CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 16-2-2015 04:11 PM | Show all posts
serius seram cik.nana oiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2015 11:00 AM | Show all posts
cik.nana replied at 16-2-2015 11:49 AM
Edisi Misteri Nusantara - Rambut Siapa?

Sebenarnya, semenjak setahun yg lepas, aku selalu rasa ge ...

aku plk jmpa sehelai rmbt tersangkut dr atas siling dlm toilet opis aku...panjang...krinting halus
ikot secara logik ade ke manusia yg melekat kt siling...
dlm pikiran mcm benda tu jek...
esok2 aku tgk dh xde...'benda' tu amek blk kot rmbt dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik nana...adeh..rasa geram gak nk kena bersih rambut yg bnyk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:43 PM | Show all posts
maknanye....memang benar la tekaan ku dulu..

dulu2 pun kat umah selalu rambut sepah2..ku ingat rambut ku la...kadang tu punye la sapu baek punye..bila dah abis sapu..ada lagi rambut sepah2...padahal bila cek kot ada yg tetinggal kat belakang..memang takde....adehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 11:32 AM | Show all posts
Kisah 27 - "Acik, Momok Tengok Adik."

Ni kisah dekat opis lagi, sebelum aku kahwin. Ceritanya, ada seorang bekas staf kat opis kami yg kami panggil Kak Sal. Tahun lepas Kak Sal dah berhenti, masa tengah mengandungkan anak keempat. Ada sekali ni, Kak Sal terpaksa bawak anak bongsu dia (anak ketiga la masa tu) yg umur nak masuk 3 tahun ke opis sebab anak kepada pengasuh kena demam campak. Nama anak Kak Sal ni aku bagi Afiq. Tapi Afiq ni dia gelarkan diri dia sendiri sebagai 'Adik'. Yela, sebab dia yg paling kecik masa tu.

Alkisahnya, hari Kak Sal bawak Afiq datang opis adalah hari yg Kak Sal paling sibuk. Dia ada meeting dengan vendor dari pagi sampai petang. Bos aku ni jenis tak kisah staf bawak anak datang opis, janji kerja jalan dan tak ganggu orang. Afiq ni pulak jenis yg duduk diam main tak kacau orang. Dia bawak mainan satu beg kot. Dengan kereta Hot Wheels, dengan patung Iron Man, patung Ultraman, macam-macam adalah pendek kata. Jadinya, bila Kak Sal sibuk, Kak Sal pertanggungjawabkan aku untuk tengokkan anak bongsu dia tu. Aku tak kisahla jugak sebab macam aku cakap, Afiq tu jenis tak kacau orang.

Afiq ni duduk atas kerusi sebelah aku main kereta Hot Wheels dia. Dia susun kereta-kereta tu kat tepi meja aku, lepas tu dia layan la racing sorang-sorang siap dengan bunyi "vroom, vrooom!" apa semua. Bunyi kereta eksiden, bunyi hon kereta pun ada jugak. Kengkadang, tergelak aku dengar Si Afiq ni dok main sambil aku dok buat kerja. Ada satu ketika, aku terdengar Afiq ni marah. Dia cakap macam ni, "Haip! Jangan kacau!" Haaa... macam tu. Macam dia marah orang tengah kacau dia main la. Bila aku pusing tengok, elok je dia dok tolak kereta dia dengan sound effect Fast & Furious.

Sampaila sekali tu, Afiq tiba-tiba baling salah satu kereta mainan dia ke arah bilik bos. Bos aku memang takde, meeting jugak. Aku terkejut la bila tetiba je budak tu baling kereta dia sampai masuk dalam bilik bos.

Aku: Eh, Afiq, kenapa Afiq baling-baling toys? *aku bangun, ambil kereta tu bagi balik kat dia*

Afiq diam. Mulut dia memuncung. Tapi lepas tu dia sambung main semula macam biasa. Lima minit kemudian, dia macam buat bunyi marah, dan sekali lagi lagi dia baling kereta mainan dia ke bilik bos. Kali ni 3 ketul sekali kereta dia baling. Aih, budak ini kenapa pulak.

