|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
Reply #227 mala0n's post
dalam thread
pembunuhan yang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dihukum gantung sampai mati
Oleh AMIRUDIN HARUN, NORAZLITA MOHD. SIES dan ABDUL YAZID ALIAS
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0410/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_01.1.jpg)
LAKARAN pelukis menunjukkan Sirul Azhar Umar (kiri) dan Azilah Hadri ketika sesi penghakiman kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Kedua-dua tertuduh itu didapati bersalah atas tuduhan membunuh model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Setelah dibicarakan selama 160 hari, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin pada pukul 9.35 pagi memutuskan bahawa Azilah dan Sirul bersalah sebagai orang yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.
Dalam penghakiman lisannya, Hakim Mohd. Zaki mendapati keterangan pembelaan Azilah dan Sirul secara keseluruhannya adalah bertentangan dengan keterangan pihak pendakwaan.
Kedua-dua tertuduh ketika memberi keterangan membela diri, pada hemat Hakim Mohd. Zaki, didapati saling salah menyalah antara satu sama lain dan keterangan mereka bersifat penafian semata-mata, bercanggah dan tidak boleh dipercayai.
Justeru itu, ujar Hakim Mohd. Zaki, pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan yang begitu konklusif dan memenuhi secara fizikal keterangan ikut keadaan yang dikemukakan dalam perbicaraan.
Lantaran itu, beliau mensabitkan Azilah, 33, dan Sirul, 37, atas kesalahan membunuh Altantuya, 28, yang menemui ajal setelah jasadnya berkecai akibat diletupkan di kawasan belukar berhampiran Empangan Tasik Subang.
Mahkamah memerintahkan Azilah dari Unit Selam Tempur dan Sirul yang bertugas mengiring VVIP (orang kenamaan penting) di luar negara, masing-masing dibawa ke satu tempat untuk digantung sehingga mati.
Sejurus selesai hakim menyampaikan penghakimannya, Azilah yang ketinggiannya 173 sentimeter (sm) dengan berat badan 58 kilogram (kg) dan Sirul setinggi 180 sm serta berat 75 kg, tidak menunjukkan sebarang reaksi ketara selain daripada melemparkan pandangan dingin.
Tiada seorang pun ahli keluarga terdekat Azilah yang hadir melainkan dua sepupu perempuan yang tiba dari Sibu, Sarawak.
Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 31, yang ditemani ibunya, Zaharah Kidam, 61, bersama adik perempuannya, Nurijusnida Baharuddin, 26, kelihatan menitiskan air mata sejurus mendengar keputusan tersebut.
Hadir sama ialah ahli keluarga terdekat Sirul iaitu dua orang anaknya, ibu, abang, adik dan bapa saudaranya.
Azilah yang memakai baju kemeja lengan panjang warna biru muda dan Sirul yang berkemeja dan memakai suit hitam kemudiannya dihampiri dan ditenangkan oleh peguam dan keluarga masing-masing.
Azilah dan Sirul diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh wanita Mongolia kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan seramai 84 orang saksi pendakwaan telah memberikan keterangan. Sejumlah 40 daripadanya terdiri daripada saksi polis.
Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad bersama J. Kuldeep Kumar sementara Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican dan Ahmad Zaidi Zainal. Kamarul tidak hadir kerana sedang menunaikan ibadah umrah.
Hazman dan Hasnal memberitahu mereka akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi di sini esok kerana tidak berpuas hati dengan hukuman dan sabitan kesalahan tersebut.
Peguam Wong Kian Kheong pula hadir atas kapasiti peguam pemerhati bagi pihak penganalisis politik yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda.
Sebelum ini, Abdul Razak, 48, dibicarakan atas tuduhan bersubahat dengan Azilah dan Sirul untuk membunuh Altantuya pada 18 Oktober 2006 di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Lembaga Getah Asli Malaysia (LGAM), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Abdul Razak bagaimanapun dilepas dan dibebaskan pada 31 Oktober 2008 tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.
Peguam Karpal Singh pula hadir selaku peguam pemerhati kepada keluarga Altantuya yang tidak hadir mengikuti prosiding.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah. Turut serta Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, Noorin Badaruddin dan Hanim Rashid. |
|
|
|
|
|
|
|
Warga Australia mati ditetak, anak hilang
Oleh: ANGELINA SINYANG
PETALING JAYA 12 Nov. - Seorang ahli perniagaan warga Australia mati ditetak oleh seorang lelaki yang menceroboh bilik tidur anak tirinya di rumah mereka di Jalan Mewah 3/4, USJ 1, di sini malam tadi.
Bekas jurutera, Hans Herzog, 59, yang mengusahakan kilang alat penapis di Klang, mati akibat pendarahan teruk selepas ditetak beberapa kali di muka dan tangan kiri.
Anak tiri mangsa, Ku Sue Yin, 14, pula didapati hilang selepas kejadian itu.
Polis sedang mengesan pelajar Sekolah Menengah USJ 8 itu untuk membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Selatan, Asisten Komisioner Othman Abu Bakar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam sewaktu mangsa dan isteri cuba memeriksa bilik anak tirinya yang berusia 14 tahun kerana khuatir dimasuki pencuri.
