Bahan-bahan:((BURASAK)) Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya, garam secukup rasa. Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau). Cara-caranya: Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan. Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api. Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.
Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)
Sila ikuti panduan gambar untuk membungkus buras.
Cara mengikat buras: Susun bungkusan bertiga-tigaatau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung kehujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satuteruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ dibahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semuaberas siap dibungkus. Buras hampir siap.
Memasak buras:
Rebus buras selama 1-3 jam..Lagi sedap kalau 7 jam. (sebaiknya direbusdalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak,keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas (Nasu Likku). Sure brasap punya…
Selamat mencuba.
Sumber : puadede.com