Aku: Kenapa ni, Afiq? Kenapa baling toys macam ni? Afiq boring ke?
Afiq: Adik tak sukala...
Aku: Tak suka apa?
Afiq: Acik, momok tu tengok Adik. Adik tak suka. *sambil jari ditunjuk ke arah bilik bos*

Zappp! Meremang terus bulu roma aku dengar Afiq cakap macam tu. Ye, memang aku dan staf-staf lain dah sedia maklum, dalam opis aku terutama sekali dalam bilik bos, memang ada 'penghuni lain' tapi selalunya kami buat endah tak endah je pun. Setakat bunyi-bunyian tu, kami dah lali dah. Aku pun adala jugak nampak kelibat-kelibat, tapi sekali lalu macam tu je dan aku dah lali. Cumanya, bila Afiq ni cakap ada momok tengok dia, darah aku naik berderau jugakla. Dia siap tunjuk arah bilik bos kot. Mau tak gegel kepala lutut aku? Dah kereta mainan 3 ketul dia tu, siapa pulak nak ambilkan?

Aku: Gi ambil toys Afiq *keji betul aku, suruh budak kecik tu ambik mainan dia sendiri kat tempat dia nampak momok*
Afiq: Acik tolongla ambik. Momok tengok Adik, Adik tak suka. Dia buruk, gigi dia...
Aku: Ok, ok, Acik gi amek. Takyah nak cerita rupa dia cemana.

Aku gagahkan diri, bangun nak ambilkan kereta mainan dia. Gila berat betul kaki aku nak melangkah aku rasa. Tapi takkan nak tunjuk takut depan budak kecik pulak, kan? Aku kutip mainan dia laju-laju, dan terus tarik budak Afiq tu gi ke tempat Suzie.

Suzie: Apahal kau, makcik?
Aku: Momok.

Suzie ketawa mengekek dengar aku jawab gitu. Selalunya aku tak jawab momok. Si Afiq guna momok, dengan aku sekali dah dimomokkan. Aku suruh Afiq main je kat situ pulak sambil aku pikir-pikir nak balik tempat aku ke tak.

Afiq: Acik, momok ikut kita la.

Dah, terbeliak mata Suzie dengar Afiq kata macam tu. Ha, ambik kau. Tadi gelak kat aku sangat. Suzie tak cakap banyak. Dia pasang mp3 Al-Quran kat PC dia. Afiq sambung main. Aku pun jalan nak balik tempat aku. Tak semena-mena Afiq meluru kat aku lalu pegang tangan aku. Kereta Hot Wheels ditinggalkan di tempat Suzie.

Afiq: Acik, jangan tinggal Adik. Momok ikut Adik.

Muka Afiq dah berubah masa ni, ada tanda-tanda nak menangis dah. Alamak. Aku dah tak tau nak buat macam mana ni. Last-last aku ajak Suzie keluar gi minum, bawak Afiq keluar dan lari dari momok yg ikut dia. Aku bawak diorang gi McD yg berdekatan sebab ada playground situ yg Afiq boleh main. Aku hantar SMS ke Kak Sal, memaklumkan yg aku bawak anak dia pi McD makan aiskrim. Kat bos pun aku mesej jugak, aku cakap dalam bilik dia ada momok. Bos aku reply balik dengan "Panggil Uncle Seekers" je.

Masa kami di McD, Suzie tanya jugak kat Afiq, momok ada ikut tak. Afiq tunjuk kat kereta aku dan dia sambung main. Celaka. Tumpang kereta aku pulak dah! Tak lama lepas tu, Kak Sal call aku, kata dia dah habis meeting. Suami dia dah sampai, nak jemput balik. Aku pun bawak Afiq balik ke opis semula. Dalam kereta, Afiq bercakap.

