CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Detektif_Hantu

Apa Yg Saya Tidak Tahu Tentang P.Ramlee

  [Copy link]
Post time 26-11-2010 12:03 AM | Show all posts
P Ramlee mase kurus DAN.. P Ramlee mase gemuk adalah ORANG YANG BERLAINAN..

Jgn tertipu
unekspekted_III Post at 25-11-2010 17:18

errkkk...................macamana tuh:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 04:52 PM | Show all posts
P Ramlee mase kurus DAN.. P Ramlee mase gemuk adalah ORANG YANG BERLAINAN..

Jgn tertipu
unekspekted_III Post at 25-11-2010 17:18


sj je nk wat kontroversi kn??? ade bukti yg menyokong ke...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 04:55 PM | Show all posts
Reply 622# Alxeydiena3699

ok.. test subject :

'transaction' p ramlee dari zaman kurus = dan gemuk


ketinggian nye mase kurus dan gemuk tak same.. cube carik detail ni.. aku bagi clue jee..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 04:59 PM | Show all posts
Reply  Alxeydiena3699

ok.. test subject :

'transaction' p ramlee dari zaman kurus = dan gemuk ...
unekspekted_III Post at 26-11-2010 16:55



    ala...malas la nk cari..bg je la direct..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 05:03 PM | Show all posts
ala...malas la nk cari..bg je la direct..
Alxeydiena3699 Post at 26-11-2010 16:59


aku pun tibe2 rase malas nak tolong.. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 02:05 PM | Show all posts
kalau macam tuh.......... P Ramlee masa gemuk tuhh sapa................ so yang mana kah yang P Ramlee yang sebenar............. yang gemuk ka yang kurus??????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2010 10:27 PM | Show all posts
p.ramlee tyme kurus n gemuk orang yang lain ?
so mana 1 yang authentic ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 03:54 PM | Show all posts
fuh, jenuh aku merempit nk khatam bca thread ni
very2 interesting la all the info psl P ramlee yg ada kat sini
aku buat la research sikit2 kat newspaper archive Bernama
and aku dah come across some articles psl P Ramlee
Nti aku post kan 1 by 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 03:54 PM | Show all posts
PAK NGAH TERKENANG SAAT BERSAMA "DADDY" P. RAMLEE
Date: 25-05-2009
Author: Kamarul Irwan Alias / KIA MS RON
        P.RAMLEE

    Seniman agung P. Ramlee meninggalkan kita pada 29 Mei 1973. Selepas 36
tahun, seorang anak angkatnya bercerita mengenai kehidupan beliau bersama insan
istimewa ini.
   
    KUANTAN, 25 Mei(Bernama) -- Ketika membawa beberapa album gambar untuk
ditatap penulis, ada manik-manik jernih bergenang di sebalik kaca mata Pak Ngah,
namun cuba disembunyikannya dengan selirik senyuman.
    Album koleksi peribadi mengandungi gambar hitam putih seniman agung
negara, Tan Sri P. Ramlee itu turut memuatkan foto Pak Ngah sewaktu beliau muda
bersama anak-anak seni Studio Jalan Ampas.  
    (Studio Jalan Ampas di Singapura semasa zaman kegemilangannya pada 1960-an,
merupakan pusat industri filem Melayu. Ia dimiliki pengeluar filem berpengaruh
di Asia, Shaw Brothers).
    Pak Ngah atau nama sebenarnya Ngah Mohamad, 70, bukan sekadar peminat
seniman pujaan ramai itu, malah beliau pernah tinggal sebumbung dengan insan
yang dipanggilnya "daddy".  
    Walaupun genap 36 tahun kembalinya seniman ulung negara itu ke rahmatullah,
ini kali pertama Pak Ngah tergerak hati untuk menceritakan kisah hidupnya kepada
umum selepas pernah diminta beberapa kali untuk ditemu ramah oleh media sebelum
ini.  
    Mungkin kerana itulah, nama beliau tidak begitu dikenali sebagai
seorang daripada anak angkat Allahyarham.      
    "Saya terlalu sedih, malah setiap kali melihat cerita P. Ramlee, saya jadi
sebak dan lari daripada menonton televisyen," katanya ketika ditemui Bernama di
rumahnya di Kampung Baru Beserah di sini.
     
    PERTEMUAN DENGAN P.RAMLEE

    Mengimbau kembali saat pertemuannya dengan insan yang dilahirkan bernama
Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh itu, sehingga menjadi anak angkat pelakon,
penyanyi, pengarah, pemuzik dan penulis lirik itu, Pak Ngah yang berasal dari
Kampung Durian Mas, Manir, Terengganu berkata ia bermula semasa beliau mengikuti
rombongan pementasan bangsawan A.R Tompel (Aman Ramlie Jaafar) dari Terengganu
ke Singapura ketika umurnya 13 tahun.
    Pak Ngah berkata ekoran pementasan di Singapura kurang mendapat sambutan,
Tompel ke Sabah untuk meneruskan persembahan, namun meninggalkan beliau di kota
singa itu seorang diri.
    Katanya beliau hanya dibekalkan dengan duit sebanyak RM2 oleh Tompel untuk
belanja makan dan dijanjikan akan dibawa ke Sabah kemudian.         
    Mujur katanya, beliau terserempak pelakon, Siti Mariam Ismail atau "Mariani"
yang membawanya berjumpa P. Ramlee bagi mendapatkan pekerjaan.   
    P. Ramlee bertanya kepadanya sama ada beliau boleh menghafal dialog,
namun Pak Ngah menggelengkan kepala kerana beliau tidak pernah bersekolah.  
    Bagaimanapun, P. Ramlee membantunya mendapatkan peranan "Pak Pacak" (pelakon
tambahan) termasuk dalam filem Panggilan Pulau (1954) dan Hang Tuah (1955)
dengan bayaran RM20 sebabak.
    Katanya P. Ramlee turut bertanya kenapa beliau mengembara jauh dari kampung
halaman, dan Pak Ngah menjawab kehidupan di kampung begitu sukar sehinggakan
hendak makan nasi pun hanya seminggu sekali.
    "Mungkin kerana simpati, P. Ramlee kemudian mengajak saya tinggal
bersama di rumahnya di Jalan Ampas," katanya yang tidak mampu lagi menahan
air matanya.
   
