|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 10 ~ Mencari harta
Setiap kali dia dapat tanah atau batu dia buka buku. Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil air sembahyang dari kolam yang terdapat di situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang datuk dan Mr.Brown terus masak.
Lepas makan Mr.Brown baca buku. Lampu gaslin yang terpasang dalam khemah cukup terang. Dalam ingatan saya, sudah tiga malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang pukul sembilan, saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul. Saya terus tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya tidak dapat saya lukiskan. Dia bagaikan gadis bangsawan duduk berjuntai kaki di balairong seri sambil membawa lagu-lagu Hindu dengan irama yang merdu dan halus. Dia bangkit lalu mendekati saya. Dia mengajak saya berjalan mengelilingi istana. Kulitnya cukup halus. Bau badannya semerbak wangi. Senyum sentiasa terukir di bibir nipisnya.
“Siapa namamu?” tanya saya.
Dia tidak menjawab. Jejari tangannya yang lentik terus mengheret tangan saya menuju ke pokok besar. Saya patuh pada arahannya, berjalan di rerumput yang menghijau di depan istana.
“Ke mana ?” soal saya.
Dia tidak menjawab, tapi jari telunjuknya menuju ke arah pohon beringin rendang.
“Siapa namamu ?” ulang saya lagi.
Dia berhenti berjalan.
“Dayang pada Tuan Puteri Zarid Gangga,” dia menjelaskan pada saya.
Fahamlah saya sekarang. Rupanya dia orang kanan dalam istana kerajaan Gangga Negara. Sebaik saja sampai di bawah pohon beringin. Dia menghilangkan diri. Saya terkejut dan terbangun. Saya lihat Mr.Brown masih lagi membaca buku dan meneliti ketul batu dan tanah yang dikutipnya. Datuk masih lagi mengadap asap kemenyan yang dibakar.
Saya ceritakan pada mereka apa yang saya alami dalam masa tidur tadi. Pagi esoknya, kami mencapai kata sepakat untuk mengali tanah di bawah pohon beringin. Lima jam kami mengali tanah. Akhirnya kami menemukan sebuah peti besi yang dibuat dari logam kekuningan. Mr.Brown segera membuka peti itu. Datuk terkejut, kerana dalam peti itu terisi tengkorak manusia. Kami berhenti menggali, kerana hari sudah beransur gelap. Datuk membungkus tengkorak itu dengan kain kuning. Malam pun tiba. Fatuk mengusap tengkorak itu dengan kemenyan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 10 ~ Mencari harta
Dua tiga kali dia meletakkan tengkorak itu atas peti dan merimbasnya dengan kain hitam.
“Tengkorak ni tak ada apa- apa,” kata datuk pada Mr.Brown.
Mr.Brown anggukkan kepala. Tengkorak itu diletakkannya di dalam peti. Lepas itu kami masuk ke dalam kelambu masing-masing. Menjelang tengah malam, saya terjaga. Bagaikan ada tangan yang mengoyangkan bahu kanan saya. Yang pertama kali saya dengar, suara wanita menyanyi sayup-sayup di selang-seli dengan bunyi gendang. Nyanyian dan bunyi gendang makin lama makin dekat. Kemudian menghilang. Cuma yang kedengaran bunyi desiran angin yang kuat. Di tingkah dengan bunyi raungan harimau, suara burung tukang dan jampok bersahut-sahutan. Terfikir juga oleh saya untuk membangunkan Mr.Brown dan datuk. Bila saya kaji dalam-dalam, mereka tidak perlu dibangunkan. Saya jatuhkan kepala atas bantal. Desir angin dan nyanyian burung hutan terhenti. Saya terdengar suara orang memanggil saya di luar khemah. Saya amati suara itu. Datangnya dari arah pohon beringin. Suara itu cukup jelas.
Saya membuat keputusan untuk keluar dari perut khemah dan menuju ke pohon beringin seorang diri. Di luar khemah, saya dongak ke atas. Malam memang tidak berbintang, tetepi awan kelihatan cukup bersih. Angin malam bertiup cukup keras. Pepohon di kiri kanan khemah bagaikan digoyang orang.
Tiba-tiba saja hati saya membuat keputusan tidak mahu pergi ke bawah pokok beringin. Saya masuk ke dalam belukar di kanan khemah, saya mahu mengintip dari situ. Saya renung ke arah datangnya suara wanita itu. Badan saya mengeletar. Sepasang mata saya melihat tubuh seorang wanita berdiri tanpa kepala di situ. Tanpa saya sedari,dahi saya berpeluh, kawasan tempat wanita itu berdiri cukup terang. Saya membuat keputusan untuk masuk ke dalam khemah. Bila saya mahu melangkah, kepala lutut saya terasa cukup lemah. Saya jatuh terduduk atas tanah. Mata saya masih lagi tertumpu ke arah pohon beringin. Saya saksikan sebuah kepala bergolek-golek atas tanah, kemudian memanjat tubuh wanita itu, lalu bercantum dengan leher.
