CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Presiden_Lanun

[Tempatan] V25 MH370: PETUNJUK BARU BERCANGGAH DENGAN MAKLUMAT TERDAHULU

 Close [Copy link]
Post time 1-4-2014 09:12 AM | Show all posts
mengimbas kembali


Penang police taking part in the solat hajat at the state police contingent headquarters.


Penang police praying at the Mahindrama Buddhist Temple in Kampar Road.



Penang police praying at the Sivan Temple in Jalan Datuk Keramat.



Arni Marlina, 36, a family member of a passenger on-board the missing Malaysia Airlines flight MH370, cries at a hotel in Putrajaya. Malaysian authorities are investigating the identities of four passengers on the flight. Samsul Said / Reuters




More than 200 Muslims in Pattani perform special prayer for MH370
by themalaymailonline.com





Relatives from the missing Malaysia Airlines flight MH370 read the Surah Yaasin at a hotel in Putrajaya. AFP PHOTO

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 09:13 AM | Show all posts
bit posted on 31-3-2014 09:05 PM
Itula bila set-set PRC tu marah, yang si Hishamuddin kata PM just umum ended not crashed into the  ...

kan... sesuatu sangat

tapi kita ni bukan boleh bersuara tanya apa2 pun, kang dituduh nak berpolitik pulak... kena angguk2 jah terima semua, tak boleh pikir tak boleh soal tak boleh berspekulasi (yang berasas)...

kawan aku ada cakap, rakyat yang bertanya, berspekulasi yang berasas tu menandakan rakyat yang berfikir... tak boleh la nak expect semua orang angguk2 terima bulat2 jah, rakyat ni manusia berotak berakal mampu berfikir, bukannya macam lembu yang takat angguk2 ikut ketua jah

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
protonpersona posted on 1-4-2014 08:52 AM
pencarian memasuki fasa akhir...kalau x dapat kesan..mmg takkan jumpa langsung...

tiada apa2 yg  ...

Maksud anda?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:16 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 1-4-2014 09:12 AM
Kalaulah dia sebut crashed... tp esok lusa jumpa diaorang sihat walafiat di jaga oleh...... Mcmana ...

najib pun bukannya bodo sgt........xkan najib nk bc benda yg blh jejaskan diri dia.

TAPI kat sini kan ramai poremer lejen.......tiba2 je blh jd lawyer
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:19 AM | Show all posts
cek in

ada perkembangan baharu kah?


cc: @lorelai @scorpionkiki @azie.dz
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:20 AM | Show all posts
daitechgroup posted on 31-3-2014 06:26 PM
pkns dan warta jadi syurga beli belah warga china.

entah2 demand ke alamanda kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2014 09:20 AM | Show all posts
azie.dz posted on 31-3-2014 09:34 PM
dia lagi menonjol dr PM...dia nampak lai berkaliber dr PM kita...and i guess he's next PM in line. ...

biaq pi orang ngata pun kan....tak luak pong..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:21 AM | Show all posts
lizaliza posted on 31-3-2014 10:28 PM
Yg kuning tu kebender

tak tau lah uols..cer tanya lebih pakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 09:24 AM | Show all posts
NeoMatrix posted on 1-4-2014 09:00 AM
"We are not hiding anything, We are just following the procedure that is being set." said Isap Ponda ...

bakal PM tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:25 AM | Show all posts
Raja Dr Nazrin sebak

Ipoh: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, hampir menitis air mata dan terpaksa memberhentikan dua kali titah ucapannya kerana merasa sebak, berikutan kehilangan pesawat MH370 ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di sini, semalam.

Nada suara baginda berubah sebak sebaik membacakan doa memohon Allah memakbulkan doa agar operasi mencari pesawat berkenaan berjaya, sekali gus merungkai kekusutan sedang dihadapi negara sekarang, seterusnya menghentikan segala spekulasi mengenai tragedi berkenaan.

Bertafakur seminit




Raja Nazrin kemudian sekali lagi hampir tidak dapat meneruskan titahnya ketika berdoa memohon Allah SWT meringankan tanggungan kepiluan keluarga penumpang dan anak kapal MH370 serta menganugerahkan kekuatan kepada mereka menghadapi dugaan berat itu, selain dikurniakan penggantian terbaik daripada apa yang sudah diambil-Nya.

Baginda kemudian menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dan hadirin berdiri dan bertafakur selama seminit bagi merakamkan rasa simpati dan dukacita terhadap keluarga penumpang dan anak kapal MH370 yang dianggap baginda sebagai tragedi amat menyayat hati dan diselubungi pelbagai misteri.

“Langit negara diselubungi mendung kedukaan sejak berlakunya tragedi malang MH370. Pahit penantian tentunya lebih dirasai oleh ahli keluarga dan sanak saudara kepada 239 anak kapal dan penumpang.
“Mereka terus berdoa dan meletakkan harapan, kita juga sama berdoa dan meletakkan harapan agar operasi mengesan pesawat yang hilang menemui kejayaan,” titahnya.