    TRAGEDI KEHILANGAN PENGLIHATAN

    Ketika usia Pak Ngah mencecah 18 tahun, beliau kehilangan penglihatan
sebelah matanya apabila teruk dibelasah sekumpulan lelaki yang cuba menyamun
duit hasil lakonannya.
    Menceritakan detik cemas itu, Pak Ngah berkata beliau sedang dalam
perjalanan pulang ke rumah sebelum didatangi empat lelaki yang meminta wangnya
namun beliau berkeras untuk tidak menyerahkan wang miliknya.         
        Ekoran daripada itu berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan mata
kanannya rosak, malah beliau turut ditikam dengan sebilah pisau di bahagian
belakang badan.
    Akibat daripada kejadian itu, P. Ramlee meminta Pak Ngah berhenti dan
duduk di rumah.
        
    BERNIKAH DENGAN ANAK ANGKAT

    Ketika usia Pak Ngah hampir menjangkau 20 tahun, P. Ramlee mencadangkan Pak
Ngah bernikah dengan Normah Yusof, seorang lagi anak angkat P.Ramlee dengan
isteri keduanya, Noorizan Mohd Noor.            
    Pak Ngah pada mulanya tidak bersetuju namun kemudian akur dengan hasrat bapa
angkatnya itu sebelum berpindah tidak lama kemudian.
    "Beliau meminta saya untuk terus tinggal bersamanya, tetapi saya fikirkan
saya sudah berumah tangga, kenalah mulakan kehidupan sendiri," katanya.
    Pak Ngah berkata beliau kemudian pulang ke kampung namun mengalami
kesukaran mendapat kerja sebelum berpindah ke Beserah, Kuantan di mana beliau
bekerja di sebuah kilang papan.
    Katanya selepas itu beliau ada menemui P. Ramlee di Kuala Lumpur dan
seniman agung itu bertanyakan keadaannya dan mengajak  beliau tinggal
bersamanya, namun Pak Ngah menolak.      
    Bagaimanapun ekoran daripada pertemuan itu bapa angkatnya pernah mengirimkan
wang kepadanya melalui alamat yang diberikan.
    Pak Ngah juga terkilan tidak dapat menziarah jenazah Allahyarham semasa
P.Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 di usia 44 tahun akibat serangan
jantung, disebabkan pelbagai kekangan.
    Beliau hanya mampu menziarahi pusara Allahyarham di Jalan Ampang seminggu
kemudian.
   
    KENANGAN

    Pak Ngah kini tinggal bersama isteri keduanya, Fatimah Mat Min, 55 tahun.
    Mengenai memori yang tidak mungkin dilupakannya, Pak Ngah berkata beliau
pernah membantu P. Ramlee menyelesaikan masalah jerawat di muka legenda negara
itu.
    Pak Ngah berkata berbekalkan petua bapanya, beliau menggunakan tulang sotong
katak (yang ditemui di pantai sahaja) dan menggosok muka P. Ramlee seperti
mencukur, sebelum dibersihkan dengan air suam.
    Katanya wajah P. Ramlee kemudian menjadi bertambah elok, sesuai dengan
watak hero yang dilakonkannya.
    Pak Ngah juga tidak lupa bagaimana P. Ramlee jika mendapat ilham, berlari
keluar dari bilik air dengan hanya mengenakan tuala, lantas terus ke piano dan
mengalunkan bunyi muzik.
    Selain itu, katanya, Allahyarham juga lebih menyenangi kehidupan bergaul
dengan orang biasa daripada orang kenamaan.
    "P. Ramlee sebenarnya boleh melihat (meramal) menerusi air...beliau
menggambarkan rumah saya di kampung dengan tepat dengan cara itu," katanya.
    -- BERNAMA
    KIA MS RON

http://blis.bernama.com/getArtic ... mp;tid=87&cid=2
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 03:56 PM | Show all posts
P.RAMLEE'S FORMER FIRST WIFE DIES
Date: 01-04-1998
Author: / KHY AR RM

JAKARTA, April 1 (Bernama) -- Junaedah, the former first wife of the
late Tan Sri P. Ramlee died of asthma attack in her home in Jalan Martapura
I, Central Jakarta, early today.
   Her husband, Abdillah Haris, 71, said Junaedah, whose full name was
Junedah Daeng Haris, 61, died at about 4am.
   From her marriage to P. Ramlee, Junaedah had two sons, Nasir and Arfan,
who was brought up by her and died early this year, at the age of 43. Nasir
now lives in Kuala Lumpur.
   Junedah who was from Makassar (now Ujung Pandang), Sulawesi, chose to
settle here after her divorce from P. Ramlee in the 50s.
   With her marriage to Daeng Abdillah, she had six children, but two of
them died at tender age.
   Abdillah said a few hours before breathing her last, Junaedah appeared
healthy, but complained of pains in her neck. "But yesterday she went to a
doctor because of the asthmatic pains," he said.
   Junaedah was active in taichi and was an instructor with the Indonesian
Taichi Association.
   She was buried close to Arfan's grave at the Karet Kebembem Cemetery in
Central Jakarta after the Zohor prayers. -- BERNAMA
   KHY AR RM

http://blis.bernama.com/getArtic ... mp;tid=54&cid=2
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 03:58 PM | Show all posts
SAZALI P. RAMLEE BAHAGIA WALAU BERGELAR TUKANG SAPU
Date: 28-05-2005
Author: Adibah Ismail / ABI AFY PR
        Sazali-P.Ramlee

