CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 22-1-2015 03:47 PM | Show all posts
aerolz replied at 28-11-2014 05:34 PM
Apa jadi dengan orang PLUS yang di kol tu cik nana? Kesian dorang hahaha. Tengok tengok takde orang  ...



Maaf Tuan Tanah...tumpang thread jap nak tanya budak aerolz ni...available lagi ke trip gunung ledang tu? atau dah penuh? Kalo 31jan-1feb saya free...2feb(isnin) keje, 3feb cuti semula hehe. Nak join. Tido sana ke balik hari?

Thanks.

Kepada Tuan Tanah, thread awak best! Dah lama tak buka tiba2 teringat terus disajikan cerita2 seram yg best dari TT. Meh kita belanja awak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2015 08:51 AM | Show all posts
Pumpkinhead replied at 22-1-2015 03:47 PM
Maaf Tuan Tanah...tumpang thread jap nak tanya budak aerolz ni...available lagi ke trip gunung ...

maaf pumpkinhead. Saya baru bukak Cari. And maaf sekali lagi. Nampaknya hiking ke Gunung Ledang terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. In Shaa Allah nanti kalau ada next trip, saya bagitau okay. Thank you for looking forward untuk join kami. Tapi nampaknya belum rezeki kali ini. Kesian pulak, ni mesti nak pegi sangat dah ni kan... Huhuu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 09:05 AM | Show all posts
cik.nana replied at 21-1-2015 04:58 PM
Kisah 24 - Sesi Suai Kenal

Minggu lepas, start hari Isnin, ada budak praktikal masuk opis aku. Ad ...

trauma habis bdk praktikal tu..smpi nak tuka tempat praktikal..
yelah..dia x biasa lgi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 01:34 AM | Show all posts
cik.nana replied at 21-1-2015 04:58 PM
Kisah 24 - Sesi Suai Kenal

Minggu lepas, start hari Isnin, ada budak praktikal masuk opis aku. Ad ...

"Salam perkenalan katanya" utk Atika...ala2 ice breaking
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt share pengalaman.
best thread tt!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 04:08 PM | Show all posts
feuersturm replied at 21-1-2015 03:45 PM
hehe sorry la nama panjang beno, zaman2 mirc dulu pakai nama nih..malas nk pk nama baru dah

meman ...

Sambunglah awk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2015 04:09 PM | Show all posts
cik.nana replied at 21-1-2015 04:58 PM
Kisah 24 - Sesi Suai Kenal

Minggu lepas, start hari Isnin, ada budak praktikal masuk opis aku. Ad ...

TT

Ada story lg.. tepek lah.. setia menanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
itik_kuning replied at 21-1-2015 05:12 PM
kolej dang anum ke? (sebelum tukar nama)

Oh tidak sekali..kalau pintu belakang tu nampak tenang je tasik...

hehe.hint tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 05:26 PM | Show all posts
teddpapel replied at 26-1-2015 04:52 PM
Oh tidak sekali..kalau pintu belakang tu nampak tenang je tasik...

hehe.hint tu..

dah tu camelia ke? kat rumah RS pn zaharah lecturer AD tuh? ke blok baru?

kalau nak kira semua blok perempuan pun ngadap tasik. hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:08 PM | Show all posts
Pok Su: Hmmm... asalnya, orangnya cantik. Itu yg suka sangat tengok cermin, sikat rambut. Tapi dia cemburu ada orang cantik lagi daripada dia.
Pok Su senyum pada Ateh. Eh?
Ateh: Saya?
Pok Su: Yela, awakla dia cemburu. Itu yg dia marah sangat kat awak tu. Itu pecah bibir tu mesti kerja dia kan? Dia tak boleh ada orang lagi cantik dari dia.

Kim salam kt Ateh ye kak long
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:51 AM | Show all posts
cik.nana dh lama x update...hewhew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 09:34 AM | Show all posts
aisyaaffiyya replied at 22-1-2015 12:54 PM
aisya mintak izin nak citer jugak ye..

1. Baru je terjadi dalam dua minggu lepas, aisya dan suami ...

Erk... lain macam aje gangguan @aisyaaffiyya ni


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 09:35 AM | Show all posts
SeeraAsyikin replied at 22-1-2015 01:03 PM
Salam. Baru harini tergerak nak baca thread cik Nana. Kisah masa acik kena rasuk tu hampir sama dgn  ...

