CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

Love Doc: Q & A Here (Especially for the Ladies)

[Copy link]
 Author| Post time 19-7-2007 06:54 PM | Show all posts

Manusia dan Hipokrit

Pernahkah anda terbaca statement yg dikeluarkan oleh seorang lelaki atau wanita yang ingin pasangannya tidak hipokrit? Satu statement yg sangat memualkan. Manusia sebenarnya adalah makhluk dimana 90% adalah hipokrit.

Sebagai contoh, seorang wanita yg berpakaian seksi, suka bersosial dan berwatakan kasar ingin mempunyai pasangan yg beriman, jujur dan tidak hipokrit. There's something so wrong somewhere in her statement. How can a woman so negatif attracts someone who is positif? These senario also goes out to the men...

A man, who likes to drink, a party animal, sleeps around a lot would like a girl who stays at home, virgin and nice. What a crap of bull...

Jadi, berhati-hati dengan perkataan-perkataan yg dikeluarkan oleh pasangan atau bakal pasangan anda. Boleh dikatakan percakapan manusia, samada lelaki atau wanita 60-70 percent bull#...

Sekiranya anda suka memberi statement yg anda " Tidak suka orang hipokrit", hentikan lah, anda sebenarnya adalah seorang hipokrit terbesar sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2007 07:08 PM | Show all posts
ifan~
ya..i agree with u..my friend tu not brave enough to do so...tp yg i eran gurl tu pun satu..yg tetibe g trima..hihi  neway kan, my fwen nie jauh lebey baek dr tunang gurl tu..dr segi segalanya. he gots good job,good salary..good looking..   tp, die kata masalah die adalah, bapak gurl tu saket jantung. so die takut bapak die terkejut kang..syok anafilatik laks..hehe    so camner??!!!   tat gurl pun suruh die lupakan kisah mereka..tp die yg tamo..die rasa sayang sgt kt tat gurl..ahaha  huhu...mcm mana die nak g jupe family gurl tu kalau gurl tu pun dah suruh lupekan die..huhu..macamana tu??:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 09:07 AM | Show all posts

Reply #600 ifanonline's post

ifan...
apa makna cinta kalo kita terseksa....
apa makna cinta kalo kita sering berendam air mata...
Ianya terlalu myeksa hati.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2007 11:11 AM | Show all posts

Reply #602 _hypo_lithium's post

sebenarnya that girl adalah 'orang tengah' atau 'medium' utk kawan u tu berjumpa dgn bapa that girl...kalau that girl tak izin kan..it is not polite tu push people, lebih2 lagi kalau orang tu kita dah tak suka...kalau nak jumpa jugak, convince that girl as much as possible yg dier still love her, would take care of her...gf dier ibarat penjaga toll...kalau toll tak bayar...pemandu takleh masuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2007 11:16 AM | Show all posts

Reply #603 polaris_girlz's post

kadangkala cinta memerlukan pergorbanan,
kita perlu menjaga cinta dan bukan cinta menjaga kita,
kasih sayang perlu disemai dan dipupuk,

that's why i like the words below,

Indah Bukan Rupa
Harum Bukan Bunga
Manis Bukan Gula
Panas Bukannya Bara
Cinta kan tetap Cinta

that's how you suppose to feel like when you're in love....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 03:31 PM | Show all posts

Reply #605 ifanonline's post

camni ifan...
dl (tahun lepas) pola pernh putus cinta..
giler gak lah pastu.....skang pola dah leh bangkit setelah jatuh..
dan skang pola dah ada pon ada pengangti...
pengangti nyer tu punyer sifat N cara yg sama lebih kurang cam X pola dl..
mungkin ianya kebetulan....
Pola syg sgt kat dia....walaupun hbgn kami masih sgt2 baru...
tp pola xleh/susah nak trima cara dia bcinta....cara dia tu wat pola rs sakit sgt...(**dah la hubungan suam2 kuku...)
cara dia tu sama cam cara xbf pola wat kat pola dl....terseksa sungguh...
rasanyer cam xsanggup nak lalui sutuasi yg sama tuk kali ke-2..

apa pola nak buat skang....
pola dah letih nak mnangis kerana benda2 camni :cry:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2007 05:06 PM | Show all posts

Reply #606 polaris_girlz's post

Pola sepatutnya lebih arif dalam mengharungi hubungan dengan lelaki baru tersebut. Pisang sepatutnya tidak berbuah dua kali. You should know better what you want and what you don't want...dengan cara itu, pola tidak sakit hati dan pasangan akan lebih memahami kehendak pola...