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keselesaan bekerja dalam pejabat
bukan menjadi pilihan Sazali, anak kandung seniman agung Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee, sebaliknya beliau lebih berbangga meneruskan kerjanya
sebagai tukang sapu sampah.
    Walaupun ditawarkan untuk bekerja dalam pejabat, Sazali menolaknya
dengan alasan tidak berpendidikan tinggi dan lebih gemar membuat kerja
luar.
    "Walaupun saya anak P. Ramlee, saya lebih bahagia dan gembira bekerja
sebagai tukang sapu...saya boleh menari dan menyanyi sambil sapu sampah.
Biarlah apa orang nak kata, yang penting saya mencari rezeki yang halal,"
katanya dalam satu temuramah dengan Bernama.
    P. Ramlee meninggal dunia kerana sakit jantung pada 29 Mei, 1973 pada
usia 45 tahun dan esok genaplah 32 tahun pemergiannya.
    Menurut Sazali, 46, selepas orang ramai mengenalinya sebagai anak P.
Ramlee yang bekerja sebagai tukang sapu dengan syarikat Alam Flora Sdn Bhd,
kehidupannya menjadi semakin menyeronokkan dan beliau berhasrat bekerja
dengan syarikat itu hingga ke akhir hayatnya.
    "Orang yang lalu lalang di tempat saya bekerja akan menegur saya,
bersalam dan tidak kurang juga yang minta tandatangan," katanya yang
bertugas membersihkan kawasan sekitar bangunan MCA di Kajang.
    Menurut Sazali, beliau akan keluar rumah seawal 5.30 pagi dengan
menumpang van pekerja kilang yang lalu di situ dan sampai ke tempat
kerjanya pada kira-kira 6.30 pagi walaupun waktu kerjanya hanya bermula
pukul 7 pagi.
    Selepas tujuh tahun berkhidmat dengan Alam Flora, Sazali sehingga kini
telah dua kali dipilih menerima anugerah Pekerja Terbaik iaitu pada tahun
2003 dan tahun lepas.
    Alam Flora, katanya, telah banyak membantu beliau termasuklah membina
semula rumah yang didudukinya kini dan menanggung kos rawatan kakinya yang
cedera akibat kemalangan pada tahun 2002.
    Pegawai Sumber Manusia Alam Flora Mohamad Md Dahan yang turut hadir
semasa temuramah ini berkata, Sazali ialah seorang pekerja yang menunjukkan
dedikasi terhadap tugasnya, lurus dan disenangi ramai sama ada di kalangan
rakan sekerja mahupun orang ramai di sekitar kawasan beliau bertugas.
    "Beliau menang anugerah Pekerja Cemerlang dua tahun berturut-turut
bukan kerana dipilih oleh syarikat semata-mata tetapi juga dipilih oleh
pelanggan-pelanggan Alam Flora," katanya.
    Watak Sazali dalam filem "Anakku Sazali", lakonan bapanya pada suatu
ketika dulu ternyata amat bertentangan dengan perwatakan Sazali yang
sebenarnya.
    Anak tunggal hasil perkahwinan P. Ramlee dengan isteri keduanya,
Junaidah Aris itu, memiliki perwatakan yang peramah, suka berjenaka, suka
merendah diri dan tidak menggunakan status sebagai anak P. Ramlee untuk
kepentingan diri.
    Sazali berkata, beliau dan abangnya Nasir, 53, adalah hasil perkongsian
hidup P. Ramlee dengan dua wanita yang mempunyai nama yang sama.
    "Ibu saya iaitu isteri kedua P. Ramlee bernama Junaidah Aris, yang
berasal dari Pulau Pinang manakala ibu Nasir iaitu isteri pertama juga
bernama Junaidah Aris tetapi dia berasal dari Indonesia," katanya.
    Mengenai bayaran royalti hasil karya P. Ramlee, Sazali berkata, beliau
ada menerima RM15,000 pada tahun 1998 dan itulah kali pertama dan terakhir
beliau menerimanya.
    Sazali kini hidup bahagia bersama isterinya Halimah Hitam, 45, di
Kampung Sentosa, Semenyih walaupun tidak mempunyai anak setelah 16 tahun
berumahtangga.
    "Dulu memang ada cadangan nak ambil anak angkat, tetapi sekarang ni
umur dah meningkat, rasanya tak payahlah," katanya yang kini turut menjaga
kedua-dua mertuanya yang telah uzur.
    Sazali berkata, beliau hanya belajar sehingga tingkatan dua aliran
Melayu di Sekolah Menengah Gombak Setia dan berhenti atas cadangan bapanya.
    "Tak payah sambunglah boy (panggilan manja P. Ramlee kepada Sazali),
dah terlampau pandai, daddy pun kalah, cukuplah, berhentilah, kita belajar
muzik," katanya mengimbas kembali kata-kata bapanya lebih 35 tahun lalu.
    Bagaimanapun, katanya, beliau hanya sempat belajar bermain piano dengan
bapanya selama tiga tahun sebelum bapanya meninggal dunia dan beliau tidak
lagi berminat menyambung pelajaran muziknya selepas itu.
    Sazali pernah menjadi pelakon tambahan dalam dua filem arahan bapanya
iaitu Ahmad Albab dan Anak Bapak.
    "Ingat tak anak jin yang menari sambil menyanyi waktu bermain dengan
Ahmad Albab? Saya la tu, berlakon jadi anak jin," katanya sambil melakonkan
semula adegan itu.
    Bakatnya dalam lakonan tidak diteruskan selepas pemergian bapanya
kerana beliau tidak berminat berlakon di bawah arahan orang lain selain
bapanya.
    Semasa temubual, Sazali menyanyikan lagu "Anakku Sazali" yang pernah
dipopularkan oleh bapanya. Penghayatan beliau semasa menyanyikan lagu itu
menjadikan beliau sebak seketika kerana lagu itu, menurut beliau memang
digubah khas untuknya.
    -- BERNAMA
    ABI AFY PR

http://blis.bernama.com/getArtic ... mp;tid=61&cid=2
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 04:03 PM | Show all posts
PAK NGAH TERKENANG SAAT BERSAMA "DADDY" P. RAMLEE
Date: 25-05-2009
Author: Kamarul Irwan Alias / K ...
andromeda84623 Post at 29-11-2010 15:54

ris baca posting sapa entah kat sini yang pak ngah nih kawen lari sebenarnya dengan anak angkat PR si normah nihh.............. betul ke idak tak tahulah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 04:08 PM | Show all posts
P. Ramlee stories `all made up'
Date: 23-09-2010
Author: Audrey Dermawan

