CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/11/24)

[Copy link]
Post time 2-1-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 24-10-2020 08:26 PM
Aku, PKP dan ... Bahagian 3

Hari pertama PKP tu aku berada di dalam dilema yang agak besar…perso ...

Salam tuan tanah..tuan tanah tak nak bercerita ka perihal orang alam sebelah yang bermula dari zaman Rasullullah SAW?betul2 nak tahu ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aienul replied at 22-12-2020 02:32 PM
alfatihah untuk Am. kesiannya dia. masa dia cerita tu kau xde rasa pelik ke ape ke John dekat Am? ye ...

haha...dari segi rupa tu nampak mcm biase je
tambah pulak dia muncul siang hari, jadi takdela aku syak ape2. macam member2 yang lain jugak...contoh kalau aku tibe2 nampak fendi kat malaysia pun aku tegur je la walaupun taktau macam mana dia dapat balik sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
orion_pax replied at 2-1-2021 09:02 AM
Salam tuan tanah..tuan tanah tak nak bercerita ka perihal orang alam sebelah yang bermula dari zam ...

wslm...err...nak cerita ke ni? nanti karang tiba2 ada puak2 pemuja orang alam sebelah serang nanti kecoh pula
lagipun ceritanya tu memangla sama bile aku check kat Pak Mud & Pak Tahir dulu. tapi kebenarannya tu hanya Allah je yang tau.
hmmm...tapi kalau baru gertak diorang dengan cerita tu pun macam cuak je...entah la...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-1-2021 09:16 PM
wslm...err...nak cerita ke ni? nanti karang tiba2 ada puak2 pemuja orang alam sebelah serang nanti ...

Terpulang pada en john laaa..kalo takot sangat pm jer..lagipon ilmu ni bagi aku...hehehe..aku berpegang pada satu ja, manusia itu adalah makhluk terbaik Allah ciptakan dan tinggi kedudukannya di sisi Allahswt..kalau tak, Allah tak jadikan rasul n nabi dikalangan manusia kannn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
orion_pax replied at 3-1-2021 02:03 AM
Terpulang pada en john laaa..kalo takot sangat pm jer..lagipon ilmu ni bagi aku...hehehe..aku berp ...

takdela takut ke ape...cuma walaupun cerita ni sama je dari Pak Mud & Pak Tahir, tapi macam takde kepastian. tapi tengoklah macam mana nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 4-1-2021 01:17 PM
takdela takut ke ape...cuma walaupun cerita ni sama je dari Pak Mud & Pak Tahir, tapi macam takde  ...

Okehh..akan ku tungguuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
best2 smua cerita ko john.. power2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2021 07:41 PM | Show all posts
hatikudus replied at 15-12-2020 10:47 AM
“Abang Jaws...ni Mira ada bawa mangkuk tingkat nak bagi Abang Jaws makan”, ujar Mira kepadaku samb ...

Aku boleh terbayang watak perempuan yg order mee kari kuah laksa (drama kg pisang bersiri2)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2021 07:44 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-1-2021 09:16 PM
wslm...err...nak cerita ke ni? nanti karang tiba2 ada puak2 pemuja orang alam sebelah serang nanti ...

Cite jelah john.
Aku pun baru tau pasal alam sebelah.
Sampai pak tahir pun dorang kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah buat am dan fendi.. terbaik cerita tt. Cukup rasa.. boleh sambung cerita lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
meownni replied at 8-1-2021 10:43 PM
Al fatihah buat am dan fendi.. terbaik cerita tt. Cukup rasa.. boleh sambung cerita lagi

insyaAllah...nnt sambung ceritanya
sibuk sikit beberapa weekend ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
meownni replied at 8-1-2021 02:43 PM
Al fatihah buat am dan fendi.. terbaik cerita tt. Cukup rasa.. boleh sambung cerita lagi

apesal al fatihah tu utk fendi skali?? fendi dah meninggal ke?? ke aku salah baca??
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 06:16 PM | Show all posts
terpaling replied at 9-1-2021 11:22 PM
apesal al fatihah tu utk fendi skali?? fendi dah meninggal ke?? ke aku salah baca??

fendi bukan idup lagi ke? duk aussie. bini mat salleh
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
watachiwa replied at 10-1-2021 10:16 AM
fendi bukan idup lagi ke? duk aussie. bini mat salleh

tu yg aku pelik asal lak al fatihah utk fendi.. haha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:00 PM | Show all posts
terpaling replied at 10-1-2021 10:11 PM
tu yg aku pelik asal lak al fatihah utk fendi.. haha..

mamun kot masa duk taip tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
meownni replied at 8-1-2021 10:43 PM
Al fatihah buat am dan fendi.. terbaik cerita tt. Cukup rasa.. boleh sambung cerita lagi

ish3...knp la korg pegi bnuh bdk fendi tu? jgn bunuh dia dulu...tunggu aku letak cerita2 karut yg dia bg kt aku masa video call tu bru korg blh bnuh dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2021 08:27 PM | Show all posts
Haishh...tak sangka aku...ingatkan boleh cuti lama2 dari update cerita kat sini. Sekali dah kena sambung pulak. Hahaha.