Dalam sekejap mata wanita itu hilang. Kemudian berdiri betul di depan saya, Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Bumi serasa tidak ada. Peluh terus menguasai seluruh badan saya. Suara sudah tidak mempu keluar dari kerongkong. Dalam saat yang payah itu, segera wanita itu hilang. Berdiri di bawah pohon beringin hilir mudek di situ. Memang sahlah, wanita itulah yang saya temui dalam mimpi saya yang lalu. Kemudian wanita itu pergi ke khemah yang didiami oleh Mr.Brown dan datuk.
Lebih kurang lima enam langkah mahu sampai ke gigi khemah, dia berpatah balik. Menuju ke kolam tempat datuk mengambil air sembahyang. Bila wanita itu berdiri di depan kolam, dia terus menjerit. Saya lihat kepalanya jatuh ke tanah, berguling-guling menuju ke pangkal pohon beringin. Tubuh wanita itu segera ghaib. Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang bergaduh, saya terdengar suara jeritan gajah.
Saya terdengar bunyi pedang belaga. Semuanya tidak kelihatan dan berlaku di kawasan dekat khemah kami. Bila semuanya tidak kedengaran lagi, saya lihat ada tubuh lelaki hitam memeluk seorang gadis genit, tanpa baju dan kain. Lelaki hitam membalutkan tubuh wanita itu dengan jubah yang dipakainya. Wanita dibawanya naik ke atas belakang gajah. Mereka bergerak ke selatan bersama dengan bunyi gendang perang yang hebat. Sementara itu fajar pagi pun tiba. Saya masih tertiarap atas tanah. Seluruh badan saya terasa lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 10 ~ Mencari harta
Datuk yang bangun untuk sembahyang subuh bagaikan tahu yang saya tidak ada dalam khemah. Selesai sembahyang subuh dia pun mencari saya.
“Kenapa begini,” tanya datuk terkejut melihat saya terbaring atas tanah.
Saya mahu menceritakan semua yang saya lihat, tapi suara saya tidak keluar. Datuk kembali ke khemah mengambil kain hitam. Barulah saya boleh bergerak dan bersuara. Datuk memimpin saya ke khemah. Dia merungut dan marahkan saya, kerana saya keluar tidak memberitahunya. Semua yang saya lihat saya ceritakan pada Mr.Brown dan datuk dengan jelas dan terang.
Ketika Mr.Brown membuka peti besi kecil tempat menyimpan tengkorak, dia terkejut. Tengkorak yang berbungkus kain kuning, hilang entah ke mana. Datuk mencadangkan pada Mr.Brown supaya menggali tanah di sekitar kawasan kolam. Mr.Brown tidak setuju , dia lebih suka kalau air kolam itu di keringkan, kemudian perut kolam itu digali. Datuk terima cadangan itu, kerana mengerinkan air kolam itu bukanlah satu perkara yang sukar. Mr.Brown sendiri ada membawa jentera untuk mengeringkan air. Lebih kurang pukul lapan pagi, kerja untuk mengeringkan kolam pun bermula.
Satu jam kemudian air dalam kolam pun kering. Saya terkejut, rupanya kolam itu dibuat dari batu gunung yang tersusun rapi. Batu bahagian permukaannya sudah banyak yang pecah serta ditimbus oleh tanah. Datuk menduga, kolam itu tempat mandi dan tempat bermain keluarga bangsawan dalam zaman pemerintah Gangga Negara. Bila air kolam sudah kering betul. Datuk, Mr.Brown dan saya pun memecahkan lantai kolam. Tanah di situpun kami gali. Barang-barang yang kami temukan di dalam kolam itu ialah rangka manusia dan peti besi yang berisikan tengkorak yang hilang dari simpanan Mr.Brown. Dengan perintah datuk tulang-tulang serta tengkorak itu ditanam semula dalam satu lubang dekat pokok meranti. Pada sebelah malamnya, datuk membuat keputusan yang nekad. Dia mengajak saya dan Mr.Brown tidur dekat kolam yang sudah dikeringkan itu.
“Ini merbahaya,” bantah Mr.Brown.
“Kalau awak mahu mencari apa yang awak hajat, awak kena ikut saya.”
Suara datuk meninggi. Matanya mula merah.
“Baiklah.. saya ikut.”
“Begitulah.” Datuk pun ketawa berdekah-dekah.