     GEORGE TOWN: Veteran composer/musician Datuk Ahmad Nawab has expressed
     regret over the action of some quarters who have twisted facts about local
     entertainment legend Tan Sri P. Ramlee for their own benefit.
       Speaking to reporters after handing over a framed photograph of him and
     Ramlee to be displayed at the Arkib P. Ramlee here, Ahmad - who is the
     country's seventh "Seniman Negara" - said claims that Ramlee was a
     professional musician were untrue.
       Ahmad - who stayed with Ramlee for nine years in the 1960s in Setapak
     Garden after Ramlee returned to Kuala Lumpur from Singapore - said the
     latter could only play few musical instruments, such as the piano and
     violin.
       He said scenes in Ramlee's many movies, depicting him playing all sorts
     of musical intruments, were unreal.
       "In the movie Masam-masam Manis, I was the one playing the saxophone.
       "But there is no denying that Ramlee could sing extremely well."
       Ahmad said claims that Ramlee wrote his music score in the toilet were
     also untrue.
       He said it was also untrue that Ramlee has a favourite flute, referring
     to the item which was displayed in the archive.
       He added that many books written on Ramlee did not paint a true account
     of the legendary actor. Citing a book written by a Singaporean that Ramlee
     had used buluh perindu to ensure his voice continued to remain nice was
     baseless.
       "No reporter ever interviewed Ramlee during his heyday.
       "No one knew what was going on in his mind.
       "Even when he died in 1973, RTM never bothered to play his songs until
     five years later.
       "Unlike these people, I know quite a lot about P. Ramlee because we used
     to live together and share our thoughts."
       Ahmad said there were many things about Ramlee that people were unaware
     of and he was willing to share his experiences with the legendary actor
     and singer during a one-day seminar to be held in Penang next month.
       The seminar will be organised by the Penang Malays Association.
       "I know what I say may create unnecessary controversies, but it is the
     truth.
       "I am only here to speak up for my dear friend."
       The framed photo of Ahmad and Ramlee was taken during the latter's
     roadshow in Sabah and Sarawak.
       On a separate note, the Penang Malays Association said it had proposed
     to re-name Jalan Rawang to Jalan Datuk Ahmad Nawab in recognition of the
     Penang-born's contributions to the betterment of the arts in Malaysia.
       Association president Datuk Seri Mohd Yusof Latiff said he had submitted
     a proposal to both the state and local governments on the matter recently.
       He said the road should be aptly named Jalan Datuk Ahmad Nawab (Datuk Dr
     Ahmad Khan Nawab Kahan) since it was where the latter's foray into the
     music industry all began.
       Jalan Rawang is located next to Jalan P. Ramlee.
       "Penang should be proud that it is able to produce so many luminaries in
     the likes of Ahmad and P. Ramlee.
       "I hope both the state and local governments will seriously consider the
     association's request."
       Yusof said it was the least the state could do to recognise the
     contributions of the composer and musician.
       ( END )
                                                Source : New Straits Times

http://blis.bernama.com/getArtic ... mp;tid=93&cid=3
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 04:10 PM | Show all posts
off topic jap.
terjumpa article psl jamil sulung

Jamil Sulong - the last of the Mohicans
Date: 07-08-2010
Author: Johan Jaaffar

     JAMIL SULONG is the only surviving director of the golden era of Malay
     cinema. His contemporaries, P. Ramlee, Omar Rojik S. Kadarisman, Salleh
     Ghani, Hussein Haniff and M. Amin have long gone.
       He celebrated his 84th birthday yesterday and Persatuan Seniman Malaysia
     (Seniman) paid him a tribute the evening before with a night to remember.
     I was given the honour of launching his autobiography, Jamil Sulong:
     Warisan dan Wawasan, published by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
       When I joined DBP in 1977, the late Usman Awang was the deputy head of
     my division. As fate had it, in the early 1950s both Jamil and Usman went
     to Singapore to seek better lives. Jamil joined Malay Film Production
     (MFP) while Usman worked briefly at Melayu Paya Press before joining
     Utusan Melayu Press in Cecil Road, the company that appointed me chief
     editor 40 years later.
       At DBP, I was entrusted to edit his first book, Kaca Permata: Memoir
     Seorang Pengarah, back in 1988. It took us two long years to work on the
     book, writing and rewriting and assembling pictures of the era very few
     had seen before.
       During those difficult early years in the 1950s, Jamil and Usman stayed
     in a room belonging to a struggling writer, Jaafar Haji Muhammad, better
     known as Jymy Asmara, in Kampung Batak near Jalan Eunos. While frequenting
     a stall in Gelang Serai, Jamil was introduced to a petite lady working
     there who later became his wife, Rosnani. She was an accomplished actress
     herself, first introduced by S. Ramanathan in Sedarah in 1952. She later
     acted in films like Ibu, Ribut, Anakku Sazali and a few films directed by
     her husband.
       Jamil and Usman had something in common - their love for literature.
     Jamil was at the meeting that inaugurated Angkatan Sasterawan 50 or better
     known as Asas 50, the most influential literary grouping the country has
     ever seen. It was his talent in writing that attracted the attention of
     MFP directors at the time.
       The early 1950s saw MFP employing mostly directors from India - among
     them S. Ramanathan, K.M. Basker, Phani Majumdar, B.S. Rajhans, B.N. Rao
     and L. Krishnan. His first job was assisting Ramanathan who was directing
     Jiwa Lara in 1952. He was also the translator and played a small role in
     the movie. Jamil worked in 27 films with these foreign directors.
       It was only when P. Ramlee was given the opportunity to direct his first
     film, Penarik Beca, that Jamil was able to work for a local director. For
     the film, he was the songwriter. Azizah, one of P. Ramlee's signature
     songs, was rewritten by Jamil from a song composed by P. Ramlee when he
     was an unknown in Penang. Jamil wrote more than 200 songs for film, some
     of which stood the test of time.
       He reserved some of the best songs for P. Ramlee to sing, among others
     Tiada Kata Secantik Bahasa, Semerah Padi, Aduhai Sayang, Anakku Sazali,
     Bulan dan Juga Bintang, Berkorban Apa Saja, Engkau Laksana Bulan and
     Dengarlah Gemala Hati, all evergreen hits.
       Jamil got his break in 1958. His first film was Batu Belah Batu
     Bertangkup based on a popular oral story among the Malays. It was the
     100th film produced by the studio. He directed 30 films and was involved
     in 38 more in various capacities. He gave us many memorable films, some
     were box-office hits like Raja Laksamana Bentan, Lela Manja, Si Tanggang,
     Lubalang Daik, Bidasari and Kaca Permata. And when he moved to Kuala
     Lumpur, he directed Permintaan Terakhir and Jiwa Remaja. Those two films
     introduced Yusof Haslam, Hail Amir, Uji Rashid, Norzie Nanie and Fauziah
     Ahmad Daud.
       He was 26 when he joined the film world, 32 when he directed his first
     movie and 71 when his last movie Raja Melewar was made in 1997. He won 10
     awards at local film festivals and eight more abroad. But Jamil's book is
     not just about films and filmdom, but his life and family, too.
       He came from an illustrious Malacca family whose patriarch, one Mansor @
     Muhammad Arshad, had to flee for fear of English reprisal. Mansor started
     a new life in Parit Sulong and from his marriage with Edah was born
     Sulong.
       Sulong was married to Temun Manang and Yatinah Teruna. Jamil was born
     for Sulong and Temun. He and his siblings had to endure unspeakable horror
     when marauding and vengeful communists came one morning, killing the
     mother and other members of the family. Jamil, who was away in Batu Pahat,
     was spared as was his sister and some family members.
       Jamil is as good a storyteller as he is a film-maker. He writes
     eloquently and with such simplicity. He has a lot to tell. He is a proud
     man as far as his family is concerned. Not many anak wayang of his time
     saw their children excel in studies. He knew the stigma attached to those
     in the world of entertainment.
       In fact, in the preface, his son Anwardi narrated an episode when a
     Datuk refused to shake his hand on Hari Raya. Jamil was aware his family
     members were against his choice to marry a starlet. But their marriage
     survived 57 years -- a rarity among artistes. It was ironic that the
     community that was patronising the Malay film industry had little
     tolerance for its stars. But things have changed now. Film stars and
     singers are the icons of the modern world. Celebrities are made of them.
       He was there when Malay films were at their zenith. He saw the decline.
     Jamil had long predicted that film-makers had to adapt or else perish. He
     believed strongly that films are not merely entertainment but critical
     tools in the making of a cultured, open and vibrant society. For almost
     six decades he considered himself hamba seni (literally, a slave of art).
     It was his dedication and commitment to his art that defined Jamil's
     position in the world of entertainment.
       He may be confined to his wheelchair but like the hero of Lubalang Daik,
     his mind is still free and his enthusiasm unbridled.
       ( END )
                                                Source : New Straits Times

