|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
channel CI channel berapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
CI tajuk apa cerita ni? i pon peminat channel CI dng EVE kat umah mmg channel tu jek selalu bukak skang ni gila tgk cite my crazy ex plak dulu i tgk my husband yg bising skang ni dia plak yg melebih2 tgk
|
|
|
|
|
|
|
|
Queenmastani replied at 13-4-2017 11:00 AM
Tp aii baru je terminate chanel ni last 3 mnths sbb tk tgk sgt. Asik2 ulang tu je nk tunggu next s ...
Best tak channel boo tu? Dia bnyk citer antu dr asia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Best mg best. Kiranya dr 10 movies dia tayang 7 drnye bole la layan tp one thing i notice byk movies dr boo ni amik dr website movie online mcm 123movie. Bole katakan semua movie kt boo ada kt 123movie. Tipah tertipah jap iolss.
|
|
|
|
|
|
|
|
sweetfasha replied at 14-4-2017 12:28 PM
channel CI channel berapa?
Astro channel 732
|
|
|
|
|
|
|
|
misteri sungguh kehilangan Joan Risch ni. ada possibility dia sendiri pilih untuk hilangkan diri, despite the "happy" life yg org sekeliling nampak, maybe ada something yg push dia utk lari. but kesian dkt husband dia sanggup tunggu smpi mati |
|
|
|
|
|
|
|
misteri giler maybe split personallity. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by awanearisu at 26-4-2017 09:20 PM
Sewaktu menunggu perkembangan berita arwah adik thaqif, keluar kisah Madeleine Mccann. Nampaknya keluarganya masih tidak berputus asa sehingga kini.
Misteri juga kehilangan Madeleine ni. walhal jarak restoran dengan rumah tumpangan agak dekat, dan ibu serta bapanya bergilir-gilir pergi menjenguk rumah tersebut. Madeleine hilang semasa sedang tidur. Masa hilang umurnya baru 3 tahun. Kalau masih hidup, umur Madeleine dah mencecah 15 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ceritanya.. lama tunggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
TT mane? |
|
|
|
|
|
|
|
TT takde cite baru ke? anyway, thanks TT sbb bukak benang ni. my fav thread dlm MPS ni. xsabar nak tunggu cite baru |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada cerita baru lagi ke TT? |
|
|
|
|
|
|
|
Aah menunggu jgk cite baru dari tt |
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA BUNUH DOROTHY JANE SCOTT?
Dorothy Jane Scott adalah seorg ibu tunggal yg bekerja sbg setiausaha utk kedai Swingers Psych and Head di Anaheim, California – hanya berada di seberang jalan dari Disneyland. Dia dikatakan seorg wanita yg pendiam. “Membosankan spt buku panduan telefon,” menurut salah seorg kawannya. Wanita itu juga kuat pegangan agamanya, kurang minat keluar bertemujanji, tidak minum arak dan mengambil dadah, dan jarang sekali meninggalkan rumah kecuali ke tempat kerja. Dorothy, bg keluarga dan kawan2nya, seorg yg rajin, baik hati dan penyayang.
Selama beberapa bulan pd thn 1980, Dorothy telah diganggu oleh seorg penghendap. Ada saja panggilan misteri yg diterimanya di kedai. Apapun, wanita tersebut merasakan seolah2 dia mengenali suara di sebalik panggilan2 itu, tp gagal memastikan di mana dia pernah mendengarnya. Kadangkala pemanggil itu kedengaran spt baik dan mesra, tetapi ada masanya lelaki itu dlm keadaan marah dan berdendam. Pemanggil itu juga memberitahu yg dia mengekori Dorothy serta mendedahkan setiap gerak geri dan rutin harian wanita itu bg membuktikan kata2nya. Pernah sekali dia mendapat sekuntum bunga ros merah yg dilekatkan pada cermin keretanya. Panggilan itu juga menjadi semakin menakutkan – Si penghendap mengugut Dorothy yg dia akan membunuh dan mengerat2 mayatnya kpd bahagian2 kecil agar tiada siapa dpt menjumpainya.
