CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

[Copy link]
 Author| Post time 26-2-2016 07:39 PM | Show all posts
KEJATUHAN MELAKA 1511: REAKSI DAN TINDAKBALAS KERAJAAN MING TERHADAP PORTUGIS







Kita sedia maklum dalam sejarah bahawa ada kerajaan nusantara lain yang memberikan bantuan dan sokongan kepada Sultan Mahmud Shah dalam usaha baginda untuk merebut kembali Melaka daripada pihak Portugis contohnya Demak dan Jepara dari Jawa. Namun kita mungkin jarang dengar tentang reaksi kerajaan bangsa asing berkenaan penawanan Melaka oleh Portugis. Jadi adakah kejatuhan Melaka tidak diketahui atau tidak dipedulikan oleh rakan-rakan dagangnya dari negara asing? Sedangkan Melaka adalah sebuah Empayar kota perdagangan antarabangsa yang tersibuk dan antara terkaya di timur pada zaman tersebut, setaraf dengan Venice dan Genoa di Itali.

Semasa Portugis menyerang Melaka, terdapat para pedagang asing seperti orang India dan Cina yang membelot terhadap kerajaan Melaka. Naina Chittu memberikan maklumat risikan kepada Portugis manakala terdapat segelintir daripada pedagang Cina membantu Portugis dengan memberikan mereka jong untuk digunakan dalam penyerangan Kota Melaka. Walaupun begitu, tindakan para pedagang Cina yang mengkhianati Melaka tersebut tidak mewakili pendirian sebenar Kerajaan dinasti Ming sendiri. Hal ini kerana terdapat bukti bahawa Kerajaan Ming marah dengan tindakan biadap pihak Portugis yang menyerang Melaka. Kemarahan kerajaan Ming terhadap pihak Portugis ditonjolkan dengan tindakan-tindakan agresif yang dikenakan terhadap pihak Portugis serta pedagang-pedagang mereka yang berada di sekitar China.

Walaupun Bandar Melaka telah jatuh ke tangan Portugis, namun kerajaan Melaka belum benar-benar tumbang. Sultan Mahmud yang bertahan di Bintan telah mengantar aduan kepada kerajaan Ming, dan memaklumkan mereka tentang kejahatan dan kelicikan pihak Portugis. Hal ini telah menimbulkan kemarahan kerajaan Ming yang mempunyai kepentingan dalam perdagangan dengan Melaka. Selain itu kegiatan penculikan dan tindakan Admiral Portugis bernama Simao De Andrade yang tidak menghormati kedaulatan kerajaan Ming dengan membina lojing di Pulau Tamao tanpa persetujuan pihak berkuasa tempatan telah menambahkan lagi kebencian kerajaan Ming terhadap Portugis. Aduan bukan sahaja datang dari Sultan Mahmud, malah para pembesar Ming di Peking dan Canton juga turut menghantar aduan kepada Maharaja supaya tindakan tegas diambil terhadap Portugis.

Akibatnya Tome Pires yang telah menunggu di China selama dua tahun untuk mendapat kebenaran menuju ke Peking bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming telah dihalang daripada memasuki Kota Diraja. Mereka telah diarahkan untuk balik semula ke Canton. Segala barang persembahan dan hadiah yang sepatutnya diberikan kepada Maharaja telah ditolak. Terdapat menteri di ibu kota Ming yang tidak mengiktiraf rombongan diplomatik tersebut dan menuduh mereka sebagai perisik. Mereka mahu agar rombongan Portugis tersebut dikenakan hukuman. Catatan Portugis juga menyebut bahawa terdapat beberapa orang penterjemah dalam rombongan Portugis itu telah ditangkap oleh kerajaan Ming.

Dipercayai mereka adalah penterjemah Cina Melaka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan, kerana bahasa Portugis ketika itu masih asing bagi pegawai kerajaan Ming, pasti terjemahan dibuat daripada bahasa Portugis ke bahasa Melayu dan kemudian ke bahasa Cina. Seorang daripada mereka mati kerana penyakit dan 4 orang lagi telah dihukum pancung oleh kerajaan Ming kerana membelot kepada Melaka dan membawa orang Portugis ke China. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan Ming memang prihatin terhadap apa yang telah berlaku pada kerajaan Melaka ketika itu. Sbaik sahaja rombongan Tome Pires tiba di Canton, mereka telah dijadikan tebusan bagi mendesak pihak Portugis supaya mengembalikan takhta Melaka kepada Sultan Mahmud.

