Originally posted by BingkaUbi at 30-8-2006 03:19 PM
katakanlah kau rindu padaku
suarakan rasa cintamu
jangan biarkan aku tertunggu
lafaz cintamu yang menyentuh hatiku
usah kau menyepikan dirimu
usah biar aku mencarimu
kerna aku mengh ...
bingka...........jiwang sungguh. saya cuba jawab ya.........:bgrin: (ke awak tulis ni bagi pihak saya? ni sungguh mencabar ni, kalau bertanding awak dah menang)
Usah---untuk Bingka.
Kata orang tua
Usah kau bermain api, takut kalau terbakar nanti.
Usah menagih budi, takut nanti jiwa di beli..
kabar di angin lalu, dirimu sudah di miliki
Mengapa lafaz cinta masih di cari?
Sudah kau tahu kasih begini tak kan abadi.
Dosa diriku merasa sangsi
Semua kerana sungguh manis janji lelaki.
Aku sudah cukup mengerti.
Bingka, sudah bersediakah di lambung ombak
Jika berumah di tepi pantai?
selamat malam.
[ Last edited by memories at 30-8-2006 10:02 PM ] |