Terima kasih @SeeraAsyikin sudi singgah sini. Nana ada gak baca kisah Seera. Nana doakan yg terbaik buat Seera. Jangan give up, terus kuatkan semangat untuk berubat ye.



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
itik_kuning replied at 26-1-2015 05:26 PM
dah tu camelia ke? kat rumah RS pn zaharah lecturer AD tuh? ke blok baru?

kalau nak kira semua  ...

Yela2..kolej jasmine ler...yd dulu2 kecoh ade puteri menari tu.belakang kolej iols lettew..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 11:06 AM | Show all posts
Kisah 25 - Kisah Acu

Masa sekolah menengah dulu, Mama selalu kerja outstation. Almaklum, anak-anak dah besar dah pandai jaga diri, dia berani la nak pergi kerja luar kawasan. Tapi, yg peliknya, setiap kali Mama pergi outstation, ada je benda-benda yg tak diingini berlaku. Selalunya, hari pertama lagi dah jadi. Antara benda tak diingini yg jadi bila Mama takde -- Angah accident masa pergi sekolah, Ateh kena serangan asma yg terlampau teruk sampai kena admit hospital, Alang kena ragut masa nak pi tusyen... macam-macam la. Pernah sekali, kami semua dari aku sampai Acu kena serangan beguk serentak pada hari pertama Mama pergi Penang. Malam tu jugak Mama ambik flight balik KL. Semacam bila Mama takde je, kami jadi 'terbuka' pada benda-benda tak elok.

Masa ni aku baru habis SPM. Mama outstation (ke mana aku tak ingat). Tengah hari tu, badan Acu dah start panas. Acu demam pulak. Aku balik tusyen dalam pukul 5, badan Acu bebetul panas. Aku call Pak Ngah, minta Pak Ngah datang bawak Acu ke klinik. Pak Ngah kata balik opis dia terus datang. So sementara tunggu Pak Ngah, aku letak kain basah kat dahi Acu, lap-lap badan dia untuk kurangkan kepanasan. Sekali tu Pak Ngah call kata dia sangkut dalam jem, mungkin lambat sikit. Takpela, nak buat macam mana kan. Nak dekat Maghrib tu, aku pun nak kejutkan Acu dari tidur. Yela, senja-senja tak elok tidur. Masa aku pegang badan Acu, panas dia lain macam. Berbahang. Tuala yg aku letak kat kepala dia 5 minit lepas dah kering. Bayangkan, betapa panas badan Acu sampai kering tuala yg aku letak kat dahi dia.

Aku sebenarnya dah panik sikit. Aku goncang bahu Acu, cuba kejutkan dia. Tak ada respon. Sikit pun Acu tak bergerak. Terus skala panik aku naik sampai 10. Aku goyangkan badan Acu sambil panggil dia. Takde apa-apa balasan. Takutnya aku masa tu, Allah je yg tau. Angah ngan Alang yg tengah dok buat kerja bila dengar aku panggil Acu dalam keadaan cemas datang dekat. Diorang pun cuba kejutkan Acu. Memang Acu tak bangun langsung. Aku ni air mata dah bercucuran ni sambil dok suruh Acu bangun. "Acu, bangunla. Bangunla," ayat tu je aku dok ulang. Angah ngan Alang pun dah start menangis.

Alang ambil air sikit, renjis ke muka Acu. Pun takde apa-apa reaksi. Aku letak jari bawah hidung Acu, nak rasa nafas dia. Dia masih bernafas. Aku cuba angkat tubuh Acu. Berat gila! Acu umur 7 tahun je, tak besar mana pun lagi. Tapi berat dia, tak tertanggung aku. Aku bebetul dah buntu masa ni nak buat macam mana. Nangis je la aku mampu. Tengah kami dok panik masa tu, bunyi azan Maghrib berkumandang di TV. Baik-baik je azan berkumandang, Acu buka mata. Mata Acu merah macam saga. Acu terus bangun duduk, tercungap-cungap macam baru lepas berlari 400 meter. Acu gosok-gosok dada. Aku pulak terus peluk Acu sambil mengucapkan syukur.

