CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 18-12-2009 02:53 AM | Show all posts
ada sesiapa yg lebih arif dalam hal ni?....
mohdmus Post at 15-12-2009 11:57


Salam Saudara Mohdmus....

Saya ingin ingatkan saudara.....sepatutnya saudara yang mulakan bab nie dan semestinyalah saudara mempertahankan pegangan saudara dengan dalil Al quran, al sunnah, ijma' dan qias....bertanggungjawab/responsibility dengan apa yang saudara MULA

Jika benar ilmu dan amal saudara, pertahankannya !!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 08:31 AM | Show all posts
637# baghal
sgt menarik penjelasan ini. Jazakallah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 08:34 AM | Show all posts
640# Nazrulism
Juga menarik n something to ponder. Jazakallah.
Will be back 3 hari lagi. Ada tetamu. Semuga hidayat diturunkan utk seluruh alam esp forumist di CARI
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 10:38 AM | Show all posts
Salam Saudara Mohdmus....

Saya ingin ingatkan saudara.....sepatutnya saudara yang mulakan bab nie dan semestinyalah saudara mempertahankan pegangan saudara dengan dalil Al quran, al sunnah, ijm ...
salikin Post at 18-12-2009 02:53


Mohdmus dan ntah apa lagi mohd-mohd yang ada tu saja menggatal nak tambah credit post.  mula-mula copy paste.  lepas tu, posting setakat sokong menyokong kat merata-rata thread.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 12:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by izzansdy at 18-12-2009 13:19

629# izzansdy


Saya tidak pernah menyatakan ini dlm posting saya...
Anda salah faham lagi nie..


Ini contoh yang saudara beri... maaf jika ...
Nazrulism Post at 18-12-2009 00:26 [/quote]

saudara naz,
Betul tu kata2 anda.... maka apa yg diberi dan yg dijanjikan itu pasti.....

Jadi anda megerti lah apa bezanya dng mengharap pd pemberi dan mengharap pd pemberian???
Jika kita mau pd pemberian tidak pd pemberinya.... maka derhaka lah kita....( spt ayat yg anda baru bawa)
Ucapan kasih tu kan pd pemberinya.....
Pemberian nya sudah pasti........
Kan saya dah kata.... tuhan cipta kita bersama kebuntuhan kita....
(Sifat maha mengetahuinya).....

mahu ke anda berkawan dng seorg teman yg hanya mahu kekayaan anda....????

Jika begitu mengapa apa ayat yg menerangkan ttg syirik(MENDUAKAN) dlm ALQURAN....???



Jadi balik pd topik ini yg anda usulkan....

Boleh ke pegangan ahli tasauwuf di jadikan AKIDAH????

Perlu anda mengerti.... perbincangan ini diantara anda dan saya.... bukan Ibn ARABI...
Anda pun tak jumpa orgnya....ada lebih baik bersangka baik je....
Serahkan urusan dia dng tuhan....
Tidakkah anda membaca kisah nabi musa bersama nabi khidir???

Kerna persoalan topik ini bagi saya sudah mcm menceroboh hak org2 tasawuf????
Anda sbg A.S.W.J tak pernah jumpa ayat ttg menceroboh ke???
Anda sudah siasat( selidik )?????
Mengapa anda tinggalkan ayat dlm ALQURAN bhw anda dikehendaki selidik dahulu....????
JIka tidak pasti salahnya.....Berdiam itu lebih baik....
Atau anda nampak org tasawuf menyembah berhala ???....
Atau anda tau apa yg ada dihati mereka????
.....Lalu mengapa ada kata2 spt itu dari anda????
Hawa nafsu itu selalu mangajak kpd perkara yg tak baik....
Ini yg dipelajari ahli tasawuf(salik), belajar membersihkan jiwa.... agar dpt membawa Hawa nafsu tadi
pd perkara yg baik

APA JWPAN ANDA?????

