CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 13-11-2010 11:58 PM | Show all posts
Amir mengisi baldi dengan air dan cecair pencuci kereta. Sejak siang tadi hatinya merusuh tak tentu pasal. Padahal cuti sekolah baru bermula. Dia punya waktu senggang beberapa hari sebelum kelas tambahan di mulakan minggu depan. Kenapa aku rasa tak sedap hati?

“ Assalamualaikum Makcik. Makcik sihat?” Amir menyapa ibu angkatnya sambil mengelap cermin kereta. Makcik Nor sedang menyiram pokok bunga di halaman.

“ Sihat , alhamdulillah. Mir dah makan?”

Makan apanya, baru pukul 6.00 petang. Hailaa…Makcik Nor ini kalau tak cakap pasal makan, tak sah. Manalah badan dia tak tembam.

“ Dah lunch tapi dinner belum lagi lah. Masih awal lagi”

“ Makcik ada karipap dan cupcakes untuk kamu minum petang.” Makcik Nor masuk ke rumah dan keluar beberapa minit kemudian dengan bekas berisi cupcakes yang comel dan karipap. Amir terus terliur.

“ Terimakasih. Makcik buat ke kuih ni? “

“ Bukan. Makcik mana reti nak buat kuih comel comel macam ni. Kuih makcik buat semua besar gedabak macam makcik juga. Tadi makcik dengan pakcik pergi rumah Cikgu Zul. Anak dia yang buat. Pandai budak tu masak.”

Oh, Dahlia yang buat. Patutlah cute. Tak sabar aku nak makan. Tak dapat gigit tuannya, gigit cupcake dengan karipap pun jadilah. Nasib baik Khairul belum pulang. Tak payah kongsi, aku boleh balun semua.

“ Oh, ya ke? Tak sangka pula makcik kenal Cikgu Zul. Amir selalu juga pergi rumah dia, bincang pasal hal sekolah”

“ Makcik bukan rapat sangat dengan Cikgu Zul. Tapi makcik  pergi tadi sebab ada assignment. Sepupu makcik, Hj Sulaiman suruh merisik anak Cikgu Zul untuk anak dia, Farid.”

“ HA?!”  Aduh, tiba tiba perutnya sakit bagai di belasah Mike Tyson. Dia menelan airliur.

“ Anak Cikgu Zul yang mana satu?” Soalan  bodoh di ajukan. Amir masih ingin berharap walaupun dia tahu cuma Dahlia anak perempuan Cikgu Zul yang masih single. Mustahil Makcik Nor pergi merisik anak lelaki Cikgu Zul macam Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w.

“ Anak dia yang nombor dua. Nama budak tu Dahlia.  Amir kenal dia?” Noraziah mengecilkan mata. Apa pasal rupa Amir ni lain macam aku tengok?

“ Uh..er.. tak. Eh…kenal.. macam gitu gitu je. Pernah jumpa kat kedai buku. Terimakasih  bagi kuih ya, Makcik. Amir masuk dulu. ” Kereta yang masih belum di bilas di biarkan. Sedey nya haku…..

Amir duduk mengadap Tupperware. Dia meraup muka. Seleranya  hilang walaupun juadah di depan  nampak begitu lazat. Kenapalah aku ni? Kalau tak ada orang merisik Dahlia pun, belum pasti dia suka aku. Tapi sekurangnya peluang aku masih terbuka. Sekarang aku dah terlambat. Mungkin aku di takdirkan untuk bersendirian sepanjang hayat. Mungkin telah tertulis sejak azali yang aku tidak berpasangan di dunia ini. Ataupun  ini balasan dosa dosa silam aku.  

“ Bro, apa citer? Tak sihat kah? Macam orang mati bini aje” Suara Khairul memecah kesunyian. Dia mencampak raket badminton dan tuala Good Morning atas meja dan terus ke dapur. Sejenak kemudian dia kembali dengan sebotol air mineral dan dua mug.

“ Lebih kurang lah” Amir mengeluh perlahan. Dia tak sedar langsung bila Khairul masuk.

“ Siapa bagi kuih ni? Nampak macam sedap.” Tanpa menunggu di pelawa, sebiji karipap masuk ke mulut Khairul.

“ Mmm… phesti shi fai hayam fagi ( mesti cik pai ayam bagi)” Bersembur isi mulut Khairul. “ Sedapnya. Kau tak nak rasa?”

“ Kau makan lah. Aku tak lalu”

“ Aiikkk? Tak pernah pun aku tengok kau tolak makanan. Lebih lagi kalau Dahlia yang buat. Takkan kau takut dia letak ubat senyonyong kot.” Canda Khairul tak mendapat respons. Khairul menyiku sahabatnya

“Mesti kau ada masaalah besar ni. Ceritalah kat aku”  ujar Khairul sambil mencapai cupcake pula.

“ Tadi Makcik Nor dengan Pakcik Mizi pergi merisik Dahlia” luah Amir.

“ Biar betul? Untuk siapa? Anak derang kan semua dah kawin’ Khairul berhenti mengunyah.

“ Anak sepupu Makcik Nor. Nama dia Farid ”

“ Farid? Farid yang mana satu? Apa nama penuh dia?” Khairul menegakkan duduk.

“ Mana lah aku kenal. Makcik Nor kata nama bapa dia Sulaiman”

“ Mangkuk! Aku kenal mamat tu. Farid Hadzim Hj Sulaiman. Dulu dia kerja Maybank di sini tapi dah kena transfer. Player, poyo, perasan bagus. Bodohlah Dahlia kalau dia terima. ”

“ Betul kah? Tapi mungkin Farid dah berubah. Aku boleh berdoa sajalah. I hope she will be happy.“ Lemah tuturkata Amir.

