|
Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)
[Copy link]
|
|
puan nana
cm ne org surau ade kt umah?
pggil juga ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak panggil. Rumah dekat dengan surau. Menjerit sampai orang surau pun boleh dengar, itu yg berlari deme datang
|
|
|
|
|
|
|
|
i see...
perhati ramai gak igt cik.nana ialah cik.es
mgkin cara penulisan dan juga unsur2 sweet here and there kot
sbb cik.es pn mcm tu dulu..siap ada moment2 romantik gituh
|
|
|
|
|
|
|
|
2 minggu lepas baru khatam cerita nenek kamsia kamsiaaaa Nak buat cemana orang ingat kita Cik Es. Nama pun dekat sama dah
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal
nama cik es pun tulis mcm cik.nana
ade dot juga antara nama
diorg trauma sbnrnye..kot2 org yg sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya lepas terkantoi, takkan Cik Es nak guna nama yg hampir-hampir sama, ye dok? Tapi Cik Es molek jugak kalau bikin novel. Pandai bercerita sampai orang menunggu-nunggu cerita dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
syue86 replied at 11-2-2015 04:07 PM
i see...
perhati ramai gak igt cik.nana ialah cik.es
mgkin cara penulisan dan juga unsur2 swe ...
Syue86, nak link cite nenek kamsia bole? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin..mungkin juga die suke nick cm tu
quite nice ekceli ejaan cmtu
kat MPS ni mmg suke diorg mnggu cerita
nak2 org2 yg pandai mengarang ayat
makin ramai la menunggu
|
|
|
|
|
|
|
|
taip je kat search
'panggilan misteri'
sebab dh lama layan thread die tu
|
|
|
|
|
|
|
|
syue86 replied at 11-2-2015 04:37 PM
taip je kat search
'panggilan misteri'
sebab dh lama layan thread die tu
Ok tq syue |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana cik es kantoi menipu? pernah jugak baca cerita cik es tu..tapi tak sampai habis |
|
|
|
|
|
|
|
Ha'ah kan. Nana pun nak tau gak cemana Cik Es boleh kantoi @syue86.
|
|
|
|
|
|
|
|
Org ckp syaitan dan iblis je yg diikat di bulan pose. Tetapi jin xkena ikat.
Yg dekat beranda rumah tu mungkin anak jin tu nk join cik nana ngn kinah main
bunga api kot.
Sekali cik nana ngn kinah xmain. Marah la dia sambil lompat2. Kikikiki
|
|
|
|
|
|
|
|
Cistat betoi bos cik nana tu. Btw, kesian Atika tu. Lemah semangat sket budak tu nmpk gayanya.
Opis cik nana tu macam ada yg merati je. Siap blh kenal atika tu. Huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
gedang2 posted on 12-2-2015 04:15 PM
macam mana cik es kantoi menipu? pernah jugak baca cerita cik es tu..tapi tak sampai habis
Menipu ke cite cik es tu? Lorr penat je baca thread tu malam td. Dlm thread tu ramai yg kne potong credit sbb berborak kt thread dia. Pastu thread kedua separuh jalan sbb dia ckp dia give up. Tp aku xkesah ler baca cite palsu ke x sbb aku mlm td nk abiskan masa kne standby. Hehe. Bantai ajelah
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya betul la dia pun nak join main bunga api
|
|
|
|
|
|
|
|
Atika masih lagi praktikal kat opis kami. Dia tak jadi nak tukar sebab dah rasa best walaupun still takut-takut. Nak pergi toilet wajib berteman.
|
|
|
|
|
|
|
|
cik.nana replied at 13-2-2015 01:33 PM
Atika masih lagi praktikal kat opis kami. Dia tak jadi nak tukar sebab dah rasa best walaupun stil ...
Sbb dia dh terkena. Tu yg takut kot. Huhuhuhu. Mcm cik nana dg biasa dh ngn mende2 alah ni kan. Btw, suka baca cite2 cik nana ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Misteri Nusantara - Rambut Siapa?