Angah: Acu, okey tak? Okey tak?

Angah dan Alang bertubi-tubi tanya Acu. Tapi Acu cuma geleng-geleng kepala sambil pegang leher dia.

Acu: Air... Air...

Berlari Alang ke dapur ambilkan air untuk Acu. Acu minum air sekali teguk je sampai habis. Dahaga benar nampaknya. Aku sentuh dahi Acu. Panas dah berkurangan, alhamdulillah. Bila keadaan tenang sikit, aku pun tanyala Acu dia tak dengar ke aku kejut dia.

Acu: Acu dengar, tapi Acu takleh nak bangun. Ada benda duduk atas dada Acu.
Angah: Hah? Benda apa?
Acu: Tak tahu, Acu tak nampak sangat. Tapi dia hitam, besarrrrr. Mata dia merah.

Aku, Angah dan Alang terdiam. Takut.

Acu: Along, sakit dada Acu, Long...

Acu mengadu pada aku. Aku cuma suruh Acu mandi dan siap-siap solat semua. Kejap lagi Pak Ngah sampai, nak pi klinik. Tak lama lepas tu, Pak Ngah sampai. Pak Ngah solat, lepas tu bawa Acu ke klinik. Balik tu, aku pun cerita kat Pak Ngah kejadian Maghrib tadi. Pak Ngah diam lama selepas aku ceritakan kisah Acu tu.

Pak Ngah: Takpelah, malam ni Pak Ngah ajak Mak Ngah tidur sini.

Fuh, lega sikit bila Pak Ngah cakap macam tu. Bila call Mama malam tu, aku tak ceritakan langsung pasal Acu kat Mama. Aku cuma kata Acu demam sikit, tapi Pak Ngah dah bawak dia pi klinik ambik ubat. Mama legala sikit bila tau Pak Ngah ada. Malam tu, Angah temankan Acu tidur. Aku tidur dalam bilik sorang. Walaupun dengan insiden yg terjadi pada Acu, aku tak fikir banyak nak tidur seorang diri. Pulak tu ada Pak Ngah dan Mak Ngah temankan kitorang malam ni, jadi aku tak berapa takut sangat.

Aku ni jenis tidur, senang terjaga. Dalam dok tidur tu, aku dengar orang ketuk pintu bilik. Aku ni pulak, dengan keadaan separa sedar, bukak pintu bilik lepas tu tak tengok apa, aku naik atas katil dan baring semula. Aku ingatkan dah Subuh, Angah ketuk pintu nak siap-siap pi sekolah kot. Memang dalam kepala otak aku pikir macam tu. Tapi lepas tu, aku perasan aku tak dengar bunyi apa-apa dah. Aku buka mata, pandang pintu. Gelap. Takde orang pun berdiri depan pintu. Alamak! Aku dah cuak. Aku tengok jam di dinding. Aku ingat dengan jelas, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Erk! Terbeliak terus mata aku. Aku terus bangun, jalan laju-laju tutup pintu dan kunci.

Aku duduk atas katil, termenung kejap. Aku mimpi ke dengar bunyi orang ketuk pintu? Ah, malas fikir banyak-banyak! Baik aku tidur je. Aku pun try la nak tidur semula. Baru je aku nak lelap, aku dengar bunyi macam orang berjalan dalam bilik aku. Bilik aku ni letak tikar getah, so bila berjalan memang ada bunyi la. Aduhai... apa benda pulak ni dok mengacau aku ni. Aku ambik bantal, tutup muka. Aku bacala apa-apa yg patut sambil berharap apa pun yg dok ada dalam bilik aku tu tak mengacau aku dengan direct. Dalam keadaan takut tu pun, aku boleh terlena jugak ye. Aku sedar-sedar, orang dah azan Subuh. Aku terus bangun, tengok sekeliling bilik. Nasib baik takde apa.

Aku terus capai tuala, nak mandi. Aku keluar dari bilik serentak dengan Mak Ngah dan Alang. Aku bagi Mak Ngah masuk bilik air dulu. Aku pergi bilik Acu, nak check samada demam Acu dah kebah ke belum. Aku buka pintu bilik Acu, terkejut besar aku tengok macam ada bayang melompat keluar dari tingkap bilik Acu. Aku pun apa lagi, menjerit la. Habis terjaga satu rumah. Dengan Acu dan Angah yg tengah tidur sekali terjaga. Aku terus meluru kat Acu, check dia okey ke tak.