Sepanjang malam di tepi kolam itu, datuk terus menerus membakar kemenyan. Dia memakai baju hitam, seluar hitam. Sekali pandang, datuk bagaikan hulubalang kerajaan Melayu Melaka. Datuk terus membaca mentera di depan asap kemenyan. Sekali-sekala dia membuka silat. Tiba-tiba datuk diam. Matanya pejam. Badannya tidak bergerak. Asap kemenyan berkepul- kepul naik ke udara. Datuk rebah di situ. Saya segera mahu menghampirinya.
“Jangan, dia menerima pertunjuk dari orang lain,” kata Mr.Brown sambil memegang bahu kanan saya.
Malam terasa cukup dingin dengan tiupan angin yang sungguh kencang. Suara burung hantu dan salakkan anjing serigala kedengaran sayup-sayup.
Datuk melompat dan terus duduk bersila memandang muka Mr.Brown sambil berkata, “Seorang pengasuh puteri datang pada aku, dia mengucapkan terima kasih, kerana kita telah mempersatukan tubuh dengan kepalanya serta menanam jasadnya dengan penuh hormat. Ketika aku tanya kenapa dia mengalami nasib buruk itu.Dia telah menerangkan pada aku, kepalanya telah dipancung oleh angkatan Raja Suran, badannya dicampakkan ke dalam kolam, kepalanya ditanam di bawah pokok beringin. Dia ingin membalas jasa kita semua. Dia telah memberitahu pada aku di mana barang-barang Raja Gangga Negara, seperti pedang kebesaran, mahkota dan emas berlian ditanam.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 10 ~ Mencari harta
“Di mana tempatnya tok, ” tanya saya tidak sabar.
“Sabar, esok saja aku ceritakan.”
Suara datuk tenang.
Lepas itu dia mengajak kami kembali ke khemah semula. Pagi esoknya, datuk menyuruh saya dan Mr.Brown meruntuhkan khemah. Kemudian turun ke dalam sampan. Dari situ kami menyusul tebing sungai Bruas yang penuh dengan buaya liar ke sampai ke Tanjung Ara - dekat Pangkalan Bharu. Dari situ kami mendarat di satu kawasan berbukit. Hutannya cukup tebal. Kami berjalan ke arah matahari jatuh hingga bertemu dengan kawasan tanah yang agak tinggi yang gondol itu penuh dengan batu-batu pejal. Datuk menyuruh kami mendirikan khemah di situ.
“Puteri itu telah membawa aku ke mari, ” kata datuk,
“Menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja Suran.” Datuk pun berhenti bercerita.
Mr.Brown ketawa berdekah-dekah.
Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya. Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara. Mr.Brown pun menyiapkan alat peletup.
Menurutnya pendapatnya harta-harta itu tertanam lebih kurang sepuluh meter ke dalam bumi. Bila dinamit yang dipasang itu meletup, boleh menolong melongsurkan tanah sedalam enam atau lapan meter, kemudian tanah itu akan digali. Datuk setuju dengan cadangan itu, masa untuk meletupkan kawasan itu ditetapkan pada tepat pukul empat petang.
Tepat pukul empat petang, terdengarlah satu letupan bergema dalam hutan tebal, batu-batu berterbangan, pokok-pokok habis tercabut. Tanah tinggi disitu kelihatan rata. Mr.Brown cukup gembira, dia tidak putus- putus ketawa.
Bila ketawanya berhenti, Mr.Brown terkejut besar, dari kawasan tanah yang diletupkan itu keluar beratus- ratus ekor ular sebesar peha menyerang kami. Saya, datuk dan Mr.Brown lari lintang pukang menuju ke perahu untuk menyelamatkan diri, semua barang-barang kami tinggalkan. Sampai di perahu saya lihat dahi Mr.Brown berdarah. Seluarnya habis koyak. Kami menyusul tepi sungai Bruas menuju ke arah Pekan Pangkalan Bharu. Ketika itu senja sudahpun tiba, hari sudah mula gelap. Perahu kami tiba-tiba tidak boleh bergerak. Air sungai melimpah dengan tiba-tiba. Tebingnya yang tinggi ditenggelami air. Datuk nampak cemas.
Kemudian dia senyum dan berkata : “Kalau kami salah ampunkanlah.”
Sehabis sahaja datuk berkata, dari perut sungai timbul seorang lelaki yang bertubuh besar dengan pakaian kebesaran seorang raja. Anehnya semua pakaiannya itu tidak basah, mestipun ia baru timbul dari dasar sungai. Wajahnya kelihatan bengis. Malam yang gelap itu bertukar menjadi cerah bagaikan siang hari. Datuk terus berhadapan dengan orang itu.
