CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adiya

[BEST] Lima jam yang tiada kesudahan

[Copy link]
 Author| Post time 18-11-2013 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sory semua. Teman tak berapa nak sihat ni.. Nak sambung n jawab soalan2 pun tak de mood. Ni just buke n baca2 je.. Nti agak dh ok, teman sambung n jawab persoalan2 kome nti yer..kot2 ada yang nak bercerita n nak tolong jawab, silakan.. Tiada jawapan yang salah..semua betol..soalan je selalunya salah..hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2013 01:46 PM | Show all posts
semoga cpt sembuh tt....leh sambung cerita lagi nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 02:40 PM | Show all posts
krukx posted on 16-11-2013 11:14 AM
Kiranya gelaran2 & nama2 ala purba kala tu semua dalam ilmu persilatan la ya.
ada lagi satu nama f ...

a'ah...name ariapersanta tu mmg unik
dh lame x nampak die kt MPS ni, mebi jadik SR jer kot
dah org asyik nk ngetest jer gamaknye

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 05:00 PM | Show all posts
Adiya posted on 18-11-2013 12:13 PM
Sory semua. Teman tak berapa nak sihat ni.. Nak sambung n jawab soalan2 pun tak de mood. Ni just buk ...

mike x sihat ropenye....
smoge cepat sembuh ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks liae76 n edora doakan teman.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora posted on 18-11-2013 02:40 PM
a'ah...name ariapersanta tu mmg unik
dh lame x nampak die kt MPS ni, mebi jadik SR jer kot
dah  ...

Tu la. Dorang ni suka sangat test forumer yg ada kelebihan dan ilmu. Sampai forumer yg citer dia ada sixth sense pun tu pun ramai orang test. Padahal member tu citer sbab nak cari perawat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2013 08:43 PM | Show all posts
krukx posted on 18-11-2013 05:32 PM
Tu la. Dorang ni suka sangat test forumer yg ada kelebihan dan ilmu. Sampai forumer yg citer dia a ...

kesian ek....jadik SR je la senang...tapi boring la plak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 08:46 PM | Show all posts
Adiya posted on 18-11-2013 12:13 PM
Sory semua. Teman tak berapa nak sihat ni.. Nak sambung n jawab soalan2 pun tak de mood. Ni just buk ...

semoga cepat sembuh adiya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 12:33 AM | Show all posts
Adiya posted on 18-11-2013 12:13 PM
Sory semua. Teman tak berapa nak sihat ni.. Nak sambung n jawab soalan2 pun tak de mood. Ni just buk ...

cepat sembuh
skrg ni tgh musim ni



Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 12:34 AM | Show all posts
Semoga segera sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh ye tt...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Best baca tread ni... ada masa sila sambung cerita no.... tapi tt ni kuat sgt merokok... kurang2kanlah na... tak baik untuk kesihatan diri dan keluarga...dan haram plak tu... he3... peace!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:22 AM | Show all posts
leenaz posted on 18-11-2013 12:05 AM
fuhhh
jarang org pompuan minat thrash metal ni

haha kenapa kata saya suka thrash metal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2013 08:27 AM | Show all posts
Thanks semua, hari ni baru naik keje. Mood menulis tak mari lagi..kalau ada kang, teman up le.. kepala dok pusing lagi ni.. Last edited by Adiya on 19-11-2013 08:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:29 AM | Show all posts
Mireya posted on 19-11-2013 08:22 AM
haha kenapa kata saya suka thrash metal?

arrrrr
salah quote laa ni
gahahahahaha


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2013 08:37 AM | Show all posts
tikar^buluh posted on 18-11-2013 08:38 AM
As salam Adiya,

Nak tumpang tanya ni, ape maksud mimpi anjing hitam ye.

Pelik jugak mimpi tikar ni, boleh ingat2 tak jam berapa mimpi tu?
Mimpi di mekah tu dikawasan mana? mcm mn tau itu mekah?

Biasanya kalau mimpi binatang2 ni memang ada gangguan jugak le..tp tak semua mimpi haiwan ni ada melibatkan misteri @ mistik..
Dari apa tikar ceritakan ni menunjukkan tikar menang dalam mimpi tu ye tak? tak perlu risau la kalau dah menang, diri sendiri masih mampu mengatasi masalah yang akan timbul nanti.. In sya Allah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 11:43 AM | Show all posts
semoga tt diberi kesihatan yg baik oleh NYA.

get well soon Adiya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 04:47 PM | Show all posts
Selamat kebah ye abe adiya.

buleh next next stori dgn pantas nye...
hehehee...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 05:27 PM | Show all posts
Adiya posted on 15-11-2013 12:40 PM

yg botol atas tu nampak mcm ada 3..tp berpakaian mcm tok arab gitu...
betul ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 02:00 PM | Show all posts
PUSAKA ATOK


Satu hari aku mendapat panggilan dari kakak. Dalam perbualan itu, kakak menyatakan kebimbangannya pada anak sulungnya (Along). Baru sahaja tadi dia pulang dari sekolah along kerana masalah disiplin along yang sudah tidak mampu dikawal oleh gurunya.

