CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Presiden_Lanun

[Tempatan] V25 MH370: PETUNJUK BARU BERCANGGAH DENGAN MAKLUMAT TERDAHULU

 Close [Copy link]
Post time 1-4-2014 08:03 AM | Show all posts
Presiden_Lanun posted on 1-4-2014 02:25 AM
aKaK MimPi,Ini SeMua AngKaRa keRja JaHat ChiNa yanG SoRok MH370. sAngaT PaStI 200%

sakit mata baca tulisan kamu...malas lah baca....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 08:05 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 31-3-2014 07:12 PM
Itulah, I selalu stress pada word Ended tu... mmg speech writer dia terror.. dia suruh kita buat c ...

sebab tu i hairan awat dia dok marah najib pasal frasa ended , and beyond reasanable doubt sedangkan dalam legal clause benda tu sangat penting. ada implikasi undang

i mea  i rasa okay je ...yg dok complaint tu sebab dia tak pernah dengaq lagi kot in certain field depa dok guna caused for concern...

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:12 AM | Show all posts
harithzakuan posted on 31-3-2014 09:25 PM
bila rakyat china pressure kita lebih2, terus kita hint dkt diorg..dan2 isam nak pegi hawaii ASEAN ...

well said
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 1-4-2014 08:05 AM
sebab tu i hairan awat dia dok marah najib pasal frasa ended , and beyond reasanable doubt sedangk ...

Tunggu lawyer maideen bg view hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:13 AM | Show all posts
lorelai posted on 1-4-2014 07:29 AM
ya lubliu tebia esok nya

kamu cakap bahasa apa ni?.....mcm aku familiar...kalau kamu bukan org Malaysia, berancuk dan lorelai..baik kamu jangan campur urusan MH370....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:14 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 1-4-2014 07:57 AM
I tak faham  yg bernombor ddan bergaris 1 - 3 , peta kat mana?
apa teori yg disandarkan?

Maknanya 1) tiada masalah teknikal atau kemalangan kepada kapal, 2) perbuatan itu was a well-planned in advanced.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2014 08:16 AM | Show all posts
totokreturn posted on 31-3-2014 09:27 PM

udoh udoh le tu tokmoh oihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:16 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 1-4-2014 07:03 AM
lain hari buat saja
backup ramai

kak melah..
cer citer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 08:18 AM | Show all posts
aufa posted on 1-4-2014 07:50 AM
Kalau saya jadi keluarga mangsa, sudah tentu saya akan marah

marah tak menerima ketentuan/ ketetapan Allah?...kena redha....semua aturan dari Allah...apa yg berlaku skg...hilang tak jumpa jumpa also Allah yg punya ketentuan...kita tak boleh marah takdir Allah...dosa besar tu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
aurora273 posted on 1-4-2014 08:12 AM
Adoi korang ni, ingat semua benda yg dlm siasatan boleh release utk umum ke..? Cuba cerdik sikit, pe ...

tersentuh hati I baca jerih payah sar's team nak mencari pesawat ni..

kalau I jadi anak bini orang sar, dah 3 minggu hati tak tenang agaknya.

moga2 mereka ini berada dalam perlindungan Allah sentiasa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:18 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 1-4-2014 07:57 AM
I tak faham  yg bernombor ddan bergaris 1 - 3 , peta kat mana?
apa teori yg disandarkan?

peta kat tv la ni...
touch screen giteww

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:20 AM | Show all posts
Credit To :
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=1026582


Transkrip Perbualan Juruterbang, Pengawal Udara Didedahkan Jika Pakar Benarkan - Hishammuddin


KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata transkrip perbualan antara juruterbang MH370 dengan pengawal trafik udara (ATC) akan hanya didedahkan jika pakar-pakar memberi kebenaran.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai komunikasi terakhir antara juruterbang dengan ATC, yang dikatakan mempunyai dua versi transkrip yang didedahkan kepada orang ramai.