Setelah arahan untuk memerangi orang Portugis dari ibu kota sampai ke Canton, pihak pentadbir Canton telah menangkap semua orang Portugis yang berada di sekitar pelabuhan tersebut. Konflik ini memuncak apabila pada tahun 1521 berlakunya pertempuran awal diantara kerajaan Ming dengan pihak Portugis yang dinamakan sebagai Pertempuran Tamao Pertama. Kerajaan Ming telah berjaya mengalahkan armada Portugis dalam pertempuran tersebut. Ramai tentera Portugis yang terbunuh dan ditawan hinggakan orang Portugis terpaksa meninggalkan kapal-kapal mereka dan hanya dapat lari dengan tiga buah kapal ke Melaka.

Sejak itu mana-mana kapal Portugis yang masuk ke perairan China akan diserang oleh armada laut Ming. Anak kapal akan dibunuh atau ditawan. Catatan Portugis menyebut ramai tawanan yang mati di dalam tahanan, ada yang mati kelaparan, ada yang mati dicekik, ada yang dibunuh dengan cara dipukul kepalanya dengan cokmar dan yang selebihnya dibelasah sehingga mati. Bagi yang tidak dibunuh iaitu ahli rombongan diplomatik Tome Pires, mereka diseksa dan dipakaikan rantai besi besar serta dipenjarakan. Tome Pires juga dipaksa oleh pihak berkuasa Ming untuk menulis surat kepada pemerintah Portugis di Melaka agar mengembalikan semula Melaka kepada Sultannya. Pihak pentadbir Ming di Canton turut merampas segala harta benda serta barangan yang dibawa oleh rombongan Portugis tersebut.

Pada tahun 1552 satu angkatan Portugis dengan empat buah kapal yang diketuai oleh Martim Afonso de Merlo Coutinho telah dihantar oleh kerajaan Portugis di India ke China bagi meneruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming. Angkatan Portugis tersebut tidak tahu akan situasi yang sedang berlaku di China ketika itu, dan mereka masih belum mendapat khabar berita bahawa hubungan diplomatik yang dihantar sebelumnya tidak berjaya malah berakhir dengan konflik. Apabila sampai di Melaka, rombongan tersebut telah dimaklumkan mengenai konflik yang berlaku di China. Namun mereka tetap mahu meneruskan misi untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming. Perjalanan mereka ke China ditambah dengan sebuah lagi kapal dan sebuah Jong dari Melaka.

Mereka bertolak dari Melaka pada bulan Julai 1552 dan sampai ke China dalam bulan Ogos tahun itu. Apabila angkatan Portugis ini sampai di perairan Tamao, mereka telah diserang oleh angkatan laut kerajaan Ming dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Tamao Kedua. Ramai anak kapal Portugis yang terbunuh dalam pertempuran itu dan lebih kurang 40 orang ditawan. Mereka kehilangan dua buah kapal dan sebuah Jong. Usaha mereka untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming adalah sia-sia kerana mereka dianggap sebagai bangsa gasar yang biadap dan lanun perampas Melaka. Akhirnya mereka terpaksa berundur semula ke Melaka dengan sisa kapal yang masih tinggal.

Sementara itu pihak berkuasa Ming di Canton sekali lagi memaksa Tome Pires untuk menulis surat bagi pihak kerajaan Ming kepada Raja Portugal bagi mendesak mereka menyerahkan semula kerajaan Melaka kepada tuannya yang sah. Surat tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada duta Melayu Melaka di China untuk dipanjangkan kepada pemerintah Portugis di Melaka. Jika pihak Portugis tidak memberikan jawapan yang memuaskan maka duta Portugis tersebut (Tome Pires) tidak akan dilepaskan. Tiga pucuk surat telah ditulis iaitu untuk Raja Portugal, Pemerintah Portugis di India dan Pemerintah Portugis di Melaka. Rombongan utusan ini terdiri daripada 15 orang wakil Melayu dan 15 orang wakil Cina yang dihantar dengan sebuah Jong. Namun demikian dipercayai bahawa surat dan utusan tersebut tidak sampai kepada pihak Portugis. Hal ini kerana ianya telah dipintas oleh Sultan Mahmud Syah bagi mengelakkan sebarang hubungan diplomatik terjalin diantara Portugis dan kerajaan Ming.

Pihak kerajaan Ming juga telah menghantar warkah kepada Sultan Mahmud Syah melalui duta Melayu di Canton bagi memaklumkan baginda mengenai tindakan dan polisi yang dilaksanakan kerajaan Ming terhadap orang Portugis dan rombongan duta mereka di Canton. Sebaik sahaja warkah tersebut dibalas oleh Sultan Mahmud Syah, pihak berkuasa Ming di Canton telah bertindak membunuh ahli rombongan duta Portugis tersebut dengan kejam. Tidak diketahui apakah sebenarnya isi warkah dari Sultan Mahmud tersebut namun catatan Portugis menyebut bahawa mereka percaya warkah tersebut berisi tuduhan dan fitnah kepada mereka.

