CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] TERKINI: Kenaikan gaji hingga 40 peratus penjawat awam kategori rendah – Anwar. UTAMA: Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM

[Copy link]
Post time 16-8-2024 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 16-8-2024 02:03 PM
ha ini yg nak tahu sebenarnya
KGT 2025 akan stop ke sbb 2026 bayar separuh lagi so next KGT 2027 ? ...

mesti ada punya kgt...takkan nak stop semata2 ada kenaikan gaji ni...nama pun kgt kenaikan gaji tahunan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 02:11 PM | Show all posts
SPACE COP GABAN replied at 16-8-2024 02:07 PM
mesti ada punya kgt...takkan nak stop semata2 ada kenaikan gaji ni...nama pun kgt kenaikan gaji ta ...

weolls akan tanya bhg personnel minggu depan sbb benda ni penting utk tahu...
Kalau nak ikut weolls dpt kenaikan gaji Jan so byk kerja human resource nak buat hujung thn ni then kalau ada KGT lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:22 PM | Show all posts
vanilacup replied at 16-8-2024 02:03 PM
ha ini yg nak tahu sebenarnya
KGT 2025 akan stop ke sbb 2026 bayar separuh lagi so next KGT 2027 ? ...

kalkulator tu, yg jan 2026 tu dah termasuk kgt+7% kenaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 16-8-2024 02:03 PM
ha ini yg nak tahu sebenarnya
KGT 2025 akan stop ke sbb 2026 bayar separuh lagi so next KGT 2027 ? ...

takla uols..
try uols kira gaji at dec 2024 + kgt + 7% sama tak dgn gaji jan 2026 yang guna kalkulator tu
iols try kira mmg sama..
meaning tht 2025 KGT mcm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:23 PM | Show all posts
Edited by lurve82 at 16-8-2024 02:27 PM

aiyo korang...dh pki blm kalkulator tu...yg jan 2026 naik 7% tu, dah termasuk sekali dgn kgt korang tahun 2025+7% tu ler...adeh...kgt mcm biasa je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2024 02:25 PM | Show all posts

TERKINI: Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus

Edited by antikorok at 16-8-2024 02:29 PM

NASIONAL

Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus

Ogos 16, 2024 @ 11:08am

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Noor Atiqah Sulaiman
[email protected]





PUTRAJAYA: Selepas 12 tahun terikat tanpa semakan, pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember ini menyaksikan kira-kira 1.6 juta penjawat awam mendapat pelarasan gaji baharu selepas kali terakhir disemak pada 2013.

Berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana.

Manakala bagi pengurusan tertinggi penjawat awam, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus berdasarkan pelaksanaan SSPA.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini manakala fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2026.

Jelasnya, kerajaan terpaksa melaksanakan pelarasan terbabit secara berperingkat disebabkan kekangan dan untuk mengelakkan tekanan inflasi.

"Pelarasan gaji bagi pegawai kumpulan pelaksana, pegawai kumpulan pengurusan dan profesional adalah sebanyak lapan peratus pada pertama dan tujuh peratus pada fasa kedua.

"Bagi kumpulan pengurusan tertinggi, kadar kenaikan adalah sebanyak empat peratus bagi fasa pertama dan tiga peratus pada fasa kedua," katanya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8 hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.

"Sebagai contoh, seorang guru yang berkhidmat selama lima tahun dengan pendapatan bulanan RM3,838 akan menerima pelarasan gaji sebanyak lapan peratus pada fasa pertama, menjadikan pendapatan bulanannya kepada RM4,085.04.

"Bagi fasa kedua pada Januari 2026 pula, guru akan menerima pelarasan tambahan sebanyak tujuh peratus, menjadikan pendapatan bulanan mereka kepada RM4,559.24," katanya.

Contoh lain, seorang pegawai polis gred YA1 dengan pendapatan bulanan RM2,256 akan menerima pelarasan gaji sebanyak RM240, meningkat kepada RM2,496 manakala pada fasa kedua, pendapatannya akan meningkat kepada RM2,726.02.