“ Amir… Amir. Kau ni cepat putus asa lah. Keluarga dia baru merisik. Bukan bertunang atau kahwin pun. Relax lah. Mana kau tahu Dahlia suka atau tidak si Farid tu. Kau ada masa lagi nak potong jalan.”

“ Pandai lah kau ni. Aku sedar aku ni siapa. Takkan aku nak caras Dahlia dari Farid. Dia tu anak menakan Makcik Nor. Silap silap Makcik Nor pun tak nak mengaku aku anak angkat dia.” Amir terus bangun dari sofa. Baru dia teringat yang keretanya belum di bilas.

“ Kau ni jantan ke bapok? Jangan mengalah sebelum bertanding, nyah. Aku akan sokong kau habis habisan. Aku rasa Dahlia dengan kau ada chemistry. Jangan sia sia kan peluang. Biar kalah bertanding, jangan kasi walkover.”

Amir tersengih. Bersemangat betul si Khairul. Tapi betul juga katanya. Macam aku selalu sarankan pada anak murid aku - “ No pain, no gain”. Inche Farid vs Cikgu Amir. May the best man win.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 12:04 AM | Show all posts
Amir mengisi baldi dengan air dan cecair pencuci kereta. Sejak siang tadi hatinya merusuh tak tentu  ...
sang_arjuna Post at 13-11-2010 23:58

Wah! nasib baik I standby mlm ni tidak terlepas...TQ TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2010 12:11 AM | Show all posts
Reply 622# cmf_blingblings

bila zakia nak ngorat harris? kekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 12:14 AM | Show all posts
TQ kak Smiley...
chaiyok amir... cpt2... dahlia tak mau kat farid tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 12:15 AM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

bila zakia nak ngorat harris? kekekekekeke
sang_arjuna Post at 14-11-2010 00:11



Ai???? sib baik I tak ter confuse rumah?? dah lah mata makin kecik..sib baik tak letak posting kat umah Smiley{:1_115:}
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 12:53 AM | Show all posts
“ Kau ni jantan ke bapok? Jangan mengalah sebelum bertanding, nyah. Aku akan sokong kau habis habisan. Aku rasa Dahlia dengan kau ada chemistry. Jangan sia sia kan peluang. Biar kalah bertanding, jangan kasi walkover.”


urgh... you made my day la smiley... asik gelak je bila baca... sini gelak sana gelak...eeeeee bahaya la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2010 12:55 AM | Show all posts
smiley.. lupa nak pesan... rajin2 makan biji hitam atau "habbatul saudah"...
elok utk badan... org pegi haji tu hang pesan2 la biji hitam tuh... kembung perut.. gestrik.. dan macam2 lagi la khasiatnye.. kene amalkan selalu la makan biji hitam tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 01:22 AM | Show all posts
Reply 627# Kia_picanto

habbatul saudah tu..nalle baru je start makan...kat manalah nak beli..
stok dah nak habis ni..hehehe

smiley..
perlawanan inche farid dan cikgu amir...akan bermulalah ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 01:30 AM | Show all posts
Reply 628# nallepooh


    nalle... skang ni derang ade je jual kat kedai2 biasa.. tapi byk dah proses... kalau ade sedara ke kawan ker gi haji pesan la..
penah minum yg dalam bentuk cecairnye... harus aku nak muntah hijau sebab bau tak tahan

sedap lagi biji kecik tu aku telan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 02:47 AM | Show all posts
go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go... go amir go...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 06:28 AM | Show all posts
Cikgu amir ni cepat sgt mengalah...fightlah utk dahlia....

best man win....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 09:18 AM | Show all posts
rasanya farid tu bkn leleki  yg baik la...
ni ade udang sebalik maggi ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 11:33 AM | Show all posts
akhirnya...ada jugak n3 dari smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 02:03 PM | Show all posts
salam semua...
puaslah merempit dari mula...
tahniah utk smiley, cerita yg menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 02:04 PM | Show all posts
mintalah dahlia x tersalah pilih....
sian nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 04:14 PM | Show all posts
“ Kau ni jantan ke bapok? Jangan mengalah sebelum bertanding, nyah. Aku akan sokong kau habis habisan. Aku rasa Dahlia dengan kau ada chemistry. Jangan sia sia kan peluang. Biar kalah bertanding, jangan kasi walkover.”

adushhh.........
aku gelak sorang22,, pandai2 si kerul buat lawakkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 06:48 PM | Show all posts
go cikgu amir go...
jangan mengalah sebelum berjuang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 07:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 07:49 PM | Show all posts
sempoi sungguh pepatah cikgu khairul...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 08:05 PM | Show all posts
Reply 621# sang_arjuna


Yes..yes.yesss..
Hero kena macho. Perpantang mengalah sebelom ajal, Amirrrr!!!

Arjuna,
Saya pun pernah kena batu karang
Masa batu tu berada kat salur uterer, Memang hazab la..sakit smpai termuntah3.

Saya just keep minum air banyak3 supaya air kencing boleh menolak batu tu keluar
Sejam sekali mesti rasa nak buang air .  
mmg Rasa serik n tak mau dah membuang sbb sakit gak la everytime batu tu nak keluar.
Tp saya lg takut kena operate. So saya cuba n cuba gak banyak kali.
tak Sempat buat next rawatan, batu tu dah keluar . Alhamdulillah. Lega . no more pain.

sekarang hasben juna macam mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063819 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list