``Bunyi ketukan di pintu bilik anak tirinya telah menimbulkan curiga kepada isteri mangsa dan dia mengambil keputusan memeriksa bilik tersebut yang terletak di tingkat atas berhadapan dengan bilik tidur mereka.
``Bagaimanapun, isterinya tiba-tiba diserang sebaik sahaja membuka pintu bilik berkenaan dan dia terpaksa menjerit meminta bantuan Herzog,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian pagi ini.
Othman berkata, mangsa yang datang membantu isterinya telah bergelut dengan suspek sehingga ke tingkat bawah dan mati di tangga akibat terkena tetakan.
Tambah Othman, turut berada di rumah semasa kejadian ialah dua anak tiri mangsa yang berusia 16 dan 14 tahun.
Kata beliau, mangsa yang berkahwin dengan wanita tempatan berketurunan Kayan berusia 30-an tinggal di rumah itu sejak kira-kira sembilan tahun.
``Isteri mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan gagal mengenal pasti suspek kerana keadaan rumah yang gelap ketika itu,'' katanya.
Jelas beliau lagi, polis bagaimanapun mengesyaki lelaki yang menyerang pasangan suami isteri itu mungkin mengenali salah seorang ahli keluarga mangsa.
``Siasatan awal mendapati suspek masuk ke bilik anak gadis mangsa tanpa ada tanda memecah masuk,'' kata beliau.
Kata Othman, polis turut menemui sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa di tempat kejadian.
Sehubungan itu, kata Othman, sesiapa yang melihat atau mengetahui di mana Sue Yin berada diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Supritendan (DSP) Raja Ahmad Fuad Abd. Rahman atau pegawai penyiasat Asisten Supritendan R. Ratna Kumar melalui talian 03-8942 4822 untuk membantu siasatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bunuh jurutera: Pemuda dihukum mati
PUTRAJAYA 8 April - Ia merupakan saat yang amat memeritkan bagi seorang pemuda berumur 24 tahun apabila harapannya untuk dibebaskan tahun depan daripada hukuman penjara 10 tahun, hari ini digantikan dengan hukuman mati bagi kesalahan membunuh jurutera warga Australia, Hans Herzog.
Rakan subahatnya yang berumur 23 tahun yang turut menaruh harapan untuk dibebaskan tahun depan selepas menjalani hukuman penjara dari 2003 turut musnah apabila Mahkamah Rayuan memerintahkannya ditahan lebih lanjut di penjara bagi tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor.
"Mahkamah mendapati kamu, Low Kian Boon, bersalah bagi kesalahan membunuh dan kamu akan dibawa ke tempat gantung dan digantung sampai mati. Semoga Tuhan merahmati roh kamu.
"Bagi tertuduh keempat (rakan subahatnya), dia adalah kanak-kanak mengikut Akta Kanak-kanak 2001 pada masa kejadian. Mengikut Seksyen 97 akta ini, hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atasnya. Oleh itu, mengikut Seksyen 97(2) akta yang sama, kami memerintahkan tertuduh keempat ditahan di penjara bagi tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor," perintah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram dalam penghakimannya.
Hakim Sri Ram, yang bersidang bersama-sama Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Kian Boon dan rakan subahatnya (namanya tidak boleh didedahkan) membunuh tanpa niat Herzog. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
so far, pembunuh norita samsuddin tak tau la sape ek?dan kes ni ditutup ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #351 JUSTcircle's post
tp itu hanya spekulasi drpd penjenayah, cubaannya utk mgelakkan drpd dkenakan hukuman tali gantung... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat satu tragedi di akhir tahun 80an atau awal 90an, disebuah kampung bernama Padang Lalang, Simpang Ampat, Tasik, Seb. Prai Selatan, penang,
di satu pagi seorang pakcik tu mengamuk guna senapang rela, dia berjalan dan tembak..dan tembak apa saja yang bergerak.. lepas tu dia menyorok di kebun koko.. at last dapat tangkap..
ada beberapa orang yang mati..yang cedera pun ada
pakcik tu akhirnya masuk wad psikiatri jer
ada sesapa boleh recall??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #275 Syd\ catat
..kalau aku nak g singapore..hari2 aku lalu depan umah budak ni.. tempat TNB tu pun aku lalu..dekat je ngan umah die...memang heran time2 tengah hari kalau orang tak nampak budak ni kene tangkap sebab jalan tu kalau siang kire bus sebab dekt ngn port tanjung pelepas...
kesian..aku tengok umah die macam ala2 gloomy je..pakgad yang jaga tnb tu pun aku nampak masih orang2 luar jgak |
|
|
|
|
|
|
|
m'sia pun x kurang hebatnye! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by maRgeRin at 21-4-2009 09:10 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku ingat satu tragedi di akhir tahun 80an atau awal 90an, disebuah kampung bernama Padang Lalang, Simpang Ampat, Tasik, Seb. Prai Selatan, penang,
di satu pagi seorang pakcik tu mengamuk gun ...
area tmpt keja aku..