Disebabkan ada yang request cerita ni, jadinya aku masukkan je. Apa2 pun kita kena la open mind dan jangan pulak sampai taksub dengan benda2 macam ni. Sebab tak ada apa2 nas pun yang menyokong cerita ni.


Asal Orang Alam Sebelah

Pada suatu ketika dahulu...di zaman itu, tidak wujud lagi jem trafik yang dahsyat seperti sekarang. Rata2 rakyatnya lebih gemar menggunakan pengangkutan awam dan tidak ramai yang memiliki kereta sendiri.

Pada zaman itu jugalah aku mengikut Pak Tahir memasuki hutan yang terletak tidak jauh dari rumah opahku. Biarpun ketika itu umur Pak Tahir telah pun menjangkau 50 lebih, tetapi dia masih mampu lagi untuk meredah masuk hutan.

Aku tak tahu berapa lama kami telah berjalan meredah hutan, kerana kami berdua tidak memakai jam tangan. Tetapi Pak Tahir mampu mengagak waktu dengan hanya melihat pada kedudukan matahari.

Kami masuk agak dalam dari kebiasaannya kerana Pak Tahir hendak meletakkan bubu pada lubuk ikan yang dijumpainya.

Usai saja meletakkan bubu, kami mula memasang jerat untuk ayam hutan. Kemudiannya kami kembali ke tebing sungai untuk menunggu hasil dari jerat dan bubu yang diletakkan tadi.

Pak Tahir: Kamu tau...dalam hutan ni ade penduduk alam lain.
Aku: Hishh...Pak Tahir ni. Kita dalam hutan ni, toksah la sembang mende2 macam ni.
Pak Tahir: Ater...masa ni la best nak sembang mende2 macam ni. Rasa macam ade je yang tengah meratikan kita dari mana2. Hahahaha.
Aku: Lantak Pak Tahir la...karang kalau jadi ape2 jangan libatkan aku pulak. (sambil menyalakan rokok)
Pak Tahir: Kamu tau ke asei orang alam sebelah ni? (tangan ambil rokok yang aku dah nyalakan tadi)
Aku: Eh? Nyadin je amik rokok orang. Entah la Pak Tahir...takde pulak tulis dalam buku teks sejarah. Hahaha.

Krik2 sekejap...

Dari cerita Pak Tahir, sewaktu zaman Rasulullah s.a.w dahulu...biarpun negeri tersebut mempunyai Rajanya, tapi tidak pula kita dengar apa2 cerita mengenai Raja tersebut.

Segala2nya bermula apabila Islam mula berkembang di negeri itu sehinggalah tiba ke pengetahuan Raja tersebut. Maka, berita gembira itu telah disambut baik dengan menjemput Nabi dan para sahabatnya ke istana untuk menjamu dan meraikan mereka.

Jemputan itu juga diterima baik oleh Nabi Muhammad s.a.w. Maka bertolaklah mereka menuju ke istana Raja dengan perjalanan yang mengambil masa selama tiga hari untuk tiba.

Dalam masa yang sama Raja tersebut berasa sangat gembira apabila Nabi Muhammad s.a.w sudi menerima jemputannya, maka diadakannya jamuan selama tiga hari berturut2.

Rakyat jelata boleh datang dan makan di tempat yang telah disediakan untuk mereka selama tempoh tersebut. Ketika itu sibuklah tukang masak istana bertungkus lumus menyiapkan pelbagai juadah.

Pada hari ketiga, tibalah Nabi dan para sahabat ke istana tersebut. Akan tetapi, timbul satu permasalahan dari tukang masak istana. Lauk untuk dimasak telah pun kehabisan sehinggakan di bangsal2 pun telah kehabisan haiwan2 ternakannya.

Tukang masak istana tersebut bertambah2 takut apabila melihat Nabi dan para sahabat sedang disambut oleh Raja. Dalam masa yang sama, tukang masak tersebut terlihat akan beberapa ekor kucing sedang berkeliaran di sekelilingnya.