Gerun dgn kewujudan dan ugutan lelaki yg tidak dikenali sedang memerhatikannya secara diam2, Dorothy mula mempelajari karate dan menghadiri kelas2 mempertahankan diri, malah mempertimbangkan utk membeli sepucuk pistol.
Pada satu petang 28 Mei, 1980, Dorothy menghantar anaknya, Shawn, 4 thn ke rumah ibu bapanya, Jacob dan Vera Scott, dan kemudian menuju ke tempat kerjanya utk menghadiri mesyuarat. Sewaktu bermesyuarat, rakan sekerjanya Conrad Bostron kelihatan tidak sihat dan mempunyai ruam yg semakin lama semakin teruk. Dorothy yg bimbang dgn keadaan rakannya itu, menawarkan utk membawa Conrad ke hospital. Seorg lagi rakan sekerja, Pam Head turut menemani mereka.
Di Hospital UC Irvine, Conrad didapati sebenarnya telah digigit labah2 black widow. Namun dia disahkan sihat oleh doktor dan dibenarkan pulang, maka Pam bersama Conrad ketika lelaki itu mengisi beberapa borang dan mendapatkan ubat. Dorothy pula keluar utk mendapatkan keretanya. Dia tidak kelihatan lagi selepas itu.
Pam dan Conrad mula gusar apabila rakan mereka tidak munculkan diri, lama selepas mereka selesai mengisi borang. Akhirnya, mereka melihat kereta Toyota station wagon 1973 kepunyaan Dorothy menuju ke arah mereka, tp apa yg mengejutkan kedua2nya kereta itu dipandu dgn sgt laju, seterusnya membelok tajam keluar dari lot meletak kereta hospital. Pam dan Conrad berlari2 mengikut kereta itu sambil melambaikan tangan – memikirkan barangkali Dorothy terlepas pandang. Lampu kereta ditutup, dan kenderaan itu terus hilang dlm kegelapan malam. Dua sekawan tersebut sekali lg beranggapan, mungkin wanita itu terpaksa bergegas kerana ada kecemasan di rumah. Mereka memutuskan utk menunggu kedatangan Dorothy 2 jam lagi. Kemudian Pam menghubungi ibu bapa wanita tersebut; Jacob dan Vera – pasangan itu memberitahu mereka juga tidak berjumpa Dorothy lg sejak menghantar Shawn ke rumah mereka petang itu. Mereka pun membuat panggilan polis. Beberapa jam kemudian, kereta Dorothy ditemui terbakar 10 batu dari hospital, ditinggalkan begitu saja. Tiada tanda2 bahawa Dorothy berada di dalamnya.
Pihak polis menyoal siasat bekas suami wanita tersebut, dan dia disahkan sedang berada di Missouri ketika penculikan itu berlaku. Mereka juga menyiasat kedai Swingers Psych and Head dan pekerja2nya sebanyak dua kali. Polis mendapati pejabat tempat Dorothy bekerja adalah tersembunyi jauh di belakang kedai, amat mustahil bg org luar utk melihat pergerakannya. Maka pihak polis menolak teori si penculik adalah pelanggan yg selalu ke kedai itu.
Kes itu menjadi semakin pelik.