Ini bukan tanda saya tak nak teruskan..... hanya satu follow up.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 12:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by baghal at 18-12-2009 12:46

Fahaman sufi juga 'senada' dengan "Masing-masing hala tujunya ke Tuhan"

Nazrulism Post at 18-12-2009 00:43


Di zaman Rasulullah, Rasulullah saw 10 tahun melatih para sahabat dalam bab akidah dan pembersihan jiwa untuk menerima nur iman yang hanya masuk di hati yg bersih. Allah swt juga hanya memandang hati hambanya yg bertaqwa bukan perbuatan semata2..selepas Rasulullah saw wafat, terserah kepada kebijaksanaan sahabat untuk mengajar orang muslim berdasarkan Al-Quran dan Hadis yg telah di sampaikan oleh Rasulullah saw..

Maka dari situlah terbitnya kaedah atau jalan tertentu (tareqat) yg di susun oleh sahabat baginda yg tidak lain tidak bukan untuk mentaqarubkan/menghampirkan diri kita dengan Allah swt..(Adakah ini satu kesalahan?? kebaikan bukan satu bida'ah krn memang Islam itu sendiri memimpin ke arah kebaikan).

73 puak Islam hari ni, semuanya mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan..jadi mcmana kita nak menilai  1 puak  yg Nabi isyaratkan ASWJ yg selamat?

Di antara kekuatan jalan sufi ini menerima ilmu dan amal dari guru murabbi yg sanad perguruannya sampai kpd Rasulullah saw. Sanad inilah sebagai bukti ilmu dan amal itu menepati sebagaimana yg Rasulullah saw sampaikan..kerana barangsiapa yg belajar tanpa guru (guru di ijazahkan dlm sanad perguruan) maka iblislah gurunya.

Jadi fenomena hari ini, byk tareqat atau fahaman tertentu yg didapati menyeleweng dr ajaran Rasulullah saw krn tidak tahu punca ilmu tersebut ( tidak ada guru yg ada sanad), sekadar mempelajari ilmu itu dari 'orang lama/ senior', dari kitab2, dari guru yg tiada sanad, dr mimpi yg didakwa ilham...punca2 ilmu yg tidak tahu sumbernya, akan dipimpin oleh iblis dgn cara yg sangat halus, apabila berkhayal didakwa zauq, fana dsb..

Apabila kita menerima ilmu dan amal drpd guru yg di ijazahkan , yg sanad perguruannya sampai kpd Rasulullah saw, maka hati kita lebih yakin dgn apa yg kita pelajari, tidak ada keraguan lagi dalam beramal, nur hidayah Allah sentiasa bersama orang yg mengikuti jalan kekasihnya, maka terbitlah iman kita yg kukuh kpd Allah dan Rasul..tidak adalagi syak, zhon dan waham tentang apa yg kita perbuat.berjalanlah kita dgn penuh keyakinan kpd Allah swt krn jalan yg kita ikut itu menepati yg Rasulullah saw tunjukkan.

Berbanding dengan puak yg tidak ada guru, (perhatikan beberapa penulis thread yg pandapatnya berubah2, bercampur2, tidak tetap), jadi pendapat yg tidak tentu dan tidak tetap, bagaimana mahu di jadikan pegangan yg kukuh sehingga tiada lagi syak, zhon dan waham...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2009 12:45 PM | Show all posts

kita perhatikan ucapan Ibn Arabi;
“Dahulu saya membantah temanku kerana agamku tidak menjadi agamanya.Kemudian hatiku boleh menerima atas semua keadaan itu, kini hatiku jadipadang gembalaan orang-orang kesamaran, menjadi kuil para pendita,rumah untuk penyembah patung, Ka’bah untuk orang tawaf, papan untukmenulis Taurat dan Mushaf menulis ayat al-Quran”.