http://blis.bernama.com/getArtic ... mp;tid=93&cid=3
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 04:12 PM | Show all posts
Perjalanan menarik kumpulan Panca Sitara
Date: 04-01-2009

     TAHUKAH anda, kumpulan yang cukup sinonim dengan cermin mata gelap dan
     lirik popular `Tara ku cha... tara ku cha', Pancha Sitara ditubuhkan
     Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1955.
       P Ramlee menubuhkan Pancha Sitara tidak sekadar untuk memberi satu
     gelombang baru kepada lagu Melayu, malah bagi membendung pengaruh muzik
     pop Barat seperti kegilaan terhadap The Beatles dan The Platters,
     kemudian diikuti demam pop yeh-yeh. P. Ramlee pernah berkata, muzik pop
     begitu hanya mementingkan bunyi yang kuat dari mutu lagu itu sendiri.
       Panca Sitara boleh dianggap sebagai kumpulan suara harmoni pertama di
     gelanggang seni hiburan Melayu. Ini memandangkan pada era itu, tiada
     kumpulan seumpamanya pernah diwujudkan sebelum penubuhan Panca Sitara.
       Menyentuh sejarah bagaimana nama Panca Sitara diperoleh, nama kumpulan
     ini lahir daripada jumlah keahlian kumpulan itu iaitu lima anggota dari
     mula ia ditubuhkan sehingga kini. Panca (Pancha) dalam bahasa Sanskrit
     membawa maksud lima. Sitara juga dalam bahasa Sanskrit membawa maksud
     penyanyi. Ini menjadikan Panca Sitara membawa maksud `Lima Penyanyi'.
       Anggota asal Panca Sitara dianggotai P Ramlee, Mohamad Abdul Hamid
     (Ahmad C), Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan penyanyi wanitanya, Normadiah.
     Panca Sitara bukan sesuka hatii untuk tampil dengan imej cermin gelap
     kerana ada cerita tersendiri mengapa kumpulan ini sentiasa berimej begitu.
       Menurut cerita komposer Kassim Masdor yang juga terbabit dengan
     penubuhan Panca Sitara, seorang anggota kumpulan itu, Ahmad C memang
     sering mengenakan cermin mata hitam. Jadi, mulai saat itu P Ramlee
     sebagai ketua kumpulan mengarahkan semua ahli Panca Sitara memakai cermin
     mata hitam.
       Pemuzik-pemuzik yang mengiringi kumpulan pimpinan P Ramlee ini ialah
     Ahmad Kassim (piano), Yusof B (tenosaxaphone), Osman Ahmad (double bass)
     dan A Rahim (dram). Pemuzik ini juga digelar P Ramlee Quartet. Panca
     Sitara punya sebab tersendiri mengapa kumpulan itu melalui pertukaran
     anggota pada 1960. Satu peraturan ditetapkan P Ramlee di mana ahli
     kumpulan itu tidak dibenarkan bercinta antara satu sama lain. Naluri
     semula jadi manusia tiada siapa yang dapat menghalangnya, akhirnya Aziz
     Jaafar dan Normadiah jatuh cinta dan terpaksa meninggalkan Panca Sitara.
       Kekosongan itu dipenuhi Ahmad Daud dan Saloma pada 1960. Panca Sitara
     (2) pada masa itu ialah P Ramlee, Kassim Masdor, Ahmad C, Ahmad Daud dan
     Saloma. Ironinya, cinta P Ramlee dan Saloma dikatakan berputik ketika
     Saloma menyertai Panca Sitara. Kali ini lain pula ceritanya. Menurut
     Kassim, berikutan peraturan ahli kumpulan dilarang bercinta sesama
     sendiri dibuat P Ramlee dan dia ketua, tiada apa yang berlaku. Saloma dan
     P Ramlee kekal dalam Panca Sitara.
       Sesudah P Ramlee meninggal dunia pada 1973, nama Panca Sitara
     seakan-akan berkubur sama. Hanya pada awal 1980-an, atas daya usaha
     pelakon dan penyanyi Ahmad Fauzee - Panca Sitara dihidupkan kembali.
     Panca Sitara (III) membariskan Ahmad Fauzee, Anuar Rizman, Zainal
     Merican, Nias Ahmad dan penyanyi wanitanya, Dian P Ramlee. Panca Sitara
     (III) sempat merakamkan dua album bersama Warnada Records.
       Masa berlalu - Panca Sitara seolah akan berkubur lagi apabila anggota
     Panca Sitara (III) tidak dapat bertahan kerana mempunyai komitmen
     tersendiri. Namun, atas semangat takkan Melayu hilang di dunia, anggota
     asal kumpulan itu menghidupkan kembali Panca Sitara pada 1990-an. Kali
     ini Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Daud bergabung dengan Nasir P Ramlee
     dan membawa Aziz Sattar dalam Panca Sitara Edisi Keempat. Panca Sitara
     (IV) hanya merakam dua album bersama Life Records.
                                   (END) Source : Berita Minggu

