|
ni aku cedok dari blog hesmel faznee
Monday, 22 November 2010
ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE
Oleh – Hesmel Faznee Faisal
Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini.
Rasanya, kebanyakan daripada kita telahpun menonton dokumentari khas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, yang telah disiarkan di dalam Astro menerusi History, baru-baru ini. Mungkin ramai di antara kita secara tidak sedar, menitiskan airmata mengenangkan nasib yang melanda Allahyarham.
Disisihkan, dihina, malah ditipu oleh orang yang dipercayai beliau, termasuk bangsanya sendiri merupakan antara intipati kehidupan Allahyarham, di saat-saat akhir kehidupan beliau. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh beliau, demi untuk memenuhi hasrat beliau untuk memastikan karya Melayu terus kekal dan relevan di mata orang Melayu itu sendiri langsung tidak kecapaian. Hasrat Allahyarham untuk menerbitkan filem Melayu bewarna, menubuhkan syarikat penerbitan filem sendiri malah penubuhan syarikat PERFIMA itu semuanya hancur dan musnah.
Mungkin, petikan sajak Tun Dr Mahathir, Perjuangan Yang Belum Selesai; "Di mana silapnya?" sesuai menggambarkan keadaan dan nasib Allahyarham.
Saya berpendapat, demi untuk menebus kembali maruah Allahyarham, dan secara tidak langsung maruah negara, kerajaan boleh mengambil langkah proaktif dengan membeli karya-karya terbaik Allahyarham daripada syarikat filem Shaw Brothers dan syarikat rakaman EMI. Apalah gunanya kita melaung-laungkan gelaran Seniman Agung dan lain-lain tetapi hakikatnya karya-karya beliau berada di tangan orang asing.
Jika disorot kembali, zaman kejatuhan Allahyarham mula berlaku semasa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri (sekitar tahun 1970). Dengan berkata demikian, saya tidaklah menuduh Allahyarham Tun Razak punca kejatuhan Tan Sri P. Ramlee! Cuma terdetik rasa hairan, mengapakah kerajaan pada masa itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan Allahyarham mendapat tempat di industry hiburan tempatan? RTM, misalannya boleh memberikan satu slot program TV untuk Allahyarham.
Sekarang, anak Allahyarham Tun Razak, Dato' Sri Mohd Najib pula menjadi Perdana Menteri. Mungkin Dato' Sri Najib boleh mengambil tindakan wajar untuk memastikan legasi Tan Sri P. Ramlee terbela. Ini termasuklah memastikan karya-karya Allahyarham itu dibeli oleh Kerajaan. Harus diingat, karya-karya Allahyarham itu sama pentingnya dengan karya-karya Munsyi Abdullah dan lain-lain penulisan. Mereka adalah perakam masa kepada apa yang berlaku pada waktu itu.
Secara peribadi, saya mula merasa muak, jelek dan bosan menonton filem Tan Sri P. Ramlee, apabila ia dimainkan di dalam upacara mengenang Allahyarham di kaca tv. Semuanya hambar. Tiada pembaharuan! Seandainya karya-karya Allahyarham itu menjadi milik kita, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelokkan kembali filem tersebut, termasuklah melakukan "digital editing" dan memasukkan warna ke dalam filem tersebut.
Selain daripada itu, kita boleh menerbitkan kembali filem-filem terbaik arahan beliau ke layar perak, apabila proses digital editing itu dilakukan. Pelbagai cara dan langkah yang boleh dilakukan seandainya filem-filem beliau menjadi hakmilik kita. Hasil daripada kutipan tiket-tiket itu bolehlah digunakan untuk menubuhkan Yayasan Tan Sri P. Ramlee atau research centre yang melakukan penyelidikan di dalam karya-karya Allahyarham, berdasarkan kepada aspek budaya dan social!
Ini tidaklah bermaksud kita mengambil kesempatan ke atas karya beliau, namun menjadikan filem itu tahan lebih lama untuk tatapan anak cucu kita di masa hadapan!
Janganlah kita hanya bersedih, termenung dan mengeluh mengenang nasib Allahyarham selepas kita menonton dokumentari di rangkaian History itu. Tiada gunanya mengenangkan nasib yang telah berlaku ke atas Allahyarham. Seperti kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.
Rasanya, masih tidak lambat untuk kita memiliki semula karya-karya Allahyarham daripada syarikat filem dan rakaman itu. Semakin lama kita menunggu, semakin tinggilah harga untuk kita membeli semula catalog-katalog filem dan lagu-lagu ciptaan Allahyarham. Seperti yang dinyatakan oleh syarikat Shaw Brothers kepada Allahyarham Nasir P. Ramlee, apabila beliau cuba untuk bertanya berkenaan royalty filem-filem Allahyarham bapanya, "Itu semua, kita orang punya…"
Tidakkah kita merasakan yang maruah seorang seniman itu dihenyak ke bawah? Apakah itu bukan menunjukkan seolah-olah Allahyarham persis lembu punya susu, sapi dapat nama?
Masih tidak terlambat untuk mengambil tindakan sewajarnya.
ape kata anda??? |
|
|
|
|
|
|
|
huuuuuuuuuu habis dah, banyak kerja aku tak jadik |
|
|
|
|
|
|
|
berjaya juga khatam.