“Awak mesti tahu, tidak seorang pun yang boleh mengambil harta kerajaan Gangga Negara. Itu milik kami. Awak sebenarnya manusia bodoh, kalau ular yang keluar dari lubang yang awak letupkan itu awak tangkap, ular-ular itu akan bertukar menjadi harta karun dan emas. Awak mesti menerima hukuman kerana mengkhinati kami,” lelaki bertubuh besar bersuara.
Datuk masih berhadapan dengannya, cukup tenang menghadapi suasana yang gawat itu. Datuk mengenakan tanjak di kepala dan mencabut keris dari pinggang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 11 ~ Menunggang harimau di tengah malam
Kalaulah bukan datuk yang mengejutkan saya ditengah malam buta itu sudah pasti kena penendang sulung saya. Kerana datuk,saya tidak dapat berbuat apa-apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka,mestipun hati meradang dengan perbuatannya. “Kenapatok?” tanya saya sambil mengesel-gesel kelopak mata. Datuk tersenyum sambil meraba- raba misaibengkoknya yang macam tanduk seladang jantan. Sekali-kali misainya turutbergerak. “Kita sudah hampir pada matlamatnya.” “Matlamat apa tuk?” “Mencari orang yang jadi tuan toyol.” “Kalau kau faham baguslah.”
Datuk merebahkan badannyadi sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu mana datuk bangun. Bila saya bukakelopak mata, datuk sudah sudahpun selesai sembahyang subuh. Dia memaksa sayapergi ke perigi sendirian untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengancakapnya itu. Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalanberbatu-batu sambil membasuh muka dan badannya dengan air embun waktu pagi.Datuk pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu untuk membasuh muka danbadannya.
Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia menyapu airke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal dagu membawa ke atashingga sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia membasuh kedua belah keningnya.Paling akhir sekali dilakukannya ialah memasukkan air ke dalam lubang hidunghingga bersin. Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arahmatahari naik dan enam langkah ke arah matahari jatuh. Kebiasaannya itu,dibuatnya juga semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa yang datuklakukan saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak,bila umur saya genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa menterayang perlu dibaca bila mandiair embun.
Pagi itu, berjalanlah saya bersama datukdi pinggir Kampung Ulu Kuang sambil mandi air embun. Saya terasa seronokmelihat matahari pagi dengan sinar yang kilau- kilauan di celah-celah pokokbesar. Bila sinar matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatanbermanik- manik dan sungguh menarik sekali. Damai dan terhibur hati sayamendengan bunyi kicau beburung hutan yang bermacam ragam dan bermacam rupa yangterbang dan melompat dari dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk memberitahunama-nama burung yang saya nampak. Bilan matahari mula meninggi satu galah,saya dan datuk sudah jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang. Kami memasukisatu lorong kecil menuju ke arah sebuah anak bukit. Di kaki bukit itu ternampaksebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia. Last edited by rdzaccess on 7-8-2012 03:22 AM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 11 ~ Menunggang harimau di tengah malam
Tiangnya dari kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman pondok itu datuk berhenti berjalan.
“Kenapa datuk?” tanya saya ragu-ragu.
Datuk diam, kedua belah tangannya dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah tumit kakinya beberapa detik. Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta tapak kaki memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.
“Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu menuju ke sini, “
dengan tenang datuk bersuara. Saya jadi termangu-mangu.
“Kita balik, kalau kita maju, kita bahaya,” datuk pun menarik tangan saya.
Kami berpatah balik menuju ke rumah adik datuk. Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak memerhatikan gerak geri rumput dan dedaun. Saya faham benar, bila datuk berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh perhatinnya pada sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa. Saya kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain. Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu.
Saya takut dia naik angin. Kalau datuk naik angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk tidak maki, dia akan menjengilkan biji matanya sebesar telur ayam hutan.
“Jauh berjalan pagi ni,” soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga.
Dia baru saja melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum panjang.
“Macam biasa,” balas datuk.
Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah. Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut.
“Rumah siapa dekat belukar tu,” datuk mengkemukakan soalan.
Adik datuk terdiam mengingati sesuatu.
“Rumah Kidon.”
“Orang sini jati?”
“Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang.”
“Orang Padang ke orang Jambi.”
Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti makan ubi rebus,
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 11 ~ Menunggang harimau di tengah malam
Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. Bila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak lagi mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang.
“Dari Sumatera katanya dari keturunan Batak,” tiba-tiba saja adik datuk bersuara.
“Ada bini tak?” cara tidak sengaja saya bertanya.
Datuk menjeling tajam pada saya.
“Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar” terang adik datuk dengan jujur.