Nazrulism Post at 18-12-2009 00:43


Bagaimana Tuan mahu huraikan ayat di atas? macamana kita nak amalkannya? Mari kita berkongsi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 01:05 PM | Show all posts
641# salikin

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH ( 1431H )


Mudah2an kita berhijrah;

dari buruk ke baik

dari baik ke lebih baik

dari malas ke rajin

dari BUJANG ke ALAM PERKAHWINAN....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 01:26 PM | Show all posts
641# salikin

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH ( 1431H )


Mudah2an kita berhijrah;

dari buruk ke baik

dari baik ke lebih baik

dari malas ke rajin

dari BUJANG ke ALAM PERKAHWINAN.. ...
baghal Post at 18-12-2009 13:05


salam maal hijrah utk anda juga....dan utk semua yg ada dlm thread & board cari......
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 18-12-2009 14:15
641# salikin

dari BUJANG ke ALAM PERKAHWINAN

baghal Post at 18-12-2009 13:05


Ciiittttt........

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 02:19 PM | Show all posts
645# izzansdy

mahu ke anda berkawan dng seorg teman yg hanya mahu kekayaan anda....????

Bukan soal mahu atau tidak... Ini soal PERINTAH Tuhan kepada hamba, dan telah di beritahu akan ganjaran dan ancamanNya. Takut azabNya / mengharap nikmatNya kerana Allah yang menetapkan begitu. Semuanya kerana Percaya pada Allah.

Perlu anda mengerti.... perbincangan ini diantara anda dan saya.... bukan Ibn ARABI...

Betul.. saya tak berbincang dengan Ibn Arabi tapi dengan saudara (yang bersetuju dengan ucapan Ibn Arabi)

Atau anda nampak org tasawuf menyembah berhala ???....
Atau anda tau apa yg ada dihati mereka????

Adakah dengan menyembah berhala sahaja dianggap syirik? Bagaimana dengan orang yang memperakui sembahan yang lain selain Allah oleh orang lain walau dia sendiri tidak menyembah berhala ?
   Orang Yahudi, mereka percaya pada Allah.. cumanya mereka tidak percaya kepada Kerasulan Muhammad s.a.w yang membawa syari'at lengkap. mereka lebih senang dengan fahaman dan pegangan mereka. Kerana itu Allah mengatakan mereka kufur walaupun mereka percaya kepada Allah s.w.t. (tapi ingkar perintah)
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 02:23 PM | Show all posts
646# baghal

Di antara kekuatan jalan sufi ini menerima ilmu dan amal dari guru murabbi yg sanad perguruannya sampai kpd Rasulullah saw. Sanad inilah sebagai bukti ilmu dan amal itu menepati sebagaimana yg Rasulullah saw sampaikan..kerana barangsiapa yg belajar tanpa guru (guru di ijazahkan dlm sanad perguruan) maka iblislah gurunya.

Jadi fenomena hari ini, byk tareqat atau fahaman tertentu yg didapati menyeleweng dr ajaran Rasulullah saw krn tidak tahu punca ilmu tersebut ( tidak ada guru yg ada sanad), sekadar mempelajari ilmu itu dari 'orang lama/ senior', dari kitab2, dari guru yg tiada sanad, dr mimpi yg didakwa ilham...punca2 ilmu yg tidak tahu sumbernya, akan dipimpin oleh iblis dgn cara yg sangat halus, apabila berkhayal didakwa zauq, fana dsb..


Ingin pula saya bertanya.... Jalan sufi/ tarekat mana jadi ikutan saudara?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 02:32 PM | Show all posts
Bagaimana Tuan mahu huraikan ayat di atas? macamana kita nak amalkannya? Mari kita berkongsi...
baghal Post at 18-12-2009 12:45


[quote]


Tuan... Kata2 itu pada pandangan saya merupakan buah yang buruk hasil dari pohon aqidah yang rosak diakarnya.
Jika tuan memandangnya sebagai 'buah yang baik' ... sila huraikan agar dapat dijadikan pelajaran yang berguna!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 03:37 PM | Show all posts
646# baghal



Ingin pula saya bertanya.... Jalan sufi/ tarekat mana jadi ikutan saudara?
Nazrulism Post at 18-12-2009 14:23


Saya tidak ikut tareqat..