Cuba pola renung balik knp pola sakit hati dan ape puncanya? Maybe you can start from there...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 11:45 PM | Show all posts
ifan..lah thn gaks eh..jwpan2 u dlm benang nieh..   nie meti biase bercinta or pemerhati org2 bercinta..n rasenye u nieh seorg yg perfectionist n cerewet sikit  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2007 12:07 PM | Show all posts

Reply #608 _hypo_lithium's post

sebagai seorang jejaka yang normal...saya pernah mengharungi turun naik dalam perhubungan...sebagai manusia biasa, saya juga tidak lekang dari melakukan kesilapan...we try and improve ourselves, dalam membuat improvement tu, kita kena bersyukur dengan apa yg kita ada...

saya bukan seorang yg perfectionist sangat, but more towards accomplishing that territory...soal cerewet tu, mungkin skit-skit kot...hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 12:25 PM | Show all posts
ifan..

Bf pola xmo ngaku kat kengkwn dia yg dia dah ada awek....suka bpurak2 cam singLeee....pola kecikk ati sungguh :cry:
Apo moo buat..:cf:

sejak kapel ni manyak lak masalah....sume nyer jadi complicated..dl xde lak camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 12:54 PM | Show all posts

Reply #610 polaris_girlz's post

pola,
orang lelaki, selagi tak kawin...selagi itulah dia single, kadang2 tu orang kawin pun mengaku single...hehe

you should play along with his attitude and see how is the outcome, kadang2 tu dier saje2 nak begurau tapi u pula ambil hati....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 02:41 PM | Show all posts

Reply #611 ifanonline's post

dia mmg xmo org lain tau.....pola kenal kwn2 dia...
kena main sorok2 lak :cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2007 09:34 PM | Show all posts

Grab Someone Who Has Potential

Potential...potensi dalam bahasa melayunya, setiap benda mempunyai potensi. Saya ambik sebuah syarikat sebagai contoh. Syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik, kewangan yang kukuh, kakitangan yang berdisiplin dan sebagainya, mempunyai potensi yang besar untuk berjaya.

Walaubagaimanapun, potensi sahaja tidak cukup untuk bergerak maju kehadapan. Potensi perlu diiringi dengan usaha dan kesabaran yang berterusan.

Saya ambik contoh di atas untuk mengaitkan dengan pasangan yang kita pilih. Seseorang lelaki atau wanita yang ingin pasangannya yang terbaik, perlu memilih pasangannya yang mempunyai potensi. Mungkin sesetengah daripada kita melihat potensi dalam bentuk yang berbeza....sebagai contoh, seorang graduan wanita atau lelaki yang baru sahaja habis belajar di universiti mempunyai potensi untuk maju kehadapan dalam hidupnya. Walaubagaimanapun, sekiranya graduan tersebut malas atau complacent dalam hidupnya, mungkin potensi yang kita sangkakan itu dalam dirinya cuma potensi sementara sahaja.

Salah satu contoh lagi, seorang petani muda...sekali pandang tidak mempunyai potensi atau masyarakat memandang rendah terhadap potensinya, dengan masa, pemuda ini berjaya membuka berhektar-hektar ladang dan menjadi seorang petani yang berjaya. Dari firasat anda, adakah anda ingin graduan yang pemalas atau petani yang berjaya?

Setiap orang mempunyai potensi, tidak semestinya tidak ada 'paper qualification' bermakna tidak ada potensi, mungkin kepakarannya adalah dalam bidang lain selain pelajaran.