“Ada anak?’ cepat-cepat datuk meningkah.
“Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,”
“Hummmm…,” suara datuk perlahan.
Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan. Terus-terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan. Datuk juga meminta adiknya membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal ibadat serta berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi-jadian. Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya.
Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor yang didirikan secara gotong- royong oleh penduduk- penduduk di situ. Saya dan datuk pun pindahlah ke pondok baru. Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah bila bulan menggambang penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor harimau besar di depan pondok. Dari atas pondok datuk melompat ke tanah lalu bersilat dengan harimau-harimau itu. Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau-harimau itu akan menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh. Datuk akan mencium atau mengurut-urut ekor harimau itu sambil membelitkan ke batang lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu, barulah datuk memerintahkan harimau- harimau perliharaannya pulang.
“Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih separuh, kain putih letakkan ke dinding,” datuk mengeluarkan perintah pada saya malam itu.
Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu kira-kira pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati. Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk-liuk memenuhi ruang pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh piring di depan. Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang lengkuas, sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai.
Piring tengah ditaruh darah ayam yang disembelihnya petang tadi. Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang terdedah. Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya lihat datuk mengeluarkan secekak tualng-tulang ikan dari karung yang terletak sebelah kanannya. Datuk melemparkan tulang-tulang ikan kering itu pada kucing hitam. Dengan tiba-tiba batang lilin yang menyala padam. Saya menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan tempatnya diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu kepunyaan datuk. Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah.
Sebatang lilin yang bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar-samar dan sepi sekali. Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup-sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan bergerak-gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atap pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu-sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.
“Suara langsuir, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat,” bidik datuk ke telinga saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ. Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di luar guruh bersahut-sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.
“Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau tanggung sendiri,” kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara dalam dupa.
Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman. Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, Badannya kelihatan berpeluh.
“Itulah Kidon mengorek kubur anaknya,” datuk memberi tahu saya.
Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar. Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk membuat dia hampir-hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat pokok. Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sedia kala. Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar. Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.
“Air basuh mayat itu, diambil dari tujuh kuala anak sungai,” beritahu datuk pada saya.
Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya. Anehnya datuk tidak melihat apa yang terjadi pada kian putih.
Kedua matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkor nafasnya macam orang yang sedang tidur lena. Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi sepi sekali.
“Air itu diambil ketika remang-remang senja, bersama bunyi gagak,” ujur datuk.
Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi. Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali, mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan membasuh mayat anaknya tadi. Saya perhatikan, Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas kepalanya hingga ke hujung kaki. Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak kelapa. Mayat anaknya itu dibawa masuk ke dalam satu bilik. Di situ sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.
Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zing buruk. Zing itu diletakkan di bawah salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan habuk-habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah menjadi bara, barulah dia beredar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 11 ~ Menunggang harimau di tengah malam
“Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama puasa pati Geni,” datuk membisikkan ke telinga saya.
Di kain putih saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan kanan. Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah. Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun. Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi. Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri, Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan.
Dia terus berbisik dengan tenang ke telinga anaknya begini : “Dengarlah anakku, Perasaan dan hatimu Bersatu dengan aku Dua tubuh Satu harapanku Kaulah yang mengerjakannya Tujuh lapis bumi, Tujuh lapis langit, Bersatu di bukit Kaf Bersemadi dalam diri kita."
Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang- panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam. Mayat bayi kering itu diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala selama dua puluh empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Tapi dia merasa puas. Dalam tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencuri harta orang kampung. Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan dirinya sendiri. Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun-ubun bayi kering itu.
Tiba-tiba ubun-ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat-jilat tapak tangan Kidon. Kidon pun menepuk-nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis dimakan oleh kucing itu.
“Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari,” Kidon memerintah kucing hitam.
Kucing itu menggaru-garu papan lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain putih.
“Ilmunya sudah aku tawarkan,” suara datuk keras.
Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul- kepil. Tulang-tulang ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.
“Kau lihat,” ujar datuk pada saya.
Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 11 ~ Menunggang harimau di tengah malam
“Kau pulangkan pada yang berhak,” datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada mayat kering.
Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak-gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya. Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi suara perempuan menangis.
“Kau datang,... Kidon,” lantang suara datuk.
“Jangan buat aku begini, aku mahu hidup," jawab Kidon.
“Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon.”
“Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut firasatku ada orang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau.”
“Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?”
“Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini dihebuhkan.”
“Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya malam ini juga.”
Datuk memberi keputusan muktamad. Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit meminta tolong. Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan begitu. Suara siapa itu? Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 12 ~ Toyol jadian
Kalaulah bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu sudah pasti kena penendang sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka, mestipun hati meradang dengan perbuatannya. “Kenapa tok?” tanya saya sambil mengesel-gesel kelopak mata.