Satu minggu kemudian, Vera menerima panggilan telefon di rumahnya. “Adakah kamu mempunyai pertalian dgn Dorothy Scott?” Suara seorg lelaki. Apabila Vera mengiyakan pertanyaan itu, lelaki tersebut berkata, “Aku yang menculiknya” dan terus meletakkan telefon. Pihak polis mengarahkan pasangan Scott utk tidak bercakap dgn media mengenai kes itu, namun setelah seminggu tanpa sebarang perkembangan, Jacob mula hilang sabar dan bersetuju utk ditemubual oleh Santa Ana Register, salah satu akhbar tempatan. Pada hari yg sama kisah itu diterbitkan, editor Pat Riley mendpt satu panggilan: “Aku yg bunuh dia. Aku bunuh Dorothy Scott. Dia adalah buah hatiku. Aku dpt tahu dia curang bersama lelaki lain. Dia tak mengaku. Jadi aku bunuh.” Si Pemanggil menyatakan maklumat berkenaan pakaian Dorothy termasuk skarf merahnya, dan dia tahu mengenai gigitan labah2 pd lengan Conrad, (kedua2 maklumat ini tidak pernah didedahkan kpd media) utk mengesahkan dirinya. Dia juga menambah bahawa Dorothy yg menelefonnya dari hospital, tetapi Pam menegaskan Dorothy tidak pernah hilang dari pandangannya ketika di Hospital UC Irvine hinggalah saat kawannya itu menuju ke tempat meletak kereta.
Ibu bapa Dorothy menerima panggilan telefon hampir setiap hari Rabu selama 4 thn. Pemanggil misteri itu sama ada akan bertanyakan jika Dorothy berada di rumah, atau mengaku membunuhnya atau sekadar,”Aku yg menculiknya.” Panggilan2 ini selalunya muncul pd waktu siang, ketika Vera bersendirian di rumah. Pihak polis turut memasang pepijat pd telefon pasangan Scott dlm percubaan utk mengesan kedudukan dan identiti pemanggil, namun pemanggil itu lebih bijak dan berhati2 – semua panggilan dlm tempoh yg pendek saja. Akhirnya panggilan2 telefon tersebut terhenti pd April 1984, selepas panggilan satu malam dijawab oleh Jacob, yg pd mulanya menganggap si pemanggil tersilap rumah.
Pada Ogos 1984, di satu kawasan hutan di utara Anaheim, seorg pekerja binaan menjumpai satu set tulang. Setelah diperiksa dgn teliti, ia adalah tulang2 anjing. Walau bagaimanapun, di bawah satu lapisan tanah yg nipis, banyak lg tulang temulang yg ditemui – kali ini kepunyaan manusia. Vera mengenali cincin batu firus (turquoise) dan jam tangan yg dikambus bersama tulang2 tersebut adalah milik Dorothy. Jarum jam itu terhenti pd pkl 12.30am, 29hb Mei 1980; satu jam selepas Pam dan Conrad melihatnya buat kali terakhir. Beberapa hari kemudian sisa mayat tersebut telah dikenalpasti secara sah sbg Dorothy Jane Scott.
Selepas penemuan tulang2 Dorothy dihebahkan kpd umum, keluarga Scott menerima dua lg panggilan telefon, kedua2nya bertanyakan,”Adakah Dorothy di rumah?”
Ramai yg masih mengingati kes ini tertanya2; Siapakah yg membunuh Dorothy? Pelanggan di kedai tempatnya bekerja, atau rakan sekerja yg dlm diam2 meminatinya?
Si pembunuh hingga ke hari ini masih misteri dan terlepas bebas.
Wikipedia
Sumber 1/2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kes Madeleine McCann nih paling mahal dlm sejarah siasatan jenayah kehilangan kanak2, dekat 11 juta pound katanya. btw ada yg suspek makpak madeleine tahu apa yg sebenanrnya terjadi kat anak dia org. ada yg kata diculik ummah gipsi... sebab dia org paling gemar bebudak rambut blonde mata biru.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yey..ada cerita baru.
Tq Tt |
|
|
|
|
|
|
|
Duk baca tred ni teringat pulak kt kes2 local... Sesiapa ada tak teori n detail tentang kes adik nurin jazlin? Mana tau kot ada lg detail yg aku xtau.. Hmmm...sedih bila ingt blk.. Adik sharlini pun sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dah terlalu obses ni. Obses yang membawa kepada psiko. |
|
|
|
|
|
|
| |
|