“SAHABAT yang saya kenal dari dulu hatinya sangat baik, pemurah, suka menderma dan menolong orang, itulah dia, Neelofa,” luah penyanyi dan pengacara, Nur Heliza Helmi atau Heliza Helmi, memuji pengacara itu di ruangan Instastory miliknya, awal hari ini.
Heliza berkongsi perbualannya bersama Neelofa yang bertanyakan cara untuk membantu misi Syria yang sedang dilakukan Heliza bersama adiknya, Syazwani sejak awal minggu ini.
Penyanyi dikenali melalui lagu selawat berjudul Jom Selawat itu, turut mendedahkan pernah menjadi saksi melihat beberapa lori bantuan yang dihantar oleh Neelofa dan keluarganya ketika peristiwa banjir di Kelantan, beberapa tahun lalu.
Pada masa ini, Heliza dan Syazwani menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Rescue Syria ke-10 bersama beberapa wakil media dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
“Bila merasai sendiri keadaan di sini, baru faham betapa sejuk yang dahsyat ini membuatkan seluruh anggota badan sakit, pedih, kebas!
“Kami terpaksa memakai berlapis-lapis pakaian, tidur langsung tidak lena kerana sejuk melampau mencecah bawah -1 darjah selsius.
“Kanak-kanak pula senang kena sakit ‘kejung’ yang boleh mengakibatkan kematian,” kata Heliza.
Dua adik beradik itu akui, khemah pelarian juga sangat usang dan mudah runtuh dan apabila runtuh, mereka perlu menunggu bantuan sampai untuk membina semula khemah mereka.
Mereka juga akui hampir setiap malam angin sejuk terlalu kuat, manakala salji pula semakin dahsyat turun ke beberapa lokasi pelarian.
“Kami menumpang tidur di sekolah yang ada tapi tidak mampu lelapkan mata,” katanya.
Kata Heliza, mereka masih memerlukan RM800,000 untuk bantuan kecemasan fasa 1 ini dan merayu masyarakat untuk menyumbang dengan cara melayari laman sesawang www.tabungsyria.com.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 January 2019 @ 11:20 AM
Secara tak langsung kita pun boleh tahu Heliza sering buat amal jariah; walau niatnya ikhlas memuji Lofa dan itu dihighlight wartawan
Apa salahnya memberi sedikit pujian kpd org yg berbuat baik walau pun kita membenci dia, seperti mana kita memuji org yg kita sanjung walaupun tidak elok mana pun perbuatan dia
sekiranya kita tak mampu memuji, diam itu lebih baik dari mengeji perbuatan elok org yg kita benci itu, sebagaimana kita mengharapkan org tidak menghakimi perbuatan buruk org yg kita sayang.
peringatan utk diri sendiri