Tidak lama kemudian, sajian telah pun terhidang di hadapan Nabi, para sahabat, Raja dan para pembesar istana. Rata2 yang ada di meja itu menceduk juadah serta lauk pauk yang terhidang ke pinggan mereka kecuali Nabi Muhammad s.a.w.

Bertanya sang Raja kehairanan, “mengapa kamu tidak mahu mengambil makanan yang telah terhidang ini”.

Baginda hanya menjawap, “ini adalah daging kucing...saya tak boleh memakannya”.

Mendengarkan jawapan dari Rasulullah itu, para sahabat terus saja memegang hulu pedang masing2 dan bersedia untuk menghunuskannya. Biarpun mereka berhadapan dengan Raja, tapi mereka tidak gentar dalam menegakkan kebenaran.

Raja menjadi sangat terkejut dan kemudiannya cuba menyabarkan para sahabat Nabi yang sedang marah itu. Lantas Raja memanggil tukang masak istana untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Terketar2 tukang masak istana tersebut apabila ditanya oleh Raja akan kebenaran sebenarnya. Apakan daya dirinya selain dari mengaku sahaja akan kesalahan yang telah dilakukannya itu serta menerangkan mengapa dia membuat begitu.

Raja terus terduduk, lalu tapak tangannya dihamparkan pada mukanya. Seorang Raja yang kaya, juga pemerintah negeri itu...tetapi tidak mampu untuk memberikan hidangan untuk Rasulullah s.a.w serta para sahabat.

Atas rasa kesal dan malu, Raja tersebut meminta kepada Rasulullah s.a.w agar dia, keturunannya serta isi istana tersebut disembunyikan dari pandangan mata kasar manusia.

*Kembali kepada sewaktu Pak Tahir bercerita kepadaku

Aku: Tapi cerita tu kat Arab?
Pak Tahir: Memanglah...lepas tu diorang beranak pinak la macam kita. Ada yang dari keturunan diorang sampai ke sini, ada juga kat negara2 lain. Diorang pun ada kehidupan masing2...ada kerja, sekolah, universiti, kenderaan masing2.
Aku: Ooo...cuma mata kasar manusia tak nampak la ye?
Pak Tahir: Iye la...lagipun nak nampak buat ape? Tak dapat ape2 faedah pun. Melainkan kalau bila kau tengok tu, terus nampak kebesaran Allah s.w.t.
Aku: Tapi ada orang cerita diorang simpan bahtera Nabi Nuh...keris taming sari tu?
Pak Tahir: Hish...mengarut lah semua tu. Diorang tu siapa nak simpankan bahtera Nabi Nuh tu? Bukannya malaikat. Lepas tu tak habis2 lah keris taming sarinya...dulu Hang Tuah tu dia patahkan dulu keris tu sebelum dibuang.

Pak Tahir ada ceritakan juga tentang asal pembuatan keris taming sari, tapi tu rahsia guru2. Aku ni pun bukannya guru, maka rahsia kan tetap rahsia lah ye. Hehe. Tapi bukan benda yang elok kalau nak dibangga2kan...biasalah...keris tu dulu dari kerajaan mana...agama apa pula diorang tu.

Aku harap cerita ni habis kat sini je lah ye...jadi aku boleh teruskan dengan cerita2 yang lain. Bukannya banyak lagi yang tinggal...boleh tamatkan buat kali ke...berapa ek? Korang la ni.
Sedar tak sedar dah PKP lagi sekali, cepat betul masa berlalu...cumanya harap2nya kali ni pisang tak berbuah 2 kali. Boleh kena heart attack woo tengok bil letrik masa balik rumah PKP dulu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by meownni at 16-1-2021 02:09 AM

Alaa sorry lerr. Nk ckp am dgn farid.. tp tersilap ckp fendi.. ampunnn ya bapak bapak ibuk ibuk


Btw, thanks tt for the update tp tak cukup lah. Nak sambungan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-1-2021 09:16 PM
wslm...err...nak cerita ke ni? nanti karang tiba2 ada puak2 pemuja orang alam sebelah serang nanti ...

puak pemuja ada dalam ni meh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-1-2021 02:43 AM
puak pemuja ada dalam ni meh?

diorg ni ade kt mana2 je...biasenye diorg membesar2kan org2 alam sebelah ni. ckp lbh pandai psl al Quran la...diorg simpan duit/emas utk kita guna masa darurat nnt la. dan mcm2 lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.073781 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list