CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-8-2010 11:30 PM | Show all posts
betul2 keballah budak dian ni kan...
bb_75 Post at 21-8-2010 22:20



dia dah menuntut tu   ilmu tahan godaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2010 11:41 PM | Show all posts
Reply 601# ariellin

menuntut dgn ariel 2....
bagus3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 12:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 23:20

Hujan lebat turun mencurah-curah.  Petir dan kilat saling sabung menyabung.   Aku bangun dari katil, menarik langsir di tingkap.
Kemudian aku baring semula.  Macam mana Naim agaknya, dah kebah ke belum demam dia?  Hati tertanya-tanya.

Aku bangun.  Dengan berbungkus comforter, aku melangkah menuju ke bilik Naim.  Oh...tidur rupanya. Mungkin kesan akibat makan ubat tadi.

Aku jalan terjungkit-jungkit.  Duduk bersila di hadapannya.  Mata menjelajah memandang wajah tengkujuh yang bertuah ni.  Bibir dia merah menyala, mungkin suhu badan yang panas agaknya.  Hidung dia yang mancung terletak cantik.  Bulu mata dia, sempurnanya ciptaan Tuhan yang satu ni.  

Tiba-tiba Naim mengeliat.  Aku pegang dahinya.  Aku sapu peluh dengan tapak tangan.  Comforter yang menyusahkan pergerakan, aku letak di lantai.  Aku betulkan selimut Naim.  

Entah bila, baru aku perasan yang Naim dah buka mata.  Tersenyum memandang aku.  Alamak...cepat-cepat aku selubung dengan comforter.   Mana boleh bagi dia tengok wayang free.  

Cuaca yang sejuk diluar tak mampu nak mendinginkan aku yang tiba-tiba rasa hangat.  

"Aku saja melawat.  Dah..tidur..good night..", terkedek-kedek aku melangkah keluar.

"Dian Juwita", suara serak itu memanggil aku.  

"Ya?  Lapar ke?", dia gelengkan kepala.

"Peluk saya..please..", hah !! permintaan apakah itu?  Dia buang tabiat ke?  Aku garu kepala yang gatal dengan tiba-tiba.

"Please sayang...", aduh...berat sungguh permintaan mu itu wahai kekanda.  Namun...

"Ya lah..peluk aje tau..", amaran keras aku keluarkan.  Bukan apa, sejuk-sejuk ni takut terlajak aje sementelahannya dalam hati aku ni macam dah ada bunga-bunga cinta.  Saja aje aku tak nak tunjuk.  Konon jual mahal.

Dengan comforter yang menyusahkan, aku datang dekat pada dia.  Muka memang mintak kasihan sungguh lah.  Mujur lah aku ni berperikemanusiaan, Naim oi..

"Thank's..", Naim ucap ayat itu saat aku dah ada disisinya.  

Aku tenang begini biarpun debaran semakin kuat.  Perasaan aku ni macam dah berpusing tiga ratus enam puluh darjah.  Sudah tiada lagi rasa suka terhadap Fazdwan.  Lepas dapat tau pengirim bunga tu Fazdwan, aku terus humban semuanya di dalam tong sampah.  Kenapa ya??

"Sa..saya sayang awak..", aku bungkus muka dalam comforter.  Jangan bagi dia nampak muka aku yang blushing-blushing ni.  Malu.  Ya lah...ingat senang ke nak berjiwang-jiwang ni.  Letih tau..terpaksa kumpul kudrat sebanyak mungkin.  

"Apa?", Naim terus duduk.  Cuba menarik comforter yang aku pegang kuat.  Tapi sebab dia demam, jadi aku lah yang menang dalam acara tarik menarik comforter tu.

"Jangan tengok.  Malu", aku jerit.  

Aku dapat rasakan pelukan dia yang erat itu.  Namun, tiba-tiba pelukan itu semakin longgar.  Dia dah tidur agaknya.  Fuh!! Selamat...

Aku jengahkan muka di sebalik comforter.  Memang sah dia tidur.  Hati jadi nakal.  Bila nakal, kena ada sifat berani.  

Walau pun rasa malu, aku gagahkan diri cium pipi dia.  Lepas tu, aku cium hidung dia.

