|
Satu demi satu anak tangga di stesen LRT aku daki. Dah lewat sangat ni. Hari ini aku keluar dari kilang lambat daripada selalu sebab ada overtime. Miss Wong pun sama. Lepas tu, dia baik hati hantar aku ke stesen. Ya lah, kalau nak tunggu bas time-time macam ni, bahaya. Harapkan Rashid Bangla tu. Hmmmm...
Tiba-tiba tanganku ditarik orang. Aku menoleh. Fazdwan? Nak tersedak aku saat ini. Dia ikut aku dari mana ni? Hati tertanya-tanya. Dia lepaskan tangan aku bila aku bagi signal pakai mata.
"Nak apa?", aku dah lambat lah. Yang Naim ni pun satu hal, aku telefon, senyap je. Tak ada bunyi langsung. Bateri handphone dia kong agaknya.
"Nak Ju..", ishhh...aku pandang dia. Dah kenapa pulak ni?
"Fazdwan...",
"Ju, kita mulakan balik...takkan awak dah lupakan saya?", muka Fazdwan aku tenung. Dia nampak bersungguh-sungguh kali ini.
"Tapi..",
"Please Ju..", aku perasan banyak mata yang memandang ke arah kami.
Alamak..kalau lambat nanti terlepas tren.
"Saya nak balik ni. Dah lewat..", namun Fazdwan tetap mengekori aku. Sampai masuk dalam tren. Rimas pulak !
"Ju....saya suka awak. Saya sayang awak..", aduh ! Aku tak nak pandang dia. Malu gila! Merona merah muka aku.
"She's my girlfriend..", erk !! rasa macam nak terjun dari tren sekarang ni jugak ! Melampaunya dia ni..aku hentak kaki tanda aku tak suka dengan kebiadapan dia. Tergamak Fazdwan cakap macam tu. Beberapa penumpang dah mula berbisik sesama sendiri.
"Ju, i love you, sayang..", dia pegang tangan aku.
"Ishh..tak suka lah !!",
"Dulu kan awak cintakan saya, Ju. Takkan sekelip mata awak dah lupa..", Fazdwan dah mula mengungkit kisah lama. Aku buat tak tahu. Malas nak bersoal jawab dalam ni. Sesak nafas.
"Pembetulan, just suka aje..", perlahan suara aku dan aku harap dia dengar.
Memang aku suka dia. Suka tengok dia yang chinese look tu. Suka sebab dia antara top student. Pulak tu Head Student lagi. Tapi itu dulu. Dulu punya cerita. Sekarang tak lagi. Rasa suka tu dah tak ada. Dah dibawa angin lalu.
Biar macam mana cara sekalipun Naim buat untuk mendapatkan cinta aku, akhirnya aku tetap tak boleh menolak perasaan yang tumbuh dalam hati. Biar mulanya aku menolak pun, akhirnya aku sayangkan Naim, setulus hati. Sungguh, tak tipu.
Sekarang ni, Fazdwan masih mengekori aku. Terbit rasa gerun. Macam mana kalau dia....
Cepat-cepat aku raba poket seluar. Handphone ! AKu dail nombor telefon Naim..Please...!!
Huishhh...!! Mana dia ni..takkan tak risau aku tak balik lagi? Aku dah mula nak menangis.
Ya Allah, selamatkan lah aku dari kecelakaan.
Aku biarkan Fazdwan yang masih memanggil-memanggil nama aku. Aku biarkan dia merayu-rayu. Kalau dia penat nanti, pandailah dia diam.
"Juwita...!!", jeritan Fazdwan menarik perhatian orang yang lalu lalang.
Dan kemudian dia melutut di hadapan aku! Aku pandang kiri dan kanan. Uwaaaaaaaa kenapa kau buat macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
amboooiiii...rajinnyer ariellin masukkan n3...memang best ler...kalu dulu kamu cakap xreti nak panjangkan citer nie skang nie rasanya cam dah sangat panjang nie...tahniah2 dariku...keep it up... |
|
|
|
|
|
|
|
apasal la si fadzwan ni masih dok menganggu si ju ni.. bunga bunga cinta baru nak brputik antara ju dan naim tetiba aje ada ulat beluncas pulak menghalang... |
|
|
|
|
|
|
|
hai tuan rmh...
thanks utk n3 yg bnyak |
|
|
|
|
|
|
|
salam....apalah fazdwan..dia ingat dgn apayg dia buat dulu,dian bolh terima dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum & monin
amandaatika Post at 23-8-2010 08:46
salam |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke rumah, aku terus peluk Naim yang sedang berdiri di dapur. Perlakuan aku membuatkan Naim terkejut. Aku tak peduli, aku nak peluk jugak. Kalau dia tak bagi, aku nak tunjal-tunjal kepala dia.
"Kenapa saya called, awak tak jawab?", aku tanya dia. Merengek-rengek.