Mereka dibunuh dengan cara tubuh badan dipotong satu persatu daripada tangan, kaki, kepala, dan kemaluan mereka turut dipotong dan disumbatkan kedalam mulut. Bahagian perut mereka pula dibelah dua. Hukuman ini dilaksanakan di hadapan khalayak ramai di beberapa tempat di sekitar Bandar Canton bagi memberikan mesej kepada penduduk tempatan bahawa rakyat dilarang daripada bekerjasama dengan mereka. Hanya 2 atau 3 orang Portugis dari rombongan diplomatik Tome Pires yang tidak dibunuh dengan kejam termasuk Tome Pires sendiri. Dikatakan bahawa Tome Pires akhirnya mati di penjara kerana sakit. Namun terdapat juga maklumat yang menunjukkan bahawa Pires tidak mati tetapi telah dibuang ke wilayah lain di China dan hidup sehingga usia tua dan berkahwin dengan perempuan Cina.

Apabila terdapat lagi kapal-kapal Portugis yang masuk ke pelabuhan Canton kemudiannya, ia terus dirampas oleh pihak berkuasa tempatan. Kesemua orang Portugis yang berada dalam kapal ditangkap dan dibunuh. Mereka dipancung dan kemaluan mereka juga dipotong. Orang Portugis yang tidak mati dipaksa untuk berarak keliling bandar dengan membawa bahagian badan rakan-rakan mereka yang dipotong tadi sambil diiringi dengan permainan musik Cina. Mayat-mayat mereka kemudian dipamerkan kepada umum dan kemudannya dibuang di kumbahan.

Ketegangan dan konflik diantara Portugis dan kerajaan Ming ini berterusan selama lebih kurang 20 tahun. Selama 20 tahun kapal-kapal Portugis tidak dibenarkan untuk masuk ke perairan China apatah lagi mendarat dimana-mana pelabuhan di China. Hal ini menunjukkan bahawa aduan Sultan Melaka kepada Maharaja tidak diambil ringan oleh pihak kerajaan Ming. Hubungan Ming dengan Melaka dilihat bukanlah satu hubungan biasa diantara Negara penaung dengan Negara bawahan sebaliknya adalah Negara rakan yang akrab. Dapat dilihat dengan jelas bahawa pakatan diantara Ming dengan Melaka untuk menentang Portugis sangat berjaya dan berkesan untuk beberapa lama.

Malahan rapatnya hubungan Melaka dan Ming dibuktikan dengan kewujudan sebuah makam milik kerabat diraja Melaka yang dibina oleh kerajaan Ming di sebuah pekan di China. Makam tersebut adalah milik seorang kerabat diraja Melayu yang merupakan duta kerajaan Melaka yang dihantar ke China bagi mendapatkan pertolongan kerajaan Ming untuk menentang Portugis. Catatan Portugis menyebut nama duta tersebut adalah Tuan Acem Mudeliar atau Tun Hashim Mudeliar iaitu bapa saudara Sultan Mahmud Syah.

Ada sejarawan yang mentafsirkan nama tersebut sebagai Tun Hassan Mudeliar, merujuk kepada Tun Hassan anak Tun Mutakhir Bendahara Melaka yang dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah pada 1510. Namun bagi saya pendapat ini mungkin salah kerana daripada sumber Melayu kita mengetahui bahawa Tun Hassan anak Bendahara Tun Mutakhir juga telah dihukum bunuh bersama seluruh ahli keluarga lelakinya.

Walaupun dalam tempoh 20 tahun tersebut kapal dan pedagang Portugis tidak dibenarkan masuk ke pelabuhan-pelabuhan utama di China, namun masih ada orang Portugis yang berdegil dan telah membuat kacau di sekitar perairan selatan China terutama di sekitar Fujian, Pulau Wuyu, pelabuhan Yue di Zhangzhaou, Pulau Shuangyu di Wenzhou dan Pulau Nandao di Guangdong. Mereka dengan beraninya membina kubu dan petempatan haram di kawasan tersebut malah menjalankan aktiviti melanun, merompak serta menculik anak isteri penduduk tempatan untuk dijadikan hamba dan pelacur. Mereka juga bekerjasama dengan lanun-lanun Jepun dan keluarga-keluarga kaya disana dalam aktiviti haram.

