagai fitnah hingga pernah ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan pelakuan jenayah.
“Hidup saya memang teraniaya dengan benda-benda macam ini.
“Pernah satu ketika saya diambil pada jam 1 pagi oleh polis kerana 10 orang yang ditahan di lokap ‘petik’ (kaitkan) nama saya.
“Saya tak kenal pun siapa mereka. Apabila saya jelaskan keadaan sebenar, baru saya dilepaskan dan polis pun faham.
“Ia menjadi tanda tanya kenapa mereka ‘petik’ nama saya.
“Kalau betul tuduhan yang dilemparkan kepada saya, saya sanggup koyak kad keahlian. Selama ini saya dikenali pun bukan kerana Pekida.
“Saya selesa dengan hidup saya. Saya sayangkan Pekida. Kalau pentadbir (Pekida) tidak okey, saya masih dengan Pekida. Namun dengan cara dan permainan saya.
“Kalau orang kata Pekida jahat, saya kata tidak.
“Inilah pertubuhan yang menyatukan anak Melayu. Kalau nak mempolitikkan NGO, inilah jadinya,” katanya.
Berhubung dakwaan bahawa beliau meminta diberi penghormatan layanan berstatus Ayahanda sebagai syarat menghadiri Perhimpunan Agung Pekida Ke-15, Awie berkata:
“Memang saya Ayahanda, apa mereka cerita? Mereka gila ke apa?
“Saya masuk Pekida kerana jalan ini yang saya suka. Mereka memburukkan saya untuk mencari nama dalam Pekida, mereka ini dayus.
“Kenapa tak berdepan dengan saya? Kenapa mesti memfitnah?
“Saya tak pernah buat permintaan itu. Lan Gajah (Pengerusi Pekida Daerah Bukit Bintang, Roslan Dahaman) yang telefon saya, tetapi saya tak dapat nak pergi.
“Dia (Lan Gajah) tawarkan untuk bawa wakil sebagai ahli keselamatan.
“Ketika itu saya tak dapat hadir kerana ada di luar kawasan.”
Awie berkata, beliau berpegang pada amalan berbaik dengan semua orang dan menjauhi penganiayaan terhadap hidup orang serta jangan menyusahkan hidup orang.
“Kalau baik dengan orang, orang akan bantu kita dan dari situ datangnya ekonomi. Kalau kita hidup susah, adik beradik lain akan membantu.
“Kalau seorang bagi seringgit, 10 orang sudah 10 ringgit, kalau 100 sudah 100 ringgit.
“Jadi, ekonomi kita dapat dibantu kalau dalam keadaan terdesak.
“Apa yang diminta Allah di akhirat nanti adalah kebajikan kita.
“Kita ada sekolah agama yang dibantu, ahli majlis bersatu. Anak yatim yang patut diraikan, kita raikan,” katanya.
sumber: metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah makin banyak aku tengok uban awie ni... baguih apa awie ni.... satu masa dulu, aku tengok dia ok je... dengan sesape pun dia hormat je, ok je... sekarang ni tak taulah... dah lama tak lepak sama... aku dah lama pencen... tapi awie yg aku pernah kenal... memang best le melepak ngan dia... kepala best nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
dari kaca mata mana kita melihat... |
|
|
|
|
|
|
|
慡aya tak aniaya bangsa sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
KUALA LUMPUR: 揝aya bersedia menghadapi apa saja kemungkinan termasuk disaman Awie, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa nie..
sama2 kita nak saman2...
org len tgk bertepuk tangan..
apa daaa...
:@ |
|
|
|
|
|
|
|
yang dalam kelambu semua orang dah tau
menang kalah tak membaiki suasana hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
tu r pasal...
bila laa org kita nak sedaq..
ishh...
belah aku neh pun ada masalah.. tp, kami cuba bersatu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #578 adi_iskandar\ catat
Pelik gak aku...tahun 2006/2007 aku belajar di salah sebuah sek dekat Petaling Street..n lalu berhampiran area tu setiap hari...n sampai skrg..tak pernah lak kena pau.