http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=369&tid=89&cid=3
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 04:18 PM | Show all posts
P. Ramlee: The reject who became a legend

By JOSEPHINE JALLEH
[email protected]

GEORGE TOWN: Tan Sri P. Ramleee may be a legend in Malaysian movie-making, but when he started out, RTM did not show interest in collaborating with him.
Renowned music composer Datuk Ahmad Nawab revealed that he became friends with the legendary artiste P. Ramlee in 1964 when the latter approached him in Kuala Lumpur to compose music for his movies after being turned away by RTM. .

"He thought nobody appreciated him as his programmes were not shown on, television. I was a music director with Merdeka Film Productions then and he approached me to work on the music in his films. Our first movie together was Sitora Harimau jadian. Since then, we worked together and were close friends for nine years when he was in Kuala Lumpur.

"Even when he left for Singapore, we kept in touch. The last time I met him was four days before he died in 1973," said 'Ahmad.

He said P. Ramlee was so good an actor that when he played instruments like the saxophone
in movies, it looked like he was truly blowing into it.

Ahmad recalled his childhood days when he grew up near P. Ramlee's home but never got to know him. "He knew my father but not me. We both studied in Francis tight School but when I started school. he had already left for Penang Free School:' he told reporters after presenting a photograph of him and P. Ramlee to the P. Ramlee Birthplace &Gallery inJalan P. Ramlee here yesterday.'The picture was taken on Sept 5, 1965 during our roadshow in Sabah and Sarawak. For a long time, I had wanted to donate this photograph to the gallery:' he said.

Penang Malays Association (Pemenang) president Datuk Seri Mohd Yussof Latiff said a brainstorming seminar on P. Ramlee would be organised next month at Kern Tun Razak in Bukit Gedong.
He also proposed that Jalan Rawang here where Ahmad grew up be renamed as Jalan Datuk Ahmad Nawab. .
The gallery, located beside the house where
P. Ramlee was born, receives over 80,000 visitors a year.

http://blis.bernama.com/getArtic ... mp;tid=93&cid=3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 04:18 PM | Show all posts
Usah kelirukan kisah hidup P Ramlee
Date: 23-09-2010
Author: Amin Ridzuan Ishak

     GEORGETOWN: Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab, mendedahkan ada segelintir
     pihak menceritakan fakta tidak benar mengenai seniman agung negara,
     Allahyarham Tan Sri P Ramlee, demi kepentingan diri sendiri atau
     populariti mereka.
       Ahmad yang berkawan baik dengan P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Nyak
     Zakaria Teuku Nyak Puteh selama sembilan tahun, berkata beliau melihat ada
     perkara tidak benar diceritakan mengenai penghibur luar biasa itu sehingga
     menyebabkan orang ramai, terutama golongan muda terkeliru.
       Malah, seniman ketujuh negara itu menyatakan ada peralatan muzik yang
     didakwa milik P Ramlee disimpan dalam Rumah Kelahiran dan Galeri P Ramlee
     di Jalan P Ramlee, di sini, seperti seruling sebenarnya bukan milik P
     Ramlee kerana Allahyarham tidak tahu bermain seruling dengan betul.
       "Antara perkara tidak masuk akal diceritakan pihak tidak
     bertanggungjawab ialah P Ramlee mencipta lagu ketika berada di
     tandas...mana logik perkara itu kerana jika dilihat keadaan tandas pada
     zaman dulu, manalah boleh buat lagu dalam tempat itu (tandas).
       "Paling tidak betul adalah dalam buku mengkisahkan riwayat hidupnya oleh
     seorang warga Singapura. Ada yang cakap P Ramlee guna buluh perindu untuk
     sedapkan suaranya...mana ada..buluh perindu pun kita tidak pernah lihat,
     macam mana dia hendak pakai.
       "Banyak orang sekarang ambil kesempatan terhadap nama P Ramlee dengan
     mendakwa mengenalinya secara peribadi untuk kepentingan sendiri dan
     publisiti. Ini perlu dihentikan dan diperbetulkan bagi mengelakkan
     kekeliruan," katanya selepas menyerahkan gambar peribadinya bersama P
     Ramlee kepada Galeri P Ramlee di sini, semalam.
       Gambar hitam putih yang memaparkan seniman agung negara bersama Ahmad
     itu diambil ketika mereka mengadakan persembahan jelajah Sabah dan Sarawak
     pada 1965 dan ia adalah satu daripada koleksi peribadi Ahmad.
       Gambar itu diterima oleh Presiden Gabungan Persatuan Kebudayaan dan
     Kesenian Melayu Pulau Pinang (GABUNGAN), Datuk Seri Mohd Yussof Latiff,
     sebelum diserahkan kepada wakil Arkib Negara.
       ( END )
                                                Source : Berita Harian

http://blis.bernama.com/getArtic ... mp;tid=93&cid=3
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 04:22 PM | Show all posts
Royalti album P Ramlee hanya RM100,000
Date: 01-06-2005
Author: Hanisah Selamat