Sebenarnya, semenjak setahun yg lepas, aku selalu rasa geram. Geram sebab rambut bersepah dalam rumah. Kat bilik tidur, bilik solat, dapur, ruang tamu. Pendek kata, meratalah ada rambut ni. Mula-mula tu, aku anggap rambut aku jelah. Yelah, rambut aku memang panjang pun. Lebat pulak tu. Mungkin banyak sangat berguguran meninggalkan jejak kat mana-mana, hatta dalam bilik solat sekali pun. Hari-hari aku sapu, siap vakum bagai sebab aku rimas tengok rambut di sana sini sinun. Paling leceh, rambut atas karpet. Siap guna scotch tape nak kutip rambut.
2 minggu lepas, aku potong rambut pendek terus. Dah macam rambut Anjali masa muda dalam Kuch Kuch Hota Hai. Serius cakap, macam cendawan. Sampai suami aku terkejut Tapi yelah, sebab aku dah kegeraman kan rambut gugur banyak sangat. Panjang-panjang pulak tu. Lepas potong rambut, aku senang hatila sapu sampah vakum apa bagai. Dalam hati terdetik, lepas ni takdela banyak sangat kot rambut gugur kan. Yeyeh! Betapa aku tersilap.
Masa cuti hujung minggu 4 hari yg masuk Hari Wilayah dengan Thaipusam tu, aku dan suami balik kampung. 4 harila dok berjimba-jimba di kampung. Balik rumah, aku belum perasan lagi. Tapi keesokan harinya, aku perasan dalam bilik tidur ada rambut panjang atas katil. Aku tak pikir panjang, memang aku ingat tu saki-baki rambut aku masa panjang dulu la. Takpe, aku buang macam biasa. Kemas-kemas macam biasa. Sekali masuk bilik solat, aku terperanjat tengok kat karpet banyak rambut melekat. Rambut panjang-panjang pulak tu. Dah mana mari pulak rambut ni?
Tengok rambut panjang dalam bilik solat, aku husnuzon lagi. Rambut aku la tu, tak habis sapu. Ok, kali ni kita kasi vakum. Memang aku vakum siap duduk bersila atas karpet, aku sedut buang habis rambut. Siap double check. Tak sehelai rambut pun aku tinggal. Aku check kat ruang tamu. Ada rambut jugak. Kasi sedut semua. Setel. Puas hati aku. Esok dan hari-hari seterusnya, takde dah rambut panjang. Hujung minggu seterusnya, aku dan suami ke Ipoh, ada kenduri kahwin. Kami tidur 1 malam di Ipoh. Ahad balik. Sekali lagi, aku jumpa seurat rambut atas katil. Panjang dan kasar. Terus aku rasa lain macam.
Aku check atas lantai bilik tidur. Ada jugak rambut panjang berguguran. Aku masuk bilik solat, check ruang tamu dan dapur. Mana-mana pun ada rambut panjang. Terduduk aku dibuatnya. Dah mana datang pulak rambut panjang ni? Rambut aku dah pendek. Rambut suami aku memang sah-sah pendek (macam abang soljar dah). Aku analisis habis-habis. Siap aku cabut rambut aku pulak nak compare. Rambut aku tak sekasar rambut yg aku jumpa. Aku dah start rasa seram sejuk. Tapi aku tak cakap apa-apa kat suami aku lagi. Aku bersihkan segala apa rambut yg aku jumpa. Dalam bilik mandi pun aku jumpa segulung rambut panjang. Kali ni, aku kutip semua, aku bakar je.
Lepas tu, aku tak jumpa dah rambut panjang-panjang. Sampailah semalam. Semalam aku sapu sampah kat bilik belakang, aku jumpa segulung rambut panjang sekali lagi. Aku dah termenung dah. Aku try la check kat area lain, kot ada. Tapi kat tempat lain memang tak ada. Bilik belakang tu, memang kami tak guna. Aku punya plan, nak jadikan bilik tu sebagai bilik bacaan. Dalam bilik tu memang ada banyak buku je. Ada yg masih dalam kotak, tak unpack sebab tak cukup rak. Adala barang eksesais suami aku macam dumbell, spring apa tah lagi. Itu je pun. Aku masuk bilik tu pun setakat sapu sampah, ambil dan simpan buku.
Aku tak cerita lagi kat suami aku pasal rambut tu. Entahlah. Sebab aku rasa tak berapa penting kot. Tapi aku tetap rasa misteri la. Rambut siapakah yg berguguran kat rumah aku ni?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|