CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kinijee

GULONG NG PALAD [MONDAY - FRIDAY 12.30PM TV2]

[Copy link]
Post time 9-1-2007 01:09 PM | Show all posts
actuallynya citer ni dah baper episode?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 01:10 PM | Show all posts

Reply #580 azazral's post

aku upload yg astro nye la..in process lg..paham2 je la line skang camne kan..:kant:

full sinop..in english takde...in tagalog je ade..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:11 PM | Show all posts

Reply #581 solara's post

baru 3..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:21 PM | Show all posts

Reply #583 eskremVanila's post

laaa.... dah 3 ka ?
start hari apa hari tuh ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:45 PM | Show all posts

Reply #585 azazral's post

lahhhhh.... ye ke ?
naper org rasa macam 3 hb tu citer siam tu lagik.... :geram:
pening tarikh dah haku nie.....:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 04:03 PM | Show all posts



~SCREENCAPS EPISODE 4 ~ JANUARY 9 2007 ~


Part 1 of 6





Part 2




Part 3




[ Last edited by  HeavenLeigh at 27-1-2007 03:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2007 04:38 PM | Show all posts
Part 4


Part 5
Part 6


[ Last edited by  HeavenLeigh at 9-1-2007 11:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 05:04 PM | Show all posts


~SINOPSIS EPISODE 4~

~ Recap
Luisa yang sedang bercakap dengan Carding berhampiran dengan keretapi lama diheret oleh Aling Edad. Aling Edad sangat marah kerana Luisa telah menipunya. Mimi tersengih macam kerang busuk di tepi train itu gembira kerana rancangan dia berjaya mengenakan Luisa. Luisa dikururng oleh emaknya.

~Edad yang tengah mengamuk itu marah-marah semua anaknya termasuklah mang Tomas. mang tomas kata jangan terus menghukum Lisa tanpa usul periksa. Tiba-tiba si Nene  yg baru pulang enth dari mana terkejut melihat angin tak baik maknya. Edad tanya mana Nene pergi sedangkan semua orang  sedang buat kerja.  Edad kemudian perasan Totoy tak bertegur sapa dengan Nene. Totoy  bagitau Edad Peping nampak Nene  mencuri pera dari balang simpanan wang mereka. Nene kata tak, tapi Edad tetiba mengamuk dia terus pukul Nene dengan senduk. Mang Tomas yang ada di situ terus menyuruh Nene naik ke atas rumah.

~ Menang ada temujanji dengan investor nama David.
~ Malam itu, Carding datang jumpa Luisa dalam kurungan. Dia kata dia nak jumpa Edad dan terangkan perkara sebenar dan beritau yang Luisa tidak bersalah. Luisa suruh Carding pergi dari situ. Luisa juga kata sejak Carding balik, banyak masalah yang timbul. carding pulak tanya bagaimna dengan hubungan kita, tapi Luisa kata mereka tak pernah ada hubungan kerana sejak carding g US, dia langsung tak kirim berita. cardingterkejut dengan kata-kata Luisa itu. Luisa menambah dia hanya berbaik dengan Carding kerana Menang adalah majikan mereka. Luisa suruh Carding pergi dari situ dan jangan jumpa-jumpa dia lagi.

~Mang Tomas kata sampai hati Edad buat begitu pada Luisa. Edad kata dia nak disiplinkan anaknya dan dia tak mahu Luisa dikecewakan Carding nanti. Tomas kata kali ni Edad tersilap kerana hukum Luisa tanpa usul periksa.

~Selepas Carding pergi, Luisa nangis sambil teringat kenangan terindah dia dengan Carding. Carding yang sedih pun teringat kata-kata Luisa tadi.

~ Nene yang bengang dengan adik beradiknya mengurung diri dalam bilik. Peping datang mintak maaf tapi kena tengking dengan Nene. Nene kata dia menyampah tengok muka peping. peping nangis kuat-kuat dan nene panik. Dia akhirnya kata dia main-mia jer dengan Peping dan suruh Peping jangan nangis, takut nanti kena marah dengan Edad. Totoy datang jumpa Luisa di kurungan untuk bagi air kat atenya. Totoy kata dia dan Peping akan temankan Luisa. Then Tomas datang dan lepaskan Luisa dari situ.