"Bateri kong. Sorry my dear", lembut suaranya menjengah telinga. Aku pejam mata. Enaknya peluk lelaki ini. Sasa. Gagah. Aku ketawa nakal.
"Kenapa?", pelik agaknya dia bila mendengar aku ketawa dengan tiba-tiba.
"Tak ada apa-apa. Kalau saya tau peluk awak ni best, dah lama saya peluk", tengok, aku dah gatal.
"Esok kita dating, nak? Saya minta cuti lah dari Walid. Awak pun off, ya. Cakap ada hal emergency", dia ajak aku dating? Biar betul ni?
"Dating? Malu lah..", tiba-tiba..
"Saya yang patut malu. Saya tak pernah pergi dating. Lain lah awak...", aku pandang Naim. Dia senyum manis. Ahhh, kamu memang manis, sayang.
"Bila masa saya berdating?",
"Dulu, masa sekolah. Dating dengan Fazdwan..", ishh...cerita lama lagi.
"Tadi saya jumpa Fazdwan. Eh bukan..dia yang cari saya..", baru teringat.
Lepas Fazdwan melutut dan memujuk rayu aku tadi, aku terus tahan cab. Aku tinggalkan dia macam tu je. Aku tak tahu apa jadi dengan dia. Masih melutut lagi kah dia sekarang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi!!! nak lagi!!! nak lagi!!! |
|
|
|
|
|
|
|
adeh......jgnlah lama-lama sgt Naim oi ...senang aja kalau hang nak tu |
|
|
|
|
|
|
|
ish! takut lak tgk si FADZWAN nie... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak aku speku yg si NAIM suh FADZWAN tekel JU..
ni berdasarkan n3 ariel yg 1st tulah... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak aku speku yg si NAIM suh FADZWAN tekel JU..
ni berdasarkan n3 ariel yg 1st tulah...
mijot Post at 23-8-2010 13:37 kenapa ?? dia nak tebus kesalahan kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 654# cmf_blingblings
blings ko baca dak 1st n3 tu..sedih jer n3 tu..
kiranya aku speku NAIM xde la...
sbb NAIM sygkan JU, jadi dia tinggalkan FADZWAN tuk jagakan JU..
ni aku nyer speku lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kami sampai di KLCC dengan tren. Mungkin sebab hari ini hari kerja, jadi kami tak perlu bersesak-sesak dalam tren.
"Kalau nak dating, kena pegang tangan, macam ni", dia tunjuk pada aku. Kau nak dukung pun, aku rela, Naim. Hati berbisik. Tersipu-sipu malu.
Langkah diatur perlahan. Terasa macam tak percaya. Aku dating dengan suami sendiri. Si tengkujuh yang suatu ketika dulu menyakitkan hati aku kini menjadi pujaan hati.
"Ingat lagi?", Naim tanya tiba-tiba bila kami berhenti betul-betul di pintu masuk kedai menjual berjenis bear. Aku pandang sekeliling kedai. Masih sama macam dulu.
"Ingat..", tangan digenggaman semakin erat. Sungguh, aku sayang pada dia.
"Saya memang sayang awak. Percayalah..taruhan tu hanya satu alasan..", dia kucup dahi aku di situ. Lama.
"Jom...kita pergi tengok wayang..", kaki melangkah lagi.
Dushhh.......Naim terjatuh. Siapa tumbuk ni? Terkocoh-kocoh aku dapatkan Naim yang dah terlentang di lantai. Semua orang bertempiaran lari.
Ya Allah, darah !! Naim kesat darah di bibir. Aku dah menangis.
"Kau memang bangsat !!", Naim meluru kepada orang yang menumbuknya. Aku tak tahu siapa orang tu. Kenapa sanggup dia buat macam ni.
"She's mine !!", suara jeritan itu membuatkan aku menoleh. Fazdwan !!
Wajah bengis dia sama macam malam itu ! Aku tutup telinga. Dan seseorang membawa aku ke tepi.
"Suami saya...tolong !!!",
Aku tak peduli ! Aku meluru mendapatkan Naim yang dah lunyai dikerjakan Fazdwan. Aku peluk dia agar Fazdwan tak memukul Naim lagi.
"Kau memang setan !!",
Dan tiba-tiba datang dua orang anggota polis lelaki menggari Fazdwan.
"Naim..!! Bangun !!", aku goyang-goyangkan badan dia. Tak ada respon.
"Naim !! Bukaklah mata!! Please...", terduduk aku di situ meriba Naim. Tuhan !!! |
|
|
|
|
|
|
|
aduihh...janganlah jadi apa2 kat naim. |
|
|
|
|
|
|
|
teruklah FADZWAN nie...
sian NAIM...
tolonglah dia cepat... |
|
|
|
|
|
|
|
ooiitt naper fadzwan jadik cam saiko lak niey
aduuhh siannyer naim camner hero leh lembik lak niey |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|