Saya menerima Iman, Islam ,Ihsan drpd seorg guru murabbi yg sanadnya melalui Syeikh Muhammad Yusuf bin Ahmad Kenali Al-Kelantani (Tok Kenali) yg diambil drpd Syeikh Ahmad bin muhammad Zain Al-Fathani, yg silsilahnya sampai kpd Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani, yg silsilahnya sampai kpd Saidina Ali Karamallah Wajhahu yg diambil drpd Rasulullah saw..

Bagaimana dengan Tuan? Siapa guru Tuan? Apa aliran Tuan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 03:41 PM | Show all posts
Tuan... Kata2 itu pada pandangan saya merupakan buah yang buruk hasil dari pohon aqidah yang rosak diakarnya.
Jika tuan memandangnya sebagai 'buah yang baik' ... sila huraikan agar dapat dijadikan pelajaran yang berguna!
Nazrulism Post at 18-12-2009 14:32


Ini sangat pelik...Tuan yg bagi kata2 tu, kemudian Tuan kata ianya salah...saya xkata pun ianya baik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 03:44 PM | Show all posts
Tuan... Kata2 itu pada pandangan saya merupakan buah yang buruk hasil dari pohon aqidah yang rosak diakarnya.

Nazrulism Post at 18-12-2009 14:32


Salam Saudara Nazrulsm....

Dari kenyataan saudara berpegangan ASWJ.... Sebelum kite pergi lebih jauh saya mohon saudara selesaikan masalah yang akan saya tanya nanti sbb byk soklan2 saya sebelum ini saudara tak jawab....lg 1 saudara kalo kena rod saudara (cnth saudara abuasri rod saudara) lari kali nie saya mntk saudara jgn lari kite selesaikan abis2san boleh....

tak dinafikan byk amalan2 tarikat lari dari Al quran,Al sunnah, ijma dan qyias....

1. Berikan ijma terbahagi kepada berapa bahagian......
2. Ijtihad jg Hukumnya dan batalnya.....

sbb saudara kata ASWJ tp mcm Wahabi byk saya dah baca......(ASWJ yg pure)

Tolong selesaikan.....baru nanti saya akan jelaskan seberapa yang mampu tentang tasauf dan tarikat......gosok2 tak main ar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 04:16 PM | Show all posts
Ini sangat pelik...Tuan yg bagi kata2 tu, kemudian Tuan kata ianya salah...saya xkata pun ianya baik..
baghal Post at 18-12-2009 15:41


Bukankah ada disertakan pertanyaan pada post tu... saya kopipes balik!
Cik Akak (juga Izzansdy.. jika terbaca).. menilai sendiri, adakah ini ucapan kebenaran atau Dusta?. Adakah ini 'Buah' dari 'Pohon' aqidah yang benar?.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 04:26 PM | Show all posts
Salam Saudara Nazrulsm....

Dari kenyataan saudara berpegangan ASWJ.... Sebelum kite pergi lebih jauh saya mohon saudara selesaikan masalah yang akan saya tanya nanti sbb byk soklan2 saya sebelu ...
salikin Post at 18-12-2009 15:44


salam juga pada saudara.

Kemana perginya en Abu bukan urusan saya!.. nak lari ke apa ker.
Dalam perbincangan ini.. terus ke persoalan, kenapa nak lari kepada perkara-perkara lain?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 05:41 PM | Show all posts

siapa Tuan untuk menegakkan pendapat Tuan berbanding pendapat mereka...


Maaf,
Tiada kewajipan utk berpegang dgn wali.
cukuplah kita berpegang dgn AlQuran, Sunnah nabi &Ahlulbait.


