CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Remaja Disyaki Diculik Belum Ditemui!#833 THE END

[Copy link]
Post time 1-1-2016 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 1-1-2016 08:53 PM
lama dah menahan dan berhusnuzon khennn...

Tapi sat tadi sambil makan malam, tgk la berite tb3 suku. Kesian gak kat ayah dia. ' saya memohon maaf pada semua. Sebab anak saya sudah menyusahkan banyak pihak '
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2016 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
anak pompuan ni selagik die x kawen, selagik tu la kene pantau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 1-1-2016 09:08 PM
Tapi sat tadi sambil makan malam, tgk la berite tb3 suku. Kesian gak kat ayah dia. ' saya memohon  ...

Kann.. ummah kita mudah je menuding jari mencerca dan menghina..

Expectation menjadi ummah melayu ini sgt tinggi kerana mereka mahupun kita perfect serba serbi... dan achieve high benchmark of excellence... kita meletakkan pencapaian akademik sebagai kepentingan wahid dlm pendidikan anak2...
Sebab itulah ramai ummah kita sibuk mendisiplinkan anak2 kita utk jadi perfect scorer. Belajar english dan mandarin dr umur yg muda.... mendedahkan dgn teknik cempoa matematik dan teknik belajar sebelum naik sekolah rendah lg..

Pendidikan adalah core utk ummah melayu....

Tp ye lah... kadang2 ada benda2 yg berlaku tnpa di jangka... ibu manalah yg tak mengharapkan anaknya jd best student stret As kat sekolah...  ibu manalah yg x nak tgk anaknya2 dpt average score 95 dlm pt3.... dan A+ stret dlm spm.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:22 PM | Show all posts
arasham replied at 1-1-2016 08:12 PM
Saya pula mmg mengongkong, dari kecil dah terbiasa dikongkong mereka tak rasa kehilangan. Bkn tak  ...

Orang2 tua dulu berpesan mendidik anak2 ini seperti kita bermain layang2 di udara lepas, membiarkan layang2 terbang bebas tetapi kita tetap memegang talinya agar terbangnya terkendali.  Ada betulnya kata2 bidalan tersebut.

Saya juga terdidik dlm keluarga yg ketat asuhannya, serba tak boleh apa lagi nak bebas. Keluar rumah hanya setakat pergi sekolah (pagi n sek. agama), pergi ngaji dgn adik.  No wayang sama sekali. Bf? - pantang. Cuti sekolah kursus DTC (dapur training centre).  No dress, no tight slack, no uniform, only baju kurung.
Dgn anak skr, I'm being adviced not to be strict as such,  dikhuatiri anak boleh cultural-shock should she be away from me and that can give worst result. Tapi, saya tetap pantau aktiviti dia. Anak nak keluar, banyak soal jawabnya.  Mesti tau kemana, untuk apa, dgn siapa, pergi balek transportnya apa, pukul berapa, berapa lama, no. tel kawan mesti tau semua.  Tak dpt call anak, call kawan dia untuk mempastikan keberadaan mereka, posisinya di mana or saya telepathy semoga mendpt jawapan.  Saya juga selalu (everyday) ucapkan 'I luv u' dan berpesan2 'don't break my heart' kpd anak. Alhamdulillah, setakat hari ini, semoga seterusnya,  berkesan.


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:25 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 1-1-2016 09:12 PM
anak pompuan ni selagik die x kawen, selagik tu la kene pantau.

Bukankah bidalan orang2 tua dulu mengatakan  'menjaga lembu sekandang lebih senang drp menjaga anak gadis seorang'.  Tentu ada maksudnya orang2 tua dulu ckp mcm tu kan....?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 salahkan anak lain pulak.memang hancus
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen berang selepas tahu cerita sebenar
Wartawan Sinar Harian1 Januari 2016

Netizen berang selepas tahu cerita sebenar
Komen netizen dilaman Facebook Sinar Harian berhubung kes Nur Amirah.
SHAH ALAM - Tindakan seorang remaja yang mereka-reka cerita kononnya diculik oleh van putih mengundang reaksi kurang senang di kalangan netizen hari ini.

Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14 sebelum ini menjadi perhatian selepas rakaman perbualan telefon dengan kakak angkatnya  yang menggambarkan dia diculik dua lelaki India dan dilarikan dengan sebuah van putih menjadi viral di media sosial.

Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizen berang dengan tindakan gadis berkenaan dan meminta PDRM mengambil tindakan tegas untuk memberi pengajaran kepada remaja lain.


Nora Mei Li berkata Ya ALLAH...budak ni kecik-kecik dah pandai menipu ikut boyfriend rupanya. Punyalah risau memikirkannya walaupun kita bukan mak bapaknya. Macamana perasaan mak bapak dia bila dengar keadaan sebenar. Boleh dia main-main...Nauzubillahminzalik.....

"Satu Malaysia kena tipu dengan budak ni. Bimbang lepas ni kalau lah ada berlaku kes culik yang benar-benar terjadi, tiada siapa lagi nak percaya. Tindakan budak ni membabitkan banyak pihak,' tulis Sa'adiah Abd Rahman

"Pihak yang brkenaan kena ambik tindakan yang sewajarnya atas budak remaja ini kerana kes seperti ini akan banyak menyusahkan rakyat Malaysia yang lain yang benar-benar terlibat dengan kes penculikan sebenar," tulis Zety Qarmila

[ARTIKEL BERKAITAN: Nur Amirah ditemui selamat, reka cerita diculik]

Aziah Mat menulis remaja perempuan ini melakukan banyak kesalahan, perlu diambil tindakan untuk menyedarkan beliau dan memberi ingatan kepada remaja lain.

"Hantar sahaja ke pusat tahanan juvana sebagai pengajaran supaya mereka yang nak menipu ibu bapa dan orang ramai kena berfikir banyak kali. Tahniah PDRM  syabas atas kecekapan menyelesaikan masalah dalam negara,' tulis Ismail Saad pula.

Amirah ditemui selamat kira-kira 7.45 petang bersama teman lelakinya, 19,  yang baru dikenali kurang sebulan di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sebagai ibu yg ada ank perempuan rasa trauma bila memikirkn cemana nnt bila ank dah meningkat remaja..
sungguhlah remaja perempuan sangat menakutkan, ank buat perangai yg kena hencap teruk mak pak.
dr usia ank dlm perut sampai lah dewasa apa saja org mmg akn hencap mak pak, takda org lain yg akn disalahkn.
bukan mudah menjadi ibubapa,anak kalo terlalu dimanjakan pun tak elok, diabaikn lg lagi lah tak elok, terlalu dikongkong pun tak bagus..
walopun iols tak setuju ngn perbuatan budak ni tapi rasa sedih pula bila membaca komen2 org yg menghencap dgn teruk sampai guna perkataan yg begitu kasar pd ibubapa dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 1-1-2016 07:13 PM
Pelabuhan Klang: “Apa yang sudah terjadi, saya sebagai ibu terima walaupun perit untuk menanggungny ...

Bukan anak dia dah berhenti sekolah?  Nape mak dia kata dh bt persiapan sekolah semua? e dia kejr part time aje sepanjang cuti sekolah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 1-1-2016 08:15 PM
Oklah tu dari dia kata ank dia kena guna2, pukau haha.. Mencabar sgt jadi ibu zaman sekarang ni, a ...

Sbb dak laki tu cina..kalu dak laki tu melayu rasa mungkin ada kes tabur garam jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:48 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 1-1-2016 09:14 PM
Kann.. ummah kita mudah je menuding jari mencerca dan menghina..

Expectation menjadi ummah mela ...

Anak2 adalah cerminan ibubapa.  Kejayaan anak2 adalah kejayaan ibubapa, begitu juga di sebaliknya. Walaupun kenyataan tak 100% tepat, tetapi kebenarannya ada.  Itu sebab ada pertanyaan bangga atau sinis 'anak siapa tu?'.  Kejayaan anak2 dari famili yg bertentangan kedudukan latar belakang tidak menjadi pelik lagi kerana semua orang boleh berjaya selagi mahu berusaha, tapi tetap menjadi satu kegagalan apabila iman tak dpt diwarisi. Seorang mufti/imam/ustaz pasti terima tamparan jika anaknya seorang kacang hantu atau anak pompuannya memberi malu.
Tak salah ibubapa mengharapkan kejayaan akademik kpd anak2.  Sekurang2nya ibubapa sudah tunaikan tanggungjawab dan hak kpd anak2nya.  Harapan yg tinggi pasti ada namun rezeki akan bicara lain cerita.  Andainya padi yg ditanam tentulah padi yg akan dituai. Tetapi jika menanam padi tumbuhnya lalang, pasti ada yg tak kena.  Ada kelalaian kerana tak merumput di awalnya.  