Di sekolah, along antara murid yang bijak. Tapi dia sentiasa berseorangan dan kurang bergaul dengan murid2 lain. Masalahnya, along ni pantang di usik. Pernah sekali dia bergaduh dengan murid tahun 6 padahal dia ketika itu baru tahun 4.. Memang pailang betol anak sedara aku sorang ni. Bayangkan semasa kakak ke sekolah, ada seorang murid di heret oleh ayahnya dan di tampar kerana tidak mahu ke sekolah. Alasan yang di beri, “takut dengan budak nama meor”. Sapa lagi kalu bukan along? Sampai macam tu skali pailangnya along kat sek. Habis 1 sek takut ngan dia..

Kakak suruh aku tengok2kan along kot2 ada masalah lain.. setelah bersembang lebih kurang, aku pun cuba melihat akan masalah pada along tu. Memang dia ada mewarisi sesuatu dari atoknya sebelah bapak. Memang benda ni pun pailang bukan main.. aku msg kakak tentang apa yang aku temui melalui imbasan aku tu. Kakak dah mula bising2 dengan keturunan suaminya tu.. macam2 hal katanya. Aku mintak kakak balik ke kampong untuk ubatkan along dengan abah memandangkan aku jugak malas nak ke rumahnya di nilai. Kakak janji akan balik kg hari sabtu.

Setibanya kakak di rumah abah pagi sabtu tu, deme rehat2 dulu n makan tengah hari bersama mama n abah. Lebih kurang jam 2 petang, kakak call aku suruh datang rumah abah untuk selesaikan masalah along tu.. “ abah kan ada, pasai apa nak suruh aku? Mintak tolong abah je la “ kataku malas nak buat kerja.
“abah suruh hang mai jugak….aku malas le suruh abah, sat lagi macam2 dia kata. Malas nak dengaq dia bising” jawab kakak.
“ok la..sat lagi aku p la..”
Aku bersiap2 ke rumah abah. Anak2 n mem, aku ajak sekali memandangkan keluarga kakak ada kat rumah abah tu, meriah sikit ramai2 ni..

Setiba aku di rumah abah, aku terus mintak along duduk di ruang tamu depan. Rumah abah ada 2 ruang tamu. Kedua2 ruang ini dipisahkan dengan sliding door n grill. Abah jugak terus ke depan bersama2 along. Sambil duduk di kerusi depan, sekali lagi aku imbas samada benda warisan itu masih ada pada along. Ternyata tidak berusik pun benda2 tu. Abah mintak mama ambilkan botol di dapur..

Setelah botol di tangan abah, dia mintak mama tutupkan grill antara ruang tamu depan n tengah tu. Sebab tak nak adik beradik along n anak2 aku mai dok kacau kerja2 dia.
Abah tanpa lengah menarik benda2 kotor tu dari along. Sementara tu, aku pulak masih dalam mood scan untuk mencari punca benda tu menempek..
Selepas puas aku mencari, tiba2 muncul seorang tua berjanggut putih dan berjubah putih berdiri dihadapanku.

“siapa kamu?” soalku
Orang tua itu hanya tersenyum sinis seakan tidak hiraukan kehadiran aku di situ.
Baru sahaja aku hendak mulakan pukulan, tiba2 muncul seekor harimau dari belakang orang tua itu. Harimau itu berjalan mengelilingi orang tua tersebut beberapa kali lalu duduk di sebelah kiri si tua.

“siapa kamu?” sekali lagi soalan dari ku
Tiada jawapan yang aku terima dari kedua2 makhluk tersebut.

Sebaik sahaja aku mula mencipta senjata, si tua mengarahkan harimaunya menyerang aku. Tanpa lengah sang belang itu menerkam ke arah aku dengan ngauman yang amat membingitkan telinga.

Terkejut dengan tindakan mereka, aku secara tidak sengaja melepaskan buah pukul ku. Sang belang terpelanting kebelakang si tua. Dia lekas2 bangun untuk menyerang sekali lagi..

Aku tiada pilihan lalu mengikat si belang dan aku pasakkan kaki2nya ke bumi. Dia meraung kerana marah.
Si tua tiba2 sahaja berubah rupanya menjadi bengis. Pakaiannya  berubah dari berjubah putih kepada pakaian silat berwarna hitam. Dia mula menarikan bunga2 dan buah2 silatnya dihadapanku.

“ko ingat aku heran sangat dengan silat ko tu? Mentang2 la aku tak tau silat..” kata aku pada si tua.
Belom pun sempat dia membuat serangan, aku sudah pun melepaskan buah pukul dewasa sebanyak 3 kali berturut2.

Si tua terjelapok di tengah gelanggang. Dia jugak aku lakukan sama seperti si belang, diikat dan di pasal pergerakannya.

Aku kembali ke rumah abah.. abah sudah selesai kerja menariknya. Aku minta botol tu untuk aku selesaikan yang si tua kutok n pussycatnya itu..

Selesai menarik, abah pagarkan along dan memulihkan semangatnya.. Selesailah keja aku hari itu..

Along pun selepas tu dah tak macam dulu lagi..dia dah tak jadi gangster kat sekolah dah..ramai dah kawan2 yang nak bermain dengannya dan menjadi sahabat mengisi waktu kanak2nya.

Last edited by Adiya on 20-11-2013 02:01 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.057694 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list