Datuk tersenyum sambil meraba- raba misai bengkoknya yang macam tanduk seladang jantan. Sekali-kali misainya turut bergerak.
“Kita sudah hampir pada matlamatnya.”
“Matlamat apa tuk?”
“Mencari orang yang jadi tuan toyol.”
“Kalau kau faham baguslah.”
Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memangsaya tidak sedar waktu mana datuk bangun. Bila saya buka kelopak mata, datuk sudah sudah pun selesai sembahyang subuh. Dia memaksa saya pergi ke perigi sendirian untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu. Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu-batu sambil membasuh muka dan badannya dengan air embun waktu pagi.
Last edited by rdzaccess on 7-8-2012 10:46 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 12 ~ Toyol jadian
Datuk pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu untuk membasuh muka dan badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia menyapu air ke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal dagu membawa ke atas hingga sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia membasuh kedua belah keningnya. Paling akhir sekali dilakukannya ialah memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin. Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik dan enam langkah ke arah matahari jatuh. Kebiasaannya itu, dibuatnya juga semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa yang datuk lakukan saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak, bila umur saya genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa mentera yang perlu dibaca bila mandiair embun.
Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang sambil mandi air embun. Saya terasa seronok melihat matahari pagi dengan sinar yang kilau- kilauan di celah-celah pokok besar. Bila sinar matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik- manik dan sungguh menarik sekali. Damai dan terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang bermacam ragam dan bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk memberitahu nama-nama burung yang saya nampak. Bilan matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang.
Kami memasuki satu lorong kecil menuju ke arah sebuah anak bukit. Di kaki bukit itu ternampak sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia. Tiangnya dari kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman pondok itu datuk berhenti berjalan.
“Kenapa datuk?” tanya saya ragu-ragu.
Datuk diam, kedua belah tangannya dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah tumit kakinya beberapa detik. Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta tapak kaki memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.
“Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu menuju ke sini,“ dengan tenang datuk bersuara.
Saya jadi termangu-mangu.
“Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya,” datuk pun menarik tangan saya.
Kami berpatah balik menuju ke rumah adik datuk. Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak memerhatikan gerak geri rumput dan dedaun.
Saya faham benar, bila datuk berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh perhatinnya pada sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa. Saya kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain. Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik angin. Kalau datuk naik angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar telur ayam hutan.
“Jauh berjalan pagi ni,” soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga.
Dia baru saja melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum panjang.
“Macam biasa,” balas datuk.
Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah. Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut.
“Rumah siapa dekat belukar tu,” datuk mengkemukakan soalan.
Adik datuk terdiam mengingati sesuatu.
“Rumah Kidon.”
“Orang sini jati?”
“Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 12 ~ Toyol jadian
“Orang Padang ke orang Jambi.”
Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti makan ubi rebus, Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. Bila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak lagi mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang.
“Dari Sumatera katanya dari keturunan Batak,” tiba-tiba saja adik datuk bersuara.
“Ada bini tak?” cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya.
“Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar” terang adik datuk dengan jujur.
“Ada anak?’ cepat-cepat datuk meningkah.
“Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,”
“Hummmm…,” suara datuk perlahan.
Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan. Terus-terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan. Datuk juga meminta adiknya membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal ibadat serta berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi-jadian.
Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya. Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor yang didirikan secara gotong- royong oleh penduduk- penduduk di situ. Saya dan datuk pun pindahlah ke pondok baru. Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah bila bulan menggambang penuh.
Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor harimau besar di depan pondok. Dari atas pondok datuk melompat ke tanah lalu bersilat dengan harimau-harimau itu. Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau-harimau itu akan menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh. Datuk akan mencium atau mengurut-urut ekor harimau itu sambil membelitkan ke batang lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu, barulah datuk memerintahkan harimau- harimau perliharaannya pulang.
“Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih separuh, kain putih letakkan ke dinding,” datuk mengeluarkan perintah pada saya malam itu.
Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu kira-kira pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati. Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk-liuk memenuhi ruang pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh piring di depan.
Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang lengkuas, sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah ayam yang disembelihnya petang tadi. Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang terdedah. Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya lihat datuk mengeluarkan secekak tualng-tulang ikan dari karung yang terletak sebelah kanannya. Datuk melemparkan tulang-tulang ikan kering itu pada kucing hitam. Dengan tiba-tiba batang lilin yang menyala padam. Saya menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan tempatnya diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu kepunyaan datuk. Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya dipadamkannya.