Hishammuddin berkata beliau tidak pasti sama ada kenyataan itu dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

"Saya tidak berapa pasti mengenainya tetapi saya boleh sahkan penglibatan saya dalam penyiasatan itu yang berkaitan dengan FBI sejak dari hari pertama.

"Transkrip adalah sebahagian daripada penyiasatan ini. Jika ia amat penting buat anda, saya akan bercakap dengan pakar-pakar dan bertanya kepada mereka jika ia boleh didedahkan.

"Jika ia boleh didedahkan, kami akan mendedahkannya," katanya dalam sidang akhbar mengenai operasi mencari itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara, Isnin.

Sementara itu, Hishammuddin berkata semua panel siasatan telah ditubuhkan dan kebenaran akan dibuktikan.

"Pada dasarnya, jika anda bertanyakan soalan yang merupakan sebahagian daripada siasatan, mengenai transkrip, anda perlulah bersikap adil kepada kami kerana hanya mereka yang melakukan siasatan itu yang boleh memberikan kata 'OK'."

Hishammuddin berkata pada akhirnya nanti, beliau yang perlu berdepan dengan suruhanjaya diraja atau jawatankuasa pilihan Parlimen dan lembaga siasatan antarabangsa.

"Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan," tegas beliau.

Ditanya mengenai maklumat penyiasatan berkaitan transkrip temu bual dengan isteri juruterbang pesawat itu, yang dikatakan didedahkan oleh polis kepada The Daily Mail yang berpejabat di London, beliau berkata ia tidak didedahkan pihak polis.

"Dan bagaimana Daily Mail mendapat transkrip itu. Itu anda perlu tanya kepada Daily Mail," kata Hishammuddin.


Mengenai isu maklumat yang didedahkan di luar sidang akhbar dan spekulasi mengenai diagram dalam Google atau laman internet yang lain, katanya beliau tidak dapat mengesah atau mengetepikannya.

"Saya tidak boleh sahkan atau ketepikan. Saya hanya boleh melakukannya berdasarkan apa yang telah saya sahkan dalam PC (sidang akhbar) saya. Saya tidak mahu membahaskannya di sini. Kami mengadakan PC setiap hari. Jika itu adalah sesuatu yang kami maklumkan, saya akan akan menjelaskannya," kata beliau.

--BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
thread yg paling tak relevan so far.Kalau ber'teori' pasal mh370 xpe la jugeks.ni sampai aktiviti harian dgn perbualan santai berdua pun nk tulis kt dlm  ni, motif??
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:24 AM | Show all posts
Simunggu posted on 1-4-2014 08:18 AM
marah tak menerima ketentuan/ ketetapan Allah?...kena redha....semua aturan dari Allah...apa yg be ...

kalau aku pun marah...
kalau betul2 terhempas jumpa bangkai lain...kita terima as kemalangan...
ni dgn pelbagai speku yg sgt meyakinkan n yet kita x leh buat apa2 mmg rasa sgt teraniaya n helpless...

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:26 AM | Show all posts
Credit To :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mh370-seminggu-lagi-sebelum-isyarat-kotak-hitam-lenyap

MH370: Seminggu lagi sebelum isyarat kotak hitam lenyap

April 01, 2014

Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.

Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.

Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 itu.

Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu.

Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu.

Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China.

"Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Najib juga akan melawat Perth, Australia pada Rabu ini untuk melihat sendiri operasi mencari pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu.

"Perdana Menteri kami memutuskan pergi ke Perth pada Rabu bagi lawatan kerja ke pangkalan tentera udara Pearce untuk melihat sendiri operasi dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dalam usaha mencari pelbagai negara ini, termasuklah kakitangan dari Malaysia," kata Hishammuddin.

Sementara itu, rakan kongsi kod MAS, China Southern Airlines, bersetuju untuk bekerjasama dengan MAS dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370.

Namun, ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS.

Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. – Bernama, 1 April, 2014.


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
lorelai posted on 1-4-2014 07:28 AM
bukan mcm tu sis..

lps tiga minggu biarkan satu dunia ingatkan allright goodnite tu last spoken ...

