CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 23-4-2013 11:04 AM | Show all posts
TJ2 posted on 23-4-2013 11:01 AM
Telefon yang berderingmemecah keheningan malam. Dzariff terpisat-pisat membuka mata. Alahai! Siapa ...

salam...
tt, smbg pjg lg n3...
puas bace...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2013 11:05 AM | Show all posts

“Ya…”


“You ni Adam kan?”

“Bukan lah!”

“Apa bukti you bukan Adam?”

Dzariff mengeluh. Payah betul bercakap dengan orang tak faham bahasa melayu ni!

“Dan apa bukti you nak kata I ni Adam?”

Delia diam. Masih kedengaran esakan halus walaupun sesekali. Hanya Tuhan tahu apa yang sedang dia rasai sekarang. Andai mimpi tadi benar, mampukah dia untuk menerima kenyataan itu?

Namun satu yang pasti, dia amat terluka andai semua itu adalah kenyataan. Dia ada di hadapan mata tapi Adam hanya berdiam diri. Memandang tanpa kata. Apakah benar Adam memang sudah tidak mahukannya lagi?

Ah! Sakitnya hakikat yang perlu ditelan andai semuanya benar belaka! Delia pejam mata seketika. Nafas di hela. Perit terasa di dada.

“Memang I takde bukti tapi…”

“Tapi apa?”

“I ada rasa yang kuat dalam hati…”

Dzariff tertawa sinis. Rasa? Ikut rasa binasa nanti cik kak! Betapa ramai manusia di dalam dunia ini musnah hanya mengikut rasa hati. Jadi kenapa perlu untuk mempercayai rasa yang tak pasti?

It just so funny…”

“Tapi you memang Adam, kan?” Delia masih tidak puas hati. Jawapan yang dia perlukan hanyalah iya tau pun tidak!

“Kalau I Adam kenapa?”

I’m going to call off the wedding! Definitely!”

Batalkanlah! Bisik jahat hatinya. Dzariff senyum nakal.

“Gila! Ingat senang Ameer nak lepaskan you…”

So what?”

Dzariff mendengus kuat. Sabarlah wahai hati! Padahal dulu lagi dia dah pernah suruh Delia jangan menerima Ameer. Tapi perempuan itu degil. Kononnya nak jaga hati orang! Sudahnya sekarang nak berubah fikiran.

“Azreen…Dulu lagi I dah pernah cakap jangan kahwin dengan Ameer. Tapi you tak nak dengar. You degil. Konon tak nak malukan ayah long…”

“Itu cerita dulu!”

Last edited by TJ2 on 23-4-2013 11:15 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 11:07 AM | Show all posts

My dear, dulu atau sekarang…dua perkara yang sangat berbeza. Silap sikit pun boleh bagi effect yangbesar tau. Cuba you fikir balik! Ayah long dengan Ummi dah buat macam-macam preparation. Sanggup ke you nak malukan diorang? Lagi pun muka I dengan Adam kan tak sama.” Pujuk Dzariff lembut. Cuba untuk tidak marah-marah. Delia di hujung sana hanya diam membisu. “Jadi tak mungkin I ni dia…”


“Mana tau kalau you buat plastic surgery ke? Who knows?”

Dari berbaring kini Dzariff sudah duduk bersandar dikepala katil. Rasa mengantuk yang tadi beraja juga sudah terbang entah kemana. Panggilan dari Delia malam ini benar-benar di luar jangkaannya. Susah betul nak buat perempuan itu faham yang dia bukan Adam!

“Kalau I Adam, nak ke you kahwin balik dengan I? Sanggup you hidup balik dengan lelaki yang dah tinggalkan you bertahun-tahun lamanya?”

“I sanggup because I love you so much! And there must be a reason why you left me before, right?”

“Azreen…”

“You memang Adam I kan? You memang Adam kan, Dzariff?”

“Yes! I Adam. I memang Adam. Puas hati???”

Pertama kali dia tinggikan suara pada Delia. Sungguh dia tidak berniat tapi bila terus didesak hatinya menjadi panas tanpa disangka. Kesabarannya terus melayang entah kemana.

Delia dihujung talian terus teresak-esak. Airmata menuruni pipi tanpa dapat ditahan. Dan saat ini kesedihan semakin berganda bila Dzariff meninggikan suara padanya! Biar pun begitu berjuta soalan tetap berlega rdi minda. Apa, kenapa, bagaimana, di mana…Ah! Macam-macam soalan lagilah!

“Betulkan you memang Adam?”

“Yes! I memang Adam. Tapi Dzariff Adam bukan Dzikri Adam!!!”

Payah betul nak cakap dengan orang emosi ni! Padahal bukan takde mata nak tengok. Kan sah-sah muka aku ni tak sama dengan Adam. Hish! Apa pun tak boleh!

“Mana you tau nama penuh Adam? I tak pernah cakap dengan sesiapa selain Uncle Rashdan.”

Last edited by TJ2 on 23-4-2013 11:13 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 11:10 AM | Show all posts
Dzariff terperangkap dengan bicara sendiri. Terlalu geram hingga buatkan dia terlepas kata. Parah!Tanpa sedar tangannya menguak rambut yang sedikit berceramuk. Bangun tidur katakan!