Akibatnya pada tahun 1545 hingga 1547 kerajaan Dinasti Ming telah mengarahkan Naib Panglima kanan kerajaan Ming merangkap wakil Maharaja, Zhu Wan agar menguatkuasakan undang-undang mengharamkan sebarang kegiatan perdagangan laut dan hubungan dengan negara luar. Zhu Wan telah menyerang dan memusnahkan kubu-kubu Portugis yang terdapat di Pulau Shuangyu serta menghapuskan semua lanun termasuk lanun Portugis yang terdapat disana. Satu angkatan tentera Ming seramai 60,000 orang telah dihatar untuk menyerang kawasan pendudukan Portugis di Ningbo. Seramai 800 daripada 1,200 orang Portugis yang terdapat di pulau tersebut dibunuh, 25 buah kapal Portugis dan 42 buah Jong dimusnahkan. Portugis terpaksa berundur dari wilayah tersebut dan hanya berani untuk mendekati perairan Guangdong. Mereka terpaksa menjalankan aktiviti perdagangan dengan bantuan orang tengah atau menjalankan kegiatan secara haram.

Selain daripada polisi agresif yang dilaksanakan kerajaan Ming terhadap Portugis, para pendagang Cina yang menetap di seluruh nusantara juga memboikot Bandar Melaka setelah ia jatuh ke tangan Portugis. Sebahagian daripada pendagang Cina yang menetap di Jawa telah membantu orang-orang Islam Jawa dan Melayu Melaka dalam usaha Sultan Mahmud bagi mendapatkan semula kota tersebut daripada tangan Portugis. Keterlibatan orang-orang Cina Jawa dalam peperangan untuk mendapatkan semula Bandar Melaka telah disebut dengan jelas dalam catatan “The Malay Annals of Semarang and Cirebon” atau Sejarah Melayu Semarang dan Cirebon. Para pedagang Cina juga hanya menjalankan kegiatan perdagangan dengan orang Melayu serta Jawa sahaja. Perkara ini menunjukan betapa eratnya hubungan diantara orang Cina dengan orang Melayu ketika itu.

Hubungan yang buruk diantara kerajaan Ming dengan Portugis ini berterusan sehinggalah 1557 apabila kerajaan Ming membenarkan mereka untuk menapak di Macau. Kerelaan pihak Ming ini adalah kerana bantuan yang telah diberikan oleh Portugis dalam menghapuskan lanun-lanun Wako Jepun di sekitar perairan China. Pada masa yang sama Kesultanan Melaka yang ketika itu telah diwarisi oleh Kesultanan Johor telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Portugis di Melaka.

Dapat disimpulkan di sini bahawa hubungan diantara orang Melayu dengan orang Cina telah berlansung sejak berabad-abad lamanya. Hubungan Melayu dan Cina bukan hubungan sembarangan, bukan hubungan diantara tuan dengan hamba atau si penakluk dengan yang tertakluk, tetapi ia adalah hubungan persahabatan dan kasih sayang sepertinya adik dengan abang. Hubungan ini termenterai dalam lembaran sejarah panjang kedua-dua bangsa ini baik dari catatan pihak Cina mahupun dalam catatan Melayu. Kedua-dua bangsa ini saling berinteraksi antara satu sama lain, baik dari segi intelektual, ekonomi, persemendaan, mahupun aktiviti ketenteraan.

Ahli sejarah China sendiri seperti Prof Liang Liji berasa kagum dengan perhubungan mesra yang terjalin diantara Kerajaan Melayu dan Kerajaan Cina satu ketika dahulu, melalui rekod-rekod imperial. Oleh kerana itulah anak-anak muda Melayu dan Cina yang terdapat di Malaysia pada hari ini seharusnya belajar daripada sejarah silam yang gemilang ini. Mereka seharusnya menjadikan hubungan baik tersebut sebagai panduan dan pedoman supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dan merapatkan jurang perbezaan diantara dua etnik besar Malaysia ini. Sekian.


SUMBER :

•Alijah Gordon, Malaysian Sociological Research Institute. The propagation of Islam in the Indonesian-Malay archipelago. Malaysian Sociological Research Institute.

•Derek Heng,Sino–Malay Trade and Diplomacy from the Tenth through the Fourteenth Century.

•C. Guillot, Denys Lombard, From the Mediterranean to the China Sea: Miscellaneous Notes.

•Liang Liji,Lembaran Sejarah Gemilang : Hubungan Melaka-Dinasti Ming Abad ke 15.

•Li Qinngxin, Maritime Silk Road.

•Tomé Pires, Francisco Rodrigues, The Suma oriental of Tomé Pires.

•Nik Hassan Shuhaimi dan Zuliskandar Ramli,Hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan China Sejak Awal Abad Masihi dalam jurnal International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN) tahun 2012.

•John William Parry, Spices: The story of spices. The spices described.

•Zhidong Hao, Macau History and Society.



