CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Syd

[Merged] Norman masih lagi BERHUTANG hantaran kawen dengan Abby

  [Copy link]
Post time 18-9-2010 01:18 AM | Show all posts
norman ni dr segi 'mani' xde masalah aku rasa
cuma dr segi 'money' yg banyakkkkkkk sgt masalah
hih ...
PoSh78 Post at 17-9-2010 14:00



i like
mani mmg banyk sampai merembes ke toto basah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2010 01:23 AM | Show all posts
iols pon sokong abby..
utang tetap utang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 01:31 AM | Show all posts
hahhaa...
tu la retis, kawen nk gah..hantaran nk bo0o0m..
last2, hutang ja suma tuh..wat malu ja..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 02:08 AM | Show all posts
Reply 590# FraidyCat

tak tahu la kalo dia bangkitkan isu duit kenduri kahwin jugak. tapi apa yg keluar kat akhbar adalah dia nak norman bayar duit hantaran. dan dah banyak kali jugak dia explain yg tuntutan dia nih, bukan baru2 ni aje dia mintak, tapi dah lama dah. cuma dulu dia tk ckp yg duit hutang tuh adalah duit hantaran. dia cuma kata dia nak norman bayar balik apa yg tertunggak. cuma baru2 ni je baru kita semua tahu duit tertunggak yg dia maksudkan tuh adalah duit hantaran. lagi satu, dia da berkali jugak kata, kalo dorg tkde anak2 mmg dia tak tuntut. sebab yg dia tuntut duit tuh skrg adalah untuk perbelanjaan untuk sara anak2 dia yg 3 org tuh. jadi kenapa ada yg masih asik2 kata kenapa baru skrg dia nak ungkit. padahal abby da lama ungkit si norman suh bayar apa yg tertunggak. cuma dulu media tak tulis yg duit tuh adalah duit hantaran je. skrg semua org da tahu duit tuh adalah duit hantaran, barulah story jadi hangat sikit kan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 02:20 AM | Show all posts
bagi aku laaa... kalo tk mampu nak wat kenduri kawin
buat kecil2an sudah laa... mcm kat mesjid ke
...
guesswho09 Post at 17-9-2010 23:58


ni akak takmo bela sapa lah eh.. akak just nak bukak matapelajaran history dan adat istiadat kejap hik hik..

actually kan dik, asal kenapa ada adat duit hantaran dalam adat masyarakat melayu adalah sebab untuk memberi ruang pihak lelaki membantu dalam hal ehwal perbelanjaan kenduri kendara di rumah pihak perempuan.. itu adalah sebahagian dari bantuan yang diberikan kepada mak ayah / pihak pengantin perempuan tu untuk mengurangkan bebanan mereka..

Yang menjadi hak mutlak pengantin perempuan pada hakikatnya hanyalah duit mahar / maskahwin saja.. cuma memang orang zaman sekarang ni ramai yang budak perempuan tu sendiri yang ambik duit hantaran tu.. tu terpulang lah kan.. tapi asalnya hantaran dalam adat melayu bukan untuk pengantin perempuan, hantaran adalah untuk digunakan dalam hal ehwal kenduri kendara.

Dalam masyarakat Kelantan pulak, keseluruhan pemberian menjadi mahar, sbb tu pihak pengantin perempuan yang ambil semua..

mudah saja.. kalo yg mampunya hanya mahar, maka berilah mahar saja setakat yg dipersetujui.. tapi orang zaman sekarang dah terbalik lah kan.. hantaran dah jadi alat bermegah-megah.. dan pengantin perempuan pun dah menganggap keseluruhan hantaran tu hak milik mutlak dia pulak (ni excluding kalo mak ayah tu lebih dari mampu lah kan )
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 03:20 AM | Show all posts
Reply 590# FraidyCat


    Did u not read the article carefully? It's still janji Dan org Islam dipegang pad a janji. You mentioned statute of limitation atas Tuntutan mengikut undang-undang. Dimahkamah Allah , Ada statute of limitation ke?! She has every right to claim what she was promised, and I don't think anyone should question her on that. If u r a woman dan take kisah duit hantaran bayar ke tak, that's up to you. But I my self would insist on being paid. Whatever is her motivation for claiming this now, it doesn't matter, it is her hak to claim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2010 03:23 AM | Show all posts
ni akak takmo bela sapa lah eh.. akak just nak bukak matapelajaran history dan adat istiadat kej ...
antiQue Post at 18-9-2010 02:20



    betul tu. saya setuju. sebab tu hantaran ni selalu banyak berkait juga dengan harga barang. naik harga barang, maka naiklah harga hantaran. kan ke duit hantaran ni selalunya terpulang pada famili bila nak. ada yang minta separuh dulu untuk uruskan persiapan kenduri, separuh lagi masa hari langsung. tapi kalau tak jadi kawin, putus tunang ... duit hantaran tu selalunya dipulang balik kat lelaki melainkan dihalalkan oleh pihak lelaki.