Lelaki juga perlu melihat dalam diri wanita samada dia mempunyai potensi atau tidak. Sebagai contoh, wanita graduan, rupa yang menarik, kerjaya yang hebat tetapi apabila berumah tangga, tidak mahir dalam mengurus rumah tangga, tidak pandai masak dan sebagainya...disini kita dapat melihat wanita tersebut tidak mempunyai potensi.

Sesuatu nilai-nilai potensi itu adalah perlu dilhat dalam jangka masa panjang, adakah potensi seseorang itu boleh bertahan dalam jangka masa panjang? Kalau tidak, anda perlu mencari seseorang yang ada potensi itu.

[ Last edited by  ifanonline at 28-7-2007 09:13 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 05:17 PM | Show all posts

Pasangan Yang Bahagia

Example of a life long partner...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 05:19 PM | Show all posts
Part 2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 05:21 PM | Show all posts
Mahathir and Hasmah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2007 05:23 PM | Show all posts
Loving Couple...



All the picture above brings a thousand meanings...just imagine how Tun Hasmah sacrifice her love to Tun Mahathir by giving the former PM to the people...I remember reading her quote: "Thank you for giving my husband back to me..." after Tun Mahathir resign from the premiership...20 years of waiting...i can say that it is truly true love...

[ Last edited by  ifanonline at 1-8-2007 05:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:24 AM | Show all posts
Ifan...saya tertarik dengan ulasan yang diberikan. Boleh ulas sket tentang soalan saya yang melibatkan masalah saya nie??

1) Bolehkah seorang lelaki melupai cinta pertamanya yang dikhianati (tetapi dia sayang giler kat ex dia) setelah bercinta dengan saya?

2) Baru 2 bulan kenal, lelaki ini menyatakan ingin mengahwini saya dan sanggup mengikut saya pulang ke kg untuk bertemu keluarga. Masalahnya hubungan kami masih baru. Sebenarnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan ex dia akhir tahun ini, tetapi hubungan mereka putus pertengahan tahun ini. Sebab itulah dia ingin meneruskan niat dia tu setelah mengenali saya. Bolehkah kalau saya katakan dia masih mengingati ex dia?

3) Setiap kali kami berbual, dia mesti sebutkan tentang ex dia.. Lebih kepada kecurangan ex dia. Saya pernah berkali2 bagitau dia, saya tidak suka dengar dia bercerita tentang ex dia, sebab bagi saya, semakin disebut, semakin diingati.Tetapi dia mesti 'terkeluar' juga topik ini. Katanya dia mempercayai saya, sebab itulah dia ingin meluahkan segala perasaan kekesalan dia terhadap ex dia pada saya, sebab dia dah lama pendamkan seorang diri. Bukankah ini menunjukkan dia masih lagi mengingati & menyayangi ex dia?

4) Dia seorang yang setia, dan sangat terkilan apabila cintanya dulu dikhianati. Dia nyaris2 putus asa dan hampir gila disebabkan kecurangan ex dia. Tetapi apabila mengenali saya, dia kata bagaikan mendapat nafas baru..Masalahnya dia selalu mengeluh kenapa ex dia curang,sedangkan dia setia giler. Apa yang ex dia inginkan lagi selain cinta seorang lelaki yang setia..Baru2 ini, ex dia ingin kembali pasanya. Saya beri peluang pada dia untuk terima semula ex dia, tetapi dia tak nak. Katanya dia menyintai saya dan nekad untuk berkahwin dengan saya..Kalau nak kahwin dengan saya, kenapa masih mengeluh tentang ex dia?