Rilex brader....brader rilex.......kan polis fbi cia investigate brp ramai org2 dca mas yg terlibat dan mesti ucapan2 tu salah satu yg diorg dpt korek.....

sabar laaa ok......ini bukan genuine a/c crash.......so mesti ada pelbagai lg yg akan timbul dan jgn la kecoh sgt......haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 08:35 AM | Show all posts
Malaysia changes version of last words from missing flight's cockpit

KUALA LUMPUR (REUTERS) - The last words spoken by one of the pilots of the missing Malaysian Airlines airliner to the control tower were "Good night Malaysian three seven zero", Malaysia's civil aviation authority said, changing the previous account of the last message as a more casual "All right, good night."

The correction of the official account of the last words was made as Malaysian authorities face heavy criticism for their handling of the disappearance, particularly from families of the Chinese passengers on board Flight MH370 who have accused Malaysia of mismanaging the search and holding back information.

"We would like to confirm that the last conversation in the transcript between the air traffic controller and the cockpit is at 0119 (Malaysian Time) and is "Good night Malaysian three seven zero," the Department of Civil Aviation said in a statement on Monday.

Malaysia's ambassador to China told Chinese families in Beijing as early as March 12, four days after the flight went missing, that the last words had been "All right, good night." "Good night Malaysian three seven zero" would be a more formal, standard sign-off from the cockpit of the Boeing 777, which was just leaving Malaysia-controlled air space on its route from Kuala Lumpur to Beijing.

Minutes later its communications were cut off and it turned back across Malaysia and headed toward the Indian Ocean. More than three weeks later, a huge international search effort is going on in the southern Indian Ocean off western Australia, but has so far failed to turn up any wreckage.

The statement from the civil aviation authority came after acting Transport Minister Hishammuddin Hussein was questioned at a news conference on Monday over the last words from the cockpit and fended off demands to release the official transcript.

The statement said authorities were still conducting"forensic investigation" to determine whether the last words from the cockpit were by the pilot or the co-pilot. Previously, Malaysia Airlines has said that the words were believed to have come from the co-pilot.

The civil aviation department said the investigating team had been instructed to release the full transcript at the next briefing with the next of kin.

Malaysia says the plane, which disappeared less than an hour into its flight, was likely to have been diverted deliberately far off course. Investigators have determined no apparent motive or other red flags among the 227 passengers or the 12 crew.

About two-thirds of the passengers were Chinese nationals.

PS: Kenape info berubah2....mengikut masa & keadaan ke??




Last edited by kak_sue on 1-4-2014 08:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:35 AM | Show all posts
cloudy_83 posted on 1-4-2014 08:18 AM
tersentuh hati I baca jerih payah sar's team nak mencari pesawat ni..

kalau I jadi anak bini or ...

bukan SARs yg dalam mesia je, ramai dek... ada yang patutnya turn utk balik rumah, kena hold sbb standby... keselamatan diorang ada yang ambik kesah sangat..?? dengan ribut Gillian haritu, ada yang katebang berpusing balik sbb takut termasuk ribut... malas nak citer... kepentingan kita nak tau ni setakat nak tau je... sbb tu iols pernah tanya dulu, apa yang boleh kita buat utk usaha sama2 dengan diorang yang mencari ni... siapa ada kepakaran atau info yang rasanya BETUL, please la buat report polis supaya benda ni boleh di kedepankan... AT LEAST we do something selain dari berforum... thx
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:41 AM | Show all posts
monreyes posted on 1-4-2014 08:24 AM
kalau aku pun marah...
kalau betul2 terhempas jumpa bangkai lain...kita terima as kemalangan...
...

itu pun ketentuan dari Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:41 AM | Show all posts
demarissa137 posted on 1-4-2014 08:23 AM
thread yg paling tak relevan so far.Kalau ber'teori' pasal mh370 xpe la jugeks.ni sampai aktiviti ha ...


Sbb yg byk dlm thread ni golongan makcik2 ya...ckp pun BUKAN berdasarkan fakta...datang menyemak je kumpul kredit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049619 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list