- Al Semantani Jones -




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2016 12:44 PM | Show all posts
KEJATUHAN MELAKA MENGAKHIRI ZAMAN KEEMASAN RYUKYU







Harus ada masjid purba di Naha kerana ia kerap dikunjungi masyarakat Muslim Asia Tenggara baik pedagang mahupun rombongan diplomatik. Semuanya lenyap dalam lipatan sejarah akibat penjajahan Tokugawa pada tahun 1609. Istana Shuri digeledah dan gedung-gedung di sekitar ibu negara dibakar dan dirampok dibawa pulang ke Kagoshima atau Edo.

Arang yang disepuh pada wajah orang Ryukyu yang tinggi harga diri ini berlaku akibat ketidakupayaan Raja Sho Nei (1589-1620) menangani isu kedatangan pelayar Barat yang dilihat Jepun sebagai ancaman besar yang bakal melanda mereka melalui Ryukyu. Bahaya yang nyata adalah kegiatan Sepanyol dari Mexico dan Luzon yang kebelakangan mula membuka penempatan di utara Punan(Taiwan); begitu juga Belanda; dan Portugis dari Melaka dan Macao. Ancaman dari arah Sakhalin dan Kamchatka dari pihak Russia berlaku lebih lewat pada abad ke-18 masihi. Pendek kata Edo arif dengan perkembangan politik global yang mula diterjah era imperialisme Barat.

Kejatuhan Ryukyu juga berpunca daripada sikap ekstravaganza raja yang lalu membelanjakan khazanah negara namun mengenyampingkan perbelanjaan pertahanan. Kelemahan sentral Ryukyu mewujudkan dua faksi literati tempatan yang cuba mengisi vakum identiti kebangsaan dengan identiti asing. Satu terdiri daripada alumni dari Beijing dan satu lagi dari akademi Jepun. Pertelagahan ini berakhir dengan kejayaan faksi pro-Jepun.

Kejatuhan Ryukyu turut berpunca daripada terputusnya hubungan dagang yang erat dengan negeri-negeri Asia Tenggara khususnya Melaka yang sentiasa dihubungi selama ratusan tahun. Ralat atau tidak, George menyatakan bahawa ekspedisi ke Melaka sudah bermula seawal tahun 1300an lagi!

Hasil mahsul Ryukyu majoritinya berpunca daripada peranan mereka sebagai orang tengah komoditi Laut Selatan bukannya daripada hasil bumi kepulauan mereka sendiri yang tidak mencukupi. Hasil mentah yang diimport seperti fabrik dan rempah ratus dari Melaka diproses menjadi komoditi tekstil tenun ikat dan pembuatan kipas dan payung yang digemari pasaran China dan Jepun.

HK George menyatakan isu kejatuhan Melaka sebenarnya telah dibincang dengan serius di istana Shuri.

"The reference to the sack of Malacca suggests that this act of violence had deeply impressed Okinawans who witnessed it in 1511 and that it was well known and discussed at Shuri and Naha.."

Lebih serius apabila pelayar Portugis akhirnya tiba di pelabuhan Ryukyu (1542) sendiri dan kerajaan keliru dalam membuat pendirian mereka:

"Shuri's order were returned at once, directing that the Portuguese be delivered to the Minister of Justice. When they protested that they were merely traders, the Okinawans reminded them that the Portuguese had seized Malacca and had killed many of its inhabitants. This, said the Portuguese was not trade but war, and therefore was justified."

Apabila raja bertegas untuk mengeksekusi orang-orang Portugis ini bondanya yakni balu Raja Sho Ei (1573-1588) yang lalu memohon pengampunan buat mereka yang mana akhirnya dipersetujui raja. Menariknya dalam hal ini, sentimen anti-Portugis raja berasal daripada sentimen pedagang Ming yang pada waktu yang sama Maharajanya menindas kedatangan Portugis dengan begitu dahsyat kerana enggan memulangkan jajahan Melaka kepada empunya hak.

"But a Chinese trader present on Okinawa accused them of treacherous intent to raise a rebellion and to seize the Ryukyu kingdom.."

Kita maklum bahawa jarak waktu antara 1511 dengan 1521 wakil Johor telah ke Beijing mengadu perihal penganiayaan Portugis dan Maharaja Zhengde memerintahkan agar segala orang gasar "Fa lan ki"(Peringgi) yang berada di China ditangkap, diseksa, dipancung dan dipertontonkan di khalayak ramai. Polisi pro Johor ini berterusan sehingga kemangkatan Maharaja pada 1521. Meskipun maharaja-maharaja terkemudian lebih lunak dengan Portugis tetapi sentimen anti Barat masih menebal dalam kalangan masyarakat Cina.

Pada tahun 1549 pula dari Melaka yang terjajah Francis Xavier masuk ke pelabuhan Kagoshima di Jepun melalui perairan Ryukyu.

