CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 12-4-2011 02:28 PM | Show all posts
ekekekekek  mmg dh kena kuarantin tp mak ai masih kasi kebenaran utk membeli  

ai ...
jingga007 Post at 12-4-2011 14:12


wah ni tak gi sekolah ker apa ni...time ni melekat kat sini..ponteng ekkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 02:28 PM | Show all posts
wah ni tak gi sekolah ker apa ni...time ni melekat kat sini..ponteng ekkk...
kaypo Post at 12-4-2011 14:28



    ari ni ai mmg tak pergi sekolah
ter ter bangun lambat

dah dkt tiga hari jadi zombie tdo lambat sibuk baca buku.
smlm tertidur dlm kelas
hari ni terus tidur tak bangun-bangun
tgk2 jam dh pukul 10 pagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 02:37 PM | Show all posts
ari ni ai mmg tak pergi sekolah
ter ter bangun lambat

dah dkt tiga hari jadi  ...
jingga007 Post at 12-4-2011 14:28



...amboi rajinnya baca buku...ooo..pandainya..pulun abis abis bace semua buku..lagi 2 minggu nak bace novel yg nak diborong tu kannnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 02:39 PM | Show all posts


nak tanya ni... saya budak baru kat sini...
kenapa ek.. kalau aku masuk web site JS selalu tak dpt nak tembus2...
tggu hmpir 30minit pun tetap running je...
kalau dpt pun hnya sekerat je wajah nmpak..
yg sekerat lagi tu lama tggu smpai kena reject by server....
sesiapa leh bagitau napa aku alami cam tu?????

smpai la ni aku susah nak tembus web site tu...
harap tggu ihsan kekawan yg gi BF agar dpt belikan novel2 yg aku nak order dah lama...

yg lain2 nya harap aku gi Badan je lah... tggu buku JS lama nak smpai Badan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 02:40 PM | Show all posts
...amboi rajinnya baca buku...ooo..pandainya..pulun abis abis bace semua buku..lagi  ...
kaypo Post at 12-4-2011 14:37



    haruslah merajin kan diri

spm lagi 7 bulan aje lagi


ekekekekeke , itu lagi satu hal ;lol: klu beli 10 buah novel , 1 malam 1 novel
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 02:41 PM | Show all posts
Reply 624# Jaza2008


    ek? smlm mek masuk senang je. laman web dia dh makin cantik

ekekek

ai pun saja2 try je smlm sbb selalu dgr org ckp susah nk tembus kan

tapi mek punya sng aje la nk masuk situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2011 02:56 PM | Show all posts
Reply 618# KRUfan


    Amboi org brunei
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 02:58 PM | Show all posts
Reply 612# kaypo


Ha ha ha kay tak blh ingat 1st time ko kantoi dgn selambanya ko ajak mengeteh makan tosai dgn jlan TAR
selamba dpn penulis tu pulak tu...time tu ko tak tahu dia suami kak su ha ha ha ha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 03:02 PM | Show all posts
Reply  kaypo


Ha ha ha kay tak blh ingat 1st time ko kantoi dgn selambanya ko ajak mengeteh mak ...
qimi08 Post at 12-4-2011 14:58


wei ko ingat lagi..kedai A R Rahman dia...kemarok tosei & teh tarik.....sampai la ni ..aku senyum je biler nmpk dia.....sbb masa tu imaen..tak muncul kan diri...tapi yg selalu aku jumpa abg rosdi..aku tahu ler..tu kak su punya betterhalf...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 03:04 PM | Show all posts
nak tanya ni... saya budak baru kat sini...
kenapa ek.. kalau aku masuk web site JS selalu  ...
Jaza2008 Post at 12-4-2011 14:39


order ja online..tak pun calling calling..tu guna telephone tu..bukan simpan masok freezer....

aku try masok ok jer..

http://www.jemariseni.com/02/
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 03:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by Jaza2008 at 12-4-2011 15:30

Reply 630# kaypo


    mungkinkah rumah ko dgn mek jingg tu dekat dgn JS ofis tu sbb senang nak masuk...
rumah n ofis aku ni jauh beratus batu dari JS ofis tu sbb payah skit nak tembus..
tak smpat line smpai dah kena cilok dgn org Mlaka dan N9 lak...

bukan aku sorang je yg susah nak tembus.. adik aku kat KB dan kat Damansara pun tak leh nak tembus...
korang pakai apa masuk web? IE ke google chrome ke mozilla firefox...(tul ke tu?)...
sbb adik aku ckp mozilla firefox lagi baik dari IE dan google chrome.... aku ni guna jalan lama...
maybe lembab skit kot.. dan lalaunnya berlubang2.. tu yg susah nak smapai tu...