     KUALA LUMPUR: Selepas 32 tahun meninggal dunia, royalti hasil penjualan
     album Tan Sri P Ramlee melalui syarikat EMI Singapura dilaporkan hanya
     mencecah lebih RM100,000 dan dijangka diagihkan kepada waris Seniman
     Agung itu selewat-lewatnya akhir tahun ini.
       Anak sulung Allahyarham, Nasir Ramlee, 52, (gambar) berkata proses
     penyerahan surat pentadbiran berkaitan tuntutan harta pengesahan waris
     sudah ditandatangani, sekali gus memudahkan lagi urusan penyerahan
     royalti.
       "Mungkin sebelum ini ramai menyangka saya bakal menerima berjuta-juta
     ringgit. Kalau dihitung, jumlahnya hanya sekitar S$50,000 iaitu lebih
     kurang RM100,000. Tidak sebanyak mana, itu belum kira bayaran khidmat
     peguam.
       "Sebenarnya tiada masalah pembayaran, cuma prosesnya agak rumit kerana
     ia perlu dimulakan dari awal. Saya sudah melantik peguam tetapi masih
     perlu berulang alik ke Singapura menandatangani dokumen berkaitan. Jika
     tiada aral, berkemungkinan besar royalti itu akan diserahkan tahun ini,"
     katanya kepada Berita Harian.
       Ahad lalu, genap 32 tahun Seniman Agung itu meninggal dunia. Dua tahun
     lalu, Nasir menerima royalti RM112,000, kutipan Pelindung Hak Cipta
     Karyawan Muzik (MACP).
       Pembayaran menerusi MACP itu adalah daripada kutipan royalti lagu
     ciptaan P Ramlee yang diputarkan untuk siaran umum, terutama di radio dan
     televisyen di negara ini sejak 1998 hingga 2002.
       Berita Minggu Ahad lalu melaporkan, seorang daripada anak Allahyarham,
     Sazali, 46, berbangga meneruskan kerjanya sebagai tukang sapu sehingga
     meraih dua anugerah pekerja cemerlang oleh majikannya, Alam Flora Sdn Bhd.
       Nasir, anak P Ramlee dan Junaidah Harris yang kini menjadi penyelaras
     muzik di Istana Budaya berkata, pengagihan royalti daripada EMI Singapura
     kepada adik beradiknya nanti akan ditentukan olehnya selaku anak sulung.
       "Jangan risau, apa yang saya dapat nanti akan diagihkan kepada
     adik-beradik lain. Cuma terpulang kepada saya memandangkan penama adalah
     saya. Saya tidak tamak, berapa yang dapat saya tetap agihkan sebab mereka
     pernah panggil bapa saya Daddy," katanya.
       Mengenai royalti album P Ramlee dengan EMI Malaysia, beliau berkata,
     pembayaran secara berjadual ditandatangani dengan syarikat penerbitan itu
     sejak akhir 1990-an, tetapi jumlah royalti yang diterimanya agak yang
     kecil.
       Nasir bagaimanapun berkata, beliau agak terkejut apabila membaca
     dakwaan Sazali bahawa dia (Sazali) adalah hasil perkahwinan kedua P
     Ramlee dengan Junaidah Aris wanita senama dengan ibu Nasir.
       Beliau berkata, keluarga terdekat serta rakan-rakan bapanya di
     Singapura mengetahui kedudukan sebenar mengenai perkara itu.
       "Saya tidak mahu memanjangkan soal darah daging. Perkara ini yang
     membuatkan saya marah. Kalau pasal duit kita boleh cari.Kalau boleh
     jangan sengaja memperbesarkan hal ini," katanya.
       Sebelum ini, Sazali dilaporkan berkata beliau dan abangnya, Nasir
     adalah hasil perkongsian hidup P Ramlee dengan dua wanita yang mempunyai
     nama serupa. Selain Nasir dan Sazali, tokoh perfileman itu juga mempunyai
     dua anak angkat, Sabaruddin dan Dian.
                                   (END) Source : Berita Harian
http://blis.bernama.com/getArtic ... mp;tid=48&cid=3
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 04:28 PM | Show all posts
Nasir P Ramlee meninggal dunia
Date: 18-12-2008
Author: Zul Husni Abdul Hamid

     KUALA LUMPUR: Anak tunggal Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Nasir P Ramlee
     menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, jam 5.05 petang
     semalam akibat komplikasi jantung dan buah pinggang.
       Nasir, 55, mengadu sesak nafas dan badannya mengeras kira-kira jam 3
     pagi semalam tetapi kembali stabil selepas disapu minyak angin.
       Bagaimanapun, isteri Allahyarham, Suria Bakar, berkata pada jam 2
     petang, semalam, Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit
     kepala.
       "Sejak dua hari lalu, arwah tidak berselera makan dan banyak berdiam
     diri. Arwah memang tidak mahu dibawa ke hospital kerana bimbang ditahan.
       "Pernah dia bercakap, saya akan menyesal jika membawanya ke hospital
       "Tadi petang pun, saya terpaksa berkeras dan memujuknya supaya
     mendapatkan pemeriksaan di hospital tetapi katanya, dia mahu tidur dulu,"
     katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Setapak, malam tadi.
       Selain sakit jantung dan buah pinggang, Allahyarham dilaporkan
     menghidap paru-paru berair dan darah kotor.
       Nasir dilahirkan di Singapura pada 23 November 1953, hasil perkahwinan
     P Ramlee dengan Junaidah Daeng Harris.
       Allahyarham meninggalkan tujuh cahaya mata, tiga hasil perkahwinan
     dengan isteri pertama, Mariati dan dua bersama pelakon Rashidah Jaafar
     iaitu Natasya, 23, dan Najua atau Nadia, 22. Beliau dikurniakan dua anak
     bersama Suria yang dinikahinya pada Disember 1999, iaitu Zakaria, 17, dan
     Zaidi, 16.
       Allahyarham yang bertugas sebagai penyelaras muzik di Istana Budaya
     sejak 2001 pernah menerbitkan beberapa album kumpulan Panca Sitara dan
     adiknya, Dian P Ramlee di bawah syarikat Warnada.
       Sebagai pemuzik, Allahyarham turut menghasilkan muzik untuk filem Manis
     Manis Sayang (1983), Bujang Lapok Kembali Daa (1986) dan Pagar-Pagar
     Cinta (1986).
       Allahyarham juga pernah mencuba bakat dalam bidang lakonan dengan
     membintangi filem cakera padat, Bujang Lapok Kembali Daa... selain Anak
     Bapak dan Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh.
       Sementara itu, anak Allahyarham, Nadia berkata, kali terakhir dia
     menemui ayahnya dua minggu lalu ketika menjalani penggambaran untuk
     pementasan teater, Puteri Saadong.
       Beliau mendapat tahu pemergian bapanya daripada pelakon, Fauziah Nawi.
       Hadir menziarahi jenazah malam tadi, Pengerusi Persatuan Seniman
     Malaysia, Datuk Mustapha Maarof; Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan
     Penulis Lirik Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid; pelakon veteran,
     Abu Bakar Omar dan pemuzik, Hussein Ali.
       Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, di
     sini, jam 11 pagi ini.
                                   (END) Source : Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 04:30 PM | Show all posts
Puas jumpa Kassim Masdor
Date: 23-04-2006
Author: Roslen