Nasib Ryukyu yang terkenal sebagai negeri aman makmur dan utopia Konfusianisme berakhir dengan ketibaan 100 jong Jepun dengan membawa 3000 samurai menakluk. Orang Okinawa cuba mempertahankan maruah mereka di Pertempuran Semenanjung Mataba tapi apakan daya kali terakhir mereka bertempur adalah ratusan tahun lampau. Raja Sho Nei dibawa ke Edo dan menghadapi pelbagai ritual dan sesi menandatangani perjanjian yang sedikit demi sedikit melepaskan haknya sebagai pemerintah sebuah negara berdaulat. Bukan sahaja Ryukyu kini dijajah Jepun bahkan ia terletak di bawah pentadbiran wilayah daimyo Shimazu yang rendah martabat.

Kepulangan baginda ke Shuri 3 tahun kemudian tidak mengubah hakikat bahawa segala perdagangan antarabangsa yang menjadi tunjang kemewahan Ryukyu berakhir di bawah polisi tutup pintu Jepun. Apabila baginda mangkat beliau meminta agar tidak dikebumikan di kompleks makam diraja Shuri tapi disemadikan di sebuah tapak suci biasa di Urasoe. Akibat terlalu malu untuk berhadapan dengan leluhur baginda di alam roh baginda juga meminta agar wajahnya kelak ditutupi oleh sebuah topeng muka.


Allahua'lam



Nota : Bukan setakat Venice, ''Whoever controls Malacca will has his hand at the heart of Ryukyu, and thus the throats of China and Japan''



- Tuan Merbok II -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2016 12:56 PM | Show all posts
TENGKOLOK MELAYU PERANAKAN RYUKYU






Fabrik Melayu di Okinawa mula diimport bermula sejak hubungan diplomatik dan dagang dimulakan dengan kerajaan Jawa, Sumatera dan Semenanjung pada awal 1400-an. Antara yang masyhur adalah import teknologi tenun 'ikat' yang mesinnya direkodkan telah dibawa dari Melaka pada zaman Mansur Syah dan Sho Shin. Produknya yang dipanggil kain Bingata terkenal dengan kehalusan dan kualitinya yang dicemburui masyarakat Jepun yang kemudian mencedok industri tersebut ke Jepun sekitar 1600-an setelah Ryukyu didominasi kuasa Shogun Satsuma yakni wakil Lautan Selatan Keshogunan Tokugawa. Bingata ini menjadi komoditi Ryukyu yang hanya dipakai oleh orang istana.

"A second fabric; known as ikat and in Japan and Okinawa as kasuri, was imported from the Indies. The technique is said to have had its origins from India, and from Okinawa this special craft was transmitted to the Japanese. The threads are dyed appropiately before the weaving begins, and each thread is selected individually and applied to the loom with painstaking care to bring this to the highest degree of perfection. Tie-and-dye methods and stencil dyeing were likewise introduced from Java and Sumatra, modified to meet local requirements and applied to Okinawan fabrics."

Namun, yang paling menarik adalah kandungan sebuah buku menjawab persoalan tempoh hari mengenai sejenis pakaian tutup kepala masyarakat Ryukyu yang berupa lilitan kain serban. Rupanya seakan-akan lilitan tengkolok orang Berunai. Berunai pula perlu diperhati bahawa kesultanannya dipengaruhi kebudayaan Johor yakni waris Melaka. Berikut apa yang dinyatakan:

"The use of bright colors and large patterns of a distinctive type developed in Okinawa under the influence of imports from the southern islands and from there too came the distinctive turbans or hachimaki which the Okinawan gentry used until modern times. (The keen-eyed Captain Broughton, who knew South East Asiawell, in 1797 noted that the okinawan coiffure and turbans were "in the Malay style.)"

Gaya ini kemudian mengambil ilham dari Ming yang menetapkan warna tutup kepala tertentu bagi mewakili kelas kebangsawanan tertentu. Hampir kesemua rakyat laki-laki Okinawa memakai hachimaki tetapi bentuk yang lebih molek biasanya tersimpan hanya untuk kegunaan golongan bangsawan di istana Shuri.


Allahua'lam


Sumber : H.K. George(2000), Okinawa The History of an Island People, US, Tuttle Publishing, pp. 94-95



- Tuan Merbok II -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2016 07:30 AM | Show all posts
Tokoh-tokoh dalam Riwayat Kelantan Purba - Bahagian 1







Sumber : -

# Abdullah b. Mohamed (Nakula), Kelantan Purba dan Peranannya dalam "Asia Tenggara Berasaskan Riwayat". (Manuskrip),Kota Bharu, Kelantan, 1969.