Hargai usaha kerajaan

Raja Nazrin bertitah, persidangan itu turut merakamkan penghargaan di atas segala usaha yang sedang dirintis oleh Kerajaan Persekutuan dengan pelbagai negara dan pelbagai pihak mengesan kehilangan pesawat itu.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac lalu bahawa selepas 17 hari pesawat itu hilang, berdasarkan maklumat satelit dan maklumat lain, pihaknya percaya penerbangan pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Raja Nazrin bertitah, pengumuman itu amat berat untuk diucapkan oleh lidah dan lebih berat untuk diterima oleh ahli keluarga dan sanak saudara penumpang dan anak kapal MH370 kerana ia amat meluluhkan hati dan menghiris perasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:25 AM | Show all posts
protonpersona posted on 1-4-2014 08:52 AM
pencarian memasuki fasa akhir...kalau x dapat kesan..mmg takkan jumpa langsung...

tiada apa2 yg  ...

banyak betul benda kamu fikir....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:26 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 1-4-2014 09:19 AM
cek in

ada perkembangan baharu kah?

iols baru nak tanya any news ke tak on MH370...tetiba abam tanya dulu hiks..

dah bekpes ke abam??
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:27 AM | Show all posts
satriastendet posted on 1-4-2014 09:16 AM
najib pun bukannya bodo sgt........xkan najib nk bc benda yg blh jejaskan diri dia.

TAPI kat si ...

lawyer buruk tahap jamban....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:27 AM | Show all posts
Transkrip juruterbang, ATC didedah jika dibenarkan

KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata transkrip perbualan antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara (ATC) akan hanya didedahkan jika pakar-pakar memberikan kebenaran.
   
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai komunikasi terakhir di antara juruterbang dan ATC, yang dikatakan mempunyai dua versi transkrip  yang didedahkan kepada orang ramai.
   
Hishammuddin berkata beliau tidak pasti sama ada kenyataan itu dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
   
"Saya tidak berapa pasti mengenainya tetapi saya boleh sahkan penglibatan saya dalam penyiasatan itu yang berkaitan dengan FBI sejak dari hari pertama.
   
"Transkrip adalah sebahagian daripada penyiasatan ini. Jika ia amat penting buat anda, saya akan bercakap dengan pakar-pakar dan bertanya kepada mereka jika ia boleh didedahkan. Jika ia boleh didedahkan, kami akan mendedahkannya," katanya dalam sidang akhbar mengenai operasi mencari itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata semua panel siasatan telah ditubuhkan dan kebenaran akan dibuktikan.
   
"Pada dasarnya, jika anda bertanyakan soalan yang merupakan sebahagian daripada siasatan, mengenai transkrip, anda perlulah bersikap adil kepada kami kerana hanya mereka yang melakukan siasatan itu yang boleh memberikan kata 'OK'."
   
Hishammuddin berkata pada akhirnya nanti, beliau yang perlu berdepan dengan suruhanjaya diraja atau jawatankuasa pilihan Parlimen serta lembaga siasatan antarabangsa.
   
"Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan," tegas beliau.
   
Ditanya mengenai maklumat penyiasatan berkaitan transkrip temu bual dengan isteri juruterbang pesawat itu, yang dikatakan didedahkan oleh polis kepada The Daily Mail yang berpejabat di London, beliau berkata ia tidak didedahkan pihak polis.

"Dan bagaimana Daily Mail mendapat transkrip itu. Itu anda perlu tanya kepada Daily Mail," kata Hishammuddin.
   
Mengenai isu maklumat yang didedahkan di luar sidang akhbar dan spekulasi  mengenai diagram dalam Google atau laman internet yang lain, katanya beliau tidak dapat mengesah atau mengetepikannya.
   
"Saya tidak boleh sahkan atau ketepikan. Saya hanya boleh melakukannya berdasarkan apa yang telah saya sahkan dalam PC (sidang akhbar) saya. Saya tidak mahu membahaskannya di sini. Kami mengadakan PC setiap hari. Jika itu adalah sesuatu yang kami maklumkan, saya akan akan menjelaskannya," kata beliau. - Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:28 AM | Show all posts
sampai arini aku masih berharap mangsa tu terlantar kat pulau dan masih hidup mcm drama lost
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:29 AM | Show all posts
biggirlduncry posted on 1-4-2014 09:06 AM
MH370: Why Chinese relatives lashed out
KOR KIAN BENG IN BEIJING THE STRAITS TIMES
"However, I think we should be more understanding about the behaviour of these relatives. It has been a very long wait for news of their loved ones."

Would I have acted the way they did? Probably not. But, then, I'm not in their shoes.

tersenyum ja membaca ayat2 kat atas..
sedangkan ada bangsa cina yang lama dah bertapak kat Malaysia
menjadi rakyat Malaysia pun malu berdepan memerhati kerenah "hukum rimba ni"
membuat rasa makin bangga menjadi seorang rakyat Malaysia..
negara mana yang tak ada kepincangan..
lebih2 lagi kali pertama menghadapi krisis macam ni..

sedih .. terkilan ..
membaca ayat2 yang membabi kan negara sendiri..
dari rakyat sendiri
mencari tiap ruang menghentam atas kesilapan atau kurang nya maklumat yang di beri

tertanya ..
adakah negara China akan lebih diplomasi dari negara kita Malaysia? lebih telus memberi maklumat?
adakah kita RAKYAT MALAYSIA akan menerima layanan sebaik ini kalau terjadi sebalik nya kejadian ini kat China?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 09:29 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mh370 dah jumpa belum???

manggis dah jumpa belum?

lepas ni nak cari kat laut mana plak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:36 AM | Show all posts
protonpersona posted on 1-4-2014 09:33 AM
mh370 dah jumpa belum???

manggis dah jumpa belum?

kulur kilir dgn info x firm.

bg la suggestion nk cari kt mn dan bertanggungjawab la.

jgn la jd poremer kebod warrior.......dgn teori kulur kilir nk ambik perhatian la kononnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:37 AM | Show all posts
cheezzy posted on 1-4-2014 09:28 AM
sampai arini aku masih berharap mangsa tu terlantar kat pulau dan masih hidup mcm drama lost

Dalam cite LOST tu bkn semua mati ke last season?!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.083400 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list