Edited by Telolet at 27-3-2019 04:08 PM
my iti selama 5 hari kat Bandung
Day 1arrival dalam 815am, laju betul pilot bawak so sampai awal. breakfast roti keju kat Waroeng Suluh suggestion supir, deko cantik klasik Javanese gitu. focus shopping saja seharian kat: - kowani perfume - d’fashion house - terminal tas - pasar baru lunch ayam penyet & jus alpukat kat Wong Solo,rasanya bukan cawangan yang sama kat malaysia. minum petang kat Kopi Toko Djawa suggestion supir,kopi es awan memang sedap gila! singgah M Collections house, tapi kain sulamoutdated coraknya & telekung dia biasa je. check in hotel The Regia, atas sikit dari Cihampelas Walk. dinner makan megi je since semua dah penat bersoping sakan.
Day 2 breakfast hotel included, nasi dengan lauk ayam. Kawah Putih naik ontang anting, tapau strawberryfresh buat jajan kat kedai2 situ. Glamping Lakeside Rancabali, naik jambatan gantungkena bayar 10k rupiah. Kebun teh Rancabali lunch kat Saung Gawir makan nasi liwet komplit4pax n strawberry juice, ya Allah sedap sangat otw ke Cibaduyut tiba2 hujan lebat sampai banjirkilat, so tukar arah pegi Rumah Mode. lepak2 kat Java Beans dalam Rumah Mode, try Oreo Avocado coffee. dinner kat Rumah Makan Sederhana masakan padang.
Day 3 breakfast hotel included, nasi dengan lauk ayam. Dusun Bambu lunch Nasi Timbel kat Kampung Daun, ambiencememang sangat best. harga pon best singgah Rumah Pesona tengok2 telekung & bajusulam, cantik2 jugak. Tangkuban Perahu sejam sebelum tutup sebab supirnak elak penjaja yang ramai ikut2 kita tu, tu pon tetap kena scam jugak Singgah gerai beli alpukat besar2 & buah salak. dinner kat Bakso Super Keju kat Bakso Boedjangansupir suggest, sedap baksonya n murah2. malamnya merayau ke Cihampelas Walk cuci mata nbeli souvenir.
Day 4 breakfast hotel included, nasi dengan lauk ikanpulak. Farmhouse Lembang singgah ke Tahu Susu Lembang, tapau Tahu SusuBulat The Logde Maribaya. lunch Gurame Bakar Kecap, Kerang (pahatsebenarnya) masak padang kat Gudug Makan Mang Engking supir suggest. best sebabkonsep terbuka n boleh bagi ikan koi makan dari pondok. macam biasa harga ponbest jugak Floating Market lepak2 sebab hujan lebat. sebabdah kenyang so makan Pisang Keju choc & brown sugar je. rugi gak kitorangdatang lepas lunch. singgah bangunan Kartika Sari kat Dago, borongsegala brownies & bagelen. Dinner Spicy Mala Noodle & Fruitti Tutti icecream kat Mangkuk Manis supir suggest. lebih famous untuk ice cream dia sebabboleh customize toppings, tapi sebab masih kenyang makan share2 je kat sini.
Day 5 check out hotel. breakfast kat Kafetaria 170, ala2 food court la. dari local, western sampai ke dimsum pon ada. kopi pon sedap. singgah Bandung Makuta & Bandung Kunafe belicheese cake & cake dia. Bandung Kunafe tu supir jugak yang recommend. full body massage + body scrub kat Everyday Spa. lunch iga bakar fillet kat Iga Bakar Mas Giri. hair treatment kat Anata Spa. sampai airport untuk flight malam. sempat tapau Amanda Brownies sebelum boarding
1 benda yang nak share, tak payah la berkira sangat bab makan kat sini. takde la mahal sangat pon, mahal lagi makan kat Tony Romas. kitorang terdengar sorang makcik ni dok komplen makan kat sana tak sedap la takde rasa la, rupanya dia pi makan kat gerai mana2 tah tepi jalan tu. sibuk dok ajak laki dia makan kfc. kita kat sini pon makan kedai mahal belum tentu sedap, apatah lagi gerai kan.
tempat2 yang ada photo spot tu kalau nak pegi,pilih jela salah satu. kitorang pilih lodge maribaya, memang cantik tempatnya. DusunBambu pon cantik tapi sebab tempat tu besar sangat, tak larat nak berjalan. shuttle ada tapi berjanggut jugak la nak tunggu. kat tempat games tu pon stillada renovation lagi.
segala brownies n cheese cake yang I beli semua sedap. memang tak sangka la Bandung Kunafe tu sedap, sebab tak pernah dengar. Kunafe tu pon ownernya retis kat sana, kitorang cuma tau Bandung Makuta tu Bella punya. tak sia-sia susun balik bag sebab nak handcarry segala kek ni
1 je yang rasa renyah skit, kebanyakan musolla yang disediakan tempat amik wudhu’ dia bercampur lelaki perempuan, tak separate. leceh sikit la nak jaga aurat bagai.
|