     SERONOK dan puas rasanya apabila akhirnya bertemu jua komposer dan
     penggubah lagu terkenal, Kassim Masdor. Bayangkan selama 16 tahun menjadi
     wartawan hiburan, inilah kali pertama saya berpeluang bertemu pencipta
     lagu yang sangat saya kagumi itu.
       Tempat bersejarah itu adalah di Green Cow Studio, Sri Damansara,
     sewaktu rakaman program terbaru, Ilham Komposer, Selasa lalu. Kassim
     datang jauh dari Singapura untuk menjayakan program menarik arahan Nizam
     Hamid itu.
       Bagi saya, Kassim adalah antara orang yang paling hampir sekali dengan
     Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Selain itu, beliau jugalah komposer dan
     produser yang mengasah bakat Datin Rafeah Buang, Sanisah Huri, Datuk
     Sharifah Aini, Ahmad Jais, J Mizan dan ramai lagi sewaktu bertugas di EMI
     Singapore Pte Ltd.
       Lagu-lagu ciptaannya?
       Oh banyak sekali... antara yang saya ingat, Bahtera Merdeka, Gelisah,
     Dari Hati Ke Hati, Semenjak Kita Berjauhan, Darah Muda, Si Manis 17,
     Malaysia Baru, Gelombang, Lagu Anak Rantau dan Pelangi Petang (Sudirman).
       Melihat latar belakangnya, tentu ada banyak cerita-cerita lama yang
     boleh didengar dari beliau terutama P Ramlee yang juga gurunya. Kita tahu
     ramai yang mengaku kenal rapat dengan P Ramlee tetapi semua itu hanya
     auta.
       "Ada seorang manusia itu pernah cakap dia kenal dengan P Ramlee dan
     mengaku dia boleh bermain saksofon lebih hebat daripada P Ramlee. Saya
     hanya geleng kepala mendengar kata-katanya itu kerana P Ramlee sebenarnya
     tak pernah tahu pun meniup saksofon! Apa yang kita tengok dalam filem itu
     hanya lakonan beliau semata-mata," kata Kassim.
       Dalam usia 68 tahun, saya perhatikan Kassim masih sihat dan cergas.
     Ingatannya juga tetap kuat. Bermacam soalan terpacul dari mulut saya,
     melompat-lompat topiknya, kerana kalau boleh semuanya hendak ditanya
     dalam pertemuan yang agak singkat itu.
       "P Ramlee seorang manusia yang sangat istimewa. Sampai hari ini pun
     saya tak nampak siapa pun boleh menjadi penggantinya. Apabila dia datang
     ke Singapura, dia sudah bersedia ilmu seni di dada," kata Kassim, anak
     jati Kota Singa.
       Kassim akui, awalnya dia diajar bermain ukelele oleh Omar Suwita.
     Kemudian barulah dia bersahabat dan berguru dengan P Ramlee.
     Lama-kelamaan, beliaulah dipilih menjadi penggubah muzik untuk P Ramlee
     tiap kali Seniman Agung itu mendapat ilham.
       "P Ramlee ni suka buat kerja last-last minute, tengah-tengah malam
     waktu kita hendak tidur, barulah dikerahnya kita bekerja," katanya yang
     juga anggota asal The Platters Melayu (Panca Sitara) bersama Ahmad C,
     Aziz Jaafar, Normadiah dan P Ramlee sendiri.
       Menceritakan satu kisah lucu bagaimana terhasilnya lagu Kwek Mambo,
     Kassim berkata ia timbul secara tidak sengaja apabila mereka mencari
     perkataan yang sesuai ketika berada di sebuah studio. Sedang fikiran
     masing-masing buntu, tibatiba tuan punya studio rakaman itu, Mr Kwek,
     membuka daun pintu.
       "Melihat saja muka Mr Kwek, kami secara automatik menyanyi ramai-ramai:
     "Kwek (9 X)... Mambo... eh Mambo."
       Begitulah antara cerita Kassim yang peramah orangnya. Ada juga kisah
     lain yang terlalu peribadi yang tak dapat diceritakan di sini atas
     permintaannya. Gempar memang gempar tetapi ia satu amanah.
       Saya harap pertemuan kami pada petang itu bukanlah yang pertama dan
     terakhir. Saya harap kalau turun ke Singapura nanti, saya akan mencarinya
     lagi. Memang tak puas bergebang.
       Dengan kamera digital di tangan, hmmm, tunggu apa lagi.
       "Jom uncle kita pose sekejap, macam Panca Sitara la...," saya
     mengajaknya lalu terus mengenakan RayBan ke mata.
                                   (END) Source : Berita Minggu

http://blis.bernama.com/getArtic ... mp;tid=49&cid=3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.159015 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list