Menyesal pulak tak cium dia dari dulu.  Macam dibutakan pulak pancaindera aku yang satu ni.  Terlambat untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang gagah, sasa dan kacak di depan mata.  Hik hik hik, hati sangat gatal malam  ini.

Dan tidak semena-mena, Naim buka matanya.  Aku ternganga.  Grrrrr....

Dia senyum meleret.   Tengok tu, lesung pipit dia..

"Betul dah sayang?", dia tanya aku.  

Malas nak jawab, aku angguk laju je.  Janganlah tanya lagi..hati merayu.

"So...??", dia senyum gatal.  Aku buat tak faham.  Hujan masih mencurah laju di luar.

"So what?", aku tanya dia pulak.  

Aku biarkan dia..

"Chupp !!",

"Apa lagi, sayang...",

"Emmm...kita gini-gini je lah dulu...", dah macam budak-budak pulak rasanya.  Aku harap dia faham.

"Alamatnya sampai tualah kita gini-gini", ada nada kecewa. Aku tahan ketawa.  Nak buat macam mana, perasaan ni baru aje nak bercambah. Bukan aku nak lari dari dia pun.  Kalau ikut rasa di dalam ni, malam ni jugak aku terkam dia.  Tapi tak boleh.  Aku tak nak terburu-buru.  

"Jadi, postponed lagi lah ni?", aku angguk kepala.  

"Okey lah...kita tidur.  I love you..", dia bisik perlahan di telinga.  Lampu di sisi di padam.

Terima kasih, Naim...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 06:08 AM | Show all posts
wow dian da nk jd seorang istri da tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 09:40 AM | Show all posts
assalamualaikum & monin
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 09:40 AM | Show all posts
sukanya banyak n3...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2010 09:41 AM | Show all posts
syukurlah hati dian da terbuka...
berbaloi naim kerahkn seluruh jiwa & raga nak pikat dian
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 09:43 AM | Show all posts
Reply 597# ariellin


kalo cam tu bg happy ending
jelesnya la aku dgn ko ni berputar2 di jln tar,
be careful je, kang kena senggol dgn mamak jual kain tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2010 10:30 AM | Show all posts
terbuka jugak hati dian akhirnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:37 AM | Show all posts
salam uols...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 10:46 AM | Show all posts
salam ariel...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:47 AM | Show all posts
salam ariel...
bb_75 Post at 22-8-2010 09:46



salam
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 11:07 AM | Show all posts
berbaloi-baloi segala usaha naim selama ni..terbuka juga pintu hati dian juwita akhirnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 11:15 AM | Show all posts
berbaloi-baloi segala usaha naim selama ni..terbuka juga pintu hati dian juwita akhirnya
asnita Post at 22-8-2010 10:07


akhirnya   stlh penat merayu meratap mencumbui segala
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 11:31 AM | Show all posts
dah baca 1st page tadi... tak nak sad ending harap2 happy ending la airell...next2 n3
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 11:37 AM | Show all posts
salam n morning ariellin
nak n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2010 11:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 22-8-2010 10:50

Aku tunggu di depan kilang.  Menunggu pujaan hati untuk datang menjemput.  Dah hampir pukul tujuh malam.  Tapi kereta sport kaler merah cili tu masih tak kelihatan.

"Hei Ju, kenapa tak balik lagi?", sergah Miss Wong.  Agaknya dia terkejut melihat aku masih disini sedangkan aku keluar awal dari  office.

"Tunggu my husband.  Dia kata nak ambil di sini.  May be jammed..", aku menyedapkan hati.

"Nak I teman You ke?.  Sudah gelap loh.  Bahaya", memang kat sini bahaya sikit sebab gelap.  Pakcik guard pun bukan boleh percaya sangat.

"Tak pe lah, You balik lah Miss.  Lagipun Rashid ada tu", tangan terarah kepada Rashid, mamat Bangladesh yang mengawal pada malam ni.  Rashid yang selalu tersenyum dan ramah.  Baik hati pulak tu. Dia tinggalkan anak isteri di Bangladesh semata-mata untuk mengubah kehidupan mereka di sana.  