pastu belum lagi sumbangan cash dari para tetamu. ada sesetengah orang bagi pada pengantin untuk mulakan hidup baru dan ada juga yang gunakan duit tu untuk tampung apa yang tak cukup dari belanja kenduri tu.

so kalau pengantin perempuan nak ambik semua duit hantaran tu ... sila bagitau pada bakal suami untuk convert jadi mas kawin. masa tu sapa pun tak berhak lagi ke atas duit tu. joli sakanlah sorang2 beli barang kemas sampai berkoyan2 dan kalau lelaki tak boleh bayar, dia boleh tuntut sebab memang hak mutlak dia, tak macam hantaran.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 03:46 AM | Show all posts
Bayo je la normiang.. Rm11k patutnye celah gigi je bg ko hero idaman malaya khannn? Kalo dah janji awal2 nak bayo tu tunaikan je laa.. Sampai bila nak berlakon lupa2 ingatan khannnn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2010 03:48 AM | Show all posts
Ini pun nak kecoh bikin gempar satu Malaya je...yang malu ialah Melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 04:58 AM | Show all posts
drama lagi pasangan ex laki bini ni...hermmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 05:46 AM | Show all posts
lain negeri lain cara kotkwn2 utara mawar ckp,duit hantaran tulah duit kenduri
mawar_pinky Post at 17-9-2010 22:50

AKU ORG PERAK. hmmm...masa sepupu2 aku kawen, ini la yg aku dgr makcik2 aku ckp. sbb tu nilai hantaran based on rega barang semasa. lets say kos keseluruhan kenduri pihak pompuan RM10k, tapi dpt hantaran RM8k, so yg baki RM2k tu pihak pompuan topup sendiri. mas kawen ye, mmg milik pompuan sepenuhnya.
tapi kwn2 belah pantai timur mawar lak ckp tmpt diorg, duit hantaran utk pengantin.duit kenduri lain
mawar_pinky Post at 17-9-2010 22:50

mujur aku pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 07:18 AM | Show all posts
aku paling suka bila abby ckp kt kemek jgn suka2 nak ngaku bersedia jd mak pd anak2 dia. kalau teringin sgt nak anak, beranak la sendiri, jgn amik anak org.

tp mslhnya aku ada terbaca yg kemek kata lom ready nak beranak lagikk..hahahaha..kemek..kemek..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 07:23 AM | Show all posts
kalau kat johor...

duit hantaran itu ialah hadiah pihak lelaki kepada pihak perempuan berdasarkan persetujuan bersama semasa bertunang. let say kalau lelaki setuju nak bagi 10k, duit 10k tu dia kena discuss dengan perempuan nak bagi time bila, sebelum nikah atau masa nikah sekali....

kalau family perempuan jenis BERDUIT, 10k tu depa terima time nikah sekaligus dengan iringan hantaran yang lain tapi kalau takde duit, 10k itulah yang depa akan guna untuk buat belanja kenduri termasuklah nak beli set bilik tidur

kazen aku masa nikah dulu, sesen pun duit parents dia tak keluar, belanja kenduri duit dia sendiri and duit hantaran somi dia kasi... dia bagi semua kat mak dia as hadiah jaga dan besarkan dia... aku terharu dengan kazen aku... banyak tu duit hantaran dia kasi mak dia semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 08:39 AM | Show all posts
Utang tak bayar lagi ada hati nak kawin lain? adui laa ~~ tapi sengkek sengkek Normiang ni ada gak garit dok tergila gila
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 08:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by natashism at 17-9-2010 15:00
persoalan yang timbul adalah kenapa abby bangkitkan soal duit majlis kenduri kahwin depa. apakah dui ...
FraidyCat Post at 17-9-2010 06:49



    Pada pemahaman aku pulak, Abby memang tahu si Normiang ni SENGKEK,
    tu yang NIKAH dibuat secara tertutup sebab normiang takda duit nak buat
    majlis. Malangnya, dapat dihidu reporter, jadi gempak. Timbul story fasal
    Abby dah janda sebab tu buat majlis tertutup walhal nak cover si Normiang,
    SENGKEK. Terpaksalah cakap, majlis sanding akan diadakan. Reporter keep
    on bertanya BILA?????????????????????????????????????????????????
    Terpaksalah dibuat majlis dengan menggunakan duit Abby dulu sebab time
    tu Normiang sengkek, tak berduit, sama macam sekarang, masih sengkek
    sampai tak sebut pun berapa hantaran si Memek. Kita akan tahulah berapa
    hantarannya, time dah cerai nanti........
    Berbalik kepada utang duit hantaran Normiang kepada Abby. Ai rasa, memang
    Normiang perlu BAYAR sebab duit tu untuk majlis bersama to COVER that
    Normiang is SENGKEK. Kalau tak buat majlis, semua orang akan bercakap,
    Normiang SENGKEK, harap je tayang macho and esnem, duit sekupang pun
    tarak. Mujur Abby coverline for him sebab cinta punya fasal. Sekarang dah
    putus cinta, HUTANG TETAP HUTANG, MESTI DIBAYAR.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 09:01 AM | Show all posts
Reply 608# natashism


money takde
MANI banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2010 09:03 AM | Show all posts
'Saya tak tertekan'
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]
2010/09/18