“I…”

“Mana you tau?” Bentak Delia.

“You pernah bagitau…”

“Bohong!!! I tak pernah bagitau you.” Jerit Delia dihujung talian. Saat Dzariff menyebut nama penuh Adam, jantungnya seolah meletup kerana terlalu terkejut. Dia cukup yakin tidak pernah tersebut nama penuh Adam pada sesiapa. Jadi sangat mustahil untuk lelaki di seberang sana mengetahuinya.

“Suka hati you lah nak percaya atau tak!” Putus Dzariff.Tak sanggup rasanya untuk terus berbual dalam keadaan begini. “I rasa ada baiknya you pergi ambil wudhu’ dan solat. Mintak petunjuk dan ketenangan. Takde gunanya you nak menangis-nangis macam ni!”

Talian diputuskan tanpa mendengar jawapan dari Delia. Dzariff berdiri dan melangkah ke bilik air. Muka yang terasa panas dibasuh berkali-kali. Semoga mampu meredakan rasa yang sedang berkecamuk di dada
.  
Muka yang basah diraup. Dzariff mengeluh. Demi Tuhan dia tidak terlintas untuk memarahi Delia. Hanya kerana tidak punya jawapan buat persoalan Delia, darahnya naik mencanak-canak. Ah! Kejamnya aku! Bukannya dia tidak boleh untuk berterus terang tapi keadaan tidak mengizinkan dan dia sendiri masih belum bersedia untuk merungkai segalanya. Lebih menakutkan jika Delia bertindak di luar jangkaan.

Namun, dia sudah terlepas cakap. Walaupun cuma sekeping nama, kesannya pasti mendalam pada Delia. Malah mungkin akan berprasangka bukan-bukan. Dah lah esok merupakan satu hari yang sangat besar pada perempuan itu. Jangan Delia batalkan semuanya sudah!

Kenapalah dia perlu terlepas cakap di malam ini? Kenapa tak sebulan lalu? Atau 3 bulan lepas? Kenapa perlu sekarang? Kalau tak pasti semuanya lebih mudah dari hari ini. Ah! Semuanya kalau! Tangan dibawa ke kepala dan Dzariff picit dahinya yang terasa berdenyut-denyut.

Ya Allah! Permudahkanlah segalanya buat kami…

Last edited by TJ2 on 23-4-2013 11:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 11:14 AM | Show all posts
Ada lagi tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 11:19 AM | Show all posts
mawar65 posted on 23-4-2013 11:04 AM
salam...
tt, smbg pjg lg n3...
puas bace...

dh...
enjoice
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2013 11:20 AM | Show all posts
cegitu posted on 23-4-2013 11:14 AM
Ada lagi tak?

ni je n3 buat ari ni...
kita minum dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 11:22 AM | Show all posts
TJ2 posted on 23-4-2013 11:19 AM
dh...
enjoice

ok...
tenkiu tt....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 11:30 AM | Show all posts
menitik air mata dah ni..
sambung lagi TJ
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 11:44 AM | Show all posts
TJ2 posted on 23-4-2013 11:20 AM
ni je n3 buat ari ni...
kita minum dulu...

huhuhu ada masa smbg la lagiiii...nk tau sgt kisah nikah delia tuh...jd ke x....kan dah ckp...adam mmg ada kembar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:24 PM | Show all posts
Sian delia...dh mula berbelah bagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 03:54 PM | Show all posts
suria74 posted on 23-4-2013 11:44 AM
huhuhu ada masa smbg la lagiiii...nk tau sgt kisah nikah delia tuh...jd ke x....kan dah ckp...adam ...

xsmpt la suria...
TJ kena blk awl ari ni...



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:58 PM | Show all posts
bestnya kalau Delia tak jadi kahwin dgn Ameer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 04:13 PM | Show all posts
alamak.........tak sabar nak tunggu sambungan!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 07:27 PM | Show all posts
Semalam saya mengharapkan supaya jangan lah cerita ini menjadi terlalu skema Akan tetapi di hari ini dengan membaca kenyataan Delia bahawa Akan membatalkan pernikahan dengan Ameer andainya Dzariff itu Adalah her Adam menjadikan saya berfikir ia adalah the twist of situation. Instead of perkara berlaku melalui Ameer...Delia terlebih dahulu menyuarakan sesuatu.

Pastinya semua yang berlaku Ada hikmah Dan pengajaran di dalamnya and I do hope the ending nanti tidak lah terlalu skema...(predicted).
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
@TJ2 ... sanggup kita maraton membaca. Silah sambung cepat. Tak sabar nak tahu cerita selanjutnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
makin menarik citer neh..tp plis lah,biarlah delia dgn ameer..lgpun dzarif tu bkn adam..plisss!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 11:10 AM | Show all posts
xde sambungan lagik ker cite nye.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 04:07 PM | Show all posts
best lar citer ni...

tapi naper pilih dzariff

huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 04:17 PM | Show all posts
Bila nak sambung ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.684923 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list