|
[Tempatan]
USTAZ TERKENAL TANAHAIR SELAMAT NIKAH IISTERI KE 2
[Copy link]
|
|
axl_bach posted on 14-8-2013 11:25 AM
si Zehar Derus laaa yg masak kena lahar,cakap x serupa bikin.....tang org lain x comey xper mung b ...
kenyataan dia tu x comel x pe boleh tutup lampu aku rasa sangat menghina kaum pompuan, dah tu pengikut dia plak gigih la sharing kata "mutiara" dia tu kat fesbuk
hensem sgtkah dia tu, kalu ikut lojik bini baru dia tu haruslah tutup lampu waktu tuuut ngan dia kan
|
|
|
|
|
|
|
|
akughi posted on 14-8-2013 11:06 AM
kalo ustad idrus masing2 nak ucap tahniah la, rezeki dia la, jodoh dia la, ucap semoga berbahagia l ...
siapa kata ustaz Azhar tak kena kutuk masa kahwin baru hari tu? macam2 kata kurang sopan diluahkan oleh org2 yang ada penyakit hati ni...kalau ustaz azhar pun kena teruk, apatah lagi ustaz zaharuddin..Salleh Yaakob pun kena kata mcm2...sabar je lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 14-8-2013 11:16 AM
details pasal Ustaz Zaharudin di sini
[WAJIB BACA] Pendedahan Siapa Sebenarnya Ustaz Zaharudin aka ...
ni Zaharuddin Muhammad mana plak dah???scam nak ajak join MLM ke hapa nih??
org cakap pasal Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman aka UZAR
|
|
|
|
|
|
|
|
One two three four,
mutaah mutaah mutaah
Nafsu tak terbendung dengan alasan Jangan haramkan apa yang dihalalkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukanAlong posted on 14-8-2013 11:24 AM
adakah ko nak ckp semua org kawen sebab nafsu semata2... pelik sgt ke laki cinta 2 org pada masa y ...
Kawen 2 sbb apa? Mendidik? Membantu? Berdakwah? Amal soleh? Cer tgk isteri2 no 2 ustad2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun posted on 14-8-2013 11:37 AM
Muike die macam burung belatuk kayu
suker lerr tu bedah
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 14-8-2013 11:35 AM
Kawen 2 sbb apa? Mendidik? Membantu? Berdakwah? Amal soleh? Cer tgk isteri2 no 2 ustad2 tu...
perlu ke alasan lain kalau dia dah jatuh cinta ngan no2 dia tuh untuk kawen... mendidik , membantu, berdakwah tu confirm2 la akan jd tugas dia sebagai suami.. unless ko nak suami yg jenis biar je isteri wat suka2 hati .. |
|
|
|
|
|
|
|
Payung emas menanti di-akhirat untok isteri pertama ustad...... |
|
|
|
|
|
|
|
bukanAlong posted on 14-8-2013 11:39 AM
perlu ke alasan lain kalau dia dah jatuh cinta ngan no2 dia tuh untuk kawen... mendidik , membantu ...
Entahnya...aku ada gak jatuh cinta kat awek-awek comey lain tp since aku tak mampu, aku lupakan jer la. Kawin bukan seks sahaja. Cinta, kaseh sayang pun sama byk. Cinta dan kasih sayang lelaki amat besar...
|
|
|
|
|
|
|
|
abbyhoney posted on 14-8-2013 09:36 AM
“Islam memang menghukum suami yang berpoligami yang tidak adil. TAPI!!, Islam juga menghukum ma ...
Ustaz zaman who?
Tuhan kah beliau? |
|
|
|
|
|
|
|
cak! posted on 14-8-2013 10:28 AM
berapa byk dosa umpatan korang yek sampai 23 page
dorg semua ni dh byk sagt pahala ..
tu yg sedekah kan plak kat org lain.....
|
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 posted on 14-8-2013 11:31 AM
kenyataan dia tu x comel x pe boleh tutup lampu aku rasa sangat menghina kaum pompuan, dah tu peng ...
Kata itu tiada lah mutiara sangat dah banyak tahun lalu kata kata itu di ucapkan oleh Samantha Jones dalam siri sex and the city.
|
|
|
|
|
|
|
|
Vokuro posted on 14-8-2013 11:27 AM
Akak bimbo ke apa? Ini zaharudin mana? Pencelop faraj bersiri yg di perkatakan di sini zaharudin ...
hehe...sori sumer...baru perasan Ustaz Zaharudin ni org yg lain rupanya...
haha....mood raya le katakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Vokuro posted on 14-8-2013 11:50 AM
Kata itu tiada lah mutiara sangat dah banyak tahun lalu kata kata itu di ucapkan oleh Samantha Jon ...
so UAI nonton siri sex & the city kah
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach posted on 14-8-2013 11:33 AM
ni Zaharuddin Muhammad mana plak dah???scam nak ajak join MLM ke hapa nih??
org cakap pasal Ust ...
hehe...sori..baru perasan Ustaz Zaharudin yg lain...
Ustaz Zaharudin Muhammad ni menantu Tok Guru Haji Hadi Awang... |
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 14-8-2013 11:54 AM
hehe...sori..baru perasan Ustaz Zaharudin yg lain...
Ustaz Zaharudin Muhammad ni menantu Tok Gu ...
http://alyssagaleri.com/en/17-zaharuddin-sarbini
SIapakah Zaharuddin yg sebenar.......heheheheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya & Poligami
Artikel Oleh Zaharuddin Abd Rahman
mmu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda
قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)
Justeru,
1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakn mengiktu neracaprosedur dan tatacara hukum Shariah.
3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka suami, isteri sedia ada dan yang baru. Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertnya cara kenal, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.
5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.
6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :
a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.
c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.
d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.
f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.
g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.
h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi
k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.
l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.
‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.
Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.
Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.
Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.
Padamlah gambar-gambar yang disebarkan dan disensaikan tanpa izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434 |
|
|
|
|
|
|
| |
|