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:51 PM | Show all posts
tlg check dara dia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:15 PM | Show all posts

belum ag..sesi menhencap baru bermula
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 1-1-2016 05:31 PM
mmg mak bapak bohsia pon. itu anak jdi cmtu

borosnya kata2...ckp siang pandang2.ckp mlm dgr2..esok masih ada.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:19 PM | Show all posts
lavajanuari replied at 1-1-2016 09:33 PM
orang tua lu cakap gitu kan kat lu...??

ancuussss...

Tidak, orang tua gua tak ckp begitu, tapi bidalan itu wa belajar masa sekolah dulu dlm subjek BM.  Bidalan itu sebenarnya  satu peringatan bagi semua orang, termasuk lu juga supaya berhati2 menjaga anak gadis.

Sudah tahun 2016, lu sepatutnya punya iktikad baik untuk berubah sikap yg lebih positif. Hari berganti, tahun berlalu, menganjak umur menjadi lebih dewasa,   seharusnya ada kesedaran menjadi insan yg tau menghormati pendapat orang lain. Nak komen, jgn kaitkan dgn makbapak orang. Lu sendiri pasti tak suka kalau nama makbapak lu dibawa2. Iye kan?  Itu tak bijak dan buruk perangainya. Bukan juga akhlak yg baik. Nak sampaikan pendapat, berilah pendapat yg mendidik biar yg membaca jadi lebih cerdik. Cakap jgn sebarang cakap, jgn terserlah sikap yg biadap. Belajarlah menghormati orang lain, kelak lu juga akan dihormati.  Wassalam   

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:28 PM | Show all posts
nolya replied at 1-1-2016 09:25 PM
Bukankah bidalan orang2 tua dulu mengatakan  'menjaga lembu sekandang lebih senang drp menjaga ana ...

salah tu......... maksudnya jaga lembu sekandang lagi untung....... selain jual susu lembu, boleh jual daging lembu


ada chance jadik saudagar lembu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2016 10:41 PM | Show all posts
Acong replied at 1-1-2016 10:28 PM
salah tu......... maksudnya jaga lembu sekandang lagi untung....... selain jual susu lembu, boleh  ...

Tak ada salahnya dan tak dinafikan apa yg Acong cakap.  Cuma bidalan trs ialah membayangkan bahawa menjaga lembu itu mudah kerana lembu tak pandai membantah, tak pandai bermadah helah.  Cukup waktu, boleh halau masuk kandang.

Membela lembu atau membela anak orang ke tetap ada cabarannya. Lembu pun kalau dah kena penyakit mulut dan kuku, masalah juga. Nak berjaya harus ada petua dan ilmu, samada ilmu keibubapaan atau ilmu penternakan.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:47 PM | Show all posts
...

sekarang nie banyak sindiket memperdaya gadis gedik utk pelacuran...

gunakan jantan handsome memperdaya gadis tersebut....

...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 1-1-2016 10:17 PM
borosnya kata2...ckp siang pandang2.ckp mlm dgr2..esok masih ada.

Klo tak bohsia. mak dia ni jenis prasan bagos. Tak pnh dgar pndpt anak, org ramai. dia ingt dgn  kasi mkn minom da jdikan mak dia yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 1-1-2016 09:08 PM
Tapi sat tadi sambil makan malam, tgk la berite tb3 suku. Kesian gak kat ayah dia. ' saya memohon  ...

mak sheols pun mintak maaf kan...tapi stetmen "anak dipengaruhi lelaki itu" ...
tu yg tak best mendengar parents in denial gitu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.071732 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list