Aku: Acu, okey tak?
Acu: Hah? Kenapa ni? *Acu mamai*
Aku: Acu okey tak?
Acu: Okey, okey. Kenapa ni?

Aku diam. Aku tengok arah tingkap bilik Acu. Bilik Acu jenis tingkap sliding, ada grill kat bahagian luar. Tingkap tu bertutup, jadi apa saja yg aku nampak melomapt keluar dari tingkap tu, sah-sahla bukan manusia kan. Aku tak cakap apa pun pasal benda yg aku nampak tu walaupun ditanya berulang kali. Tapi lepas Subuh tu, Acu mengadu belakang badan dia pedih. Bila kami check, ada macam kesan cakaran halus di bahagian belakang badan Acu. Banyak pulak tu. Mengucap panjang aku. Nak tak nak, aku ceritakan jugak pada Pak Ngah apa yg aku nampak. Pak Ngah seterusnya maklumkan pada Mama. Trip kerja Mama yg sepatutnya 3 hari, jadi 2 hari je sebab Mama terus balik rumah lepas tu dan bawa Acu pergi berubat.

Sebenarnya, bila pikir balik, rasa pelik jugakla. Orang kata, kalau kena tindih ni, kalau kita pegang orang yg kena tindih tu, insya Allah akan ok. Tapi kalau ikut kes Acu ni, macam kena tindih. Tapi kenapa bila kakak-kakak dia kejut, dia masih tak boleh nak bergerak/bangun? Bila azan Maghrib baru dia ok. Sampai sekarang rasa musykil. Tapi tu lah, segala benda yg terjadi, jadi atas keizinan Allah. Adala tu benda yg nak 'ditunjukkan' kepada kami tu. Wallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
last bace cite milo ais. pastu lupa nk bookmark.. jenuh nk menyelak. hiii. now da bookmark
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 03:43 PM | Show all posts
feuersturm replied at 21-1-2015 05:24 PM
fuh cerita cik nana mmg power.

pasal phone nih, paling pelik saya penah dapat call dari number se ...

ko buat la benang sendiri..baru best layan..cite ko pun kebabom gak nih nampaknye

pape pun cite korang memang best!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 05:02 PM | Show all posts
Kisah 26 - Bulan Puasa Pun Ada Hantu Ka??

Alkisahnya, dah nak dekat Raya masa ni. Zaman sekolah rendah lagi aku. Dan nak dekat Raya, harusla balik kampung kan. Kali ni, beraya kat kampung Abah. Dalam 2-3 hari sebelum Raya tu, aku dan adik-adik dah sibuk dok mengayat Mak Tam aku buat tart nenas yg terlampau marveles. Mak Tam aku ada buat banyak dah sebelum tu, tapi semua orang dah beli. Untuk kitorang takde pun. Jadinya haruslah demand lebih sikit. Mak Tam kata dia boleh buat kalau anak-anak menakan tolong sekali. Eh, kitorang ni on aje. Janji dapat tart nenas dia.

Tapi kebetulan masa tu, jiran sebelah rumah pinjam oven Mak Tam sebab oven jiran rosak. Aku dengan sepupu aku, Kinah, kata takpe, kitorang dengan sukarela muka tak malu pergi minta balik oven tu kat jiran. Lepas berbuka, solat semua, aku, Angah dan Kinah dah terkinja-kinja nak turun tanah nak pi ambil oven kat rumah sebelah. Padahal sebenarnya niat nak cucuh bunga api seround dua. Pak Tam aku dah bagi sebungkus bunga api kat anak dia untuk main. Siap mercun mancis, pop-pop apa semua ada. Lagi menggeletis la kami ni nak turun tanah. Mama suruh kami tunggu dulu, sampai orang habis terawih. Ingat nak tunggu? Takde maknanye...