online tu bukan masuk web site ke?   nak calling2 mmg lmbat skit..
sejarah HP aku lum abis lagi tuk dikenang....
sbb new HP lum nmpak bayang2 nak ujud depan mata ni...
(hb berkira sbb hp tu dia yg bagi present....senang2 je aku sedekah kat peragut miskin tu)
sbb tu bayang gantinya lum nmpak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 03:44 PM | Show all posts
Reply 631# Jaza2008


Jaza sbb ini akak pun susah nak tembus ... web dlm pembikinan
Alhamdullillah baru hari ni dapat tembus masuk.....
cantik web baru
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 04:13 PM | Show all posts
Reply 632# qimi08


    ooo.. dalam maintenance... patutla susah nak masuk..
esok2 la jaza masuk sbb hari ni sibuk duk ngecek keja yg delay semalam...

kalau masuk JS susah nak keluar sbb duk leka mengode novel smpai tak ingat dunia...
pernah tu masuk KN terorde dan terbeli hmpir RM200... bila check balik haru trus..
sbb dah hilang duit joli2 sebulan...
sbb tu bila masuk je JS n KN kena berhati2 dgn nafsu sopping ni.....

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 11:12 AM | Show all posts
Reply  bunick

bunick...
aku suka ending citer D&D..
padan muka Irfan...
dh rebut dr Fazril..  ...
midar Post at 7-4-2011 09:25



amboi midar, harus fans tuan inspektor baling mesin basuh kt kite nt
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 12:05 PM | Show all posts

Dari BH

Dunia Buku: Singaraning beri saingan
Oleh Hafizah Iszahanid
[email protected]
2011/04/15
Novel Imaen menggegarkan dunia penulisan kreatif pengarang lelaki

Tajuk : Singaraning Penulis: Imaen Halaman: 478 Penerbit: Jemari Seni Publishing Bintang : **** (empat bintang)

SECARA jujur, sukar untuk tenggelam dan kagum dengan novel penulis muda lelaki kebelakangan ini, berbanding perempuan yang bijak menyusun kata dan menusuk jauh ke sukma dengan plot, tema dan gaya bercerita kerana penulis lelaki agak ketinggalan dalam menghasilkan karya yang boleh memuaskan selera pembaca wanita.

Namun, membaca Singaraning hingga ke halaman akhir, kesimpulan mudah yang boleh dibuat, ia cukup mantap sebagai karya bijak dengan kemelut peniaga pasar mini diolah seimbang dengan kisah cinta dewasa dan kedua-duanya bergerak seimbang dengan kisah mengambil duit RM2 juta milik penjenayah bertindak sebagai pelengkap karya.

Sebagai graduan ekonomi Universiti Malaya, Imaen banyak ‘bersyarah’ tentang ekonomi dalam Singaraning dan apabila bercerita mengenai jatuh bangun perniagaan pekedai tempatan sambil menyelitkan unsur falsafah, tetapi tetap handal mengawal aliran cerita, selain kisah diadun menggunakan bahasa mudah, namun cukup puitis.
Secara keseluruhan, Singaraning bukan untuk pembaca yang mahukan kisah cinta ringan ‘malu tapi mahu’, kahwin paksa atau kahwin kontrak, sebaliknya novel cinta bercampur baur dengan teori dan ilmu ekonomi dalam membawa pembaca menyelami dasar jiwa lelaki lulusan universiti yang gagal makan gaji dan akhirnya menjalankan perniagaan runcit.

Selain bercerita mengenai hambatan yang dihadapi oleh pekedai tempatan akibat kewujudan pasar raya jenama luar negara, Singaraning juga memaparkan kisah aksi dengan memulakan bab dengan kisah tembak menembak antara kumpulan penjenayah.

Ali Imran yang kebetulan berada di kawasan kejadian kerana membawa diri selepas putus kasih dengan Salina, kemudiannya melarikan wang berjumlah RM2juta dan dadah milik penjenayah. Tindakan itu didorong juga oleh rasa tanggungjawab pada tanah tapak rumah keluarganya yang tergadai.

Bagaimanapun faktor penyebab itu kemudiannya tertinggal di bab satu saja sebelum pembaca mengetahui Pak Riffin yang pada awalnya bersungguh mahu mendapatkan tanah milik keluarga Ali Imran, akhirnya menarik kembali keputusan.