Afiq: Acik, momok duduk atas bumbung.
Aku: Suruh dia balik rumah dia.
Afiq: Momok mana ada rumah.
Aku: Semua orang ada rumah, mana boleh momok takde rumah.
Afiq: Tapi, Acik, momok tu bukan orang. *serius je muka Afiq masa ni*
Suzie: Habis kalau bukan orang, dia tu apa?
Afiq: Momok tu, momokla!
Suzie: Kenapa momok ikut Afiq?
Afiq: Tak tawu. *jungkit bahu*
Suzie: Afiq takut tak dengan momok?
Afiq: Kadang-kadang takut, kadang-kadang tak.
Suzie: Yang atas bumbung kereta ni, takut tak?
Afiq: Tak takut, tapi Adik tak suka. Dia tengok Adik lama-lama. Mata dia putih, takde yg hitam bulat tu. Rambut dia panjaaaaangggg, tapi buruk. Dia tak syampu rambut dia.

Dah aku pulak terbayang-bayang rupa benda alah tu. Suzie je la dok melayan Si Afiq sampaila ke opis. Aku tak sempat sembang panjang dengan Kak Sal sebab suami dia dah tunggu, nak jemput anak-anak dia dari sekolah agama pulak. Lepas Kak Sal balik tu, Kak Sal call aku.

Kak Sal: Nana, Afiq kata dia nampak momok ya?
Aku: Ha'ah, kak. Kat bilik bos tu ha.
Kak Sal: Oh yeke. Sorryla, Afiq ni memang dia boleh nampak sikit benda-benda tu. Nana jangan takut la ye?

Hek dia la jangan takut. Kus semangat jugak aku dah Afiq dok cerita rupa benda tu macam mana. Aku cuma mintak tak menjelma depan mata aku je. Setakat kelibat-kelibat tu, takpe, aku boleh handle lagi la. Hai la momok oh momok...


Tamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 01:35 PM | Show all posts
cik.nana replied at 18-2-2015 11:32 AM
Kisah 27 - "Acik, Momok Tengok Adik."

Ni kisah dekat opis lagi, sebelum aku kahwin. Ceritanya, ad ...

TQ cik Nana ...best arr cerite baru ni tapi kalo jadi kat i kompom seram sejuk x kurang seminggu....paranoid nak masuk bilik boss. boss rilek je...dia nyer saka ke? hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2015 03:24 PM | Show all posts
cik.nana replied at 18-2-2015 11:32 AM
Kisah 27 - "Acik, Momok Tengok Adik."

Ni kisah dekat opis lagi, sebelum aku kahwin. Ceritanya, ad ...

seram gak tp bile afiq ckp tak syampu rambut tu lawak pun ade hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 03:34 PM | Show all posts
doubleeleven replied at 18-2-2015 01:35 PM
TQ cik Nana ...best arr cerite baru ni tapi kalo jadi kat i kompom seram sejuk x kurang seminggu.. ...

Ekceli, pernah jugak tanya bos pasal ni. Opis ni sebenarnya bos beli dari sorang kawan dia. Katanya memang dari dulu lagi bilik tu jadi 'sarang' benda tu. Bos ni dia tak reti nak takut dgn benda-benda gini. Bila dia bawak anak dia datang opis, budak tu siap melalak kot tak nak masuk bilik dia. Tapi bos rilek je. Bagusnya bos ni dia kata "Saya tak kacau dia, dia tak kacau saya. Saya nak cari makan je pun." Kitorang selalu jugak buat bacaan Yaasin apa semua, tapi kejap je ok. Lepas tu start balik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2015 03:35 PM | Show all posts
sesukaje replied at 18-2-2015 03:24 PM
seram gak tp bile afiq ckp tak syampu rambut tu lawak pun ade hehe

Budak kan, dia main cakap ikut sedap mulut dia je la. Pernah Kak Sal cerita, diorang nak balik kampung Afiq ni nampak momok tak gosok gigi sebab gigi dia kuning
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:53 PM | Show all posts
siap describe momok tu camner..huhu ngeriii..
klu suruh afiq lukis.. mesti lagi real kn..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 04:11 PM | Show all posts
khailya replied at 18-2-2015 03:53 PM
siap describe momok tu camner..huhu ngeriii..
klu suruh afiq lukis.. mesti lagi real kn..hihi

Mak dia melarang keras anak dia lukis momok tu. Pernah ye ada orang suruh Afiq lukis momok yg dia nampak. Sudahnya budak tu demam panas berminggu, siap meracau-racau. Masuk hospital siap. Macam-macam antibiotik bagi. Last-last bawak pergi kat sorang ustaz, dengan izin Allah, baru la ok.