Mula-mula sekali turun, Si Kinah. Aku sebagai anak yg separa baik dok dengar pesanan penaja dulu (pesanan Mama la). Masa tu aku berdiri kat muka pintu dengan Angah. Tengah dok mendengar kata-kata Mama, tiba-tiba Kinah meluru naik tangga masuk dalam rumah. Habis dirempuhnya aku dengan Angah. Mujur tak tergolek je. Pelik bebenornya perangai Kinah ni. Tadi dia yg teruja sangat nak turun. Ni apahal naik atas balik ni? Kinah masuk-masuk rumah terus dipeluknya pinggang Mama.

Kinah: Takut, takut...
Mama: Eh, kenapa ni?
Kinah: Ada hantu atas tangga, hantu duduk kat tangga.

Terlopong mulut aku dengar Kinah kata ada hantu atas tangga. Aku ni pulak tak taula, slow ke bengong ke camne, aku pi jenguk kepala ke arah tangga batu rumah tu. Mula-mula tu, aku tak nampak apa. Yela, sebab gelap. Mana ada lampu jalan lagi kat kampung tu masa ni. Ada samar-samar cahaya pelita je. Dah tak nampak tu, aku gigih jugak nak tengok. Siap turun pi kat beranda pulak menjenguk ke arah tangga. Nah hai! Jelas aku nampak sesusuk tubuh berpakaian serba putih duduk atas tangga batu, semacam bersimpuh. Aku tak nampak muka sebab benda tu membelakangkan aku. Dari kepala sampai kaki, semuanya putih. Sekali tengok, macam orang pakai kain telekungla. Tak berkelip aku dok tengok benda tu, jadi leka.

Mama: ALONG! MASUK!

Suara Mama yg tinggi mengejutkan aku. Aku lari masuk dalam rumah. Lari bukan sebab takut hantu, tapi sebab takut Mama marah. Aku masuk dalam rumah, sengih-sengih.

Aku: Ada hantu kat tangga, Mama. Warna putih.
Kinah: Ha'a, Mak Long, warna putih. Muka dia pun putih, putih macam Tok pakai bedak sejuk.
Aku: Kinah nampak muka ke?
Kinah: Nampak la. Kinah dah sampai kat bawah, baru nampak.
Mama: Dah, dah. Takyah turun bawah lagi. Tunggu Abah balik dari masjid baru main bunga api ke apa ke.
Aku & Kinah: Alaaaaaaaa....

Padahal Kinah tadi dah macam takut sangat sampai peluk-peluk Mama. Tengah dok negotiate dengan Mama, Mak Tam keluar dari bilik dengan bertelekung.

Mak Tam: Ni apa kecoh sangat ni?
Kinah: Ibuuuuu, ada hantuuuu!
Mak Tam: Hah? Hantu? Mana ada hantu bulan puasa ni! Merepek!
Kinah: Adala ibu. Dia dok atas tangga. Tanya Nana, dia pun nampak.
Aku: Betul, Mak Tam, cuba Mak Tam gi tengok.

Aku ni sikit punya bersungguh. Mak Tam pandang Mama. Mama angkat bahu. Mak Tam jengulkan kepala ke luar sesaat dua. Lepas tu Mak Tam pandang Mama.

Mak Tam: Eii, kak, apa dia tu, kak, dok duduk bersimpuh atas tangga? Cuba kak tengok.
Mama: Ada ke?
Mak Tam: Adaaaa. Elok dok bersimpuh.

Mama pulak jengul kepala ke luar. Aku pun ikut sama, tapi sebab aku pendek, aku tak nampak apa-apa. Lepas tengok ke luar, Mama terus tutup pintu rumah.

Mama: Ish, apa benda pulak dah dok mai ni? Dahlah orang laki semua takde.
Mak Tam: Tu la tu...

Sudahnya, Mak Tam dan Mama sepakat tak bagi kami keluar rumah sampailah Abah dan Pak Tam balik dari masjid. Tunggu punya tunggu, Abah dan Pak Tam balik. Elok je orang berdua tu bagi salam dan masuk rumah. Mak Tam cepat-cepat pergi kat Pak Tam.

Mak Tam: Abang nampak apa-apa dak atas tangga balik tadi?
Pak Tam: Tak nampak apa pun. Awat?
Mak Tam: Tadi ni, ada benda apa tak tau dok duduk atas tangga tu.
Pak Tam: Hah? Benda apa?
Kinah: Hantu, ayah. Kinah nampak hantu. Muka putih.
Pak Tam: Hah? Hantu??