Katanya, kaedah dan formula untuk pengiraan pelarasan akan dijelaskan secara terperinci oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada sesi libat urus akan datang.

"Seperti penjawat awam sedang berkhidmat yang akan diselaraskan gaji pada Disember ini, penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

"Turut dipertimbangkan, pengorbanan dan bakti Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Jadi bagi veteran ATM tidak berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pelarasan gaji penjawat awam itu dianggarkan mencecah lebih RM10 bilion setahun, namun jumlah sebenar akan diperincikan dan dibentangkan pada Belanjawan 2025.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 “Perkhidmatan Awam MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto BERNAMA



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 hingga 42 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi. - Foto BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berit ... gurusan-tertinggi-7
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2024 02:27 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 16-8-2024 02:23 PM
aiyo korang...dh pki blm kalkulator tu...yg jan 2026 naik 7% tu, dah termasuk sekali dgn kgt korang  ...

tula iols suh compare gaji lps kenaikan 8% dec 2024 plus kgt plus 7%, so dpt gaji at jan 2026..
kgt ofc la still ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 02:29 PM | Show all posts
akusukaq replied at 16-8-2024 08:14 AM
Ya ingat lg zaman Pak Lah dulu pun ikut formula ini...hasil kenaikan byk jgk. Terima kaseh  sgt pd ...

Sewel ah kau punnnn. Apa kaitan eksiden dengan masuk kerja lewat?  Kalau gitu di mana nak letak disiplin.  Mcm lah orang kerja jual sayur tak mati eksiden.  Otak mcm kau ni yg rosakkan imej penjawat awam.  Semua benda nak ikut otak masing2.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2024 02:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yesss acik gomen da blh tukar keta baru utk merancakkan ekonomi madanonn hanjeng n menaikkan sst supaya rakyat terbeban lagi n lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:32 PM | Show all posts
shy79 replied at 16-8-2024 02:23 PM
takla uols..
try uols kira gaji at dec 2024 + kgt + 7% sama tak dgn gaji jan 2026 yang guna kalkul ...

Dah tentu tak sama sbb naik lebih dari KGT tahunan...
Cuma kalau tak ada KGT tahunan 2025 bermakna mcm naik 2 kenaikan KGT tahunan tambah sikit lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm aku dh naik gred 48, tp surat xde lg. So gaji aku stil 44. Biasalah surat biasa thn dpn bru dpt. Sbb tu dpt backdated byk..income tax pun hai hai je..nk tggu surat,hhmm..mmg lambat ler...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:43 PM | Show all posts
Mitsubishi x force bila nak release nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:46 PM | Show all posts
shy79 replied at 16-8-2024 02:29 PM
tula iols suh compare gaji lps kenaikan 8% dec 2024 plus kgt plus 7%, so dpt gaji at jan 2026..
kg ...

iyer..aku siap compare dgn excel aku...sama je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mutu servis pun naik 15% la

15% pon cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 02:47 PM | Show all posts
immi replied at 16-8-2024 01:26 PM
Xyah taw basic. Naik kan je nafkah tu ikut apa yg 54 tu dpt from the announcement????????????...hu ...

hahaha ye jugak
simple math gitu



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:48 PM | Show all posts
cuma aku nak nasihatkan dkt semua PA..korg kena semak slip gaji setiap bln..kwn2 aku ramai gaji salah kira...sbb tu tggjwb sndr kena kira ye..jgn harapkan PT...aku ni tukang sapu je...okbai smbg keje...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:50 PM | Show all posts
midori888 replied at 16-8-2024 01:28 PM
dulu sebelum nak kasi dia ada minta advise meols, meols kata ok jer nak kasi utk latih diri dia ka ...

lorrrr
sia2 je



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:51 PM | Show all posts
lurve82 replied at 16-8-2024 02:48 PM
cuma aku nak nasihatkan dkt semua PA..korg kena semak slip gaji setiap bln..kwn2 aku ramai gaji sala ...

salah kira? surcharge kan aja kerani yg jaga tu.....jaga gaji ja pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.062683 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list