Bel masuk sini sbb nak tau ttg komplot menjatuhkn Arwah.
even documentary shumi tu kejap sgt tp terserlah apa yg cuba di sampaikan.
mmg P Ramlee sengaja di jatuhkan oleh beberapa pihak yg tak senang hati. Kuatnya org yg nak jatuhkan dia tu sampai media dan kerajaan sendiri turut main peranan menjatuhkan arwah. Paling kelakar bila sekarang semua memuja arwah pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Pheww...spent few hours dari page 1 sampai dah khatam thread ni...
Tak sabar rasanya nak tunggu biograpi dari Datok Aziz Sattar..
Al-Fatatihah untuk Allahyarham P.Ramlee |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by capiloton at 2-12-2010 23:57
ada attention seeker dalam thread ni tak payah la korang layan..
seb baik abangbikerz tak masok thread nih..
patut la ada orang melayu dulu2 dok cakap..
p.ramlee takde la femes mana pun kat malaysia dulu..
semua movie n lagu2 dia tak laku kat sini dulu..
lepas tengok dokumentari..
ropa2 nya diaorg semua pulaukan p.ramlee.. terutamanya wartawan..
n jugak termasok la goverment n ahli2 politik malaya taknak support karier dia..
tak sangka pulak allahyarham meninggal dalam keadaan miskin n susah..
credits pada suhaimi baba yg buat documentary nih..
mmg berharga docu ni sebab ada di masukkan sekali klip video temuramah dengan org2 yg pernah rapat dgn p.ramlee yg dah pun meninggal dunia macam saloma, saadiah, nasir p.ramlee, norizan, ahmad daud n lelain lagi..
kesian hajat arwah nak buat filem berwarna tak tercapai sampai akhir hayat dia..
yg kes PERFIMA tu memang sadis, jins shamsudin pulak yg di beri peluang..
baru balik dari kursus perfileman london kekdahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada attention seeker dalam thread ni tak payah la korang layan..
seb baik abangbikerz tak mas ...
capiloton Post at 2-12-2010 23:26
dia famous.. bukan sepert sangkaan anda iteww.. sume cerite dia box office kat sini.. penuh panggung capitol tuu smpai 1 cerita 3 kali ulang
cume akhir 60'an dgn awal 70'an dia mengalami kejatuhan |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah buat arwah..... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm .. aku ada documentary p.ramlee history channel format .avi ..
sape2 nak?? nnt aku spli & upload kt file hosting ... hotfile / mediafire |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah hidup seorang seniman mmg berduka sesaja ,yg tampak gembira cuma diirnya dipuja peminat tp bab hidup melarat sendiri yg tanggung. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2nya adalah penyambung legasi P Ramlee dari keturunannya. anak2 allahyarham Nasir pun ada yang masuk dalam bidang seni kan.
-Natasya & Najwa (anak allahyarham dengan Rashidah/Gee) - belajar di Aswara dalam jurusan seni
-Zakaria & Zaidee (anak allahyarham dengan isteri Suria Bakar) - kini sedang belajar dalam jurusan Diploma Rekaan Bunyi & Muzik di Universiti Lim Kok Wing |
|
|
|
|
|
|
|
15 Tentang P.Ramlee yang kita tak tahu
# Posted by Ida Syuhada on December 19, 2010 at 12:09pm in Dunia Hiburan
1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.
2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.
3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.
4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.
5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.
6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!
7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.
8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).
9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.
10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).
11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!
12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.
13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.
14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.
15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!
http://www.malaysiaria.com.my/fo ... g-pramlee-yang-kita
**tiada mention dari sumber mana penulis dapat info ni, tapi apa yang ditulis ada few yang pernah dimention di page2 depan dalam thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
adakah beliau yg meminati dengungan? |
|
|
|
|
|
|
|
btol ke P.Ramlee x pandai main alat muzik sebenarnya?baca dalam berita Harian kot,ahmad Nawab yang bagitahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon! |
|
|
|
|
|
|
|
6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, tro ...
HangPC2 Post at 19-1-2011 13:02
katanya dalam filem2 beliau yang beliau main saksafon tuh sebenarnya adalah dimainkan oleh ahmad nawab rasanya......dia eksen saja |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhhh....terbuntang bijik mata aku nak abiskan benang nie. memang best giler n sgt sedih dgn kehidupan beliau di saat2 akhir...
pernah pegi pustaka peringatan p.ramlee kat jalan dedap about 10 yrs ago....byk gak info pasal arwah tp aku rasa boleh dipertingkatkan lagi.
Al Fatihah untuk arwah.... |
|
|
|
|
|
|
|
kelakaor la puloksss rajawali tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
thank you semua, dah habis baca and terus tgk documentary dalam youtube = )its actually sad to see how he actually fall from top, dulu i selalu pegi pustaka peringatan p.ramlee dekat setapak tu, my father bawak, ulang2 pegi, actually pegi banyak2 kali pun mmg tak pernah rasa bosan, even takde la banyak sangat bahan and suasana rumah tu for me rasa macam menenangkan, insya Allah nak pegi lagi, sebab dekat je lagipun, 20 minit dari rumah |
|
|
|
|
|
|
|
khatam kat sini.. huuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak masuk benang ni...tatau pulak ada doku...baru tau tadi neh...
harus tengok nanti... |
|
|
|
|
|
|
| |
|