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 04:15 PM | Show all posts
cik.nana replied at 18-2-2015 04:11 PM
Mak dia melarang keras anak dia lukis momok tu. Pernah ye ada orang suruh Afiq lukis momok yg dia  ...

la yeke.. sampai mcm tu sekali..
sian dieee......

mase aifq ckp momok ade atas bumbung tu takde rase kereta berat ker cik nana?..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 04:17 PM | Show all posts
khailya replied at 18-2-2015 04:15 PM
la yeke.. sampai mcm tu sekali..
sian dieee......

Takde rasa berat pun. Lagi pun siang-siang hari, kat jalan sibuk. Nak mengusik kita pun takde mood gamaknya dia.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 04:51 PM | Show all posts
Edisi Misteri Nusantara - Siapa Itewwww?

Semalam, suami aku tidur lambat sebab buat kerja. Aku pukul 11 dah tergolek dah. Suami aku baru cerita kejap tadi. Katanya, sambil dok buat kerja tu, sambil dia dok tengok TV. Ada sekali, macam siaran tiba-tiba hilang (macam Astro bila hujan), dan dari skrin TV tu, suami aku nampak macam ada orang lalu belakang dia. Dia tak toleh la tengok, cuma dia buat tak tau je. Dia sambung buat kerja sikit lagi. Then dia rasa dahaga, nak gi dapur minum air. Masa nak gi dapur tu, dia lalu kat bilik belakang yg aku terjumpa rambut bebaru ni.

Jeng jeng jeng...

Dia nampak macam ada orang lalu dalam bilik tu. Rambut panjang. Dia nampak sekali lalu je la. Tak jadi minum air terus. Dia off laptop, terus masuk tidur. Lepas dia cerita, baru aku bagitau pasal kes rambut tu. Bebel jugak dia sebab tak kabor awal-awal. Hehehehe. Nampaknya kena buat sesi 'pembersihan' sekali lagi la. Dulu dah buat sekali. Dah lama tak buat gamaknya. Lepas tu bebaru ni kitorang jarang ada kat rumah sangat. Weekend je ada program, tak tidur kat rumah sendiri. Ni pun malam ni nak balik kampung pulak. Parti sakanla deme.

Balik nanti kita tengok macam mana. Jangan jelma diri depan aku sudahla ye.

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 05:32 PM | Show all posts
serammnyerrr...
kekadang aku takot nak tinggai umah lame2...
yela sekali balik kg.. 2 3 hari ha.. kire lame la tu kan..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 01:29 PM | Show all posts
Salam perkenalan, kite orang baru.. sorry nak menyibuk jugak tapi story awok BESTTT!! saye bagi 5 bintang.. heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 01:53 PM | Show all posts
BEST cter yg terbru nie.. lama sy xonline... nie online semul sbb nk bce kisah cerita akk yg terbaru..
deebak btol cter akk nana... hehehe
t sambung cter lps balik t ye nk thu jgk mana tw sama peristiwa ke.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 01:01 PM | Show all posts
Masuk benang ni pandai seram sejuk walaupun tengahari membahang...
Msh terasa lawak yg ateh kena penyepak sbb gigih nk sapu air, member tu tanak, nak jugak bg..kan dah kena...hihihi..br sy tahu, perangai drg ni suka menganjing yer..saja jer nk kasi kita panas hati...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cite cik es dulu.mcm ni la punya menarik citer dia.sampai org ternanti2.cik nana ni pandai gak bercerita mcm cik es dulu.seremm pun serrem.banyak pengalaman awk ye..mesti berani orgnya kan.selamat berkarya..jd penulis novel pun ada bakat ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 12:10 AM | Show all posts
Kuat betul badi Cik Es ni ye. Aduhai. Rasanya, better Nana jadi SR aje lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061884 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list