Dah berulang kali saya cakap Wahdatulwujud itu sesat


Wahdatul Wujud bukan sesat sebab ia adalah gelaran lain bagi AHAD.
yg sesat itu ialah makhluk yg bersifat maujud.



semua orang tau yg Allah sahaja sesuai memakai pakaian Esa..bukan makhluk.


Benar.
sebab itu ahli sufi menggelar Dia sebagai Wahdatul Wujud.


masalahnya iktiqad pengamal wahdatul wujud yg sesat..cukup la tu..


Tidak semuanya sesat.
tuduhan ini timbul disebabkan salah faham org yg tidak memahami konsep Wahdatul Wujud lalu menuduh sesat keseluruhan konsep Wahdatul Wujud.
i'tiqad yg sesat ialah i'tiqad yg bertentangan dgn AlQuran &Sunnah.


Bukankah mereka itu telah di jatuhkan hukuman krn fahaman mrk itu?
Tuan baca sejarah tak??


Itu hanyalah hukuman dari sudut zahir semata-mata.
sedangkan sudut batin mereka tidaklah diketahui.
Tuhan lebih tahu siapa yg sesat dari jln Nya &siapa yg mendapat petunjuk.

dikatakan bahawa Al-Hallaj di hukum kerana soal politik.
bukan kerana dia sesat.


bukan saya yg tuduh, saya cuma sampaikan tuduhan yg di buat oleh ulama muktabar, yg bersungguh2 menentang kesesatan...


Maaf.
anda menuduh tanpa bukti yg kukuh.
menuduh org lain sesat maka kesesatan itu akan kembali kpd si penuduh.


Saya dari aliran sufi, yg guru murabbi saya sampai kepada Rasulullah, melalui sanad Saidina Ali Karamallah wajhahu dan Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani...


Itukan hanya klaim anda semata-mata shj.
tidak ada bukti pun di sini.
jika ada,
bawalah sanadnya supaya kita tahu adakah ia sanad yg muttasil (bersambung) ataupun sanad yg munqoti' (terputus).
dan sudah tentulah imam-imam hadis seperti bukhari &muslim ada meriwayatkan sanad yg kamu canang-canangkan itu.


Fatwa Al-Hadisiya - Imam Ibn Hajar Al-Haythami menyatakan bahawa pintukerohanian akan ditutup kepada seorang murid yang mempersoalkan Syeikhdan perlakuan Syeikh itu
(dalam cara mengendalikan murid berkenaan)
&
Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani berkata, "Barangsiapamempersoalkan (mengkritik) seorang Wali,
Allah akan menjadikan hatinyalemah
(layu)."


Maafkan saya,
Para sahabat pun ada yg mempertikaikan& mempersoalkan tindakan nabi contohnya umar yg mempertikaikan keputusan nabi ketika perjanjian hudaybiyah& ketika peristiwa tragedi hari khamis.
namun nabi tidak pula mengatakan pintu kerohanian umar telah di tutup @hati umar telah pun menjadi lemah.


Asal perkataan tasawuf adalah dr TA, SHOD, WAU dan FA...

TA ertinya Taubat....
SHOD ertinya Sofa ertinya pembersihan....
Wau ertinya Wilayah....
FA ertinya Fana.....


Maaf,
Tiada di sebut dlm AlQuran &Sunnah.


Orang yg merasai zauq takkan menuduh sufi sesat..siapa yg kopipes ni????
&
Zauq tu apa? Syiah Zaidiyah percaya zauq ka? Ada ka dalam Al-Quran?


Maaf.
Zauq tiada di sebut dlm AlQuran &Sunnah.
sebab itu saya sudah lama tinggalkan Zauq, Fana', Baqa' dsbnya.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 06:04 PM | Show all posts
salam juga pada saudara.

Kemana perginya en Abu bukan urusan saya!.. nak lari ke apa ker.
Dalam perbincangan ini.. terus ke persoalan, kenapa nak lari kepada perkara-perkara lain?
Nazrulism Post at 18-12-2009 16:26


Jawab soklan yang saya tanya dlu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.530418 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list