# Abdullah b. Mohamed (Nakula),Raktamrittika-Kelantan Tua menjelang Sriwijaya: Suatu Kajian Tentang Lokasi Dan Tamadun Dari Catatan-catatan China. Warisan Kelantan IV,Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1985

# Abdullah b. Mohamed (Nakula),Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah,Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1981

# Wheatley, Paul, "The Golden Khersonese" University of Malaya Press, Kuala Lumpur. 1961.

# Hsu Yun-Ts'Iao, "Notes on Tan-Tan", dalam JMBRAS,Vol.XXXI, Part2, 1950.


llustrasi : Dani Warguide / Minos Halfblack


- Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2016 10:30 AM | Show all posts
Pitih Negeri Kelantan






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2016 10:37 AM | Show all posts
Seni Gerbang Melayu Kelantan











Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-4-2016 10:43 AM | Show all posts
Bumbung Melayu Kelantan
















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2016 10:45 AM | Show all posts
Dinding Melayu Kelantan








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2016 11:45 AM | Show all posts
Busana Melayu Era Jawaka / Zabaj (Mengikut Gambaran Wayang Kulit Kelantan)













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2016 11:50 AM | Show all posts
Tokoh-tokoh dalam Riwayat Kelantan Purba - Bahagian 2







Sumber : -

# Kelantan Royal Ark : http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm

# Abdullah b. Mohamed (Nakula), Kelantan Purba dan Peranannya dalam "Asia Tenggara Berasaskan Riwayat". (Manuskrip),Kota Bharu, Kelantan, 1969.

# Abdullah b. Mohamed (Nakula),Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah,Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1981

# Wheatley, Paul, "The Golden Khersonese" University of Malaya Press, Kuala Lumpur. 1961.

# G Coede’s, “The Indianized States of Southeast Asia”, Kuala Lumpur, 1968.


llustrasi : Dani Warguide / Minos Halfblack


- Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan -


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 11:32 AM | Show all posts
Wah citer pasal kelantan. Aku cuma nak tanya Kelantan dengan Klanten, Indonesia adakah dari susur galur yang sama?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2016 03:38 PM | Show all posts
Tokoh-tokoh dalam Riwayat Kelantan Purba - Bahagian 3







Sumber : -

# Kelantan Royal Ark : http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm

# Abdullah b. Mohamed (Nakula), Kelantan Purba dan Peranannya dalam "Asia Tenggara Berasaskan Riwayat". (Manuskrip),Kota Bharu, Kelantan, 1969.

# Abdullah b. Mohamed (Nakula),Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah,Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1981

# W.P.Groeneveldt, Notes on the Malay Archipelago and Malacca,Vol. 7, No. 2, (1896).

# S.T Raffles,History of Jawa, Jilid 2,ms 113-115.1817.

# P.E.Pe Jong dan H.L.A. Van Vijik, The Malacca Sultanate ,dalm JSAH, Jilid 1, Bil 2, September, 1960.

# A Samad Ahmad,Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu),Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1986.



llustrasi : Dani Warguide / Minos Halfblack


- Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan -



Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 06:52 PM | Show all posts
Edited by radhi at 12-4-2016 06:58 PM
HangPC2 replied at 12-4-2016 03:38 PM
Tokoh-tokoh dalam Riwayat Kelantan Purba - Bahagian 3

What is your prove that Melaka actually attacked Kelantan? Melaka has a hard time proving its existence much less on attacking other states. Compared to Kelantan, Melaka had no dominant river, no dominant inlands, no futile delta, not near to Ayutthaya (the trade center in 15th century), not along the kra (the strategic area for loading and unloading of land and sea trades between India & China) & most importantly, just like today, Melaka then had "No people" to attack Kelantan.

It was a "Mleccha" not Melaka that attacked Kedah and Kelantan as written Sanskrit.

Malaccha in Sanskrit actually means "foreigner" but some extended further that Mleccha can refer to babaric foreigners?,

cut/paste:
Mleccha is a Sanskrit word which means 'barbarian, uncultured, foreigner, non-Vedic'

http://hinduism.stackexchange.co ... context-of-hinduism

Some wrote:
cut/paste:
In ancient India, this term was also applied by the ancient Indian
kingdoms to foreigners. The word Mleccha was commonly used for 'outer
barbarians of whatever race or colour'.[10][11] The Indians referred to all alien cultures that were less civilized in ancient times as 'Mlechcha'[12] or Barbarians. The Mlecchas were people who were barbaric[13] Among the tribes termed Mlechcha were Sakas, Huns, Yavanas, Kambojas, Pahlavas, Bahlikas and Rishikas.[14] The Amara-kosa described the Kiratas and Pulindas as the Mleccha-jatis. Indo-Greeks, Scythians,[15] and Kushanas,[16] were also mlecchas.[17]

....stupidly written by modern Indians about "Ancient India" when the root of ancient india actually were not in modern India anymore....and the Sanskrit Language belong to those people of Indo-Europeans. Sanskrits have roots in old Persia and mid Asia. The Old Kambojas speaks Sanskrits.