Keadaan dalam rumah jadi agak samar-samar dan sepi sekali. Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup-sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan bergerak-gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atap pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu-sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 12 ~ Toyol jadian
“Suara langsuir, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat,” bidik datuk ke telinga saya.
Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ. Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di luar guruh bersahut-sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.
“Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau tanggung sendiri,” kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara dalam dupa.
Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman. Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, Badannya kelihatan berpeluh.
“Itulah Kidon mengorek kubur anaknya,” datuk memberi tahu saya.
Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar. Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk membuat dia hampir-hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat pokok. Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sedia kala. Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar. Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.
“Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai,” beritahu datuk pada saya.
Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya. Anehnya datuk tidak melihat apa yang terjadi pada kian putih.
Kedua matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkor nafasnya macam orang yang sedang tidur lena. Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi sepi sekali.
“Air itu di ambil ketika remang-remang senja, bersama bunyi gagak,” ujur datuk.
Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi. Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali, mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan membasuh mayat anaknya tadi.
Saya perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas kepalanya hingga ke hujung kaki. Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak kelapa. Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu bilik. Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing. Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zing buruk. Zing itu diletakkan di bawah salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan habuk-habuk papan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 12 ~ Toyol jadian
Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah menjadi bara, barulah dia beredar.
“Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama Puasa Pati Geni,” datuk membisikkan ke telinga saya.
Di kain putih saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan kanan. Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah.
Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun. Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi. Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri, Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan.
Dia terus berbisik dengan tenang ke telinga anaknya begini : “Dengarlah anakku, Perasaan dan hatimu Bersatu dengan aku Dua tubuh Satu harapanku Kaulah yang mengerjakannya Tujuh lapis bumi, Tujuh lapis langit, Bersatu di bukit Kaf Bersemadi dalam diri kita."
Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang- panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam. Mayat bayi kering itu diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala selama dua puluh empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Tapi dia merasa puasa. Dalam tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang kampung. Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan dirinya sendiri. Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun-ubun bayi kering itu.
Tiba-tiba ubun-ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat-jilat tapak tangan Kidon. Kidon pun menepuk-nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis dimakan oleh kucing itu.
“Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari,” Kidon memerintah kucing hitam.
Kucing itu menggaru-garu paapn lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain putih.
“Ilmunya sudah aku tawarkan,” suara datuk keras.
Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul- kepil. Tulang-tulang ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.
“Kau lihat,” ujar datuk pada saya.
Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 12 ~ Toyol jadian
Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di situ.
“Kau pulangkan pada yang berhak,” datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada mayat kering.
Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak-gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya. Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi suara perempuan menangis.
“Kau datang Kidon,” lantang suara datuk.
“Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon.
“Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon.”
“Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau.”
“Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?”
“Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini dihebuhkan.”
“Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya malam ini juga.”
Datuk memberi keputusan muktamad. Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit meminta tolong. Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan begitu. Suara siapa itu? Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Datuk pun rapat pada saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 13 ~ Penunggu hutan Kinta |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 7-8-2012 10:58 PM
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 12 ~ Toyol jadian
pergh... seram aku baca.... nak terkucil tetiba...
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 13 ~ Penunggu hutan Kinta
Tanpa bertangguh-tangguh lagi datuk pun menceritakan, apa yang kami alami dalam hutan Ulu Kinta pada orang- orang kampung Ulu Kinta yang menanti kami di depan Balai Polis Tanjung Rambutan.Saya tidak melibatkan diri ketika datuk bercerita. Saya lebih senang duduk di pangkal pokok kelapa di rusuk kanan balai tersebut. Balai itu kini sudah dirobohkan, digantikan dengan bangunan yang baru.
“Pelik juga ceritanya, betul ke ni?”
Saya terdengar salah seorang daripada orang kampung itu bersuara. Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah batang hidung orang itu.
“Terpulanglah pada awak, sama ada awak mahu percaya atau tidak, saya dan cucu sudah merasa dan mengalaminya.”
“Apa yang orang tu berikan pada awak?.”
“Beri apa? Awak gila ke.” Suara datuk mula meninggi dan orang itu terus diam.
Seorang anggota polis menghampiri kumpulan orang yang mengerumi datuk lalu bertanyakannya: “Apa halnya ni.”
“Orang hilang ni dah jumpa di sini,” seorang lelaki berbadan tegap memberitahu anggota polis yang sudah berusia hampir lima puluh tahun itu.
Tanpa diminta datuk pun menceritakan apa yang dialaminya pada anggota polis itu. Kemudian anggota polis itu mengakui apa yang dialami oleh datuk itu pernah dialami oleh beberapa orang penduduk di sekitar Tanjung Rambutan yang pergi memburu ke kawasan itu.
“Tapi, saya belum pernah bertemu dengannya,” suara anggota polis itu merendah.