Mungkin Imaen sengaja tidak mahu membina Singaraning sebagai novel aksi, lalu melarikan RM2 juta hanya disimpulkan pada akhir cerita setelah jenuh membawa pembaca ke sisi lain hidup Ali, manakala kemarahan kumpulan mafia dan siasatan polis diceritakan sepintas lalu. Jika kisah siasatan atau pencarian kumpulan mafia ini terhadap wang dan dadah milik mereka yang dicuri Ali Imran dikembangkan, tentunya novel ini tentu lebih menarik.

Bagaimanapun seperti mana kata Imaen, Singaraning dilahirkan sebagai novel yang bercerita mengenai masalah ekonomi orang Melayu, lalu kisah aksi lasak tembak-menembak mafia dan polis tidak diperincikan.

Apa yang menunjangi Singaraning adalah kemelut peruncit Melayu dan kisah cinta tidak terucap antara Ali Imran dengan Vivian - seorang perempuan Islam yang memilih untuk berperang dengan tuhan, selain kisah jiwa lara Ali Imran kerana ditinggalkan Salina kerana pekerjaan Ali Imran sebagai pekedai melengkapkan lagi Singaraning.

Watak Salina walau tidak dicerita dengan jelas, namun pengisahan tentangnya sebenarnya antara penggerak cerita. Ali yang patah ditinggalkan Salina akhirnya menyedari ada kala, tuhan menemukan manusia dengan manusia jahil supaya menjadi lebih baik.

Imaen, sebagai penulis sangat jelas mempunyai banyak idea mungkin kerana tabiat rajin membaca yang cukup terserlah dalam novel ini. Sebagai penulis juga Imaen sangat berpotensi untuk menggegar beberapa penulis lelaki lain lain yang buat ketika ini mengungguli carta jualan laris di pasaran.

Bagi anda yang sudah terlalu lama membaca kisah cinta biasa, mungkin sudah tiba masanya anda memilih novel yang membuat anda berfikir, cinta perlukah diucap? Adakah cinta itu hanya khusus kepada lelaki dan perempuan saja? Bagaimana kita menafsir cinta pada bangsa dan agama?

Sentuhan lulusan ekonomi

IMAEN atau nama sebenarnya Mohamad Rosdi, pengarang kelahiran Kuala Krai, Kelantan dan adalah lulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya dan bertukar arah ke dunia pendidikan apabila melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di Institut Perguruan Sultan Idris kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain pernah bertugas sebagai guru, Imaen juga seorang penterjemah sambilan sebelum berkhidmat sebagai Pengurus Penerbitan dengan JS Adiwarna Sdn Bhd sehingga kini. Antara karya yang diterjemahkannya termasuklah wilogi Padang Bulan dan Cinta dalam Gelas karya Andrea Hirata dan Negeri 5 Menara karya A Fuadi.

Selain Singaraning, Imaen juga menyumbang karya dalam novelet Vendetta (dalam Trilogi Gurindam Jiwa) terbitan Jemari Seni Publishing pada 2007 sebelum menghasilkan Labyrinth (2007), Bohemian (2008) dan tahun lalu menghasilkan Seikat Kembang Merah. Kesemuanya terbitan Jemari Seni.

Untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, Imaen akan memperkenalkan Blues Retro kepada peminat novelnya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:45 PM | Show all posts
Semalam buat list utk buku ... daripda 16 buah buku novel yg nk beli ... 14 buah novel dari JS

haihhhhhh , nangis sgt kopak duit...tp demi novel chenta mati ku relakan jgk duit habis demi novel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 07:27 PM | Show all posts
Semalam buat list utk buku ... daripda 16 buah buku novel yg nk beli ... 14 buah novel dari JS  ...
jingga007 Post at 15/4/2011 01:45 PM



peach pulak nangis sebab dah tak ada tempat nak letak novel2 yg nak beli nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 08:43 PM | Show all posts
Semalam buat list utk buku ... daripda 16 buah buku novel yg nk beli ... 14 buah novel dari JS  ...
jingga007 Post at 15-4-2011 13:45

mohon bertabah mek
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 12:16 AM | Show all posts
peach pulak nangis sebab dah tak ada tempat nak letak novel2 yg nak beli nnt...
peachnfamous Post at 15-4-2011 19:27



    hik hik , ai kan letak dalam ada raga yg mak ai dulu guna utk letak pakaian baby

raga ke apa nama nya eh? raga ni besar sgt , muat dalam 70+ buah novel ai

ni beli lagi +16 buah ... mahu pitamz makin tinggi novel ai

mak ai ckp nnt2 la beli almari
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 12:17 AM | Show all posts
mohon bertabah mek
chit_ana Post at 15-4-2011 20:43



    mmg dh bertabah habis dh ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.593769 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list