Tgk org kena herdik bila pelancong asing tak beli barang kat Petaling Street tu biasa la...nak buat lagu mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada beberapa org gak la member Pekida..........lebih 5 tak sampai 10. Tapi byk yg dah lost contact. |
|
|
|
|
|
|
|
huhu..
ok r 2..
kawan byk xpa...
... |
|
|
|
|
|
|
|
Enam SMS ugut bunuh
Oleh Ahmad Tajol Ansar dan Salman Hamat
[email protected]
KUALA LUMPUR: Bukan saja menggunakan kata-kata kesat, malah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia Wilayah Persekutuan turut menerima mesej ugutan bunuh daripada seorang individu tidak dikenali.
Roslan Dahaman mendakwa menerima enam SMS yang mengatakan kepalanya ‘bakal’ ditembusi peluru pada waktu dan lokasi yang dikatakan sesuai pengirim terbabit.
“Beberapa hari sebelum kejadian, saya demam dan tidak mengaktifkan telefon bimbit bagi tempoh itu sebelum menyedari peti masuk mesej mempunyai beberapa mesej.
“Sebaik terbaca mesej terbabit, saya terkejut dan tidak menyangka mesej seumpama itu dihantar kepada saya,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak abis2 cerita lan gajah kat paper
mengalahkan artis pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amaran Pekida kepada Karpal
IPOH 8 Feb. - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) mendesak Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan segera.
Pengerusi Pekida, Jamaluddin Yusof berkata, permohonan ampun mesti dilakukan ekoran kenyataan Karpal mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap baginda dianggap menghina Sultan Perak.
''Kami memberi amaran sekeras-kerasnya bahawa Pekida tidak akan membiarkan tindakan Karpal yang kami anggap menderhaka terhadap Raja-Raja Melayu.
''Kami mahu beliau memohon ampun kepada baginda dengan segera kerana perbuatan itu sangat biadap dan tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghantar notis bantahan kepada Karpal di Pejabat DAP Perak di sini hari ini.
Jumaat lalu, Karpal membuat kenyataan bahawa pakatan pembangkang bercadang memfailkan saman terhadap Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini.
Sementara itu, Jamaluddin berkata, pihaknya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada pukul 1.05 tengah hari ini ekoran tindakan biadap ahli politik pembangkang tersebut.
Katanya, pihak berkuasa seperti polis wajar mengambil tindakan tegas ke atas Karpal sekiranya terdapat unsur penghinaan ke atas Sultan Perak.
Jelas beliau, ini termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan pemimpin yang derhaka dan biadap seperti itu dikenakan tindakan setimpal.
Tegas beliau, sekiranya Karpal masih enggan memohon ampun daripada Sultan Azlan Shah dalam kadar segera, semua cawangan Pekida di seluruh Malaysia akan membuat laporan polis yang sama ke atas Karpal mulai esok.
''Laporan polis itu sebagai pernyataan simbolik bahawa Pekida bersama seluruh rakyat Malaysia berasa terguris dan marah dengan tindakan Karpal yang menghina Sultan Perak," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HUHUH..
semangat nampak pekida..
huhh.
baguihh..
tp.. jangan cakap jaaa |
|
|
|
|
|
|
|
fuh...
dari pg1-pg24 aku baca
baru la berani nak menyampuk
soalan : kalau kite asal dari kedah boleh ke joint pekida kl?atau mesti sireh pulang ke gagang?
sebelum soalan tu : boleh ke sesapa je joint atau perlu recomendation?mcm club club elit di kl ni?
soalan last : bole ke drop by mintak form mcm nak jadi member NGO lain atau ambilan hanya ikut batch ie once a year/once every 6 month je?
tq semua |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..
bleh je..
hang kedah tang mana..??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #599 selendangmerah\ catat
terima kasih
apa yg boleh?
kedah kat baling.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|