Dari berdiri, aku duduk mencangkung.  Penat.  Yang si Naim ni pun satu hal, telefon lah dulu.  Walau pun telefon aku ni cuma model Nokia 3310, tapi masih berfungsi lagi, tau.  Boleh terima panggilan masuk lah.  Mesti dia pandang rendah pada telefon aku, hati mula buruk sangka.  Ishhhh..Dian Juwita, kalau arwah ayah masih ada, mesti dia marah.  

Tak lama kemudian, sebuah kereta menjalar masuk.  Aku berdiri kembali, menepuk-nepuk seluar.  Mana tau ada pasir atau kotoran yang terlekat.

Eh...bukan Naim.  Siapa pulak ni.  Kepala tertinjau-tinjau melihat tuan punya kereta.  Mungkin nak jumpa orang lain agaknya.  

"Fazdwan..", buat apa dia kat sini?

Dia datang menghampiri.  Membawa sejambak bunga.  Lagi !!  Kenapa aku tak rasa apa-apa bila tengok dia?  Kemana pergi semua perasaan itu?? Oh lupa...semua perasaan yang ada dalam tubuh seorang Dian Juwita kini, hak milik Naim Najman Naufal.  Dia yang menggetarkan dada seorang perempuan bernama Dian Juwita.  

"Untuk awak..", dia hulurkan bunga sambil tersenyum manis.  Aku pandang dia tanpa menghiraukan bunga itu.

"Awak tak suka?", diia tanya bila aku tak beri sebarang respon.

Dalam hati berdoa agar Naim cepat sampai menyelamatkan aku.  Menyelamatkan hati aku.  Yang Naim ni pun satu, tak boleh telefon ke kalau tak boleh nak ambil aku.  Pagi tadi dia yang offer diri nak ambil aku balik dari kerja.  Menyampahnya.  Kalau dia kat depan aku sekarang ni, aku tumbuk-tumbuk tulang rusuk dia.

Dan, sebuah kereta lagi menjalar masuk.  Parking molek di belakang kereta Fazdwan.  Kami menoleh.

Naim!!  Dia ni dari mana?  Bukan dari office lagaknya sebab dia berseluar jeans dan t-shirt polo kaler merah.  Rambut terpacak-pacak, tempat yang paling sesuai untuk sang cicak membunuh diri akibat frust menonggeng.  Namun sangat merembeskan hati perempuan aku.  Terasa macam nak berlari-lari dapatkan dia.  Oppss...

Dia menghampiri kami.  Tersenyum memandang aku.  Sebuah kucupan singgah di dahi.  Aku tau reaksi Fazdwan yang terkejut melihat aksi mesra-mesra kami berdua.  

"Sorry sayang...lupa nak bagitahu yang hari ini abang ke Johor, tengok projek di sana.  On the way balik, highway jammed", Naim beri alasan tentang kelewatan dia.

"Hei Fazdwan..lama tak jumpa.  Lupa nak kenalkan, again, Dian Juwita, my beloved wife", aku dengar Naim tekankan perkataan 'my wife' itu sambil memeluk pinggang aku erat.  Terkebil-kebil mata aku memandang Naim yang sedang merenung tajam Fazdwan di hadapannya.  

Fazdwan merengus.  Bunga di tangan di buang.  Mengaum bunyi kereta itu berlalu meninggalkan kawasan kilang.

Naim pandang aku tepat.  Dia pegang tangan aku.

"Lambat...maghrib nak habis..", aku hentak kaki perlahan.

Dia peluk aku erat.

"I miss you..", perlahan ucapan itu keluar dari mulut Naim.  Rindu ke dia?  

"Jom...kita ke masjid dulu, then dinner..".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 11:40 AM | Show all posts
salam n morning ariellin
nak n3
arieyana Post at 22-8-2010 10:37


salam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 11:42 AM | Show all posts
xpuas la tuan rumah...
tepeklah byk2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 11:45 AM | Show all posts
xpuas la tuan rumah...
tepeklah byk2
amandaatika Post at 22-8-2010 10:42



ko saja dengki kat aku kan  
ko siap..aku p umah baru ko tu..buat onar di situ :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044567 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list