KUALA LUMPUR: “Saya tak tertekan dengan apa yang berlaku kerana tiada kena mengena dengan saya. Ia hal peribadi membabitkan mereka berdua (Norman dan Abby). Namun jika difikir secara logik, kenapa sekarang baru isu ini dibangkitkan?

“Kenapa dia (Abby) tak keluarkan kenyataan begini selepas bercerai dulu,” tegas Suhaiza Suhaimi atau Memey ketika dihubungi Harian Metro semalam mengulas dakwaan Abby yang mendakwa bekas suaminya itu masih belum melangsaikan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 sehingga sekarang. Abby menimbulkan isu itu menerusi akhbar selepas mendapati tiada cara lain boleh dibuatnya bagi menuntut haknya itu daripada Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamad Nor Hakim Zaidon, 34.


Memey yang kini bergelar tunang Norman Hakim dalam majlis serba meriah yang berlangsung di kampung halamannya, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi pada 13 September lalu, mempersoalkan tindakan Abby yang memilih cara kontroversi berbanding cara yang lebih berhemah.


“Kalau betul pun ia berlaku, selesaikanlah cara baik kerana masing-masing sudah dewasa dan matang. Cara yang dipilih Kak Abby sebenarnya bukan boleh menyelesaikan masalah tapi akan mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan menjadi bertambah kusut sekarang dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan.


“Saya sebenarnya tahu keadaan sebenar tapi tak berniat nak masuk campur dalam isu ini. Tak dinafikan saya agak terkejut apabila isu ini diungkit sekarang. Saya malas nak fikirkan sangat sehingga menjejaskan kerja seharian saya. Harapnya mereka dapat selesaikan masalah ini dengan baik,” kata Memey lagi.


Pelakon berusia 22 tahun itu berkata, sepanjang perkenalan dengan Norman dia kecewa kerana sering dilemparkan dengan pelbagai kata-kata tidak enak. Malah, dia tidak tahu apa sebenarnya yang diinginkan oleh Abby daripada Norman. Katanya, perkembangan terbaru ini sedikit menjejaskan menjejaskan keceriaan mereka setelah selamat bertunang.


“Dalam keseronokan kami mengadakan majlis yang penuh berkat tiba-tiba saja dikejutkan dengan berita ini. Kalau betullah jadi masalah, patutnya lepas bercerai dia cari Norman dan selesaikan terus, bukan bangkitkannya sekarang.


“Saya tengok abang Norman tak pernah sentuh pun hal peribadi dia dan dengan siapa dia berkawan, bila kena hal kami macam-macam pula yang dikatakan.


“Hendak buat macam mana lagi kerana lain orang lain caranya. Saya tabah menghadapi ujian ini dan takkan mudah melenting dengan apa yang berlaku. Pada saya hal-hal peribadi antara mereka bukan untuk didedahkan kepada masyarakat kerana nanti akan menimbulkan persepsi negatif pelbagai pihak. Orang luar tak faham perkara sebenarnya. “Hanya keluarga kami yang tahu cerita sebenar. Saya bersyukur kerana tengok abang Norman berada dalam keadaan tenang berdepan situasi ini. Cuma dia beritahu agak terkejut kerana di saat gembira dengan majlis pertunangan tiba-tiba dikejutkan dengan isu ini,” katanya yang dijadual mendirikan rumah tangga bersama Norman tahun depan.


Ketika dihubungi, Memey berkata dia berada di majlis rumah terbuka anjuran rakannya. Nada suaranya ceria membayangkan dia tidak tertekan langsung dengan apa yang berlaku. Dia memberitahu tidak terikat dengan jadual penggambaran drama dan sedang mencari tarikh yang sesuai untuk bercuti bersama keluarganya dalam masa terdekat. Bagaimanapun dia enggan memberitahu lokasi dan tarikh percutiannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 09:03 AM | Show all posts
diam sbb dah salah laaa..
apa lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 09:26 AM | Show all posts
malas nak percaya........... sebab dulu pernah bercerita pasal pagar rumah dia yang harga beribu-ribu tu........ tapi rupanya tipu...........
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 09:37 AM | Show all posts
malas nak percaya........... sebab dulu pernah bercerita pasal pagar rumah dia yang harga beribu-rib ...
chempaka_ku Post at 18-9-2010 09:26



khennn...dulu abby penah buat stetmen kata pagar umah die ghege riban2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:11 AM GMT+8 , Processed in 1.446994 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list