~Luisa ceritakan apa yang berlaku antara dia dan Carding pada Tomas. Dia tak pernah menipu Edad. Tomas kata dia dan Edad tak mahu anak-anak mereka menderita. Edad lupa anak-anak dia sudah besar dan ada perasaan sendiri. Tomas juga kata jika sekiranya Luisa kecewa nanti, mereka ada untuk membantunya.
~Suasana tegang dimeja makan keluarga Santos. Peping cuba redakan keadaan dengn buat lawak tapi Totoy ngan Tomas jer yang layan dia. Finally, Edad spoke to both her daughters and keadaan kembali normal.  
~Carding pula pergi jumpa Saling dengan muka tesnsionyer. Carding kata dia sedih kerana Luisa tak nak jumpa dia lagi dan dia cuma nak jadi kawan Luisa saja. Saling kata adakah Carding betul-betul nak jadi kaibigan nya si Luisa?

~Menang pula sedang membuat bisnes dengan David. Menang telah gadaikan rumah dengan harga P2million.  David cuba memujuk Menang untuk menceburi politik dan bertanding sebgai datuk bandar. Dengan cara itu, dia boleh dapat semula kekayaan dia. Tapi Menang tak bersetuju.
~Esoknya, Carding terhendap-hendap datang cari Luisa. Tapi Totoy nampak carding dan suruhnya pergi dari situ segera sebelum Edad nampak. Totoy kata, kalau betul Carding sayangkan Luisa, umalis ka na.

~Edad dan Luisa keluar dari rumah dan berpesan supaya Totoy jaga dirinya dan Peping. Edad pesan pada Luisa supaya kerja di rumah carmen dulu sebab dia nak hantar kain rumah sapa ntah. Sedang  Luisa berjalan menuju ke rumah Mimi gedix, Carding yang bersembunyi di baik pokok terus menrpa menyapa Luisa. Luisa cuba mengelak dari bercakap dengan Carding. Luisa juga kata dia tak nak ada aa-apa kaitan lagi dengan Carding dan harap Carding jangan jumpa dia lagi.

~Tomas pergi kerja juga walaupun hari tu hari Sabtu.   Tomas beritahu  Nene dia perlu cari pera lebih untuk kolej Luisa. Then Tomas tanya betul ke si nene mencuri dari balang simpanan mereka. Nene tidak mengaku tapi told Tomas dia hanya memasukkan pera ke situ. Tomas kata 'how sweet of you' dan janji akan jelaskan perkara sebenar.
~ Luisa tiba di rumah Mimi. Mimi gedix merancang untuk mengenakan Luisa lagi dan berjalan ke tingkap. Tetiba dia ternampak Carding yag baru tiba, lantas terus dia mengarahkan Luisa menyental tandas dan bersihkan bilik. Mimi juga pesan supaya Luisa jangan keluar dari biik sampai dia panggil. Mimi gedix keluar rumah dan terus menarik Carding ke taman bila Carding tanya pasal Luisa. Carding mintak tolong Mimi untuk tolong dia dengan Luisa. Then Carding terlepas cakap kata bila kita mencintai seseorang, kita sanggup buat apa saja.  Mimi dalam geram terpaksa setuju. (Nyampess).

~Mimi cuba perangkap Luisa dengan menunjukkan gambar2 Carding masa di US. Dia kata Carding ni suka berseronok dan tanya Luisa bagaimana rasanyer berseronok dengan Carding. Luisa kata dia tak pernah buat apa-apa dengan Carding. Then Mimi gedix nasihatkan Luisa supaya berhati-hati dengan Carding, maklumlah Carding ni berpendidikan luar negara dan berfikiran terbuka.

~Menang pula meminta pendapat Carmen samada patut atau tidak dia menyertai politik. Carmen tidak bersetuju tapi menasihatkan menang supaya invest dalam bisness hartanah di Manila. Carding pulang dan Menang tetiba menyindir Edad mengenai kedudukan Edad. Carding pula hanya mampu melihat Edad yang dipersendakan Menang.

~Di rumah Edad, dia bisisng-bising mengenai Menang dan dia rasa macam nak   Menang. Itulah sebabnya kenapa dia tak benarkan Luisa berkawan dengan Carding. Totoy then told Luisa mengenai kedatangan carding tadi. Totoy kata carding was looking for her dan Edad tak tahu menahu mengenai itu sebab Totoy dah halau Carding terlebih dahulu.