nnti aku try tnya org lama kt opis aku ni ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam.... nak tnya kisah pembunuhan seorg ibu sembelih anak2 dia... kejadian tahun 2002 kot kat perlis.... mmg gempak citer nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk cite pun tkot...krg kena tangkap,naya...
tp sesetangah kes pembunuhan berprofil tinggi ni dilakukan oleh agensi kerajaan,
psl mangsa mungkin adalah spy negara2 luar...cm satu kes pembunuhan wanita cina bbrp taun lps,
dikatakan die adlh spy US.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar Bunuh Rakan Sendiri Dihukum Gantung
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Seorang bekas pelajar di sebuah kolej yang didapati bersalah bersama-sama dengan teman lelaki, membunuh rakannya sendiri dua tahun lalu menangis teresak-esak selepas mendengar hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas mereka.
Semasa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan, Noralina Ahmad Dasuki, 22, yang gagal mengawal emosi terpaksa ditenangkan oleh kedua ibupanya dan kerap kali menyatakan bahawa dia bersumpah tidak melakukan kesalahan itu.
Kejadian menyayat hati itu menarik perhatian wartawan dan petugas mahkamah hingga ada yang turut mengalirkan air mata apatah lagi melihat pelukan seorang bapa dan ibu bagi menggambarkan kasih sayang mereka terhadap anaknya.
Ibu Noralina yang tidak henti-henti mengalirkan air mata sempat menasihatkan anaknya supaya menerima keputusan itu sebagai takdir dan tidak lupa sembahyang serta berulang kali menyebut "Mama sayangkan adik, hanya Allah yang tahu apa berlaku, adik jangan tinggal sembahyang, berdoa banyak-banyak."
Hampir 20 minit keadaan itu berlaku sehinggalah polis mahkamah membawanya keluar dari kandang tertuduh, Noralina masih lagi merayu agar ibunya menolong melepaskannya dan dia yang kelihatan lesu enggan menerima bekalan makanan walaupun dipujuk oleh anggota keluarga.
Sementara itu, teman lelaki Noralina, Muhammad Khairul Anuar Abdullah yang turut dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Juliana Md Fuzi, 20, turut mengalirkan air mata dan menekup mukanya dengan tangan setelah hakim membacakan hukuman.
Dalam keadaan tangan bergari sebelum dibawa ke lokap, dia memeluk anak lelakinya yang berusia tiga tahun dan menangis teresak-esak ketika didekati isterinya.
Pegawai penjara yang berada di mahkamah terpaksa membawa tertuduh ke lokap apabila melihat ibu Muhammad Khairul tidak dapat mengawal emosi dan meraung-raung bagaikan tidak mahu melepaskan anaknya itu.
Noralina, bekas pelajar kolej PTPL dan Muhammad Khairul, bekas pekerja Astro, didakwa membunuh Juliana, seorang pelajar Kolej Islam Antarabangsa di dalam bilik nombor 5133, Tingkat 5, Sunrise Apartment, Wisma Indah, Blok 498, Jalan Tun Razak, Cheras, di sini antara 23 Mac 2007 kira-kira pukul 10 malam dan 24 Mac 2007 kira-kira pukul 8 malam.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Ketika penghakiman, Mohamad Zabidin berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya membuktikan kes.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan telah memanggil 33 orang saksi manakala tertuduh pertama dan kedua yang diperintah membela diri, masing-masing memanggil tiga saksi dan seorang saksi.
Dalam perbicaraan kes ini, mahkamah diberitahu ketika kejadian mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan terikat di belakang dan leher terjerut menggunakan 'cable light' di dalam bilik serta terdapat kesan kuku yang menunjukkan mangsa meronta-ronta ketika pembunuhan berlaku dan beliau turut dirogol.
Keterangan beberapa saksi menyatakan kedua-dua tertuduh juga telah mengambil barang si mati seperti telefon bimbit, duit dan kad ATM. Kedua-duanya juga telah membuang kain yang diambil dari tempat kejadian ke dalam lombong.
Di peringkat pembelaan pula, kedua-dua tertuduh saling menyalahkan antara satu sama lain.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Yaacub Chik manakala Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan peguam T. Suresh bagi pihak Muhammad Khairul.
-- BERNAMA
http://dextrike.blogspot.com/2008_10_01_archive.html
http://sazwan57.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
berapa lama amek masa
baca kitab nih dari page 1?
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Syd...yg kes terbaru kt atas tu....trtuduh prmpuan tu dh pnh nmpk gmbr dia. Muda lg bdk tu.
Ade yg kata anak dato'. Lawyer pn karpal singh. Byk kna byr tu..
Cuma yg tertuduh llki tu...ade tk gmbr dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
gambo lelaki tu
takde laa
lom ada lagi jupe kat memana |
|
|
|
|
|
|
|
berapa lama amek masa
baca kitab nih dari page 1?
![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Syd Post at 17-7-2009 15:32 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
if u asked me..i've bn reading this thread since moning bro..terkulat2 dpn pc..kbtulan bos lak takde..smooth jer dari awal sampai abes..sanggup nih tak outta lunch..hehehee |
|
|
|
|
|
|
| |
|