Menurutnya, dalam waktu- waktu tertentu lelaki berserban hijau itu pernah muncul di Market Tanjung Rambutan. Anehnya, dia hanya bersalam saja dengan siapa yang disukainya, bila orang yang disalami mahu bertanya sesuatu padanya dia akan hilang dengan sekelip mata sahaja.
“Bagi saya perkara ni, sudah jadi perkara biasa,” anggota polis itu menamatkan ceritanya dengan datuk.
Datuk tidak puas hati dengan apa yang dicakapkan oleh anggota polis itu.
“Biasa macam mana?’ Datuk mendesak anggota polis yang mahu melangkah masuk ke dalam balai berpatah balik.
Dia berdiri betul-betul di depan datuk. Matanya cukup tajam menyorot wajah datuk kemudian dia senyum sinis.
“Awak orang luar, mana awak tahu.”
Termenung sejenak datuk mendengar cakap anggota polis itu.
“Memang, saya bukan orang di sini, tentulah banyak perkara yang tidak saya tahu.” datuk merendah diri.
“Saya orang Tambun, saya tahu serba sedikit tentang orang yang awak kata itu.”
“Itulah yang mahu saya dengar.”
“Begini, orang itu namanya Haji Lokman. Masa zaman Jepun dulu, dia membunuh tiga orang askar Jepun di Pekan Tambun.”
“Sebabnya?”
“Dia tak tahan melihat penyiksaan yang dilakukan oleh askar-askar Jepun pada orang kampung.”
“Jepun tak tangkap dia?” soal datuk lagi.
Anggota polis yang berbadan tegap itu memicit pangkal dagunya sambil mengkerutkan kening lebatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 13 ~ Penunggu hutan Kinta
“Jepun cuba menangkapnya tapi tidak berjaya. Akhirnya dia ditangkap ketika menunaikan sembahyang Zohor. Dia dikurung, pada sebelum malamnya dia berjaya melepaskan diri, sejak itu dia tidak pulang ke rumahnya.”
“Agaknya dia dibunuh Jepun, cerita dia melepaskan diri waktu malam tu sengaja diada-adakan,” celah datuk.
“Itulah yang anehnya, nak dikatakan mati, orang selalu berjumpa dengannya. Kalau dia hidup apa faedahnya menyiksa diri dalam hutan meninggalkan anak bini.”
“Betul juga cakap awak tu.”
“Tapi awak jumpa dia bukan?” soal anggota polis itu.
Datuk angguk kepala.
“Lupakan saja perkara itu,” tambah anggota polis itu sambil meninggalkan datuk.
Orang-orang dari Kampung Ulu Kuang yang berhimpun di situ berpandangan sama sendiri.
“Sudah, anggaplah ini pengalaman yang berharga untuk awak, sama ada orang mahu percaya atau tidak itu bukan soalnya, tapi awak sudah melihat dan bercakap dengannya,” salah seorang penduduk Kampung Ulu Kuang membisikan ke telinga datuk.
“Betul cakap awak tu,” balas datuk.
Datuk dan orang-orang dari Kampun Ulu Kuang meninggalkan Balai Polis Tanjung Rambutan menaiki bas menuju ke Chemor . Dari Chemor naik basikal menuju ke Kampung Ulu Kuang. Dua hari kemudian, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Ulu Kuang. Pengalaman-pengalaman aneh yang saya alami itu merupakan khazanah pengalaman yang tinggi nilainya. Saya kira boleh dijadikan panduan untuk hidup. Sekaligus mengajar saya erti kebesaran serta kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah maha besar dan maha berkuasa boleh melakukan apa saja yang diinginNya dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia yang selalu mendakwa sudah cukup maju dengan ilmu pengetahuan.
“Tahukah kau, di dunia ini, tidak saja dipenuhi dengan manusia, tetapi dipenuhi juga dengan jin yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, di sinilah pentingnya agama untuk manusia,” kata datuk pada saya ketika bas yang kami naiki melintasi Pekan Menglembu.
“Aku harap,” tambah datuk lagi,
“kau akan jadi orang Islam yang baik. Manusia yang tidak beragama selalu sesat.”
“Saya pun berharap hidup saya akan menjadi manusia yang dikasihi oleh Allah.”
“Bagus tu, kau mesti patuh apa yang diperintahnya, jauhi dari perkara yang ditegahnya. Tunaikan apa yang ditetapkan oleh rukun kerana Islam itu tiang agama.”
“Saya faham tok.”
“Jika tidak patuh pada yang lima tu, Islam kau tidak akan sempurna.”
“Saya tahu tok,” tekanan suara saya merendah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|