~Esoknya, keluarga Santos dalam perjalanan ke church. Di sana, sekali lagi David cuba mempengaruhi Menang supaya menyertai poitik kerana P2million lambat laun akan habis. David kta dia beri tempoh lagi untuk Menang berfikir. Carding pula terserempak dengan Luisa di luar church dan cuba memujuk Luisa supaya bercakap dengannya.  Carding kata dia tak nak berbohong dan ikhlas berkawan dengan Luisa. Luisa ignore him dan berlalu dari situ.
~Carding tetap tak puas hati dan dia datang ke rumah Luisa sambil bawa bunga. Tapi malang nasib Carding apabila   oleh Edad. Luisa di suruh naik ke atas dan dia hanya mampu melihat Carding dari atas biliknya. Luisa kemudian duduk dalam biliksambil memegang kotak berisi surat Carding dan membaca surat  Carding. Carding pula 'membawa diri' ke train lama dan dia ternampak aeroplano biru yang dia bagi pada Luisa dulu.   

~Carding  mengadu pada Mimi gedix mengenai kedegilan Luisa terhadapnya. Dia heran kenapa dia tak boleh terus berkawan dengan Luisa. Mimi gedix yang memang menunggu peluang ni terus memburukkan-burukkan Luisa. Dia kata memang Luisa perangai begitu and later Mimi  gedix memberi idea kepada Carding supaya 'jual mahal' pada Luisa selama yang boleh. Dengan cara itu, Luisa akan datang semula pada Carding. Itu taktik Mimi gedix sebenarnya dan Carding pun setuju..............

~end of epi 4~

[ Last edited by  HeavenLeigh at 27-1-2007 03:41 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 05:10 PM | Show all posts




HINDI KO KAYANG IWAN KA
Sheryn Regis

Bakit 'di mapaniwala na ika'y nagbabago
Bakit ba laging natatakot na magtanong sa 'yo
Kahit pa alam ng puso na ako'y iiwan mo
Ikaw pa rin ang nasa damdamin ko


Bakit kahit pa nag-iisa, sa 'yo'y umaasa
'Di nagsasawa na maghintay basta't makita ka
Bakit 'di maawat ang pusong lagi ibigin ka
Alam kong mali itong aking pagsinta


CHORUS
Hindi ko kayang iwan ka
Hindi ko kayang iwan ka
'Pagkat dito sa puso ko'y talagang mahal kita
At kahit pa sabihin na puso'y nababaliw sa 'yo
Patuloy na iibig at magmamahal ako
[Repeat 2nd Stanza]
[Repeat CHORUS]


AD LIB
Woh hoh
Hoh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 05:12 PM | Show all posts
~SHERYN REGIS~



Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 06:20 PM | Show all posts
slamat ate sa scap..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 06:35 PM | Show all posts
aiyo2..can i do the synop in english guyz?? ala2 pengsan nk susun ayat in BM skema...heheeh...wpon my english grammar tonggang langgang gaks..tp lg selesa tulih in BI..bleh tak? tp campur2 laa..

*pengsan le aku kene kutuk pasni....tp takde la aku smpi nk kate..

I SOUND STUPID IF I WRITE IN MALAY yaarrchhh...:no::no::no:

jatidiriku sbg rakyat mesia masih teballl yer...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 08:18 PM | Show all posts
Originally posted by eskremVanila at 9-1-2007 06:35 PM
aiyo2..can i do the synop in english guyz?? ala2 pengsan nk susun ayat in BM skema...heheeh...wpon my english grammar tonggang langgang gaks..tp lg selesa tulih in BI..bleh tak? tp campur2 laa..
...



Teruskan usaha murni mu itu.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by HaNa_OliJas at 9-1-2007 06:20 PM
slamat ate sa scap..


Welkam.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:55 PM | Show all posts

Reply #592 eskremVanila's post

boleh saja.. janji ada sinopsis..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:56 PM | Show all posts
tak tahu korang perasan atau tak... tapi totoy tu mcm lidah pendek ler..
bila dia sebut S mcm pelik sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 10:27 PM | Show all posts

Reply #596 HaNa_OliJas's post

aiman tak kesah hana..

janji ensem...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 10:35 PM | Show all posts

Reply #597 eskremVanila's post

kakak aiman pun tak kisah..
nasib baik ensem tu yang semua tak perasan, cuba muka seposen sure ramai yang critic punya..
Reply

Use magic Report

youngest This user has been deleted
Post time 9-1-2007 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by HaNa_OliJas at 9-1-2007 09:56 PM
tak tahu korang perasan atau tak... tapi totoy tu mcm lidah pendek ler..
bila dia sebut S mcm pelik sikit..



ye ke?:hmm:
Reply

Use magic Report

youngest This user has been deleted
Post time 9-1-2007 10:55 PM | Show all posts





tin & pedang Taming Sarinya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.065178 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list