Kinah angguk kepala laju-laju. Aku pun angguk jugak.

Pak Tam: Ish, bulan posa pun ada hantu ka?
Mak Tam: Mana nak pi tau...

Pak Tam pandang Abah yg duduk bersandar di tiang tengah rumah. Abah senyum je. Aku ni pergila menempel sebelah Abah.

Aku: Ade, Abah. Along pun nampak...
Abah: Along nampak apa?
Aku: Along nampak dia warna putih, macam pakai telekung.
Abah: Habis tu, Along tak tegur ke? Bagila salam ke...

Aku garu-garu kepala sambil sengih. Ada ke Abah suruh aku bagi salam kat hantu. Tiba-tiba je, kedengaran bunyi benda benda gedebuk jatuh atas atap rumah. Terdiam kejap kami dalam rumah. Dah jatuh, bergolek-golek pulak atas rumah tu. Nak kata buah jatuh, rumah ni tinggi kot. Pokok cermai je pun yg ada kat depan tu. Mana ada pokok tinggi lain. Aku jadi takut tetiba. Aku rapatkan tubuh kat Abah. Kemudian, bunyi bergolek-golek tu hilang. Tak lama lepas tu, dengar bunyi macam orang melompat-lompat atas beranda pulak. Spontan je Pak Tam tengok ke luar. Kemudian Pak Tam tutup pintu rumah.

Pak Tam: Kambing...

Pak Tam sengih. Tapi aku nampak masa tu, air muka dan isyarat mata Pak Tam ke arah Abah. Aku nampak Abah angguk kepala je. Dah kalau kambing, kenapa tak dihambat kambing tu turun? Nanti dia berak atas beranda pulak. Haaa... sesuatu jugak di situ. Lepas tu Abah bangun, Abah masuk bilik yg disediakan untuk solat. Pak Tam ikut sekali. Abah dan Pak Tam sama-sama baca Al-Quran. Bunyi melompat-lompat atas beranda makin lama makin rancak, seiring dengan bacaan Abah dan Pak Tam. Lepas tu, senyap sunyi. Hilang bunyi 'kambing'. Mama suruh kami masuk tidur je.

Malam tu, aku tak pastila aku mimpi ke apa. Aku terbangun dari tidur sebab nak terkencing. Masa bangun tu, bila aku turunkan kaki kat katil, ada tangan terjulur keluar dari bawah katil, pegang kaki aku. Spontan aku menjerit, dan aku tak sedar apa. Aku sedar-sedar, Abah ada sebelah aku, tengah baca buku. Patutnya Angah yg tidur sebelah aku. Dah mana pulak pergi Angah? Aku bangun, duduk dan cakap dengan Abah, aku tangan pegang kaki aku, tangan kat bawah katil. Abah senyum sambil gosok kepala aku.

Abah: Along mimpi je tu. Dah, bangun, nak sahur dah.

Real betul mimpi aku tu, aku rasa. Sebab dalam mimpi tu, aku pakai baju yg sama, dalam bilik yg sama dan atas katil yg sama. Realistik betul. Bila dah besar sikit, dah bijak sikit, aku ada tanyakan pada Abah pasal benda tu. Abah tak jawab, senyum simpul je. Aku tanya pulak kat Mama. Mama kata aku tidur tak basuh kaki. K, fine.

Sampai sekarang aku tak tau apa benda yg duduk atas tangga tu. Kinah pun tak tahu jugak. Kitorang kalau balik raya je, mesti ada flashback cerita ni. Baru sekarang ni aku tau konsep 'syaitan dirantai pada bulan Ramadhan' ni. Jin-jin tak dirantai, masih bebas. Cumanya, aku musykil jugakla, apa kes kacau orang nak main bunga api ni? Ish ish ish...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
best giler dik cter ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 10:26 AM | Show all posts
cik.nana replied at 28-1-2015 03:02 PM
Kisah 26 - Bulan Puasa Pun Ada Hantu Ka??

Alkisahnya, dah nak dekat Raya masa ni. Zaman sekolah r ...

mcm cik koko jelly jeh...btl kehh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.383581 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list