This is what happen when the East Hindia Company includes the Tamils as Indians. They are and were NOT Indians! The Pakistanis, The Afghans, The Pattans, the Punjabis, the Kambojas and some Aryans etc. were the real Indians! of the Indus valley, deltas and the Kush.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2016 07:13 PM | Show all posts
Tokoh-tokoh dalam Riwayat Kelantan Purba - Bahagian 4







Sumber : -

# Kelantan Royal Ark : http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm

# Melaka Royal Ark : http://www.royalark.net/Malaysia/malacca4.htm

# Perak Royal Ark : http://www.royalark.net/Malaysia/perak.htm

# Abdullah b. Mohamed (Nakula),Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah,Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1981

# Sa'ad Shukri bin Haji Muda, Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh & Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi. Detik-detik Sejarah Kelantan. Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1971.

# A Samad Ahmad,Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu),Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1986.

# Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995..

# Abdullah Musa Lubis ,Sultan-sultan Melaka, Sinaran, (1964) , 124 pages.

# Journal of the Straits Branch, Issues 78-82, Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch, Singapore, 1965.

# W.P.Groeneveldt, Notes on the Malay Archipelago and Malacca,Vol. 7, No. 2, (1896).

# P.E.Pe Jong dan H.L.A. Van Vijik, The Malacca Sultanate ,dalm JSAH, Jilid 1, Bil 2, September, 1960.

# The Malacca Sultanate oleh R. J. Wilkinson. (October, 1935) Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 13, No. 2 (122), pp. 22-67.

# Tome Pires. The Suma oriental of Tomé Pires: an account of the East, from the Red Sea to China, written in Malacca and India in 1512-1515 (Volume II: Malacca), Asia Educational Services, 1990.



llustrasi : Dani Warguide / Minos Halfblack


- Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 12:01 PM | Show all posts
Keris Purba dijumpai di Lembah Bujang







Credit : Lang Kataha




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2016 02:00 PM | Show all posts
Tokoh-tokoh dalam Riwayat Kelantan Purba - Bahagian 5








Note : Dinasti Jembal-Champa mempunyai banyak versi dan versi ini berdasarkan Royal Ark Kelantan.



Sumber : -

# Royal Ark Kelantan : http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm

# Abdullah b. Mohamed (Nakula),Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah,Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1981

# Sa'ad Shukri bin Haji Muda, Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh & Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi. Detik-detik Sejarah Kelantan. Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1971

# Amy Suzani Mohd Ainuddin. Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu (1999)

# Abdul Razak Mahmud, Pelajaran Tata Rakyat Negeri Kelantan


llustrasi : Dani Warguide / Minos Halfblack


- Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2016 06:19 PM | Show all posts
HangPC2 replied at 25-4-2016 12:01 PM
Keris Purba dijumpai di Lembah Bujang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 11:59 AM | Show all posts
RISALAT PERATURAN BOLA SEPAK YANG DINAMAI INGGERIS FUT BUL (1895)


' A guide to the rules of the ball game called in English football ''





‘A plan of the field where Football is played, and directions for the players’ positions’ (Peta padang bermain Futbul dan peraturan mengatur pemain), drawn by Syed Mahmoed.



Sources : http://britishlibrary.typepad.co.uk




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2016 12:43 AM | Show all posts
Pertempuran Tanjung Tuan '' Battle Of Cape Rachado '' (1606)









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2016 12:09 AM | Show all posts
Adat dengan Adat istiadat berbeza dan tidak sama. Ramai yang keliru.

Adat ialah cara hidup yang berulang kali diamalkan hingga menjadi sesuatu adat. Setiap adat yg dipilih mempunyai rahsia tersirat atau kelebihan.

Adat istiadat pula ialah peraturan untuk sesuatu majlis.Adat istiadat tidak diamalkan setiap masa. Jika majlis adat istiadat hanya sejam, maka peraturan hanya perlu diikut selama sejam sahaja. Jika peraturan memakai kasut hitam untuk didalam kawasan majlis, maka wajib memakai kasut di majlis tersebut sahaja dan bukan untuk seumur hidup.

Saya fikir nanti akan buat bengkel busana tajuk adat, adat istiadat dan practical sekali supaya semua mudah faham.


- En Johan Iskandar -




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43144 Replies : 436
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50026 Replies : 153
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38607 Replies : 24
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276587 Replies : 8077
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39502 Replies : 47
KRAVEN THE HUNTER
SY_MumiKRAVEN THE HUNTER
Views : 2140 Replies : 5
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38672 Replies : 31
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 28225 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.276972 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list