5) Dia pernah mengakui, semasa bercinta dengan ex dia dulu, dia menyayangi ex dia lebih dari dia menyayangi dirinya sendiri. Sekarang dia berasa sangat sakit hati apabila ex dia curang.Sebab sakit hati itulah dia tak boleh kembali kepada ex dia.Bolehkah saya mempercayai dia? Yelah, dia kan seorang yang setia giler, tup2 baru jek berpisah dengan ex dia (lebih kurang seminggu), terus menjalinkan hubungan dengan saya pulak.Katanya dia dah lama makan hati dengan perangai ex dia.Dia pernah menyatakan pada saya: "Kawan saya pernah bagitau, jangan terlalu menyintai seorang perempuan, sebab apabila berpisah nanti kita akan terlalu membencinya".

Saya tak faham la dengan perangai lelaki nie... Adakah dia masih menyayangi ex dia, atau sudah melupakannya? Kalau masih menyayangi ex dia, kenapa tidak menerima ex dia apabila ex dia ingin kembali kepadanya? Kalau dia menyayangi saya, kenapa asyik sebut2 tentang ex dia pada saya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 09:44 AM | Show all posts

Reply #618 Eastern's post

Hye Eastern,

Ada sesetengah lelaki kalau bercinta, bagai nak rak, memang setia habis dan sanggup berkorban demi pasangan. Ada pula lelaki yang bersikap buaya darat, kaki perempuan dan tidak setia pada pasangan. Jangan dikatakan lelaki bujang, lelaki yang sudah berkahwin pun kadangkala bersikap tidak setia.

Sukar untuk kita mengukur kesetiaan seseorang. Kita hanya dapat melihat kesetiaan seseorang melalui perbuatan atau tingkah lakunya. Jarang sekali kesetiaan terbit dari mulut dan kata-kata.

Dalam luahan hati saudari, lelaki yang meminati saudari masih teringatkan pasangan lamanya. Berikan sedikit masa untuknya bagi melupai kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah dilalui oleh dia dan pasangannya. Cinta yang dimusnahkan melalui kecurangan akan mudah dilupakan walaupun hubungan tersebut dijalin bertahun-tahun lamanya.

Lelaki yang meminati Eastern mungkin seorang yang tidak banyak bercakap atau pendiam. Kebanyakan lelaki akan bersikap berdiam diri sekiranya masalah peribadi mencengkami mereka. Tetapi, dia sanggup meluahkan perasaan sedih kepada Eastern. Ini menunjukkan dia serba-sedikit mempercayai kejujuran dan kesetiaan Eastern.

Walaupun dia masih menceritakan kenangan lamanya kepada Eastern, saudari harus bersabar dengan karenahnya buat sementara waktu. Mungkin hatinya masih terluka akibat perbuatan curang kekasihnya dahulu. Kita tidak tahu, mungkin kekasihnya dahulu adalah cinta pertamanya. Selalunya cinta pertama sukar dilupakan. Seperti pepatah 'first impression last for a life time'.

Seseorang lelaki atau wanita tidak akan melupakan cinta pertamanya. Bibit-bibit kenangan akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Tetapi, cinta-cinta seterusnya akan lebih bermakna kerana dicampuri dengan sikap bertanggungjawab, pengorbanan dan kesetiaan. Cinta bukan sekadar berseronok, berhibur, peluk-memeluk dan sebagainya. Love comes with a responsibility. Cinta tiada bezanya antara lelaki dan wanita. Tetapi, bagaimana kita meluahkan rasa cinta itu adalah yang terpenting.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 06:28 PM | Show all posts

Manusia Tetap Manusia

Dalam kehidupan ini, sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari kesilapan. Bukan sahaja kesilapan, manusia tetap akan menjadi manusia. Tiada manusia yang mempunyai keajaiban luar biasa. Manusia mempunyai perasaan. Perasaan itulah yang membuat kita hidup. Feelings makes us alive.

Drama-drama yang berlaku didunia ini adalah disebabkan perasaan manusia. Manusia mempunyai perasaan dengki, hasad, cemburu, marah, cinta, sayang dan sebagainya.

Dengan perasaan-perasaan ini lah kita harus melakukan yang terbaik semasa kita masih hidup di bumi ini. Life is short. Tapi kita harus ingat, walaupun pendek, we have to make the best out of it.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.623908 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list